25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupJom buat baja organik 'photo synthetic' supaya tanaman anda membesar sihat dan...

Jom buat baja organik ‘photo synthetic’ supaya tanaman anda membesar sihat dan gemuk!

Bercerita tentang hobi pasti setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Ada yang suka duduk di rumah dengan buku-buku atau apa sahaja bahan bacaan untuk dibaca semasa waktu lapang. Ada juga yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan ada juga yang suka bercucuk tanam di sekitar rumah. Selain dapat bergerak aktif dengan menanam pelbagai jenis pokok, aktiviti sihat ini juga dapat memberikan hasil.

Alangkah baiknya jika tanaman yang ditanam sihat dan membuahkan hasil seperti yang dimahukan, terasa semua usaha dan penat lelah serta keringat berbaloi. Namun, sebenarnya tidak mudah juga untuk memastikan tanaman tumbuh sihat dan ‘gemuk’ kerana banyak perkara yang perlu diambil kira sepanjang proses penanaman- daripada mula hinggalah akhir.

Antara hal paling penting yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan baja. Baja memang banyak jenis dan fungsinya. Apa yang perlu kita tahu ialah apa itu baja yang terbaik untuk tanaman.

Buat anda yang masih tertanya-tanya tentang jenis yang baik, apa kata anda buat sendiri baja organik jenis photo synthetic supaya pokok-pokok yang anda tanam akan membesar dengan sihat dan subur.

Berikut adalah perkongsian Facebook oleh Sepang Farmville tentang membuat baja organik yang elok untuk tanaman:

CARA BUAT BAJA ORGANIK ‘PHOTO SYNTHETIC’ SUPAYA TANAMAN SIHAT DAN SUBUR

Kita suka kan kalau pokok kita subur dan cantik gebu gebas kan? Hari ni mari kita belajar buat baja organik PSB (photo synthetic bacteria). Baja ni sangat baik untuk pokok. Bahan-bahan pun mudah ja. Antara faedah PSB ialah untuk kesuburan tanah dan pokok, penggalak bunga dan boleh juga digunakan untuk merawat air dalam kolam/aquarium.

BAHAN-BAHAN DAN CARA UNTUK MEMBUAT BAJA ORGANIK PSB

-3 biji telur (hancurkan skali dengan kulit telur)

-2 sudu ajinomoto

-1 sudu belacan

-3 sudu sos ikan

-5 liter air tanpa klorin (boleh tadah air paip dan simpan semalaman sebelum guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung)

-Untuk sukatan tu boleh letak lebih, takde masalah. Kita nak buat baja organik, bukan nak buat adunan kek.

-Masukkan semua bahan tersebut ke dalam botol air 5 liter dan goncang. Jemur tengah panas. Jemur selama sebulan atau sehingga telah bertukar warna menjadi “crimson red”.

-Buka sedikit penutup supaya ada pengudaraan ketika proses penghasilan bakteria.

-Nak cepat sikit, tambah pati PSB (jika ada). Proses akan jadi lebih cepat, dalam 2 minggu dah boleh guna.

-Nanti dah jadi, guna 5ml pati PSB dengan 1 liter air tanpa klorin. Kemudian spray pada medium dan bawah daun.

Selamat mencuba dan moga berjaya.

Sumber: Facebook

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI