Semakin ramai scammer di luar sana yang memperdayakan para mangsa dengan kegiatan penipuan transaksi bank serta pencurian wang. Mereka boleh buat duit dalam akaun bank anda lesap secara tiba-tiba.
Hasil kegiatan penjenayah scammer, ramai mangsa mengalami kerugian ribuan ringgit ekoran wang dicuri secara tiba-tiba dari akaun bank tanpa pengetahuan mereka.
Mangsa hanya menyedari baki wang simpanan akaun bank semakin berkurangan melalui “notifikasi” telefon pintar ataupun ketika melakukan “Perbankan dalam Talian” di aplikasi.

Sekiranya kes duit dalam akaun hilang ini berlaku kepada anda, apa tindakan yang perlu dilakukan? Bagaimanakah scammer boleh mencuri duit itu tanpa kita disedari?
Ikuti perkongsian pengguna Facebook Norizatul Nadia Radzi berdasarkan pengalaman duit dalam akaun miliknya telah dicuri scammer baru-baru ini, dan beliau berjaya mendapatkan wang itu kembali.
26/2/22 – Tiba-tiba masuk notification ada transaksi 4 kali dengan amount berlainan. Masa ni kat Sabah. So macam pelik jugak, try call bank tapi tak dapat. Masa ni tenang lagi. Kita try any solution untuk reach dengan pihak bank.
Bila jadi macam ni korang jangan panik, benda macam ni ada proses. Biar lambat janji dapat balik duit.

Langkah yang perlu dilakukan:
Langkah pertama yang korang kena buat adalah call bank untuk buat report “Fraud Transaction”.
Kedua, korang kena block kad bank tersebut dengan kadar segera.
Ketiga, transfer semua duit ke bank lain dulu kalau kad tak block ( haritu 2 hari jugak nak dapat call bank) masa tu dah la kat Sabah. Tak tenang nak honeymoon. Kurang asam scammer ni.
Keempat, pergi ke bank untuk buat kad baru.
Kelima, update dengan bank tentang kad baru tersebut dalam tempoh 14 ke 45 hari. Saya tiga kali update (sila pastikan customer service bagi nombor report untuk rujukan).
Keenam, korang tunggu sajalah sampai duit tu masuk balik ke akaun bank korang.
Akhir sekali, Alhamdulillah selepas satu bulan lebih saya berjaya dapat semula duit tu..
Pihak bank beritahu nombor kad (depan kad ATM) dah terdedah dengan pihak scammer. Sebab tu dorang boleh tarik duit kita.
Masa ni mereka curi kaw-kaw. Sampai tinggal RM4 je nasib baik gaji tak masuk lagi. Kalau tak naya.
Pengajaran di sini, kalau ada apa-apa urusan bank melibatkan dalam talian, sila gunakan FPX sahaja. Jangan guna kad debit.
Ni kali pertama kena. Alhamdulillah pihak bank sangat-sangat membantu sepanjang proses refund ni berjalan.

Duit dapat atau tidak itu belakang cerita, kalau dapat balik sudah kira rezeki. Yang penting laporkan kegiatan scammer ini. Jangan biarkan. Seronok nanti scammer itu berjoli sakan. Kalau tidak lapor pihak bank pun tidak boleh hendak buat apa-apa.
Jadi hati-hati semua, kita tak tahu ada apa lagi dalam kepala scammer ni hendak perdaya mangsanya.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: