30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 4, 2025
Utama Blog

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

0
Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk
Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik, dan Sabar.

Encik Li menjadi calon Hadiah Keamanan Nobel sebanyak empat kali dan telah dicalonkan oleh Parlimen Eropah bagi Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Kebebasan Beragama Antarabangsa Freedom House.Artikel Encik Li ini diterjemahkan daripada bahasa Cina.

Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Mengapa Pencipta berusaha menyelamatkan segala makhluk? Ini adalah kerana kasih-Nya terhadap segala makhluk, kerana segala nyawa makhluk dikurniakan oleh-Nya.

Semasa alam semesta sampai fasa terakhir dalam proses Pembentukan, Pengekalan, Kemerosotan dan Kepupusan,  Pencipta menggunakan 200 juta tahun mencipta Tiga Alam (Tiga Dunia), merancang dan memberi banyak cara dan peluang untuk menyelamatkan semua makhluk hidup, sementara membina asas kebudayaan, pemikiran, dan tingkah laku manusia. Pencipta juga menggunakan tubuh Tuhan-Nya untuk menghapuskan karma dosa semua makhluk! Pencipta telah memberikan segala-gala-Nya untuk menyelamatkan makhluk hidup.

Agar manusia dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Tuhan apabila penyelamatan bermula pada zaman akhirat, Pencipta menjelma semula dengan berbilang badan dalam 200 juta tahun yang lalu untuk  menyediakan asas kebudayaan manusia, mengawasi dan menjaga moral manusia. Dalam sejarah yang panjang, kelahiran semula hidupan telah berulang-alik selama ribuan dan jutaan tahun, secara beransur-ansur entiti benar manusia di dunia ini  (termasuk semua kumpulan etnik) mempunyai pelbagai hubungan kekerabatan dengan Pencipta, yang menjadikan Pencipta lagi mengasihi ciptaan-Nya. Apabila kiamat tiba, untuk penyelamatan yang lebih sempurna, makhluk tanpa hubungan seperti itu dengan Pencipta tidak boleh menjadi manusia pada masa ini. Pada masa ini, badan sebenar manusia di dunia ini merupakan orang Pencipta.  Ini termasuk Dewa dan Tuhan yang dianuti oleh manusia hari ini,  mereka menjelma semula menjadi manusia untuk mengajar Fa dan Tao,  juga adalah ciptaan Pencipta. Tuhan menggunakan tubuh manusia untuk tujuan menyediakan kebudayaan Tuhan untuk menyelamatkan manusia, pelbagai agama ortodoks yang ditinggalkan juga wujud untuk mengekalkan moral manusia, menunggu penyelamatan terakhir daripada Pencipta. Bagi Pencipta, Dia berhak untuk mengasihi ciptaan-Nya, dan Dia akan lebih mengasihi manusia yang Dia anggap patut disayangi. Itu merupakan hak-Nya, tiada siapa berhak masuk campur! Itulah kurniaan-Nya yang tertinggi bagi hidupan!

Pencipta ialah Tuhan kepada segala tuhan dalam badan angkasa. Dia ialah Pencipta kepada Tuhan dalam segala tuhan, Raja dalam segala raja, dan Penguasa kepada semua makhluk hidup, termasuk segala manusia, tuhan, dan benda dalam Tiga Alam (Tiga Dunia) yang dicipta oleh-Nya. Kasih-Nya adalah anugerah suci tertinggi untuk semua makhluk! Tiada kebanggaan yang lebih besar bagi mana-mana orang di dunia ini selain dikasihi oleh-Nya!

Guru, Li Hongzhi

17hb April 2023

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

0
Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia
Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’

法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik, dan Sabar.

Selepas Encik Li memperkenalkan amalan ini kepada orang awam di China pada awal 1990-an, dianggar 100 juta orang bermula amalan ini. Sejak itu, amalan itu telah tersebar ke lebih daripada 100 negara di seluruh dunia.

Encik Li menjadi calon Hadiah Keamanan Nobel sebanyak empat kali dan telah dicalonkan oleh Parlimen Eropah bagi Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Kebebasan Beragama Antarabangsa Freedom House.

Artikel Encik Li ini diterjemahkan daripada bahasa Cina, diterbitkan oleh The Epoch Times sempena Tahun Baru Cina.

Mengapa Wujudnya Manusia

Pertama sekali, saya ingin bertanya khabar kepada semua orang sempena Tahun Baru China.

Saya sepatutnya mengatakan beberapa perkataan mengenai Tahun Baru yang semua orang suka mendengar, namun saya telah melihat bahaya sedang menghampiri manusia langkah demi langkah. Atas sebab ini, para dewa dan Buddha meminta saya untuk mengatakan beberapa perkataan yang Tuhan ingin katakan kepada semua makhluk di dunia. Setiap perkataan yang akan saya ujar ini adalah rahsia syurga yang diberitahu orang ramai untuk mengetahui kebenaran dan memberi mereka peluang untuk diselamatkan.

Mengapa wujudnya manusia, alam semesta dari lahir hingga akhirat perlu melalui proses yang panjang dengan empat peringkat, iaitu pembentukan, pengekalan, kemerosotan dan kepupusan. Sebaik sahaja alam semesta mendekati proses “kepupusan” yang terakhir, segala-galanya di badan angkasa, termasuk alam semesta di mana kita hidup, akan hancur sehingga tiada kewujudan dalam sekelip mata! Semua makhluk akan pupus!

Kematian manusia hanyalah kerosakan dan penuaan badan fizikal, manakala primordial manusia (diri sejati tidak mati) akan dilahirkan semula dalam kehidupan yang seterusnya. Alam semesta mempunyai proses pembentukan, pengekalan, kemerosotan dan kepupusan, manakala manusia mempunyai proses kelahiran, penuaan, kesakitan, dan kematian, ini adalah prinsip alam semesta. Tuhan juga akan melalui proses ini, tetapi jangka masanya sangat panjang, manakala Tuhan yang lebih besar akan melalui proses ini dengan jangka masa yang lagi panjang. Tidak ada kesakitan dan penderitaan dalam kehidupan dan kematian mereka, malah proses itu berlaku dalam keadaan yang sedar, bagai menukar pakaian. Ini bermakna nyawa itu secara amnya tidak akan mati. Sekiranya alam semesta dan badan angkasa hancur di peringkat akhir pembentukan, pengekalan, kemerosotan, dan kepupusan, maka tidak wujud lagi kehidupan seterusnya selepas nyawa itu mati, semua makhluk dan benda tidak akan wujud, segala akan menjadi habuk dan semuanya akan kembali kepada kekosongan. Pada masa ini, alam manusia sedang melalui peringkat terakhir “kepupusan” dalam proses pembentukan, pengekalan, kemerosotan dan kepupusan. Segala-galanya pada zaman akhirat akan menjadi buruk, jadi ia akan dihapuskan. Inilah sebabnya masyarakat kini begini huru-hara. Manusia tidak mempunyai pemikiran yang baik, keruntuhan akhlak, psikopati, penyalahgunaan dadah, ketidakpercayaan kepada Tuhan dan kejadian huru-hara yang lain, ini adalah akhirat badan angkasa yang tidak dapat dielakkan, sudah tibanya masa ini!

Pencipta menghargai para dewa dan banyak makhluk yang baik dan indah, serta ciptaan indah dalam badan angkasa. Maka, pada peringkat awal proses “kemerosotan”, Pencipta membawa sebahagian Tuhan ke lapisan paling luar badan angkasa (secara kolektif dikenali sebagai luar Alam Fa) iaitu tempat tanpa Tuhan dan mencipta bumi di situ. Bumi tidak boleh wujud secara bersendirian, struktur angkasa yang sepadan diperlukan untuk membentuk sistem kitaran bagi makhluk dan organisma. Atas sebab ini, Pencipta mencipta kawasan yang besar di luar bumi, yang dipanggil “Tiga Alam” oleh para dewa. Apabila belum sampainya masa penyelamatan terakhir, tidak kira betapa tingginya Tuhan itu, tanpa persetujuan Pencipta, Dia tidak dibenarkan masuk dan meninggalkan Tiga Alam sesuka hati. Terdapat tiga alam utama dalam kawasan Tiga Alam, lapisan bumi ini di mana wujudnya segala makhluk termasuk manusia, dipanggil “Alam Nafsu” ; Di atas Alam Nafsu adalah alam kedua sebagai “Alam Segala Warna” ; Di peringkat seterusnya, alam ketiga adalah “Alam Tidak Berwarna” . Satu alam lebih tinggi dan lebih indah daripada yang lain, namun ia tidak boleh dibandingkan dengan syurga-syurga di Alam Fa dan alam di atas Alam Fa. Apa yang biasanya dipanggil syurga oleh manusia sebenarnya adalah syurga dalam Tiga Alam, iaitu syurga dalam  Alam Segala Warna dan Alam Tidak Berwarna. Kerana setiap alam mempunyai sepuluh lapisan syurga. Dalam Tiga Alam, terdapat sejumlah tiga puluh tiga lapisan syurga ditambah dengan Tiga Alam itu sendiri. Manusia berada di Alam Nafsu, ini adalah tingkat yang terendah, alam sekitarnya juga paling teruk. Kehidupan manusia itu adalah pahit dan pendek, dan perkara yang paling dahsyat adalah tidak ada prinsip benar di dunia manusia. Dalam alam semesta ini, prinsip manusia adalah bersifat bertentangan (kecuali prinsip yang diberitahu oleh Tuhan kepada manusia). Sebagai contoh: pemenang adalah raja, tentera melawan untuk menakluk dunia, yang kuat adalah wira, dan lain-lain. Segala ini bukan prinsip yang benar di mata Tuhan, semua ini didapati dengan pembunuhan dan perompakan. Alam semesta dan Tuhan tidak akan berlakunya, namun prinsip ini perlu dan boleh dilaksanakan di dunia manusia, ini adalah prinsip dunia manusia, ia bertentangan dengan prinsip alam semesta, jadi jika anda ingin kembali ke syurga, anda mesti “xiu” (membaiki diri) berdasarkan prinsip yang benar. Sesetengah orang mempunyai kehidupan yang lebih baik daripada yang lain, dan mereka sudah berasa sangat baik. Itu cuma membandingkan diri dengan orang lain di dunia manusia ini. Sebenarnya manusia ini semua hidup di timbunan sampah alam semesta sahaja.Tiga Alam dibina di lapisan paling luar angkasa alam semesta,ia terbentuk daripada zarah-zarah yang terendah, paling kasar dan paling kotor, iaitu molekul, atom dan lain-lain. Menurut/Dalam pandangan Tuhan, di sinilah sampah alam semesta dibuangkan. Oleh itu, Tuhan melihat zarah lapisan molekul sebagai tanah, lapisan yang terendah. Inilah makna asal ayat “Tuhan menciptakan manusia dari tanah liat” yang disebutkan dalam agama.  Sebenarnya manusia diciptakan daripada lapisan bahan yang terdiri daripada molekul.

Para Tuhan ditugaskan untuk menciptakan manusia atas arahan Pencipta, Tuhan yang berbeza wajahnya diarah untuk mencipta manusia yang berbeza mengikut penampilan mereka sendiri. Maka adanya orang putih, orang kuning, orang kulit hitam dan kaum lain, mereka hanya berbeza dalam penampilan, nyawa dalaman adalah dianugerahkan oleh Pencipta, jadi mereka semua mempunyai sifat nilai bersama. Pencipta memerintah Tuhan untuk mencipta manusia bertujuan untuk menyelamatkan semua makhluk termasuk para Tuhan di alam semesta pada hari-hari terakhir.

Jadi mengapakah Pencipta mengarah para Tuhan untuk mencipta manusia dalam  persekitaran yang begini rendah dan buruk? Kerana alam ini adalah lapisan alam semesta yang paling rendah, tempat yang paling pahit, dalam penderitaan manusia dapat xiulian, iaitu meningkatkan akhlak dirinya secara spiritual, penderitaan itu mampu menghapuskan karma berdosa. Di tengah-tengah penderitaan, seseorang itu masih boleh kekal baik, tetap bersyukur, dan menjadi orang yang baik, inilah proses meningkatkan diri mereka. Penyelamatan itu adalah proses dari bawah ke atas, yang mesti bermula dari tempat yang paling bawah. Bukan sahaja makhluk hidup susah di sini, konflik mengenai kepentingan diri berlaku di antara manusia, persekitaran semula jadi yang buruk, manusia perlu bekerja keras dan memikir cara untuk meneruskan kehidupan dan sebagainya, segala ini dapat memberi peluang kepada manusia untuk meningkatkan diri dan menghapuskan karma. Penderitaan pasti dapat menghapuskan karma berdosa, dan di tengah-tengah kesakitan, penderitaan dan perbalahan, manusia masih dapat mengekalkan jati dirinya, ia akan mengumpulkan gong (pencapaian, tenaga latihan) dan de (kebajikan, merit, bahan putih yang suci), pada masa yang sama makhluk ini dapat meningkatkan dirinya.

Pada zaman terdekat, Pencipta ingin menggunakan tubuh manusia untuk menyelamatkan semua makhluk di alam semesta. Kebanyakan kehidupan asal dalam tubuh manusia digantikan dengan “Tuhan” yang dilahirkan semula sebagai manusia. Hal ini kerana tubuh manusia dapat menghapuskan karma berdosa dalam penderitaan. Pada masa yang sama, di tengah-tengah zaman yang tiada prinsip benar, kehidupan ini masih mematuhi prinsip kebenaran yang dikatakan Tuhan dan mengekalkan jati dirinya, nyawa ini akan meningkat. Akhirat telah datang, pintu gerbang Tiga Alam telah dibuka, dan Pencipta sedang memilih orang seperti ini untuk diselamatkan.

Dalam proses pembentukan, pengekalan, kemerosotan, segala dalam angkasa alam semesta tidak lagi tulen dan baik jika dibandingkan dengan peringkat awal pembentukannya, maka ia akan berlangkah ke “kepupusan”. Maksudnya, segala-galanya dalam badan angkasa sudah buruk, semua makhluk tidak sebaik seperti mereka sendiri pada mulanya, nyawa itu sudah tidak suci, dan mereka semua mempunyai karma berdosa, jadi mereka akan pupus. Agama memanggil dosa ini sebagai “dosa asal.” Bagi menyelamatkan syurga dan alam semesta, Pencipta mengarah para Tuhan dan para Tuan turun ke alam ini dan menjadi manusia di alam ini, untuk menanggung penderitaan, meningkatkan diri, menghapuskan dosa, dan mencipta semula diri, untuk kembali ke syurga. (Kerana Pencipta juga sedang mencipta semula alam semesta semasa menyelamatkan makhluk) Ketulenan dan keindahan syurga alam yang baru adalah mutlak. Dalam persekitaran yang sukar manusia dapat mengekalkan pemikiran yang baik, dalam menghadapi ancaman pemikiran moden, manusia dapat berpegang pada nilai tradisional, dalam ancaman teori ateisme dan evolusi, manusia masih boleh percaya kepada Tuhan, orang seperti itu dapat mencapai matlamat penyelamatan dan kembali ke syurga. Semua kejadian huru-hara itu diatur oleh Tuhan pada masa akhir, tujuannya adalah untuk menguji sama ada makhluk boleh diselamatkan. Pada masa yang sama, penderitaan juga dapat menghapuskan karma berdosa dalam proses itu, semuanya dilakukan untuk menyelamatkan orang dengan mengembalikan mereka ke syurga.

Dengan kata lain, kehidupan di dunia ini bukan untuk kejayaan di masyarakat. Segala usaha dan percubaan dalam kehidupan, serta dorongan mereka untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan tanpa memilih cara, pada akhirnya akan merosakkan diri seseorang itu. Sebab orang datang ke dunia ini dan menjadi manusia adalah untuk menghapuskan dosa dan karma mereka, juga bertujuan untuk memperbaiki diri sendiri. Manusia datang ke dunia ini untuk diselamatkan, menunggu Pencipta menyelamat balik dunia syurga, inilah sebab datangnya makhluk untuk menjadi manusia. Sementara penungguan satu kehidupan demi kehidupan yang seterusnya,  makhluk juga sedang mengumpul gong dan de. Inilah tujuan kelahiran semula manusia, dunia huru-hara adalah untuk menjayakan semua makhluk. Walau bagaimanapun, apabila menghadapi kesukaran dan meminta pertolongan Tuhan, hajat sesetengah orang tidak tertunai maka mereka mula membenci Tuhan, seterusnya mereka melangkah ke tahap membantah Tuhan bahkan memasuki jalan iblis dan melakukan karma dosa yang baru. Orang sebegini ayuh bergegas kembali, memohon ampunlah kepada Tuhan, dan kembali ke pantai selamat. Sebenarnya, segala-galanya dalam kehidupan, layak dan tidak layak memperoleh, semuanya punca sebab daripada perbuatan baik dan buruk dari kehidupan sebelumnya. Jumlah berkat dan de yang terkumpul dalam kehidupan sebelumnya menentukan jumlah berkat dalam kehidupan ini atau seterusnya. Sekiranya terdapat banyak berkat dan de, dalam kehidupan seterusnya, anda boleh menukarkan berkat dan de kepada pangkat pegawai tinggi dan gaji tinggi, juga boleh menukarkannya kepada pelbagai berkat, kekayaan dan lain-lain , termasuk sama ada keluarga itu bahagia atau tidak, termasuk keadaan anak-anak. Inilah sebab asas mengapa sesetengah orang kaya, sesetengah orang miskin, sesetengah orang ialah pegawai tinggi, dan sesetengah orang kehilangan tempat tinggal, ia tidak seperti mana omong kosong jahat tentang kesaksamaan antara kaya dan miskin yang dikatakan oleh Parti Komunis jahat. Alam semesta adalah adil, jika makhluk itu baik, ia akan diberi ganjaran, yang melakukan perkara jahat mesti kena bayar balik. Jika tidak dalam kehidupan ini maka dalam kehidupan yang seterusnya. ini adalah prinsip alam semesta yang mutlak! Syurga, bumi, Tuhan, dan Pencipta berbelas kasihan kepada semua makhluk hidup. Syurga, bumi, manusia, dan Tuhan semuanya dicipta oleh Pencipta, pastinya tidak akan mengasihi makhluk yang ini dan tidak mengasihi makhluk yang itu. Punca sebab dan balasan adalah sebab asal kehidupan itu berkat atau susah.

Manifestasi keuntungan dan kerugian, pada hakikatnya, kelihatan seperti manifestasi normal masyarakat, pada asasnya adalah punca sebab yang dibina oleh nyawa itu sendiri. Namun begitu, milik dan tidak, untung dan rugi, dilihat di masyarakat manusia adalah selaras dengan keadaan sosial manusia. Jadi dalam kehidupan, sama ada hidup anda kaya atau miskin, anda mesti melakukan perbuatan baik, tidak melakukan perkara buruk, mengekalkan sifat baik hati, menghormati syurga dan Tuhan dan sudi membantu orang lain. Dengan ini, berkat dan de akan terkumpul, maka ada ganjaran dalam kehidupan seterusnya. Di China, orang tua pada masa lalu sering mengatakan bahawa dalam kehidupan yang pahit ini, jangan mengadu tentang dunia, melakukan lebih banyak perkara yang baik dan mengumpul lebih banyak de, kehidupan seterusnya akan menjadi baik. Dengan kata lain, jika anda tidak melakukan perkara yang baik dalam kehidupan sebelumnya, tidak mengumpul berkat dan de maka tidak akan berguna jikalau anda meminta pertolongan Tuhan. Alam semesta mempunyai prinsip alam semesta, dan Tuhan turut perlu mematuhinya. Tuhan akan dihukum jika melakukan apa yang tidak harus dilakukan. Ia tidak semudah yang difikirkan oleh manusia, apa-apa yang anda mahu, Tuhan harus melakukannya untuk anda? Syaratnya ialah anda mesti mempunyai berkat dan de yang terkumpul dalam kehidupan sebelum ini dan menukarkannya apa yang anda mahu dengan berkat dan de! Kerana ini ditentukan oleh prinsip alam semesta. Tetapi pada akarnya, ini bukan tujuan asas pengumpulan berkat dan de. Pada masa kehidupan di dunia ini,  mengumpul lebih banyak berkat dan de, adalah untuk membuat persediaan untuk kembali ke syurga. Ini adalah yang paling penting, bukannya sebagai pertukaran untuk kebahagiaan sementara dan seumur hidup!

Guru, Li Hongzhi

20hb Januari 2023

Gempa Bumi Kuat melanda Myanmar, Bangunan Tinggi di Thailand Runtuh: 1 Maut, 43 Hilang

0

Pada 28 Mac 2025, satu gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda Myanmar, menyebabkan gegaran kuat turut dirasai di Bangkok, Thailand. Sebuah bangunan 30 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Bangkok runtuh, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut dan 43 pekerja terperangkap. Operasi menyelamat sedang giat dijalankan, dan beberapa pekerja telah berjaya diselamatkan. ​

Gegaran turut dirasai sejauh wilayah Yunnan di China, menyebabkan penduduk di kawasan terjejas panik dan bergegas keluar dari bangunan. Perdana Menteri Thailand telah mengisytiharkan darurat di Bangkok dan mengarahkan pemindahan dari bangunan tinggi yang berisiko.

Orang Dalam: Hubungan Simbiotik Antara Taman Penipuan Telekomunikasi dan “Inisiatif Jalur dan Laluan”

0

Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, melawat Beijing pada 5 – 8 Februari. Pada masa yang sama, kerajaan Thailand telah mengumumkan pemotongan bekalan elektrik dan internet di sempadan Thailand-Myanmar bagi membanteras sindiket penipuan telekomunikasi. Perkembangan ini berkaitan dengan kes pelakon China, Wang Xing, yang diselamatkan selepas dijual ke kawasan penipuan telekomunikasi di Myawaddy, Myanmar. Seorang individu yang pernah berada di Myawaddy dan mengetahui situasi dalaman mendedahkan kepada Epoch Times tentang sejarah perkembangan penipuan telekomunikasi serta kaitannya dengan China. Beliau mendakwa bahawa pada asalnya, Parti Komunis China (PKC) merupakan penyokong utama di sebalik operasi taman-taman penipuan ini.

Lawatan Perdana Menteri Thailand ke Beijing: Hubungan Antara Taman Penipuan Telekomunikasi dan “Inisiatif Jalur dan Laluan”

Menurut laporan Xinhua, pada pagi 6 Februari, pemimpin Parti Komunis China, Xi Jinping, bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, di Beijing. Lawatan ini dikatakan berkaitan dengan insiden Wang Xing, yang menimbulkan kesan negatif terhadap pelancong China ke Thailand.

Dalam temu bual bersama Epoch Times, seorang sumber yang dikenali sebagai Encik Li mendedahkan bahawa pembebasan Wang Xing bukan hasil operasi polis Thailand atau bantuan kedutaan China. Sebaliknya, ia berlaku selepas pemilik Taman Dongmei, Wan Kuok-koi, menghubungi individu yang bertanggungjawab di kawasan tersebut. Wang Xing kemudiannya dihantar ke seberang sungai melalui jeti dan diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand.

Pemilik Kumpulan Dongmei, Wan Kuok-koi, dikatakan sebagai salah seorang dalang utama di belakang sindiket penipuan telekomunikasi di utara Myanmar. Disebabkan hubungannya dengan “Inisiatif Jalur dan Laluan” yang disokong PKC, beliau dipercayai mendapat perlindungan daripada kerajaan China.

Kawasan KK pula dikaitkan dengan seorang lagi individu yang berkepentingan dalam projek “Inisiatif Jalur dan Laluan”, iaitu Duan Zhengli. Pada tahun 2019, akhbar Global Times milik PKC pernah menerbitkan artikel bertajuk Mendengar Kisah Usahawan China dalam “Inisiatif Jalur dan Laluan”: Membangunkan Zon Ekonomi Khas di Tanah Gersang Myanmar, yang memuji Duan Zhengli sebagai pengasas Kawasan KK di Myawaddy. Walau bagaimanapun, artikel tersebut kini telah dipadamkan.

Media Thailand melaporkan bahawa pada 27 Januari, Timbalan Menteri Keselamatan Awam China, Liu Zhongyi, bertemu pegawai Thailand di Bangkok. Beliau mendedahkan bahawa terdapat 36 kumpulan besar penipuan telekomunikasi yang dikendalikan oleh warga China di Myawaddy, dengan lebih 100,000 pekerja terlibat dalam aktiviti penipuan ini. Liu juga menyatakan bahawa She Zhijiang, individu yang kini ditahan di Bangkok, merupakan sasaran utama dalam operasi anti-penipuan PKC, dan China berharap agar Thailand mengekstradisinya untuk dibicarakan.

She Zhijiang ialah pengasas “Zon Perindustrian Pintar Antarabangsa Asia-Pasifik Myanmar” (disingkatkan sebagai “Bandar Baharu Asia-Pasifik”), yang merupakan salah satu projek “Inisiatif Jalur dan Laluan”. She juga merupakan pemilik Kumpulan Pegangan Antarabangsa Asia-Pasifik. Pada Ogos 2022, She ditangkap oleh kerajaan Thailand dan dipenjarakan di Bangkok. Pada tahun 2023, She Zhijiang merakam video dari penjara, mendakwa dirinya adalah bekas pegawai Kementerian Keselamatan Negara China yang telah diperangkap oleh PKC. She juga menyatakan bahawa dia tidak akan membunuh diri.

Sejarah Penipuan Telekomunikasi dan Hubungannya dengan “Inisiatif Jalur dan Laluan”

Dalam pendedahannya, Encik Li menjelaskan bagaimana penipuan telekomunikasi berkembang dan bagaimana ia berkait rapat dengan strategi kolonisasi luar negara oleh PKC. Beliau juga menyebut bahawa sindiket ini menjadi sebahagian daripada rangkaian kepentingan rahsia bagi golongan “Generasi Kedua Komunis Merah” dan “Generasi Ketiga Komunis Merah” dalam PKC.

(Nota: “Generasi Kedua Komunis Merah” merujuk kepada anak-anak pegawai kanan Parti Komunis China, terutamanya mereka yang memainkan peranan utama dalam pemerintahan. “Generasi Ketiga Komunis Merah” pula merujuk kepada cucu-cicit pegawai kanan PKC yang mewarisi kedudukan politik dan ekonomi dalam sistem pemerintahan Parti Komunis China.)

Menurut Encik Li, penipuan telekomunikasi tidak bermula di China, dan inisiatif “Inisiatif Jalur dan Laluan” pada mulanya tidak bertujuan untuk mendukung aktiviti jenayah ini. Penipuan telekomunikasi pertama kali dilakukan oleh sekumpulan warga Taiwan. Apabila kerajaan Taiwan mengambil tindakan terhadap mereka, mereka melarikan diri ke wilayah Fujian, China, di mana mereka meneruskan operasi mereka. Penduduk tempatan di Fujian kemudian belajar teknik penipuan ini dan mula menjalankan operasi mereka sendiri.

Pada peringkat awal, kumpulan penipuan ini sekadar melakukan penipuan kewangan. Namun, lama-kelamaan, mereka mula memperdagangkan manusia, mengehadkan kebebasan pekerja, dan malah menggunakan kekerasan.

Encik Li juga mendakwa bahawa ekonomi China yang merosot menyebabkan ramai rakyatnya terpaksa mencari sumber pendapatan alternatif, termasuk bekerja secara sukarela dalam sindiket penipuan ini.

“Ramai orang tidak dapat mencari pekerjaan, tidak mampu membeli rumah atau berkahwin. Oleh itu, mereka melihat penipuan telekomunikasi sebagai peluang terakhir untuk mencari wang,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa fenomena ini berkaitan rapat dengan dasar-dasar Xi Jinping. “Jika bukan kerana polisi Xi Jinping yang menyebabkan kemelesetan ekonomi domestik dan inisiatif besar-besaran seperti ‘Inisiatif Jalur dan Laluan, taman-taman penipuan ini tidak akan wujud dalam skala sebegini,” kata beliau.

Li juga menyebut bahawa “Inisiatif Jalur dan Laluan” bukan sahaja bertujuan untuk mengeksport lebihan kapasiti industri China, tetapi juga untuk menakluki tanah di luar negara dengan menggalakkan penghijrahan warga China ke negara-negara sasaran.

“Tetapi rakyat biasa tidak mendapat faedah daripada projek ini. Yang mengaut keuntungan adalah golongan Generasi Kedua Komunis Merah dan Generasi Ketiga Komunis Merah. Mereka diberi keistimewaan oleh kerajaan dan dilindungi oleh Kementerian Keselamatan Awam China. Dengan perlindungan ini, mereka terlibat dalam penipuan, dadah, dan industri hiburan haram,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa fenomena ini bukan sahaja berlaku di Myanmar, tetapi juga di Kemboja, Filipina, bahkan di Afrika. “Mana-mana negara yang menjadi sasaran ‘Inisiatif Jalan dan Jalur’ pasti akan terlibat dengan aktiviti ini. Semua projek menguntungkan diserahkan kepada golongan elit PKC,” katanya.

State Organs tinjau pencalonan Oscar, filem dokumentari menyorot penganiayaan kejam di China

0

Sebuah filem dokumentari yang menonjolkan penderaan pengambilan organ paksa yang berterusan dilakukan oleh rejim China mengharapkan platform yang lebih besar: Anugerah Oscar.

Filem “State Organs” berkisar perjalanan dua keluarga menjejaki insan kesayangan mereka yang hilang di China, kini merupakan salah satu daripada 170 pesaing untuk Anugerah Akademi (Oscar) 2025 untuk Filem Dokumentari Terbaik dan juga Skor Asal Terbaik.

“Kebenaran itu kuasa,” kata penerbit Cindy Song kepada The Epoch Times. Beliau berkata walaupun Parti Komunis China telah berusaha menggunakan kuasa yang ada untuk menutup penganiayaan yang berterusan, filem mereka akan memberi peluang kepada awam untuk mengetahui tentang apa yang berlaku.

Penerbit dan penulis State Organs, Cindy Song (Gambar oleh Samira Bouaou/The Epoch Times)

Pengambilan organ secara paksa, tindakan mengambil organ individu tanpa kerelaan untuk dijual, berlaku di China secara besar-besaran, menyasarkan tahanan hati nurani seperti pengamal Falun Gong, kepercayaan dengan ajaran kerohanian dan latihan meditasi yang telah berhadapan dengan penganiayaan teruk di China sejak 1999. Bilangan mereka yang mengamalkan Falun Gong adalah kira-kira dalam anggaran 70 juta hingga 100 juta.

“Dari segi kekejaman dan skala, isu ini tidak dapat difahami dan dunia perlu tahu mengenainya,” kata Song.

Filem Kanada itu telah memenangi dua Anugerah Leo untuk Arahan Terbaik dan Skor Muzik Terbaik pada 2023 dalam kategori dokumentari cetera panjang, Anugerah Kecemerlangan di Pertandingan Filem Global The Accolade pada Mac, Anugerah Seni Filem Spirit dan Dokumentari Hak Asasi Manusia Terbaik di Festival Filem Manhattan 2024.

State Organs telah ditayangkan di Taiwan, New York, San Francisco, dan Jepun dengan beberapa penonton terharu selepas menonton filem itu. Tetapi apabila filem itu muncul di pawagam, ia juga menarik perhatian operatif China.

Di Taiwan khususnya, wartawan, penggubal undang-undang dan pihak teater telah menerima ancaman bertubi-tubi yang memberitahu mereka untuk tidak menulis mengenainya, mempromosikan atau menganjurkan tayangan filem itu. Apabila polis tempatan menyiasat, mereka mula menerima gangguan e-mel dan ancaman, yang termasuk kemungkinan pengeboman, tembakan dan penggodaman maklumat peribadi. Semuanya palsu, kata polis.

Kempen itu tidak berjaya, kerana penggubal undang-undang Taiwan menganjurkan tayangan dokumentari berkenaan di majlis perbandaran dan bercakap mengenainya secara terbuka sebagai sokongan. 

Tayangan filem State Organs di Village East di New York City pada 9 November 2024.(Gambar oleh Samira Bouaou/The Epoch Times)

Jawatankuasa Luar dan Pertahanan Kebangsaan Taiwan menyifatkan gangguan itu sebagai sebahagian daripada kempen pengaruh rejim dan menganjurkan perbincangan mengenainya, meminta pegawai yang bertanggungjawab dalam hal kebudayaan, keselamatan negara dan rentas wilayah untuk maklum balas mereka.

“Kita tidak perlu gentar dengan ancaman di sebalik tabir ini. Kita perlu terus bersuara,” kata Chen Xianwei, seorang penggubal undang-undang Taipei, dalam ucapan pada acara tayangan 30 November yang dianjurkan oleh majlis perbandarannya.

Hung Chien-yi, seorang lagi ahli Majlis Bandaraya Taipei, juga berkata bahawa beliau percaya “setiap negara demokrasi di dunia berhak untuk mengetahuinya.”

Senarai pendek 15 filem dokumentari Anugerah Oscar 2025 untuk undian pencalonan seterusnya telah diadakan pada 17 Disember 2024 dan State Organs tidak tersenarai.

Kepulauan Pasifik dalam amaran tsunami selepas gempa bumi kuat landa Vanuatu

0

Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran untuk sebilangan besar Kepulauan Pasifik susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.3 melanda ibu kota luar pantai negara kepulauan Vanuatu, Port Vila.

Gempa berlaku pada pukul 12.47 tengah hari, 17 Disember waktu Vanuatu pada kedalaman 57 kilometer (km), kira-kira 30 km dari pantai Efate, pulau utama Vanuatu, menurut Agensi Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Geoscience Australia

Negara-negara Pasifik iaitu Fiji, Kiribati, New Caledonia, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan Tuvalu juga telah diberi amaran.

Pakar klimatologi Vanuatu, Philip Malsale dalam hantaran di X berkata masyarakat di sekitar wilayah Efate telah terjejas, dengan kediaman mereka mengalami kemusnahan teruk dalam runtuhan di mana kelihatan perabot, kabinet dan perkakas bertaburan.

Laporan awal menunjukkan terdapat kerosakan ketara pada bangunan juga infrastruktur, dengan rakaman video dan imej di media sosial memaparkan kerosakan bangunan yang menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom dan New Zealand.

@Weathermonitors / X

Penyiar Vanuatu VBTC menunjukkan video rakaman gempa bumi yang berlaku telah menyebabkan bangunan dan kenderaan rosak teruk, manakala seorang dilaporkan terperangkap dalam bangunan yang runtuh.

Sementara itu, wartawan jenayah dan rasuah yang berpangkalan di Vanuatu, Dan McGarry, berkata beliau melihat tiga mangsa cedera parah di dalam kereta api dan sedang menunggu rawatan.

“Terdapat kerosakan besar di sekitar bandar dan bangunan yang runtuh, jalan yang menghubungkan Port Vila ke pelabuhan utamanya terhalang oleh tanah runtuh,” katanya.

@Bubblebathgirl / X

Bagaimanapun, Reuters tidak dapat mengesahkan angka sebenar mangsa korban, dengan pihak berkuasa di Vanuatu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sistem Amaran Tsunami AS kemudian membatalkan amaran tsunami awal untuk Vanuatu.

Juga tiada amaran tsunami kepada New Zealand atau Australia, menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan New Zealand (NEMA) dan Biro Meteorologi Australia (BOM).

Gempa bumi lemah landa Ranau

0

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah magnitud 2.8 dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah pada jam 2.56 petang 16 Disember.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataannya memaklumkan gempa bumi tersebut berlaku di 15 kilometer barat Ranau.

Menurut kenyataan itu gempa bumi lemah pada kedalaman 10 kilometer itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami kepada Malaysia namun dipercayai mengakibatkan gegaran di daerah Ranau.

Bernama melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 3.17 petang dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba Ranau dikerahkan untuk melaksanakan rondaan di sekitar daerah berkenaan.

“Rondaan mendapati keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi ditamatkan pukul 4.30 petang tadi,” menurut kenyataan itu.

Tangkap gambar jarak dekat mata ikan paus Humpback, renungan biru galaksi yang memukau

0

Jurugambar marin terkenal Rachel Moore telah berjaya merakam gambar jarak dekat mata ikan paus Humpback, mendedahkan pandangan mata biru galaksi makhluk mengagumkan itu dalam perincian yang menakjubkan. 

Rachel mengambil gambar itu pada 6 Oktober 2024, di pulau Mo’orea, French Polynesia berhampiran Tahiti. Tangkap gambar jarak dekat diambil dari sisi kepala ikan paus betina, menyerlahkan bidang penglihatan yang luas difokuskan oleh mata paus itu.

Gambar oleh Rachel Moore / @petapixel/X

Mata ikan paus dilindungi oleh lapisan lemak tebal, penebat unik yang ditemui dalam mamalia marin, yang membantu mengawal suhu di samping berfungsi sebagai pemberi perlindungan.

Menurut IFLScience, Rachel secara tidak sengaja terlihat ikan paus betina berusia antara tiga atau empat tahun yang dinamakan Sweet Girl sedang bermain dengan ikan lumba-lumba Spinner muncung panjang lalu bertindak pantas merakam detik itu.

Gambar oleh Rachel Moore / @petapixel/X

“Cara dia memandang saya begitu terpahat dalam ingatan. Ia adalah salah satu momen paling mendalam dalam hidup saya,” katanya dan diilhamkan oleh hubungan istimewa ini, Rachel bertekad untuk merakam mata Sweet Girl.

“Menyelam bersama makhluk hebat ini adalah satu keistimewaan, dan menghormati ruang mereka adalah sangat penting – tidak perlu mengejar atau memaksa interaksi. Pada masa yang jarang-jarang berlaku, ikan paus boleh memilih untuk berinteraksi menurut syarat yang ditentukan mereka. Detik bertentang mata ini adalah di luar impian saya yang tidak terbayangkan. Saya tidak pernah bertemu ikan paus dengan cara seperti ini, dan ia adalah pengalaman terpaling indah dalam hidup saya. Rasa diri sangat istimewa kerana dia membenarkan saya merakam keindahan dan kehidupan di matanya,” tulis Rachel Moore di Instagram.

Gambar oleh Rachel Moore / @petapixel/X

Gambar itu adalah tanda perpisahan dan kali terakhir Sweet Girl meluahkan keindahan kewujudannya kepada dunia.

Secara tragis, ikan paus muda itu telah terbunuh apabila cedera parah di rahangnya akibat dilanggar oleh kapal yang sedang bergerak laju dua hari kemudian.

“Sangat menyedihkan, akibat rempuhan tragis oleh kapal yang bergerak laju, nyawanya tidak panjang dan dia tidak lagi bersama kita. Sejak beberapa minggu lalu, dia menyentuh hati begitu banyak nyawa, dan terima kasih kepada sokongan anda terhadap foto matanya yang hebat, kisahnya kini telah mencecah jutaan orang. Saya berharap kisah tragisnya akan mencetuskan perubahan nyata dan bermakna terutamanya berkisar ancaman had laju kapal di kawasan ini di mana ikan paus ditemui terutamanya ketika musim penghijrahan ikan paus,” kata Rachel.

Gambar oleh Rachel Moore / @petapixel/X

Suruhanjaya Ikan Paus Antarabangsa (IWC) melaporkan rempuhan kapal telah menjadi ancaman besar kepada populasi ikan paus. Antara 1992 dan 2012, kira-kira 20,000 ikan paus mati setiap tahun akibat rempuhan kapal. Paus Humpback (Megaptera novaeangliae) disenaraikan sebagai antara spesies terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) dan nasib malang Sweet Girl melambangkan krisis ini.

Tragedi Sweet Girl mendorong petisyen dilancarkan bagi menyeru pihak berkuasa tempatan untuk menyekat kelajuan kapal dan bot di sekitar pulau itu. Rachel juga mengambil bahagian secara aktif dengan harapan dapat belajar daripada pengalaman di California dalam mempromosikan pelaksanaan peraturan melindungi haiwan marin.

Gambar oleh Rachel Moore / @petapixel/X

“Di California, walaupun tiada peraturan mandatori, kebanyakan kapal akan memperlahan kelajuan kepada kurang 10 knot sejam semasa penghijrahan ikan paus ke kawasan makanan mereka. Sekiranya syarikat perkapalan boleh memperlahankan kelajuan dalam 322 kilometer dari California, ia akan menjadi undang-undang yang juga boleh dilaksanakan di mana-mana kawasan tumpuan ikan paus. Hanya dengan mengambil langkah yang lebih proaktif kita dapat mengelak tragedi ini berulang,” kata Rachel.

Langkah seperti memperlahan kelajuan kapal atau mengalihkan laluan pelayaran, mungkin secara signifikan dapat mengurangkan kematian ikan paus serta spesies marin terancam lain, yang dapat melindungi mereka daripada terus kepupusan dan perkara ini perlu menjadi perhatian di peringkat global.

Jepun catat peningkatan mendadak kes Covid-19 dan influenza

0

TOKYO: Jepun melaporkan peningkatan kes Covid-19 dan influenza secara serentak di seluruh negara, menurut data rasmi, mendorong kementerian kesihatan untuk mengambil langkah pencegahan semasa musim sejuk.

Jumlah kes influenza baharu meningkat kepada 44,673 pada 8 Disember, kira-kira 20,000 lebih berbanding minggu sebelumnya, dengan anggaran 347,000 pesakit di seluruh negara.

Gambar Kyodo News

Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat kepada 15,163 dalam tempoh yang sama, meningkat lebih 3,200 berbanding tujuh hari sebelumnya dan ini merupakan minggu kedua berturut-turut kes baharu dilaporkan meningkat, dengan lebih 1,600 pesakit baharu dimasukkan ke hospital.

Purata 9.03 pesakit influenza baharu mendapatkan rawatan di institusi perubatan termasuk hospital dan klinik, dengan kebanyakan kes baharu dilaporkan di wilayah Fukuoka dan Oita, Jepun barat, diikuti Chiba, di mana Lapangan Terbang Antarabangsa Narita terletak.

Jumlah tertinggi pesakit baharu Covid-19 dilaporkan di wilayah Akita dan Hokkaido utara.

Oh! Media / Facebook

Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun berkata jangkitan cenderung merebak semasa musim sejuk setiap tahun, dan mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan asas dengan serius, termasuk memakai pelitup muka serta mencuci tangan serta berkumur secara berkala.

Bagi mengurangkan penularan penyakit, kementerian menyarankan orang ramai perlu mematuhi etika batuk dengan menutup mulut atau hidung dengan tisu atau menutup pada siku atau jaket masing-masing.

Menurut kementerian, gejala influenza biasa menjejaskan saluran pernafasan yang termasuk batuk, sakit kepala, hidung berair, demam, keletihan dan sakit sendi. Ia boleh menjadi lebih teruk di kalangan warga emas, bayi atau mereka yang mempunyai sistem imun yang terjejas.

Gambar Kyodo News

Data Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan melaporkan lebih 32,000 warga Jepun meninggal dunia akibat Covid-19 dalam tempoh 12 bulan selepas Mei 2023 apabila kebanyakan langkah pencegahan kesihatan termasuk kuarantin untuk kes positif ditarik balik, dengan mereka yang berusia 65 tahun ke atas menyumbang 97 peratus daripada kematian.

Terdapat 2,244 kematian berkaitan influenza dalam tempoh sama.

Parlimen Korea Selatan lulus pemecatan Presiden Yoon Suk-yeol

0

SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol telah dipecat dalam undian Parlimen atas cubaan mengisytiharkan undang-undang tentera, satu langkah yang menjerumuskan Korea Selatan dalam pergolakan politik di pertengahan tempoh pentadbirannya.

Parlimen Korea Selatan pada Sabtu, 14 Disember mengundi 204 berbanding 85 untuk meluluskan pemecatan Yoon daripada jawatan presiden.

Gambar Jeon Heon-Kyun / EPA

Ia adalah undian kedua dalam tempoh lapan hari. Tiga ahli mengambil keputusan berkecuali dan lapan undi diisytiharkan tidak sah.

Undian dilakukan secara rahsia, dengan dua pertiga daripada undian diperlukan untuk pemecatan. Kesemua 300 ahli dewan membuang undi.

Di luar Dewan Perhimpunan Kebangsaan, ribuan penunjuk perasaan menyambut pengumuman pemecatan Yoon dengan tepukan dan sorakan gemuruh.

Dianggarkan 200,000 orang berkumpul di jalanan ibu negara Seoul, untuk menyokong pemecatan Yoon.

Gambar Kim Soo-hyeon / Reuters

Perdana Menteri Han Duck-soo mengambil alih jawatan presiden sementara dan berjanji untuk memastikan kestabilan pentadbiran negara.

Pada 7 Disember, Parti Kuasa Rakyat (PPP) memboikot undi pemecatan pertama dengan usul yang kurang lima undi untuk mencukupi kuorum selepas kesemua 192 wakil rakyat pembangkang dan tiga ahli parlimen PPP mengundi.

Pemimpin PPP Han Dong-hoon telah menggesa parti itu untuk mengambil bahagian dalam proses pengundian, walaupun pendirian rasmi parti itu adalah menolak pemecatan Yoon.

Menjelang pengundian, sekurang-kurangnya tujuh ahli PPP berkata mereka akan mengundi untuk memecat Yoon, bermakna hanya satu undi lagi diperlukan untuk mencapai jumlah 200 yang diperlukan untuk pemecatan.

Dengan pemecatan ini, Yoon secara automatik digantung daripada jawatan manakala Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mempunyai masa 180 hari untuk membuat keputusan mengenai masa depan Yoon.

Gambar Jeon Heon-Kyun / EPA

Sekiranya Mahkamah Perlembagaan menyokong pemecatan secara sebulat suara, Yoon akan menjadi presiden kedua dalam sejarah Korea Selatan yang disingkirkan melalui proses ini.

Park Geun-hye menjadi presiden pertama telah dipecat pada Disember 2016 dan dilucutkan jawatan pada Mac 2017.

Sebelum ini, tinjauan Gallup Korea mendapati Yoon tidak menunjukkan rasa bersalah dan tetap mempertahankan tindakannya mengisytiharkan undang-undang tentera walaupun popularitinya merosot kepada 11 peratus.

Dalam tinjauan sama, 75 peratus rakyat menyokong pemecatan Yoon Suk-yeol.

YouTuber dedah taktik PKC sebar ideologi di TikTok menerusi aktiviti budaya dan pelancongan

0

Baru-baru ini, seorang YouTuber dikenali @luiswong90 mendakwa sebuah restoran barbeku Cina di Klang, Selangor telah cuba mempromosi budaya komunisme.

YouTuber itu berkata berdasarkan maklumat daripada pengikutnya mengenai restoran itu, beliau telah bergegas bersama rakannya ke lokasi yang dimaksudkan di Bandar Botanic Klang untuk menyaksikan sendiri kebenarannya.

Katanya, setibanya di restoran berkenaan, ia kelihatan biasa sahaja di bahagian luar. Beliau berjaya merakam keadaan di dalam restoran itu yang menggunakan peralatan pinggan mangkuk, cawan seramik bersama sudu makan yang mempromosi gambar dan slogan komunisme.

@luiswong90 / YouTube

Katanya, beberapa tahun lalu, terdapat sebuah restoran di Pulau Pinang yang mempunyai kes yang hampir serupa namun pihak berkuasa telah mengambil tindakan drastik terhadap restoran terbabit.

Menurut @luiswong90, pengikut YouTubenya sudah membuat laporan polis sambil menyeru kepada orang ramai agar melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati ada individu yang mempromosi budaya komunisme di Malaysia kerana ia adalah satu perilaku yang menyalahi undang-undang.

Berikutan pendedahan video @luiswong90 yang tular, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan telah membuat serbuan ke atas restoran berkenaan dan menahan seorang pengurus restoran berusia 20 tahun kerana dipercayai menggunakan peralatan makanan bagi mempromosikan agenda komunis pada 4 Disember.

@luiswong90 / YouTube

Pengurus restoran itu diberkas oleh anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada jam 10 malam.

Beliau berkata, hasil serbuan dilakukan, sebanyak lima mangkuk seramik saiz kecil warna putih berjalur biru tercatit tulisan bahasa Cina dan bergambar disyaki muka Pengasas dan Pemimpin Komunis China Mao Zedong telah dirampas.

Turut dirampas dalam serbuan itu adalah cawan kaca teh seramik berwarna putih berjalur biru tercatit tulisan Bahasa Cina dan gambar beberapa individu, selain tiga sudu sup seramik berwarna putih berjalur biru yang terdapat gambar dengan muka Mao Zedong serta 3 keping resit perniagaan bertarikh 4 Disember.

@luiswong90 / YouTube

Susulan serbuan yang dilakukan oleh PDRM, @luiswong90 memuat naik video terbaru bertajuk “Taktik Komunis China di TikTok: Ancaman kepada Malaysia”.

Menurutnya, dua orang YouTuber Taiwan dalam satu dokumentari baru-baru ini mendedahkan Parti Komunis China (PKC) membeli pempengaruh Taiwan untuk mengkhianati negara mereka dengan operasi cuci otak.

Seperti mana yang berlaku di Taiwan, dakwanya PKC juga sedang melakukan perkara yang sama di Malaysia.

“PKC menggunakan aktiviti budaya dan pelancongan sebagai cara menyusup,” katanya.

@luiswong90 / YouTube

Di Taiwan, PKC menawarkan subsidi kewangan dan aktiviti sosial untuk menarik pempengaruh dan anak muda mencipta kandungan video santai seperti makan dan berseronok.

“Pempengaruh ini digalak menyampaikan mesej mereka untuk menyukai China dan seterusnya menyokong PKC, budaya Cina disamakan dengan China lalu mengaitkannya dengan PKC,” kata @luiswong90.

Strategi yang membuatkan orang yang mencintai budaya Cina atau China untuk percaya mereka juga perlu menyokong Parti Komunis China.

YouTuber itu mendedahkan sudah melihat bukan sahaja pempengaruh Cina di Malaysia, malahan pempengaruh Melayu turut termakan taktik yang digunakan PKC melalui TikTok untuk membuat video memuji kehebatan China.

@luiswong90 / YouTube

“Untuk menentang propaganda ini, ingatlah sebanyak mana pun keindahan yang dimiliki China, ia tidak mewakili PKC bukan sebagai sistem diktator.

“Ia juga tidak mewakili fakta bahawa PKC tidak menindas orang Uyghur atau cuba menceroboh laut dalam wilayah negara kita,” pesan @luiswong90 supaya menentang penyusupan unsur komunisme di Malaysia.

Tonton video di bawah:

Bil rawatan belum dijelaskan, hospital swasta tahan ibu dan jenazah bayi disimpan dua minggu

0

Tular di media sosial apabila seorang bayi lelaki yang dilahirkan tidak sempurna sifat dan didakwa dihina oleh pihak pengurusan sebuah hospital swasta di Klang.

Menurut satu hantaran di Facebook yang dibuat oleh pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official, bayi lelaki yang diberi nama Adham itu dilahirkan dengan satu mata, tiada hidung dan tiada lubang dubur.

Wan Cai mendedahkan bayi berkenaan disimpan selama dua minggu di dalam peti beku, selain ibunya ditahan oleh pihak hospital kerana tidak membayar kos rawatan di situ.

Mr Wan Cai Official / Facebook

Beliau mempersoalkan motif pihak hospital menahan ibu bersama jasad bayi dan mempertikaikan sifat kemanusiaan doktor di hospital terbabit.

“Dalam isu yang berlaku, jelas tindakan pemilik hospital menahan jenazah adik Adham dari diuruskan adalah satu tindakan tidak wajar dan kejam.

“Seperti yang dimaklumkan, pihak hospital menahan ibunya keluar dari wad selagi bayaran tidak dibuat oleh si bapa.

“Yang menjadi persoalan, kenapa jenazah adik Adham perlu ditahan dan disimpan di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu?

“Bukankah si ibu sudah ditahan untuk dijadikan jaminan kepada pihak hospital,” soal Wan Cai menerusi hantaran itu.

Mr Wan Cai Official / Facebook

Difahamkan bil yang sepatutnya dibayar kepada pihak hospital dianggarkan kira-kira RM3,600 dan dijelaskan oleh bapa bayi berkenaan pada jam 11 pagi 11 Disember.

Wan Cai menjelaskan, pihaknya yang menguruskan bayi itu terpaksa menggunakan air panas yang dicampur air paip bagi melembutkan tubuh dan sendi-sendi jenazah bayi berkenaan.

Menurut hantaran itu juga, Wan Cai memaklumkan ibu bayi berkenaan mengadu sakit sebelum dihantar oleh jiran ke sebuah hospital swasta.

“Ketika kejadian suaminya sedang bekerja dan bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tentang keadaan isterinya,” katanya.

Mr Wan Cai Official / Facebook

Pada hantaran itu, satu video menunjukkan jenazah bayi berkenaan dimandikan, disolatkan dan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Selangor pada 11 Disember.

Katanya, pengurusan jenazah bayi itu dapat sempurna diselesaikan setelah menerima hasil sumbangan orang ramai kepada pihak pengurusan jenazah berkenaan.