26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita UtamaChe’ Puan Khaleeda berikrar akan hulur segala bantuan perlu demi keadilan buat...

Che’ Puan Khaleeda berikrar akan hulur segala bantuan perlu demi keadilan buat Bella dalam perbicaraan Rumah Bonda

Perbicaraan Rumah Bonda – Bella, menjadi tumpuan sejak beberapa hari lalu, melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd Razali, yang telah didakwa mengabai dan mendera Bella, seorang remaja berusia 13 tahun yang menghidap Sindrom Down di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Bagaimanapun, fokus perbicaraan itu bukan sahaja kepada prosiding mahkamah, malahan gambar terbaru yang dimuat naik peguam Siti Bainun yang menarik perhatian warganet, mencetuskan kemarahan ketika melihat bagaimana kedua-dua peguam dan anak guam mempunyai masa untuk bergambar sambil ada yang memaparkan cinta mini dalam gambar mereka.

Twitter

Jelas gelisah, para warganet mula membidas pemilik Rumah Bonda dan pasukan peguamnya, yang mana termasuk Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam iaitu isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kini terpanggil menyatakan hasrat mahu terlibat sama dalam pembelaan dan keadilan buat Bella.

Memulakan dengan #justiceforbella menerusi akaun Instagram miliknya, Che’ Puan Khaleeda bermula dengan berkongsi perbezaan ketara pembelaan buat mangsa dan tertuduh. Beliau ternyata sangat terkesan dengan nasib menimpa Bella yang kini berada dibawah jagaan pusat kebajikan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Twitter

YM Che’ Puan Khaleeda menulis, “Saya akan melakukan segala-galanya dengan kuasa yang saya ada untuk mendapatkan keadilan untuk Bella.”

“Saya jelak dan letih melihat pengecut yang menganggap mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu kepada kanak-kanak yang tidak berdaya ini dan melarikan diri.”

“Anda boleh bersembunyi di belakang tentera peguam anda, tetapi pembalasan akhirnya akan memukul anda dengan teruk di dunia dan akhirat.”

Penderaan ke atas Bella adalah tidak terperi

Mengikut pendedahan saksi, sebahagian daripada penderaan yang dialami oleh Bella termasuk:

  • Dipukul dengan penyangkut baju sehingga patah;
  • Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain;
  • Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur;
  • Disimbah air panas dengan kerap;
  • Dipaksa makan najis sendiri, kerana terlalu takut Bella makan sehingga muntah. Namun, dia akan dipaksa untuk makan lagi; dan
  • Bella dilucutkan pakaian, diikat dan dibaringkan sebelum dicurahkan air panas berwap daripada mesin penapis air pada bahagian tertentu.

Ramai yang terharu dan sebak apabila membaca kenyataan daripada YM Che’ Puan Khaleeda. Tidak kurang juga ada yang mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sanggup bersama-sama membela nasib Bella.

Siti Bainun, 30 tahun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pertuduhan ke atas Siti Bainun mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan terbaru, Tunku Mahkota Johor menerusi ciapan di Twitter memaklumkan baginda telah berhubung dan berbincang dengan barisan peguamnya mengenai kes penderaan Bella.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI