30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya HidupTenang nyanyi soprano ketika peti suara dirakam pakar, macam itu rupa suara...

Tenang nyanyi soprano ketika peti suara dirakam pakar, macam itu rupa suara Syafinaz

Perkara normal bagi kita manusia adalah menggunakan suara sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi tidak kira di mana, semasa makan atau apa-apa sahaja aktiviti yang dilakukan. Suara merupakan satu bunyi yang terhasil daripada getaran peti suara atau vokal kod.

Suara indah dan lunak merdu adalah nikmat dalam bakat yang dianugerahkan Maha Esa kepada kita, tetapi ramai yang tidak menghargainya sehinggalah tanpa disedari ia kedengaran aneh dan menjadi serak.

Peti suara amat penting fungsinya sama seperti bahagian tubuh lain, terutamanya bagi anda yang digelar seorang penyanyi atau yang suka menyanyi sebagai hobi.

Gambar oleh The Diagnosa

Peti suara yang terletak di dalam kotak juga perlu dijaga kesihatannya kerana dibimbangi jika tercedera, ia akan mengakibatkan kerjaya penyanyi mengalami kemerosotan.

Peti suara selain menghasilkan suara, ia sangat penting dalam fungsi pernafasan serta mencegah makanan daripada memasuki paru-paru.

Facebook

Tular baru-baru ini di media sosial, beberapa orang penyanyi terkenal tanah air telah berkesempatan melakukan pemeriksaan peti suara yang dikendalikan Pakar Perunding Kanan Otorinolaringologi, Profesor Dr Marina Mat Baki.

Antaranya ialah Datuk Syafinaz, Misha Omar, Hael Husaini serta beberapa artis yang lain.

Facebook

Pakar menjalankan pemeriksaan menerusi kamera endoskop, yang membolehkan mereka melihat peti suara secara lebih jelas dan mengenal pasti tahap kesihatan suara seseorang.

Paling menarik perhatian ialah ketika Datuk Syafinaz Selamat mengambil giliran mempamerkan vokal soprano di hadapan pakar yang menjalankan pemeriksaan peti suaranya.

Facebook

Ketika peti suaranya dirakam, Datuk Syafinaz menyanyikan lagu klasik tenor dan soprano ciptaan Eduardo di Capua dan Alfredo Mazzucchi, ‘O sole mio yang dipopularkan oleh Luciano Pavarotti dengan selambanya.

Juri ‘Gegar Vaganza 8’ dan guru vokal terkenal ini cukup bertenang ketika menyanyi lagu paling susah mencabar vokal sekali gus mempamerkan vokal soprano hebat miliknya.

Facebook

Persembahan percuma membuat semua yang berada di situ berasa kagum kerana beliau seolah-olah tidak berasa terjejas di sepanjang proses endoskopi dijalankan.

Rata-rata netizen yang pernah menjalani prosedur berkenaan berasa pelik bagaimana Datuk Syafinaz siap boleh menyanyi, walhal situasi berkenaan agak kurang selesa semasa ia dilakukan.

Facebook

“Itulah rupa sebenar mulut manusia, bibir tu cuma cover..”

“Boleh dia menyanyi sambil masuk kamera tu ikut hidung. Saya setiap 6 bulan buat prosedur ni, setiap kali itu jugalah terbatuk-batuk keluar air mata sambil tarik tangan doktor tu supaya cepat keluarkan kamera tu. Seksa rasanya..”

“Terima kasih bagi ilmu.”

“Macam itu rupa peti suara kita, macam predator pun ada.. Haha.. Ni kalau mak-mak menjerit anak degil ni agak-agak macam mana la rupanya..”

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI