26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiAyah sanggup ambil semula peperiksaan SPM untuk bagi semangat kepada anak bongsu

Ayah sanggup ambil semula peperiksaan SPM untuk bagi semangat kepada anak bongsu

Mereka yang bergelar ibu bapa akan sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anak walaupun perkara tersebut kelihatan tidak masuk akal pada pandangan orang lain. Namun, katakan apa sahaja, mereka akan berusaha sedaya mungkin untuk mewujudkan permintaan atau keperluan anak-anak mereka.

Baru-baru ini kita dihidangkan dengan sebuah kisah seorang bapa yang sanggup mengambil semula peperiksaan semata-mata demi anaknya. Bagi memberi dorongan kepada anak bongsunya, Zulkifli Md Pungot dikatakan sanggup menduduki semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.

Zulkifli, 54, yang juga Penolong Kanan Petang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Andak (SDARA) menduduki peperiksaan itu bersama dengan anaknya, Afif Ajmal Zulkifli, 18, di dewan SMK Simpang Renggam.

Bercerita lanjut, Zulkifli berkata, itu bukan pertama kali dia menduduki semula peperiksaan SPM kerana pernah menjadi calon subjek Matematik sebanyak 22 kali sejak 2011.

Dia juga pernah menjadi calon SPM bagi subjek Matematik pada 2016 dengan anak sulungnya, Puteri Nur Nabilah, 23, yang kini penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan.

“Tahun ini, saya lakukannya sekali lagi namun dengan tambahan subjek iaitu Bahasa Inggeris buat pertama kalinya.

“Saya cabar diri menduduki subjek Bahasa Inggeris kerana mahu uji kemampuan memandangkan sebelum ini hanya ada pengalaman mengulang semula peperiksaan bagi subjek Matematik saja.

“Ini cara saya beri kekuatan kepada anak supaya dia berasa ada pesaing terdekat dan lebih bersemangat serta bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik bagi mendapat keputusan cemerlang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi persediaannya sebelum menduduki peperiksaan, Zulkifli berkata, pengalaman selama lebih 20 tahun sebagai guru Matematik digunakan untuk berkongsi dengan Afif Ajmal menerusi kelas bimbingan diadakan hasil inisiatifnya sendiri.

Menurut Zulkifli, bukan setakat Afif Ajmal malah dia turut meminta anaknya itu mengajak rakan lain yang lemah dalam subjek Matematik dan tidak mampu mengikuti kelas tuisyen luar untuk belajar bersama.

“Saya adakan kelas pada setiap malam Ahad, Isnin dan Selasa bermula jam 8.30 hingga 10 malam.

“Inisiatif itu bertujuan membantu anak dan rakannya menjelang peperiksaan serta pada masa sama ulang kaji untuk diri sendiri walaupun saya seorang guru Matematik.

“Bagi subjek Bahasa Inggeris pula, saya belajar di Youtube dengan menonton video berkaitan kemahiran bertutur, mendengar dan menulis di saluran itu,” katanya.

Zulkifli berkata, perjalanannya dan Afif Ajmal tidak mudah kerana mereka berdua diuji dengan Covid-19 sebelum sempat menduduki peperiksaan subjek Bahasa Inggeris.

“Sepatutnya, saya dan anak menduduki peperiksaan subjek Bahasa Inggeris kertas 1 dan 2 pada 3 Mac lalu.

“Ditakdirkan, saya positif Covid-19 pada 26 Februari lalu sementara anak serta isteri (Tentay Muhamad Sam, 45) pula menjadi kontak rapat sebelum mereka juga disahkan positif Covid-19 pada 1 Mac.

Beliau walau bagaiamanpun menganggap semua itu sebagai ujian Allah dan bersyukur kerana sudah sembuh dan berpeluang untuk menduduki peperiksaan sesi kedua.

Peperiksaan ulangan kali ini bukan pertama kali diambil bahkan beliau terus konsisten mengambil kertas Matematik SPM sejak tahun 2011 lalu. Beliau dikatakan menduduki dua sesi peperiksaan bagi subjek Matematik pada Julai serta November setiap tahun sepanjang tempoh itu dan sudah mengikuti 18 peperiksaan.

Sepanjang mengambil SPM bagi subjek itu, 14 daripada keputusan peperiksaan berkenaan, Zulkifli memperoleh gred A+, manakala empat lagi dia memperoleh keputusan gred A.

Meskipun memiliki kelebihan pernah mengajar subjek Matematik hampir 20 tahun, Zulkifli tidak mengambil mudah setiap peperiksaan yang diikutinya, sebaliknya tetap membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI