27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 30, 2025
Utama Blog Laman 176

Laporan ulser vulva dialami remaja perempuan dalam kes jarang berlaku selepas suntikan Pfizer

0

Kes ulser vulva yang jarang ditemui telah dikesan ke atas remaja perempuan selepas menerima dos kedua suntikan mRNA Pfizer, menurut Journal of Pediatric & Adolescent Gynecology edisi April.

Enam kes remaja perempuan berumur 12 hingga 16 tahun mengalami ulser genital yang menyakitkan dalam tempoh empat hari selepas menerima dos kedua vaksin yang dilaporkan dalam jurnal perubatan itu, termasuk dua kes yang berlaku selepas jangkitan COVID-19.

Ini adalah kali pertama kes ulser vulva di kalangan remaja dan wanita muda dibangkit serta dibincangkan dalam kesusasteraan perubatan.

Kanak-kanak perempuan mendapatkan vaksinasi COVID-19 Pfizer di Virginia (Gambar oleh Chip Somodevilla/Getty Images)

Doktor bagi kes-kes ini menyatakan bahawa adalah “penting untuk mengenal pasti dan menerangkan kemungkinan kesan advers untuk membantu menghilangkan keraguan yang mungkin dirasakan oleh sesetengah pesakit tentang menerima vaksin baru.”

Ulser vulva juga dikenali sebagai ulser aphthous vulvar, ulser lipschütz, atau ulser kemaluan akut adalah luka menyakitkan bukan akibat seksual yang terbentuk pada struktur luar alat kelamin wanita, atau vulva. Keadaan ini memberi kesan terutamanya kepada remaja dan wanita muda, tetapi kes wanita yang lebih tua juga telah dilaporkan.

Tidak seperti kudis mulut yang merupakan tindak balas advers vaksin tertentu, termasuk suntikan COVID-19 yang diberikan di Amerika Syarikat, ulser vulva tidak.

Carian mudah pada Sistem Pelaporan Kesan Advers Vaksin (VAERS)  Amerika Syarikat untuk ulser aphthous, ulser faraj, ulser vulva dan vaksin COVID-19 Pfizer, menghasilkan 282 jumlah kesan advers setakat 14 April.

Daripada jumlah itu, lebih 40 laporan berkaitan dengan ulser alat kelamin pada remaja dan wanita muda beberapa hari selepas suntikan Pfizer kedua, manakala selebihnya adalah laporan ulser mulut. Beberapa kes juga telah berlaku selepas dos pertama dan ketiga.

Kes paling muda mengalami ulser vulva ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari North Carolina, yang mengalami beberapa luka yang menyakitkan 24 jam selepas suntikan Pfizer keduanya pada 29 Januari 2022. Kanak-kanak ini diuji negatif untuk virus ‘herpes simplex’. Laporan itu tidak menyebut sama ada ujian COVID-19 telah diberikan.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat memberi amaran laporan yang dibuat kepada VAERS tidak semestinya membuktikan punca.

“Walaupun sangat penting dalam memantau keselamatan vaksin, laporan VAERS sahaja tidak boleh digunakan untuk menentukan sama ada vaksin menyebabkan atau menyumbang kepada kesan advers atau penyakit,” tulis CDC.

Laporan kes

Laporan kes pertama menerangkan potensi perkaitan antara perkembangan ulser vulva dan vaksinasi Pfizer ialah seorang pesakit berusia 16 tahun dari Minnesota. Dia mengalami demam, sakit badan, keletihan dan luka faraj dalam masa 24 jam selepas mendapat dos kedua suntikan mRNA COVID-19 Pfizer. Ulser itu menjadi sangat menyakitkan dan pesakit mengalami kesukaran untuk berjalan, membuang air kecil, dan membuang air besar apabila dia dilihat di klinik ginekologi kanak-kanak enam hari selepas vaksinasinya.

Pesakit telah diuji untuk COVID-19, dijangkiti penyakit seksual dan dua virus biasa—virus Epstein-Barr (EBV) dan ‘cytomegalovirus’ (CMV). Setiap ujian adalah negatif kecuali ujian EBV, yang menunjukkan dia mempunyai jangkitan sebelumnya.

Ulser vulva yang diperoleh bukan secara seksual telah dikaitkan dengan beberapa jangkitan virus, termasuk EBV, influenza, dan yang terbaru, COVID-19. Bagaimanapun, berdasarkan pembentangan klinikal pesakit, doktor membuat kesimpulan bahawa ulser itu dikaitkan dengan vaksin mRNA Pfizer.

Tanpa protokol rawatan standard untuk jenis ulser ini, rawatan biasanya melibatkan pemberian ubat oral dan topikal untuk mengawal kesakitan. ‘Sitz bath’ juga dipreskripsi untuk melegakan kesakitan, bengkak, dan simptom lain.

Laporan kes kedua (pdf) membabitkan seorang gadis berusia 14 tahun dari Nebraska yang melaporkan sakit dan luka vulva dua hari selepas dia menerima vaksin Pfizer keduanya. Sebelum mengalami sakit vulva, pesakit mempunyai “simptom sementara tetapi keletihan teruk, sakit badan dan insomnia” 12 jam selepas suntikan mRNA. Semua ujian yang dilakukan, termasuk untuk COVID-19 adalah negatif.

“Kami percaya kes ini menunjukkan kemungkinan hubungan baru antara vaksin Pfizer dan perkembangan ulser aphthous vulvar pada pesakit remaja,” jelas penulis laporan itu.

Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech (Gambar oleh Lars Hagberg/The Canadian Press)

Di Hospital Kanak-Kanak Mercy di Missouri, tiga pesakit perempuan berumur 12 hingga 15 tahun didiagnosis dengan ulser alat kelamin antara Jun hingga September 2021. Ketiga-tiga mereka dihantar ke bilik kecemasan dengan kesakitan dan pelbagai ulser vulva dalam masa 24 hingga 48 jam selepas dos vaksin Pfizer kedua mereka. Mereka diuji negatif untuk ‘cytomegalovirus’ dan virus Epstein-Barr serta tidak terdedah kepada COVID-19 baru-baru ini. Keadaan mereka pulih secara spontan pada minggu ketiga.

Laporan keenam adalah mengenai seorang remaja berusia 16 tahun dari Massachusetts yang mengalami kencing yang menyakitkan, gatal-gatal dan keputihan, serta bengkak pada ‘labial’ empat hari selepas dos kedua vaksin Pfizer. Keesokan harinya, dia datang ke klinik ginekologi dengan ulser vulva. Remaja ini diuji negatif untuk virus herpes simplex 1 dan 2, Epstein-Barr, ‘cytomegalovirus’, dan ‘mycoplasma’ sejenis bakteria.

“Dalam masa pandemik ini, ujian untuk jangkitan COVID-19 atau pertanyaan tentang vaksinasi COVID-19 baru-baru ini harus dipertimbangkan kepada semua wanita muda yang mengalami ulser alat kelamin akut,” kata pengarang laporan kes itu.

Kesemua enam pesakit tidak mempunyai kesan advers terhadap suntikan Pfizer pertama mereka. Penyelesaian ulser dan kesakitan adalah berbeza-beza untuk setiap pesakit, antara satu minggu hingga tiga minggu dengan ubat-ubatan dan penjagaan sokongan yang lain.

Pfizer tidak memberi maklum balas atas pertanyaan The Epoch Times untuk mendapatkan komen.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Che’ Puan Khaleeda berikrar akan hulur segala bantuan perlu demi keadilan buat Bella dalam perbicaraan Rumah Bonda

0

Perbicaraan Rumah Bonda – Bella, menjadi tumpuan sejak beberapa hari lalu, melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd Razali, yang telah didakwa mengabai dan mendera Bella, seorang remaja berusia 13 tahun yang menghidap Sindrom Down di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Bagaimanapun, fokus perbicaraan itu bukan sahaja kepada prosiding mahkamah, malahan gambar terbaru yang dimuat naik peguam Siti Bainun yang menarik perhatian warganet, mencetuskan kemarahan ketika melihat bagaimana kedua-dua peguam dan anak guam mempunyai masa untuk bergambar sambil ada yang memaparkan cinta mini dalam gambar mereka.

Twitter

Jelas gelisah, para warganet mula membidas pemilik Rumah Bonda dan pasukan peguamnya, yang mana termasuk Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam iaitu isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kini terpanggil menyatakan hasrat mahu terlibat sama dalam pembelaan dan keadilan buat Bella.

Memulakan dengan #justiceforbella menerusi akaun Instagram miliknya, Che’ Puan Khaleeda bermula dengan berkongsi perbezaan ketara pembelaan buat mangsa dan tertuduh. Beliau ternyata sangat terkesan dengan nasib menimpa Bella yang kini berada dibawah jagaan pusat kebajikan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Twitter

YM Che’ Puan Khaleeda menulis, “Saya akan melakukan segala-galanya dengan kuasa yang saya ada untuk mendapatkan keadilan untuk Bella.”

“Saya jelak dan letih melihat pengecut yang menganggap mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu kepada kanak-kanak yang tidak berdaya ini dan melarikan diri.”

“Anda boleh bersembunyi di belakang tentera peguam anda, tetapi pembalasan akhirnya akan memukul anda dengan teruk di dunia dan akhirat.”

Penderaan ke atas Bella adalah tidak terperi

Mengikut pendedahan saksi, sebahagian daripada penderaan yang dialami oleh Bella termasuk:

  • Dipukul dengan penyangkut baju sehingga patah;
  • Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain;
  • Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur;
  • Disimbah air panas dengan kerap;
  • Dipaksa makan najis sendiri, kerana terlalu takut Bella makan sehingga muntah. Namun, dia akan dipaksa untuk makan lagi; dan
  • Bella dilucutkan pakaian, diikat dan dibaringkan sebelum dicurahkan air panas berwap daripada mesin penapis air pada bahagian tertentu.

Ramai yang terharu dan sebak apabila membaca kenyataan daripada YM Che’ Puan Khaleeda. Tidak kurang juga ada yang mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sanggup bersama-sama membela nasib Bella.

Siti Bainun, 30 tahun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pertuduhan ke atas Siti Bainun mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan terbaru, Tunku Mahkota Johor menerusi ciapan di Twitter memaklumkan baginda telah berhubung dan berbincang dengan barisan peguamnya mengenai kes penderaan Bella.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Wanita penjaga artifak baju besi berusia 300 tahun ingin memulangkannya kembali kepada Sultan Brunei

0

Seorang wanita dari Subang Jaya, Selangor ingin memulangkan sut baju besi antik kepada pemilik yang sah iaitu Kesultanan Brunei, selepas menjaga khazanah itu selama lebih 18 tahun.

Pesara Raja Aini Rahman, 66 tahun, berkata baju besi itu dipercayai milik Sultan Brunei ke-16, Sultan Husin Kamaluddin Malik Al-Dzahir, yang memerintah pada abad ke-18 dari 1710 hingga 1730, dan sekali lagi pada 1737 hingga 1740, menurut New Strait Times.

Facebook

Enggan menjelaskan secara terperinci bagaimana baju besi itu berada dalam milikannya, Raja Aini berkata set baju besi itu secara misteri tiba di hadapan pintu rumahnya pada suatu hari di tahun 2004.

Satu-satunya perkara yang beliau tahu untuk lakukan ialah memastikan artifak itu selamat dan akhirnya dapat mengembalikannya semula kepada pemiliknya yang sah.

Gambar oleh New Straits Times

Malangnya, pesara itu berkata beliau telah berusaha mencuba dan gagal berkali-kali untuk mengembalikan baju besi berkenaan kepada Sultan Brunei ke-29, Hassanal Bolkiah.

Set baju besi itu terdiri daripada surat berantai, topi perisai, dan satu sarung tangan besi yang telah berada di bawah jagaannya selama hampir dua dekad dan tidak pernah dipamerkan kepada umum.

Facebook

Raja Aini berkata beliau sebelum ini telah melantik broker untuk memulangkan baju besi perisai itu kepada pemerintah Brunei, tetapi tiada apa-apa tindakan atau hasil daripada percubaan itu.

Sementara itu, pada tahun 2007, beliau berkata satu delegasi dari Brunei pernah datang untuk memeriksa set baju besi ini, yang diketuai oleh seorang ahli sejarah Brunei. Bagaimanapun, mereka hanya mengesahkan ketulenannya dan kemudian beredar.

Facebook

“Saya hanya mahu mengembalikan baju besi ini kepada Brunei kerana ia adalah warisan mereka, dan saya mesti memastikan ia kembali ke tempat asalnya,” kata Raja Aini.

“Sebagai pemegang amanah baju besi ini, saya dengan rendah hati memohon kebenaran untuk mempersembahkan perisai itu kepada pewaris takhta Negara Brunei Darussalam, dan menyempurnakan akad (kontrak) untuk mengembalikannya kepada pemiliknya yang sah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah,” katanya.

Facebook

Dalam usaha terbarunya untuk mengembalikan baju besi itu, Raja Aini telah menyeru rakan keluarganya untuk membantu meraih perhatian kerajaan Brunei di media sosial.

Rakan keluarga itu, Aina Nabila Mazlan dan Nurul Shafizi Mazlan, juga dikenali sebagai Aina Belle dan Nurul Belle, telah membuat beberapa hantaran mengenai baju besi ini di Facebook, Instagram, dan TikTok, untuk menyebarkan kisahnya.

Instagram

“Kami membantu rakan keluarga kerana ia adalah harapan kami untuk meringankan bebannya sebagai penjaga baju besi,” kata adik-beradik itu.

“Melihat Aunty (Raja Aini) telah mencuba pelbagai cara untuk mengembalikannya tetapi tidak berjaya, kami cuba berkongsi di media sosial dan berharap kerajaan Brunei akan mengambil perhatian dan mengambilnya semula.”

Video dan gambar set baju besi itu telah ditularkan dengan baik di seluruh platform, dengan TikTok baju besi oleh Aina Belle telah memperoleh lebih 400,000 tontonan sejak dimuat naik pada 10 April.

Facebook

Penjaga baju besi dan adik-beradik ini mengesahkannya dengan rakaman surat berantai, topi perisai, dan sarung tangan besi yang telah disahkan oleh Muzium Negara dan Pusat Pemuliharaan Jabatan Muzium Malaysia pada tahun 2014.

Menurut tangkap skrin laporan oleh Pusat Pemuliharaan Jabatan Muzium Malaysia yang diberikan ditunjukkan oleh Nurul Belle, baju besi itu yang beratnya melebihi 30 kilogram, diperbuat daripada pelbagai logam, termasuk perak, besi, dan nikel.

Ia juga dihiasi dengan emas asli, delima, dan pitis (syiling logam lama yang digunakan sebagai mata wang di Brunei pada tahun 1700-an).

Facebook

Di sepanjang baju besi itu juga terdapat simbol anak bulan dan payung bersayap yang dikatakan pusat pemuliharaan Muzium Negara digunakan sebagai mohor di bawah pemerintahan Sultan Husin Kamaluddin. Nama sultan itu juga terukir dalam tulisan Jawi pada berbilang syiling.

“Surat berantai, topi perisai dan sarung tangan besi adalah tulen kerana ia sepadan dengan pakaian seorang pemerintah kesultanan Melayu pada masa itu,” membaca surat Muzium Negara yang dikongsi oleh Aina Belle dan Nurul Belle di Facebook dan Instagram.

Instagram

“Motif dan simbol yang terdapat pada perisai itu jelas menunjukkan ciri dan lambang yang mewakili sebuah kerajaan Melayu khusus di Brunei.”

“Berdasarkan pemeriksaan fizikal dan laporan yang diterima (daripada pusat pemuliharaan), tidak syak lagi baju besi Sultan Brunei ke-16, Sultan Husin Kamaluddin Malik Al-Dzahir, berada dalam simpanan tuan,” isi surat Muzium Negara menjelaskan.

Hasil hebahan di media sosial, nampaknya usaha Raja Aini telah terbukti membuahkan hasil. 

Facebook

Dalam Instagram Story pada 14 April, Aina Belle menulis kemas kini yang mengatakan, “Kami telah dihubungi oleh pegawai dari Brunei. Terima kasih banyak semua.”

Aina Belle turut mengesahkan beliau telah berhubung dengan pegawai berkenaan tetapi belum ada sebarang urusan rasmi dibuat, dan mereka juga belum menerima surat rasmi mengenai perkara itu setakat ini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Sengaja lempar diri ke hadapan kereta bergerak untuk cetus kemalangan, lelaki warga Myanmar ditahan

0

Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun pada 15 April kerana dengan sengaja mencederakan dirinya untuk mencetuskan kemalangan.

Lelaki itu yang dipercayai berasal dari Myanmar telah ditahan selepas rakaman kamera papan pemuka dalam kenderaan terbabit menunjukkan lelaki itu dengan sengaja melemparkan dirinya ke cermin hadapan kereta yang sedang bergerak, didakwa dalam cubaannya untuk menipu pemandu dalam insiden yang berlaku di Klang pada Khamis, 7 April.

Twitter

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao, sepasukan polis telah menerima maklumat berhubung suspek, yang kemudiannya ditahan dari tempat kerjanya pada jam 10 pagi di Jalan Shapadu Rantau Panjang, Klang.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu diklasifikasikan sebagai perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

Twitter

Klip kejadian kemalangan yang dimuat naik di media sosial berdurasi 45 saat itu telah menjadi tular sebelum tangkapan dibuat.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki tempatan kelihatan sedang memandu dan membelok ke kiri sebuah jalan apabila seorang pejalan kaki lelaki tidak dikenali berada di tengah jalan dan tiba-tiba meluru lalu melemparkan dirinya ke arah kereta yang sedang bergerak serta melompat ke arah cermin hadapan kereta itu.

Twitter

Kereta itu dilihat bergerak perlahan, tetapi cermin hadapannya retak akibat kesan perbuatan rempuhan suspek. Dia meluncur dan merebahkan dirinya ke atas jalan sebelum sekumpulan orang muncul mengelilingi pemandu.

Pemandu itu telah membuat laporan polis pada hari yang sama, dan telah memberitahu suspek dan kumpulan orang ramai supaya menunggu polis untuk menyelesaikan isu itu kerana keretanya mempunyai kamera papan pemuka (dashcam) yang merakamkan kejadian.

Twitter

Bagaimanapun, sebaik sahaja suspek mengetahui tentang kamera papan pemuka itu, dia terus beredar dari lokasi kemalangan dan dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan.

Seksyen 336 Kanun Keseksaan memperuntukkan lelaki itu akan berdepan hukuman penjara tiga bulan, denda RM500, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Ayah sanggup ambil semula peperiksaan SPM untuk bagi semangat kepada anak bongsu

0

Mereka yang bergelar ibu bapa akan sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anak walaupun perkara tersebut kelihatan tidak masuk akal pada pandangan orang lain. Namun, katakan apa sahaja, mereka akan berusaha sedaya mungkin untuk mewujudkan permintaan atau keperluan anak-anak mereka.

Baru-baru ini kita dihidangkan dengan sebuah kisah seorang bapa yang sanggup mengambil semula peperiksaan semata-mata demi anaknya. Bagi memberi dorongan kepada anak bongsunya, Zulkifli Md Pungot dikatakan sanggup menduduki semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.

Zulkifli, 54, yang juga Penolong Kanan Petang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Andak (SDARA) menduduki peperiksaan itu bersama dengan anaknya, Afif Ajmal Zulkifli, 18, di dewan SMK Simpang Renggam.

Bercerita lanjut, Zulkifli berkata, itu bukan pertama kali dia menduduki semula peperiksaan SPM kerana pernah menjadi calon subjek Matematik sebanyak 22 kali sejak 2011.

Dia juga pernah menjadi calon SPM bagi subjek Matematik pada 2016 dengan anak sulungnya, Puteri Nur Nabilah, 23, yang kini penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan.

“Tahun ini, saya lakukannya sekali lagi namun dengan tambahan subjek iaitu Bahasa Inggeris buat pertama kalinya.

“Saya cabar diri menduduki subjek Bahasa Inggeris kerana mahu uji kemampuan memandangkan sebelum ini hanya ada pengalaman mengulang semula peperiksaan bagi subjek Matematik saja.

“Ini cara saya beri kekuatan kepada anak supaya dia berasa ada pesaing terdekat dan lebih bersemangat serta bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik bagi mendapat keputusan cemerlang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi persediaannya sebelum menduduki peperiksaan, Zulkifli berkata, pengalaman selama lebih 20 tahun sebagai guru Matematik digunakan untuk berkongsi dengan Afif Ajmal menerusi kelas bimbingan diadakan hasil inisiatifnya sendiri.

Menurut Zulkifli, bukan setakat Afif Ajmal malah dia turut meminta anaknya itu mengajak rakan lain yang lemah dalam subjek Matematik dan tidak mampu mengikuti kelas tuisyen luar untuk belajar bersama.

“Saya adakan kelas pada setiap malam Ahad, Isnin dan Selasa bermula jam 8.30 hingga 10 malam.

“Inisiatif itu bertujuan membantu anak dan rakannya menjelang peperiksaan serta pada masa sama ulang kaji untuk diri sendiri walaupun saya seorang guru Matematik.

“Bagi subjek Bahasa Inggeris pula, saya belajar di Youtube dengan menonton video berkaitan kemahiran bertutur, mendengar dan menulis di saluran itu,” katanya.

Zulkifli berkata, perjalanannya dan Afif Ajmal tidak mudah kerana mereka berdua diuji dengan Covid-19 sebelum sempat menduduki peperiksaan subjek Bahasa Inggeris.

“Sepatutnya, saya dan anak menduduki peperiksaan subjek Bahasa Inggeris kertas 1 dan 2 pada 3 Mac lalu.

“Ditakdirkan, saya positif Covid-19 pada 26 Februari lalu sementara anak serta isteri (Tentay Muhamad Sam, 45) pula menjadi kontak rapat sebelum mereka juga disahkan positif Covid-19 pada 1 Mac.

Beliau walau bagaiamanpun menganggap semua itu sebagai ujian Allah dan bersyukur kerana sudah sembuh dan berpeluang untuk menduduki peperiksaan sesi kedua.

Peperiksaan ulangan kali ini bukan pertama kali diambil bahkan beliau terus konsisten mengambil kertas Matematik SPM sejak tahun 2011 lalu. Beliau dikatakan menduduki dua sesi peperiksaan bagi subjek Matematik pada Julai serta November setiap tahun sepanjang tempoh itu dan sudah mengikuti 18 peperiksaan.

Sepanjang mengambil SPM bagi subjek itu, 14 daripada keputusan peperiksaan berkenaan, Zulkifli memperoleh gred A+, manakala empat lagi dia memperoleh keputusan gred A.

Meskipun memiliki kelebihan pernah mengajar subjek Matematik hampir 20 tahun, Zulkifli tidak mengambil mudah setiap peperiksaan yang diikutinya, sebaliknya tetap membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Mahu jadi suri rumah yang berpendidikan, guru kongsi cita-cita luar biasa murid tahun 2

0

Masih ingat dengan cita-cita kita semasa kecil? Setiap kali ditanya apa cita-cita kalau sudah besar nanti, bermacam-macam lah jawapan yang keluar daripada setiap daripada kita. Ada yang mahu jadi askar, ada yang menjadi seorang guru, doktor, polis dan sebagainya.

Seiring masa berjalan kita terkadang lupa dengan cita-cita yang pernah kita ada dahulu. Jadi, ada antara kita yang berjaya merealisasikan cita-cita waktu kecil mereka, dan ada juga yang memutuskan untuk beralih arah. Namun, apa sahaja jalan yang dipilih tiada yang salah dengan keputusan tersebut. Apa sahaja keputusan yang anda ambil, itulah yang terbaik buat anda.

Mendengar tentang cita-cita anak kecil memang mengagumkan. Terkadang fikiran mereka lebih jauh ke hadapan melebihi kita. Misalnya, seperti apa yang diceritakan oleh seorang guru ini mengenai cita-cita anak muridnya yang cukup unik.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang guru, Fathanah Nasir, di akaun Twitter miliknya beberapa hari lalu tentang cita-cita seorang anak muridnya yang ingin menjadi suri rumah tangga yang berpendidikan. Bayangkan anak kecil berusia 8 tahun sudah memiliki cita-cita seperti itu. Apa yang lebih menarik alasan yang diberikan cukup luar biasa, memang mengagumkan!

Saya tertarik dengan cita-cita salah seorang murid saya (Tahun 2). Sedang rakan yang lain mahu bergelar guru, polis, askar dia pula mahu bergelar seorang suri rumah yang berpendidikan. Saya tanya kenapa? Lalu dia menjawab…

Bila saya jadi suri rumah yang berpendidikan maka saya mampu jadi semua yang dicita-citakan rakan lain. Saya boleh jadi guru, saya boleh jadi doktor, boleh jadi chef, saya boleh jadi security. Terdetik dalam hati, Ya Allah macam mana anak seusia ini mampu berfikir sedemikian?

Bila saya tanya lagi, dari mana datangnya mimpi dan cita-cita itu? Dia jawab dari ibu dia. Dia puji kehebatan ibu dia yang mampu urus dia dan adik beradik termasuk ayahnya dengan bermacam pekerjaan dalam satu masa.

Katanya ibu yang gerak awal pagi ke sekolah, ibu yang gerak ayah kerja, ibu buatkan sahur, ibu periksa keadaan suhu badan kami, ibu semak kerja sekolah dan lain-lain. Ibu cakap kena belajar rajin-rajin boleh jadi macam ayah tapi saya nak jadi macam ibu!

Tambahnya lagi, saya percaya cita-cita ini cita-cita yang baik sebab ibu kata kalau buat perkara yang baik Allah sayang.

Dari jawapan murid ini saya teringat dengan petikan buku Memori Bukan Memoir dari Dr. Maszlee Malik yang mengambil kata dari Eleanor Roosevelt:

“Masa depan adalah milik mereka yang percaya kepada keindahan mimpi mereka”.

Kata Dr. dalam penulisannya:

“Bermimpilah! Percayalah dengan keindahan mimpi dan aspirasi kita, pelajari daripada orang lain tentang cara melakukan sesuatu dan terus melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menjadikan semua yang kita impikan satu kenyataan”.

Apa pun cita-cita dan mimpi mereka, sebagai pendidik kita bantu realisasikannya. Beri tunjuk ajar, ilmu dan pendidikan yang cukup dan baik.

Semoga mereka membesar dengan penuh ilmu didada.

Sumber: Twitter

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Jom buat baja organik ‘photo synthetic’ supaya tanaman anda membesar sihat dan gemuk!

0

Bercerita tentang hobi pasti setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Ada yang suka duduk di rumah dengan buku-buku atau apa sahaja bahan bacaan untuk dibaca semasa waktu lapang. Ada juga yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan ada juga yang suka bercucuk tanam di sekitar rumah. Selain dapat bergerak aktif dengan menanam pelbagai jenis pokok, aktiviti sihat ini juga dapat memberikan hasil.

Alangkah baiknya jika tanaman yang ditanam sihat dan membuahkan hasil seperti yang dimahukan, terasa semua usaha dan penat lelah serta keringat berbaloi. Namun, sebenarnya tidak mudah juga untuk memastikan tanaman tumbuh sihat dan ‘gemuk’ kerana banyak perkara yang perlu diambil kira sepanjang proses penanaman- daripada mula hinggalah akhir.

Antara hal paling penting yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan baja. Baja memang banyak jenis dan fungsinya. Apa yang perlu kita tahu ialah apa itu baja yang terbaik untuk tanaman.

Buat anda yang masih tertanya-tanya tentang jenis yang baik, apa kata anda buat sendiri baja organik jenis photo synthetic supaya pokok-pokok yang anda tanam akan membesar dengan sihat dan subur.

Berikut adalah perkongsian Facebook oleh Sepang Farmville tentang membuat baja organik yang elok untuk tanaman:

CARA BUAT BAJA ORGANIK ‘PHOTO SYNTHETIC’ SUPAYA TANAMAN SIHAT DAN SUBUR

Kita suka kan kalau pokok kita subur dan cantik gebu gebas kan? Hari ni mari kita belajar buat baja organik PSB (photo synthetic bacteria). Baja ni sangat baik untuk pokok. Bahan-bahan pun mudah ja. Antara faedah PSB ialah untuk kesuburan tanah dan pokok, penggalak bunga dan boleh juga digunakan untuk merawat air dalam kolam/aquarium.

BAHAN-BAHAN DAN CARA UNTUK MEMBUAT BAJA ORGANIK PSB

-3 biji telur (hancurkan skali dengan kulit telur)

-2 sudu ajinomoto

-1 sudu belacan

-3 sudu sos ikan

-5 liter air tanpa klorin (boleh tadah air paip dan simpan semalaman sebelum guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung)

-Untuk sukatan tu boleh letak lebih, takde masalah. Kita nak buat baja organik, bukan nak buat adunan kek.

-Masukkan semua bahan tersebut ke dalam botol air 5 liter dan goncang. Jemur tengah panas. Jemur selama sebulan atau sehingga telah bertukar warna menjadi “crimson red”.

-Buka sedikit penutup supaya ada pengudaraan ketika proses penghasilan bakteria.

-Nak cepat sikit, tambah pati PSB (jika ada). Proses akan jadi lebih cepat, dalam 2 minggu dah boleh guna.

-Nanti dah jadi, guna 5ml pati PSB dengan 1 liter air tanpa klorin. Kemudian spray pada medium dan bawah daun.

Selamat mencuba dan moga berjaya.

Sumber: Facebook

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Bayi 4 bulan cirit 30 kali gara-gara diberi makanan pejal, ibu naik berang tangan memandai ‘orang luar’

0

Sebagai ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, perkara yang mesti mereka ambil tahu ialah bayi tidak boleh diberi makanan pejal atau apa-apa makanan orang dewasa sehingga usianya mencapai 6 bulan dan ke atas. Itulah sebabnya bayi perlu diberikan susu, yang sebaiknya dengan susu ibu.

Makanan pejal akan diperkenalkan secara berperingkat kepada bayi seiring dengan perkembangan usia dan juga pertumbuhan giginya. Bayi mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan sekiranya ibu bapa atau penjaga memberi mereka makanan pejal pada tempoh lebih awal yang tidak sepatutnya.

Kadang kala ibu bapa sudah berjaga-jaga dengan pemakanan bayi mereka, namun terjadi juga insiden tidak diingini gara-gara campur tangan ‘orang luar’ ketika ‘tidak sedap hati mendengar dan melihat bayi menangis’.

Facebook

Perkongsian pengguna Facebook Uda Meknul dengan pangalaman menimpa bayinya patut dijadikan iktibar untuk ibu bapa lain di luar sana yang baru menimang cahaya mata.

Anak baru usia 4 bulan setengah sudah diberi makan oleh orang luar

Ibu mana yang tidak sedih, orang luar tidak bertanggungjawab memberi makanan kepada anaknya yang baru berusia 4 bulan setengah sehinggakan bayi ini terpaksa menerima rawatan di hospital.

Uda Meknul mendakwa ada orang memberi makan kepada anaknya tanpa izin hingga mengakibatkan anaknya cirit-birit tidak berhenti dan najis berdarah.

“Doakan baby Uda sihat. Stres kalau orang pandai-pandai usik baby kita. Ikutkan hati nak je Uda saman. Baby bawah 6 bulan jangan nak memandai bagi makanan, bagi rasa atau bagi apa-apa lagi. Anak orang bukan anak kamu.”

Uda berkongsi anaknya, Nik Maisarah atau lebih manja dengan panggilan Shin Aiyara terpaksa ditahan di wad kerana cirit-birit hingga keluar najis berdarah.

Dakwanya, ada orang luar (isteri kepada lelaki datang berjumpa suami Uda) yang bertandang ke rumahnya atas urusan meminta kerja, telah memberi anaknya merasa buah kurma dan buah pear. Alasan yang diberi langsung tak masuk akal, katanya jika orang dahulu boleh buat kenapa ibu-ibu sekarang tak boleh?

Baby Shin cirit-birit lebih dari 30 kali dan cirit berdarah

Facebook

“Bayangkan kita yang sudah dewasa jika mengalami cirit-birit yang berulang kali pun lemah, tambah lagi si kecil ini. Dia menderita dek kerana orang luar yang cuba memandai-mandai hendak memberi ‘rasa’ walaupun biasa masih bayi belum lagi memasuki fasa untuk ‘boleh makan’.”

Ekoran tindakan tersebut, mereka merasa amat kecewa dengan apa yang menimpa Baby Shin.

“Ni dua-dua nenek dia marah sebab nenek dia suruh bagi makan baby bukan 6 bulan tetapi semasa usia 7 bulan.”

Menurut Uda, selepas 8 tahun menunggu menambah zuriat, baru mendapat rezeki berpeluang melahirkan si kecil ini. Memang sudah teliti menjaga anak dengan baik, tetapi terkena pula insiden yang macam ini.

Semoga Baby Shin cepat pulih dan kembali sihat juga bertabahlah ibu bapanya. Ingat, bayi berusia di bawah 6 bulan, janganlah sesekali anda pandai-pandai tanpa izin ibu bapa atau penjaganya memberi si kecil makanan pejal kepada mereka.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tenang nyanyi soprano ketika peti suara dirakam pakar, macam itu rupa suara Syafinaz

0

Perkara normal bagi kita manusia adalah menggunakan suara sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi tidak kira di mana, semasa makan atau apa-apa sahaja aktiviti yang dilakukan. Suara merupakan satu bunyi yang terhasil daripada getaran peti suara atau vokal kod.

Suara indah dan lunak merdu adalah nikmat dalam bakat yang dianugerahkan Maha Esa kepada kita, tetapi ramai yang tidak menghargainya sehinggalah tanpa disedari ia kedengaran aneh dan menjadi serak.

Peti suara amat penting fungsinya sama seperti bahagian tubuh lain, terutamanya bagi anda yang digelar seorang penyanyi atau yang suka menyanyi sebagai hobi.

Gambar oleh The Diagnosa

Peti suara yang terletak di dalam kotak juga perlu dijaga kesihatannya kerana dibimbangi jika tercedera, ia akan mengakibatkan kerjaya penyanyi mengalami kemerosotan.

Peti suara selain menghasilkan suara, ia sangat penting dalam fungsi pernafasan serta mencegah makanan daripada memasuki paru-paru.

Facebook

Tular baru-baru ini di media sosial, beberapa orang penyanyi terkenal tanah air telah berkesempatan melakukan pemeriksaan peti suara yang dikendalikan Pakar Perunding Kanan Otorinolaringologi, Profesor Dr Marina Mat Baki.

Antaranya ialah Datuk Syafinaz, Misha Omar, Hael Husaini serta beberapa artis yang lain.

Facebook

Pakar menjalankan pemeriksaan menerusi kamera endoskop, yang membolehkan mereka melihat peti suara secara lebih jelas dan mengenal pasti tahap kesihatan suara seseorang.

Paling menarik perhatian ialah ketika Datuk Syafinaz Selamat mengambil giliran mempamerkan vokal soprano di hadapan pakar yang menjalankan pemeriksaan peti suaranya.

Facebook

Ketika peti suaranya dirakam, Datuk Syafinaz menyanyikan lagu klasik tenor dan soprano ciptaan Eduardo di Capua dan Alfredo Mazzucchi, ‘O sole mio yang dipopularkan oleh Luciano Pavarotti dengan selambanya.

Juri ‘Gegar Vaganza 8’ dan guru vokal terkenal ini cukup bertenang ketika menyanyi lagu paling susah mencabar vokal sekali gus mempamerkan vokal soprano hebat miliknya.

Facebook

Persembahan percuma membuat semua yang berada di situ berasa kagum kerana beliau seolah-olah tidak berasa terjejas di sepanjang proses endoskopi dijalankan.

Rata-rata netizen yang pernah menjalani prosedur berkenaan berasa pelik bagaimana Datuk Syafinaz siap boleh menyanyi, walhal situasi berkenaan agak kurang selesa semasa ia dilakukan.

Facebook

“Itulah rupa sebenar mulut manusia, bibir tu cuma cover..”

“Boleh dia menyanyi sambil masuk kamera tu ikut hidung. Saya setiap 6 bulan buat prosedur ni, setiap kali itu jugalah terbatuk-batuk keluar air mata sambil tarik tangan doktor tu supaya cepat keluarkan kamera tu. Seksa rasanya..”

“Terima kasih bagi ilmu.”

“Macam itu rupa peti suara kita, macam predator pun ada.. Haha.. Ni kalau mak-mak menjerit anak degil ni agak-agak macam mana la rupanya..”

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Duit dalam akaun bank tiba-tiba ‘ditarik scammer’, wanita ini kongsi usah panik dan boleh usaha dapatkan wang balik

0

Semakin ramai scammer di luar sana yang memperdayakan para mangsa dengan kegiatan penipuan transaksi bank serta pencurian wang. Mereka boleh buat duit dalam akaun bank anda lesap secara tiba-tiba.

Hasil kegiatan penjenayah scammer, ramai mangsa mengalami kerugian ribuan ringgit ekoran wang dicuri secara tiba-tiba dari akaun bank tanpa pengetahuan mereka.

Mangsa hanya menyedari baki wang simpanan akaun bank semakin berkurangan melalui “notifikasi” telefon pintar ataupun ketika melakukan “Perbankan dalam Talian” di aplikasi.

Gambar Hiasan / Pexels

Sekiranya kes duit dalam akaun hilang ini berlaku kepada anda, apa tindakan yang perlu dilakukan? Bagaimanakah scammer boleh mencuri duit itu tanpa kita disedari?

Ikuti perkongsian pengguna Facebook Norizatul Nadia Radzi berdasarkan pengalaman duit dalam akaun miliknya telah dicuri scammer baru-baru ini, dan beliau berjaya mendapatkan wang itu kembali.

26/2/22 – Tiba-tiba masuk notification ada transaksi 4 kali dengan amount berlainan. Masa ni kat Sabah. So macam pelik jugak, try call bank tapi tak dapat. Masa ni tenang lagi. Kita try any solution untuk reach dengan pihak bank.

Bila jadi macam ni korang jangan panik, benda macam ni ada proses. Biar lambat janji dapat balik duit.

Facebook

Langkah yang perlu dilakukan:

Langkah pertama yang korang kena buat adalah call bank untuk buat report “Fraud Transaction”.

Kedua, korang kena block kad bank tersebut dengan kadar segera.

Ketiga, transfer semua duit ke bank lain dulu kalau kad tak block ( haritu 2 hari jugak nak dapat call bank) masa tu dah la kat Sabah. Tak tenang nak honeymoon. Kurang asam scammer ni.

Keempat, pergi ke bank untuk buat kad baru.

Kelima, update dengan bank tentang kad baru tersebut dalam tempoh 14 ke 45 hari. Saya tiga kali update (sila pastikan customer service bagi nombor report untuk rujukan).

Keenam, korang tunggu sajalah sampai duit tu masuk balik ke akaun bank korang.

Akhir sekali, Alhamdulillah selepas satu bulan lebih saya berjaya dapat semula duit tu..

Pihak bank beritahu nombor kad (depan kad ATM) dah terdedah dengan pihak scammer. Sebab tu dorang boleh tarik duit kita.

Masa ni mereka curi kaw-kaw. Sampai tinggal RM4 je nasib baik gaji tak masuk lagi. Kalau tak naya.

Pengajaran di sini, kalau ada apa-apa urusan bank melibatkan dalam talian, sila gunakan FPX sahaja. Jangan guna kad debit.

Ni kali pertama kena. Alhamdulillah pihak bank sangat-sangat membantu sepanjang proses refund ni berjalan.

Facebook

Duit dapat atau tidak itu belakang cerita, kalau dapat balik sudah kira rezeki. Yang penting laporkan kegiatan scammer ini. Jangan biarkan. Seronok nanti scammer itu berjoli sakan. Kalau tidak lapor pihak bank pun tidak boleh hendak buat apa-apa.

Jadi hati-hati semua, kita tak tahu ada apa lagi dalam kepala scammer ni hendak perdaya mangsanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: