Tekak teringin hendak makan McD, tetapi rasa malas pula hendak keluar untuk pergi membelinya. Jika hendak membuat tempahan dalam talian pun, hari sudah larut malam, tiada restoran McD berdekatan yang beroperasi 24 jam sehari. Mujurlah ada beberapa makanan sejuk beku yang rasanya sama macam makanan segera terkenal dunia, McDonald’s ini. Jadi, bila-bila masa hendak makan pun tiada masalah.
Ramai rupa-rupanya yang setuju bahawa nugget ayam tempura jenama First Pride ini mempunyai rasa yang hampir sama dengan nugget McD. Makanan sejuk beku First Pride ini sebenarnya dikeluarkan oleh MacFood Services Sdn Bhd yang dikatakan merupakan pembekal pemprosesan utama McDonald’s Malaysia seperti ayam, ikan dan daging lembu.
Kentang goreng McD memang enak rasanya. Tidak cukup rasanya jika memesan kentang goreng bersaiz kecil, paling tidak pun ambil saiz sederhana, baru puas hati! Kentang goreng sejuk beku yang rasanya hampir sama dengan kentang goreng McD ialah kentang goreng keluaran Simplot.
Salah satu menu sarapan pagi McD yang menjadi pilihan ramai ialah hash brown. Rasanya yang sangat enak itu membuatkan kita rasa hari-hari hendak menikmatinya. Tetapi menu sarapan pagi ini terhad sehingga jam 11 pagi sahaja, jika terlambat, terlepas pula peluang untuk membuat pesanan. Jangan risau kerana anda boleh dapatkan hash brown jenama Simplot di kedai berhampiran untuk dijadikan stok kerana rasanya hampir sama dengan hash brown McD.
Kepingan ayam Spicy Chicken McDeluxe ternyata mempunyai peminatnya tersendiri. Garing diluar tetapi juicy di dalam membuatkan kita rasa makan sekeping pun tidak cukup! Cuba anda rasa pula Chicken Katsu Crispy jenama First Pride ini. Pasti anda akan bersetuju bahawa rasanya hampir sama dengan Spicy Chicken McDeluxe. Masak dengan menggunakan penggoreng udara (air-fryer) pun boleh, lagi bagus kerana kurang berminyak.
Kentang goreng spiral keluaran McCain ini mempunyai rasa yang hampir sama dengan curly fries McD. Cubalah kentang goreng jenama McCain ini, anda mungkin mendapat pengalaman baharu.
Semua makanan sejuk ini mudah didapati di kedai-kedai berhampiran seperti kedai runcit atau pun Aeon, Fresh Hub dan lain-lain. Anda juga boleh mendapatkan stok makanan sejuk beku ini secara dalam talian seperti di Shopee, Lazada dan lain-lain. Kami mencadangkan agar anda membeli makanan sejuk beku ini dan menjadikannya stok. Bila-bila anda hendak makan, goreng sahaja. Jika tetamu datang ke rumah, bolehlah anda menghidangkan kepada mereka. Selamat mencuba!
Lembaga pengarah Twitter telah meluluskan tawaran Elon Musk untuk membeli firma media sosial itu dengan harga kira-kira $44 bilion (RM191.5 bilion). Keputusan tersebut telah dimumkan oleh syarikat tersebut pada 25 April.
(REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo)
Syarikat itu menerima cadangan usahawan jutawan itu untuk membeli unit saham dengan harga $54.20 sesaham secara tunai.
Musk berkata dalam satu kenyataan: “Kebebasan bersuara adalah asas utuh demokrasi dan Twitter adalah wadah digital yang menyaksikan perkara penting mengenai masa depan kemanusiaan sering diperdebatkan,” kata Musk dalam kenyataan.
Musk memperoleh 9.2 peratus kepentingan dalam syarikat teknologi itu pada awal bulan ini. Beliau kemudian menolak kerusi dalam lembaga pengarah syarikat yang diberikan kepadanya.
Saham Twitter melonjak 5.7 peratus semalam, menghampiri paras AS$51.70. Perjanjian itu mewakili hampir 40 peratus premium harga dagangan ditutup, iaitu sehari selepas Musk mendedahkan butiran pembelian sembilan peratus pegangan Twitter.
Perjanjian itu dibuat selepas Musk mengesahkan minggu lalu bahawa dia telah memperoleh $46.5 bilion pembiayaan untuk membiayai pengambilalihan itu. Ini termasuk $25.5 bilion dalam pembiayaan hutang melalui Morgan Stanley dan firma kewangan lain.
Musk merancang untuk mengambil syarikat itu secara peribadi apabila transaksi selesai. Perjanjian itu dijangka akan dimuktamadkan tahun ini. Goldman Sachs, J.P. Morgan, dan Allen & Co. bekerja sebagai penasihat kewangan untuk Twitter, manakala Morgan Stanley berkhidmat sebagai penasihat kewangan utama kepada Musk.
(Patrick Pleul/Pool via Reuters)
Perubahan yang bakal dilakukan Elon Musk
Objektif utama di sebalik pengambilalihan ini adalah untuk meningkatkan kebebasan bersuara di media sosial.
“Saya berharap walaupun pengkritik saya yang paling teruk kekal di Twitter, kerana itulah maksud kebebasan bersuara,” tulis Musk di Twitter sejurus sebelum perjanjian itu diumumkan.
“Saya melabur dalam Twitter kerana saya percaya potensinya untuk menjadi platform untuk kebebasan bersuara di seluruh dunia, dan saya percaya kebebasan bersuara adalah keperluan masyarakat untuk demokrasi yang berfungsi,” katanya, menurut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).
“Bagaimanapun, sejak membuat pelaburan saya kini menyedari syarikat itu tidak akan berkembang maju mahupun melaksanakan keperluan masyarakat ini dalam bentuk semasa. Twitter perlu diubah sebagai sebuah syarikat swasta.”
Pada bulan Mac, beliau mencadangkan bahawa algoritma Twitter harus menjadi sumber terbuka.
Musk sebelum ini yang menyifatkan dirinya sebagai pendukung kebebasan bersuara, mengkritik pendekatan Twitter dan berkata bahawa algoritma yang mengutamakan ciapan tertentu harus berupaya diakses oleh orang ramai, selain menyelar peruntukan kuasa berlebihan terhadap syarikat yang melanggan perkhidmatan pengiklanan.
Selama bertahun-tahun, pengguna Twitter telah menuntut butang sunting atau ‘edit’ untuk disediakan pada platform digital tersebut. Hal tersebut telah mendapat perhatian Musk sehingga beliau membuat tinjauan sendiri di Twitter.
Pada 4 April lalu, beliau telah bertanya kepada penggunanya, “Adakah anda mahukan butang edit?” Lebih daripada 4 juta orang mengundi, dengan majoriti menyokong konsep itu.
Cadangan lain ialah baik pulih Twitter Blue, perkhidmatan langganan pertama syarikat dengan akses kepada ciri khas eksklusif. Beberapa pilihan ini termasuk memotong harga langganan, mengalih keluar iklan dan membayar dalam Dogecoin.
“Setiap orang yang mendaftar untuk Twitter Blue (dengan bayaran $3/bulan) harus mendapat tanda semak pengesahan,” tulisnya di Twitter.
“Dan tiada iklan. Kuasa syarikat untuk menentukan dasar sangat dipertingkatkan jika Twitter bergantung pada wang pengiklanan untuk terus hidup.”
Selain itu, Musk menganggap harga Twitter Blue adalah “sesuai dengan kemampuan & mata wang tempatan.”
Bolehkah Musk menyelamatkan syarikat?
Jumlah pengguna Twitter telah kurang mengikut anggaran Wall Street, dan syarikat itu juga telah mencatatkan kerugian sebanyak $221 juta pada 2021.
Pada suku keempat, Twitter mengesahkan bahawa pengguna aktif harian boleh meningkat sebanyak 6 juta kepada 217 juta iaitu di bawah ramalan pasaran sebanyak 218.5 juta. Hasil yang diperolehi daripada iklan dalam tempoh Oktober hingga Disember pula berjumlah $1.41 bilion, kurang daripada sasaran Wall Street iaitu $1.43 bilion.
Pada tahun 2013, platform itu mempunyai lebih daripada 200 juta pengguna aktif. Hari ini, ia hanya mempunyai kira-kira 113 juta manakala Facebook dengan 200 juta, Instagram sebanyak 164 juta pengguna manakala TikTok memiliki seramai 114.5 juta pengguna.
Aron Solomon, ketua penganalisis undang-undang untuk Esquire Digital, memberitahu The Epoch Times bahawa: “Apa yang pasti Musk atau sesiapa sahaja yang membantunnya membuat bidaan bergantung kepada fakta bahawa Twitter yang diterajui oleh Musk akan menyebabkan bukan sahaja kenaikan harga saham, tetapi membenarkan Twitter untuk berkembang.”
Jika Musk ‘mengubah’ Twitter, adakah pengguna akan kembali?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak alternatif Twitter telah muncul, termasuk Truth Social, Parler dan Gettr. Sukar untuk menentukan sama ada pengguna yang ada di platform media sosial ini akan kembali ke Twitter selepas ia “melarang dan menyekat” ramai pengguna, menurut Terry Sawchuk, Ketua Pegawai Eksekutif Sawchuk Wealth.
Sudah tentu, seorang yang ditunggu oleh ramai pengguna ialah bekas Presiden Donald Trump. Adakah dia akan dikembalikan semula pada platform ini?
(Gambar oleh OLIVIER DOULIERY/AFP via Getty Images)
“Saya tidak fikir sama sekali untuk Trump kembali,” kata Sawchuk. “Dia jelas tidak gembira dengan cara dia diperlakukan.
Isu lain ialah Trump mempunyai terlalu banyak wang yang dilaburkan dalam Truth Social, aplikasi media sosial baharunya.
“Saya tidak nampak Donald Trump akan kembali ke Twitter,” katanya.
Menurut Fox News, Trump secara rasmi akan menyertai Truth Social dalam tujuh hari akan datang, seperti yang dijadualkan.
“Saya tidak akan menggunakan Twitter, saya akan kekal di TRUTH,” kata Trump kepada Fox News pada 25 April. “Saya harap Elon membeli Twitter kerana dia akan membuat penambahbaikan padanya dan dia seorang lelaki yang baik, tetapi saya akan terus menggunakan TRUTH.”
Pemerhati industri mengatakan sebarang kemas kini yang mungkin digubal oleh Twitter akan mencukupi untuk menarik pengguna baharu atau mengembalikan mereka yang meninggalkan platform itu beberapa tahun lalu.
Berikutan pengumuman perjanjian itu, Twitter dijangka membuat perubahan segera, bermula dengan penggantian CEO Agrawal.
Musk telah menyatakan bahawa platform itu menyekat kebebasan bersuara, terutamanya sejak Agrawal mengambil alih pengurusan daripada Jack Dorsey. Musk telah pun menyatakan penentangannya terhadap pelantikan Agrawal.
Selain itu, menurut beberapa penganalisis, kisah pengambilalihan ini akan terus menarik perhatian, dan mungkin mengembangkan, pengguna platform dan penglibatan mereka, menjana pendapatan melalui iklan tambahan.
Pelabur sudah pasti akan melihat laporan pendapatan suku pertama pada 28 April ini.
Dalam membentuk anak menjadi insan yang berdisiplin dan berpekerti baik, ilmu keibubapaan yang betul perlulah sentiasa dipelajari dan diamalkan. Kerana seorang anak yang baik adalah berasal daripada didikan ibu bapanya.
Dalam mendidik atau menegur anak ketika mereka membuat kesalahan, adalah salah jika hanya katakan ‘JANGAN!’ tanpa memberikan penjelasan yang sepatutnya untuk mereka berfikir.
Ikuti penjelasan Pakar Psikiatri Dr. Rozanizam Zakaria yang berkongsi di laman Facebook tentang panduan menegur anak yang membuat kesalahan dengan cara yang betul.
Itu tak boleh, ini tak boleh? Dah tu takkan nak tegur anak pun tak boleh?
Boleh, tak ada siapa kata hanya boleh belai, peluk, dan cium anak sahaja. Disiplin tetap sebahagian dari kaedah mendidik anak.
Tapi prinsipnya mesti mendidik, bukan membidik (menghukum). Bak kata orang kampung saya – connect before correct (berhubung sebelum membetul).
Hari ini nak ajar satu tips mendisiplin sambil mendidik yang saya kongsi dalam buku #psikologisikecil.
“Now do it again, this time do it right!” (Sekarang buat sekali lagi, kali ini buat dengan betul). Menegur anak buat silap, memang tugas rasmi ibu bapa.
Jangan! Kenapa ni?! Apasal buat macam tu?? No! Tak tahu berapa ratus kali kita ungkap.
Cuma ibu bapa jangan lupa. Kita bukan pengawas, tetapi pendidik. Kita bukan polis bagi ibubapa, tetapi murabbi (pembimbing), model dan qudwah (pemberi contoh kehidupan untuk dikagumi).
Jadi lepas ni, setiap kali tegur anak, jangan berhenti kepada ‘No!’. Tetapi cuba sambung dengan:
1. Beritahu apa yang salah
2. Tunjuk cara yang betul
3. Beri peluang dia ulang sekali lagi dengan cara yang betul
4. Puji usaha dia memperbaiki
Contoh anak letak barang secara kasar bila kita minta.
“Abang, tak sopan hentak barang macam tu bila ummi minta (inform), kecil hati ummi, tak manis bila orang lain tengok (describe emotion involved). Cuba ambil semula (re-do), kali ini abang letak baik-baik” (improve).”
“Macam tulah baru soleh, kita letak dengan hormat” (approve and reinforce).”
Jadi anak bukan hanya tahu dia salah, tapi belajar buang ego dan belajar memperbaiki. Inilah nilai yang sangat besar yang diperlukan bila dewasa.
“Wah, seronoklah kau, permohonan pengeluaran khas KWSP RM10,000 itu dah berjaya! Alangkah bagusnya kalau aku pun pencarum seperti kau. Aku bekerja sendiri, tiada caruman,” luah Daniel kepada Fariz selepas rakannya itu mengucapkan rasa syukur kerana lulus permohonan pengeluaran khas tersebut. Sambil menanti hujan teduh mereka menikmati moreh yang disediakan.
“Eh, kau pun boleh mencarum kerana KWSP ada sediakan i-SARAAN, jaminan persaraan dengan caruman sukarela.” kata Fariz sambil membetulkan duduknya.
“Apa maksud kau? Bagaimana hendak mencarum?” soal Daniel dengan teruja. Sambil membawa sepiring karipap dan secawan air teh panas, dia menghampiri Fariz untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai i-SARAAN tersebut.
“i-SARAAN ini adalah Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan. Berdasarkan risalah ini, kau layak untuk mendaftar i-SARAAN,” kata Fariz sambil menunjukkan risalah i-SARAAN yang dimuat turun daripada laman sesawang rasmi KWSP.
Selepas meletakkan cawan berisi air kopi panas yang baharu dihirupnya itu, Fariz berkata, “Untuk makluman kau, ahli i-SARAAN akan menerima manfaat seperti dividen tahunan, bantuan kematian, pelepasan cukai dan insentif khas seperti:
Ahli i-SARAAN mendapat insentif khas sebanyak 15% setahun tertakluk kepada jumlah maksumum RM250 setahun.
Insentif khas ini hanya untuk sepanjang tempoh yang ditetapkan oleh kerajaan.
Insentif ini terhad kepada ahli yang berumur 60 tahun ke bawah sahaja dan dikrediktkan ke dalam Akaun 1 iaitu akaun persaraan.
Bagus tindakan kerajaan dalam memelihara kebajikan orang yang bekerja sendiri seperti kau. Sekurang-kurangnya, waktu bersara nanti kau ada simpanan sendiri”.
Daniel menganggukkan kepala sambil matanya ralit membaca risalah i-SARAAN tersebut. Aiman yang baru selesai bertadarus datang menghampiri lalu menyapa mereka. “Daniel, kau baca apa? Tekun betul!” tegur Aiman.
“Aku sedang membaca berkenaan i-SARAAN. Aku bercadang untuk mendaftar. Kau sudah mendaftar?” balas Daniel sambil menghirup air teh panas.
“Oh, i-SARAAN. Aku sudah mendaftar awal tahun lepas. Ada 2 cara pendaftaran i-SARAAN iaitu melalui pendaftaran dalam talian atau isi borang KWSP 16 G (M) dan hantar ke mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran secara serahan tangan.
Mudah sahaja cara pendaftarannya. Mari aku tunjukkan cara cara pendaftaran i-SARAAN secara dalam talian,” Aiman menawarkan diri untuk menunjukkan cara mendaftar i-SARAAN kepada Daniel. Dia mengambil tempat di sebelah Daniel dan mula menatal skrin telefon pintarnya.
“Masuk laman sesawang rasmi KWSP, klik Ahli kemudian klik Caruman. Kau akan lihat caruman wajib dan caruman sukarela. Pilih i-SARAAN di bahagian caruman sukarela.
Kemudian, isikan nombor kad pengenalan. Di bahagian profesion, pilih pekerjaan kau. Jika tiada dalam senarai, pilih lain-lain dan nyatakan jenis pekerjaan. Kau kena pastikan borang ini lengkap diisi. Akhir sekali tekan butang ‘Hantar’. Itu sahaja.
Oh, ya. Selepas kau hantar permohonan itu, kau akan menerima notifikasi seperti ini,” Terang Aiman dengan panjang lebar sambil menunjukkan pendaftaran yang berjaya dihantarnya secara dalam talian dahulu.
Daniel menganggukkan kepalanya tanda faham. “Mudahnya pendaftaran i-SARAAN ini. Syarat kelayakan pun tidak ketat. Pemohon mestilah:
Warganegara Malaysia
Mendaftar sebagai Ahli KWSP
Belum mencapai umur 60 tahun
Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap seperti pemandu teksi, penjaja, nelayan, perunding bebas, suri rumah atau kakitangan kerajaan yang bertaraf pencen
Boleh mencarum apa-apa amaun, pada bila-bila masa
Yang penting ahli i-SARAAN boleh membuat pembayaran melalui:
Perbankan internet (pemindahan wang secara elektronik) seperti RHB, Bank Muamalat, Bank Islam, Hong Leong Bank dan beberapa bank lain.
Kaunter Ejen Bank seperti BSN, Maybank, Public Bank dan RHB Bank. Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima.
Kaunter KWSP dengan menggunakan Borang KWSP 6A (2)
Ejen Bank Berdaftar (EBB) BSN
i-Akaun (Majikan) bagi majikan sektor ekonomi gig.
Daniel membaca kuat risalah i-SARAAN dengan penuh minat. Matanya bercahaya, dia dapat membayangkan kehidupan yang lebih terjamin pada hari tuanya nanti. “Aku dapat rasakan hari tua aku nanti lebih terjamin dengan adanya i-SARAAN ini,” tambah Daniel.
“Betul. Sebelum ini aku pun tidak tahu mengenai i-SARAAN. Isteri aku yang menunjukkan borang KWSP 16 G (M) kepadaku. Waktu itu dia pergi ke KWSP untuk melihat jika ada insentif lain untuk suri rumah. Pegawai KWSP yang menerangkan kepadanya tentang i-SARAAN ini. Selepas mengisi borang, borang tersebut hendaklah dihantar secara serahan tangan ke mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran. Kalau kau hendak muat turun borang ini pun boleh juga. Borang itu ada di laman sesawang rasmi KWSP,” kata Aiman sambil menghabiskan karipap yang telah sejuk itu.
“Daniel, sebelum aku terlupa. Ahli i-SARAAN boleh membayar maksimum RM60,000 setahun. Untuk bayaran minimum pula tiada had. Jadi, bolehlah kau merancang berapa peruntukan i-SARAAN ini. Selain membuat bayaran secara dalam talian, kau juga boleh bayar terus di kaunter KWSP sama ada secara tunai atau cek dengan mengisi borang KWSP 6A(2)” tambah Aiman lagi.
“Baiklah, terima kasih Fariz, Aiman kerana telah menerangkan kepadaku tentang i-SARAAN ini. Aku tidak sabar untuk mendaftar. Sampai di rumah nanti aku hendak memohon i-SARAAN ini. Adik aku pun bekerja sendiri. Nanti aku beritahu padanya,” kata Daniel.
“Bagus tindakan kau, Daniel. Sebarkan maklumat ini agar lebih ramai yang tahu. Aku yakin, ramai orang terlepas pandang tentang i-SARAAN ini,” kata Fariz yang sejak tadi turut memberi tumpuan pada penjelasan Aiman mengenai i-SARAAN.
Hujan sudah teduh. Jemaah semakin beransur pulang. Mereka bertiga pun bersiap-siap untuk pulang ke rumah masing-masing. Daniel tidak sabar untuk memberitahu keluarganya tentang i-SARAAN itu. Ayahnya juga masih layak memohon kerana i-SARAAN ini juga dibuka kepada kakitangan kerajaan yang bertaraf pencen.
MAUWERE: Penduduk Kampung Wailamung di Talibura terpaksa mengusung keranda sejauh tujuh kilometer (km) disebabkan sikap lepas tangan pihak berkuasa tempatan yang tidak membina jalan di kawasan itu.
Utusan Malaysia/Media Sosial
Lapor Kompas.com, Ketua kampung itu, Markus Muksim berkata, insiden itu bukan perkara baharu di kampung ini kerana sudah berulang kali berlaku.
Katanya, kejadian serupa pernah berlaku melibatkan seorang wanita yang ingin melahirkan anak.
Jelasnya, pihaknya juga sukar mendapatkan kenderaan pacuan empat roda untuk membawa wanita mengandung itu ke fasiliti kesihatan.
“Kami terpaksa bekerja keras mencari lori sampah bagi menyelamatkan orang ramai yang ingin melahirkan anak atau sakit.
Sebelum ini, tular video menunjukkan penduduk kampung membawa keranda jenazah ke Kampung Klatang Kajowain yang terletak sejauh tujuh kilometer.
Jenazah itu asalnya dihantar menggunakan ambulans sebelum terjatuh ke dalam lubang.
Markus berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada pihak PBT untuk membina jalan sejak 2018.
“Tahun ini juga kita buat permohonan sekali lagi. Namun, Agensi Perancangan Pembangunan Wilayah memaklumkan cadangan itu tidak termasuk dalam sistem perancangan pihaknya,” katanya.
Markus berharap Kerajaan Sikka dapat memberi keutamaan mengenai peruntukan perbelanjaan membina jalan di kawasan perkampungan.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan kerajaan negeri Sabah bakal membina dan memberi 1,500 unit rumah bernilai RM70,000 setiap satu secara percuma kepada rakyat Sabah yang memerlukan.
Rumah tersebut adalah sebahagian daripada skim ‘Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ)’ yang dibiayai menggunakan Geran Khas untuk Sabah bernilai RM125.6 juta yang disalurkan kerajaan persekutuan sebagai sebahagian daripada Projek Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT untuk negeri itu.
Ketua Menteri Sabah itu menegaskan rumah terbabit akan dibina di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Hajiji berkata pegawai yang terlibat seperti pegawai daerah, presiden majlis perbandaran dan datuk bandar majlis bandar raya akan membantu dalam mengenal pasti penerima yang benar-benar layak untuk rumah percuma Rumah Mesra SMJ.
“Peruntukan ini (Geran Khas untuk Sabah) perlu dikembalikan kepada rakyat terutama mereka yang kurang berkemampuan, tidak mempunyai rumah selesa yang sewajarnya jadi kami putuskan untuk membina Rumah Mesra Sabah Maju Jaya,” katanya.
“Kita mahu membantu mereka yang susah, tidak mempunyai rumah atau ada rumah daif supaya dapat merasakan nikmat hidup yang lebih selesa, spesifikasinya mungkin kita ubah sikit daripada rumah PPRT sekarang untuk beri lebih keselesaan kepada rakyat,” tambah Hajiji.
Keputusan kerajaan negeri Sabah dibuat seiring dengan inisiatif kerajaan negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi memastikan kebajikan rakyat untuk memiliki rumah mampu milik.
“Lebihan dana daripada pemberian khas itu akan digunakan untuk membaiki jalan, jambatan gantung dan infrastruktur lain serta harta benda yang rosak akibat banjir,” kata Ketua Menteri Sabah itu.
Keradangan jantung yang memerlukan penjagaan di hospital adalah lebih biasa berlaku dalam kalangan orang yang menerima vaksin COVID-19 berbanding mereka yang tidak, menurut satu kajian baharu terhadap puluhan juta individu di Eropah.
Kadar myocarditis atau pericarditis, dua jenis keradangan jantung, adalah melebihi paras dalam kohort yang tidak divaksinasi, dipasak pada 38 setiap 100,000 selepas menerima dos kedua vaksin yang dibina menggunakan teknologi messenger RNA (mRNA), ke atas lelaki berumur 16 hingga 24 tahun — kajian kumpulan yang telah menunjukkan golongan paling berisiko terhadap keadaan selepas vaksinasi, penyelidik dengan agensi kesihatan di Finland, Denmark, Sweden, dan Norway mendapati.
“Kes-kes tambahan di kalangan lelaki berumur 16-24 ini sepadan dengan peningkatan risiko 5 kali ganda selepas Comirnaty dan 15 kali peningkatan risiko selepas Spikevax berbanding dengan yang tidak divaksinasi,” Dr. Rickard Ljung, seorang profesor dan doktor di Agensi Produk Perubatan Sweden dan salah seorang daripada penyiasat utama kajian itu, memberitahu The Epoch Times dalam e-mel.
Seorang remaja lelaki sedang menerima vaksinasi COVID-19 di Espoo, Finland pada 24 September 2021. (Gambar oleh EMMI KORHONEN/Lehtikuva/AFP/Getty Images)
Comirnaty ialah nama jenama untuk vaksin Pfizer manakala Spikevax ialah nama jenama untuk suntikan Moderna.
Kadar itu juga lebih tinggi dalam kalangan kumpulan umur bagi mereka yang menerima sebarang dos vaksin Pfizer atau Moderna, yang kedua-duanya menggunakan teknologi mRNA. Dan kadar dinaikkan dalam kalangan lelaki yang menerima vaksin pada semua peringkat umur selepas dos pertama atau kedua, kecuali untuk dos pertama suntikan Moderna untuk mereka yang berumur 40 tahun atau lebih, dan perempuan berumur 12 hingga 15 tahun.
Penyelidik menggunakan data diambil daripada daftar kesihatan negara, menganalisis 23.1 juta orang berumur 12 tahun ke atas. Analisis adalah data dari 27 Disember 2020, hingga kejadian myocarditis atau pericarditis, atau penghujung tempoh masa kajian, iaitu 5 Oktober 2021.
“Risiko myocarditis dan pericarditis adalah yang paling tinggi dalam tempoh 7 hari pertama selepas divaksinasi, meningkat untuk semua kombinasi vaksin mRNA, dan lebih ketara selepas dos kedua,” tulis penyelidik dalam kajian itu, yang diterbitkan oleh Journal of the American Medical Association.
Moderna dan Pfizer tidak menjawab permintaan untuk memberi komen.
Beberapa kajian terdahulu telah menunjukkan risiko keradangan jantung adalah lebih tinggi daripada vaksin syarikat itu, atau dos vaksin tertentu, berbanding COVID-19 itu sendiri.
Yang lain telah membuat kesimpulan sebaliknya, termasuk kajian yang tidak disemak oleh rakan sejawat baru-baru ini dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, walaupun itu adalah salah satu kertas yang telah menganggarkan kadar keradangan jantung pasca vaksinasi yang lebih tinggi.
Pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan banyak negara Eropah terus mengesyorkan vaksinasi kepada hampir setiap orang yang layak, tanpa mengira umur, keadaan kesihatan atau jangkitan sebelumnya.
Negara-negara Nordik, bagaimanapun, menghentikan penggunaan vaksin Moderna pada tahun 2021 untuk golongan remaja dan dewasa muda kerana kebimbangan terhadap keradangan jantung selepas vaksinasi.
Dr. Ljung berkata beliau tidak dapat menjawab sama ada keputusan itu bermakna sesetengah orang harus mempertimbangkan hanya satu dos, atau tiada dos langsung, vaksin COVID-19 kerana Agensi Produk Perubatan Sweden tidak memberikan jenis perakuan tersebut.
Dalam siaran akhbar yang mempromosikan kajian itu, penyelidik berkata kejadian keradangan jantung adalah “sangat jarang” dan mendakwa “manfaat vaksin ini untuk mengurangkan risiko COVID-19 yang teruk dan kematian melebihi risiko kesan sampingan.”
Dr. Peter McCullough, ketua penasihat perubatan untuk Truth for Health Foundation dan pakar kardiologi yang melihat pesakit dengan keradangan jantung selepas vaksinasi, tidak bersetuju.
“Dalam kardiologi, kami menghabiskan seluruh kerjaya kami untuk cuba menyelamatkan setiap otot jantung. Kami meletakkan stent, kami melakukan ‘catheterization’ jantung, kami melakukan ujian tekanan, kami melakukan CT angiogram. Keseluruhan permainan kardiologi adalah untuk memelihara otot jantung,” kata Dr. McCullough kepada The Epoch Times.
“Dalam keadaan apa pun kami tidak akan menerima vaksin yang menyebabkan walaupun satu orang terus mengalami kerosakan jantung. Tiada seorang. Dan idea ini bahawa ‘oh, kami akan meminta sebilangan besar orang untuk mengekalkan kerosakan jantung untuk beberapa manfaat teori lain untuk jangkitan virus,’ yang kebanyakannya kurang daripada selesema biasa, tidak dapat dipertahankan. Manfaat vaksin adalah tidak sama sekali melebihi risikonya,” tambahnya.
Pasti ramai antara nada yang kenal dengan watak dongeng Disney, Peter Pan yang sangat terkenal. Siapa itu Peter Pan? Peter Pan merupakan seorang budak lelaki yang tidak pernah menjadi besar atau dewasa.
Mengikut novel ‘Peter Pan, or The Boy Who Wouldn’t Grow Up’ yang diterbitkan pada 1911 ia telah mengangkat kisah Peter Pan yang tinggal di Neverland di mana kanak-kanak tidak akan tua dan memikul tanggungjawab orang dewasa.
Inilah yang telah melahirkan sindrom Peter Pan. Sindrom ini menggambarkan fenomena orang yang telah matang dan berumur secara fizikal tetapi tidak matang dari segi psikologi, sosial dan seksual.
Walaupun Peter Pan merupakan seorang budak lelaki tetapi sindrom ini boleh dialami oleh kedua-dua jantina, lelaki mahupun perempuan. Berikut adalah ciri-ciri mereka yang menghidap sindrom Peter Pan.
CIRI-CIRI SESEORANG YANG MENGHIDAP SINDROM PETERPAN:
Cenderung berkelakuan seperti kanak-kanak, remaja, atau orang yang lebih muda dari usianya. Biasanya, orang dengan sindrom ini juga berkawan dengan orang yang lebih muda.
Selalu bergantung kepada orang lain dan menyusahkan orang sekelilingnya. Mengharapkan untuk selalu dilindungi dan dituruti semua permintaannya. Takut dan memiliki kebimbangan yang berlebihan jika melakukan sesuatu sendiri.
Tidak dapat mempertahankan hubungan pada jangka panjang yang stabil, terutamanya dalam bab percintaan. Sifatnya yang tidak matang kadangkala membuatkan pasangan menjadi tidak selesa.
Selain itu, orang dengan sindrom ini juga susah untuk bersikap romantis dan memilih pasangan yang lebih muda.
Kurang bertanggungjawab dalam pekerjaan atau dalam pengurusan kewangan. Selalu mengutamakan kepentingan diri sendiri.
Tidak mahu mengakui kesalahan dan menunding jari pada orang lain sehingga susah untuk muhasabah diri.
PENYEBAB SINDROM PETER PAN
Penyebab sindrom Peter Pan ini juga dipercayai berpunca daripada pengalaman seseorang itu semasa zaman kecil mereka serta faktor ekonomi.
Seorang doktor psikologi, Dr Patrick Cheatham mengatakan bahawa gaya pengasuhan tertentu seperti tidak mempelajari keterampilan hidup sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu menghindari tanggungjawab dan komitmen.
Golongan seperti ini cenderung untuk mencari keseronokkan, hedonisme, dan kebebasan. Sifat ibu bapa yang permisif juga menyebabkan berlakunya sindrom ini. Apabila anak-anak melakukan kesilapan, ibu bapa yang akan memperbetulkannya menybabkan anak-anak tidak bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.
Keadaan ekonomi juga merupakan salah satu pencetus kepada sindrom Peter Pan. Dr Cheatham berkata kesusahan dan kemerosotan ekonomi boleh menyebabkan berlakunya sindrom ini terutamanya kepada generasi muda.
Kos pengajian yang tinggi juga boleh menimbulkan tekanan dan kebimbangan. Apatah lagi apabila bekerja, gaji kecil dan peluang hampir tiada untuk maju dalam karier boleh mengurangkan motivasi diri.
‘Hyperrealisme’ merupakan genre lukisan dan arca yang agak baru yang kelihatan sangat realistik sehingga mampu menipu mata kita yang melihatnya. Apa yang menariknya lukisan ‘hyperrealisme’ sangat hidup sehinggakan ia hampir menyerupai gambar sebenar yang memiliki resolusi tinggi. Hanya mereka yang memiliki mata yang sangat tajam dan peka sahaja yang boleh membezakan lukisan ini.
Bisanya artis akan mengambil atau menggunakan seseorang individu untuk menjadi bahan rujukan mereka untuk menghasilkan potret. Namun, artis dari Korea Selatan ini menjadikan alam semula jadisebagai subjek kepada lukisannya.
Artis berbakat besar, An Jung-hwan lebih gemar mencipta lukisan yang menggambarkan hutan yang subur, padang rumput yang tenang dan gunung yang indah. Hasil lukisannya sangat menakjubkan dan kelihatan begitu ‘real’ sehingga memaksa orang ramai untuk melihatnya dengan jarak lebih dekat.
Beliau mendapat inspirasi daripada landskap semula jadi di negaranya. Tambahan lagi, dia dapat menterjemahkan ketenangan alam semula jadi dalam siri lukisan minyak berskala besar yang dihasilkannya. Dengan perhatian yang tinggi terhadap perincian dan penggunaan cat yang teliti, beliau dengan sempurna berjaya ‘menghidupkan’ setiap elemen secara semula jadi.
Melihat lukisannya, kita yang melihatnya seolah-olah dapat merasakan sendiri udara yang segar dan cahaya matahari yang hangat terus dari kanvas. Beliau juga memilih untuk tidak memasukkan sebarang elemen manusia dalam karya seninya. Ketiadaan figura manusia membolehkannya untuk menekankan aspek keagungan alam semula jadi yang mendamaikan.
Foto ini menunjukkan An Jung-hwan sedang menghasilkan sebuah lukisan.
Artis yang menghasilkan lukisan genre ‘hyperrealisme’ biasanya akan mengambil masa beberapa minggu untuk menyiapkan satu lukisan. Setiap butiran kecil, dari kulit pokok dan daun hingga pancaran matahari serta pantulan di atas air, dilukis dengan teliti dan sempurna. Kini, hasil lukisan beliau telah dipamerkan di seluruh Korea dan negara lain di Asia.
Bagi anda yang mahu melihat lebih banyak hasil tangan artis berbakat ini boleh berkunjung ke Instahram milik beliau. Anda pasti akan takjub melihat sendiri hasil lukisan tangannya yang sangat ‘real’ seolah-olah gambar tersebut ditangkap menggunakan kamera.
Saksikan sendiri beberapa karya seninya yang menakjubkan.
Terasa seperti kita sedang berjalan-jalan di dalam hutan ini…
An Jung-hwandi tempat kerjanya.
Lukisan ini benar-benar menunjukkan kemahirannya kerana perincian di atas air kelihatan sangat nyata dan ‘real’!
Selain itu, dia juga menggunakan elemen bunga dalam lukisannya dan pemandangan ungu ini kelihatan sungguh menakjubkan.
Kulit pokok yang snagat terperinci lukisannya dan pasti untuk menghasilkannya bukan tugas yang mudah.
Walaupun banyak lukisannya memaparkan cuaca yang lebih cerah, lukisan bersalji ini kelihatan cantik kerana ia benar-benar mirip salji putih sebenar yang turun semasa musim sejuk.
Jutawan Tesla CEO Elon Musk telah berjaya memperolehi pembiayaan yang diperlukan untuk membeli Twitter dan mengambil alih syarikat itu, menurut peraturan baharu yang difailkan. Musk juga sedang meneroka tawaran tender untuk membeli semua saham secara terus daripada pemegang saham.
Dokumen itu menunjukkan Musk telah menerima komitmen AS$46.5 bilion untuk membantu membiayai perjanjian yang dicadangkan. Jika Musk memutuskan untuk meneruskan tawaran tender, beliau akan mendekati pemegang saham Twitter dan menawarkan untuk membeli saham mereka dalam jangka masa tertentu. Musk masih mempertimbangkan sama ada untuk melancarkan tawaran tender buat Twitter, menurut pemfailan itu.
Elon Musk, orang terkaya di dunia, telah memperolehi AS$25.5 bilion dalam pembiayaan hutang dari Morgan Stanley dan institusi kewangan lain, termasuk Bank of America, Barclays, dan Mizuho. Beliau juga komited untuk menyediakan pembiayaan ekuiti sebanyak AS$21 bilion, menurut dokumen itu.
CEO Tesla, jutawan Elon Musk (Gambar oleh Christian Marquardt/Pool/Getty Images)
Musk sedang berusaha dalam rundingan “perjanjian muktamad” dengan lembaga pemegang saham untuk pemerolehan Twitter.
“Twitter tidak menjawab akan cadangan itu,” kata Musk, menurut pemfailan itu. “Memandangkan kekurangan respons oleh Twitter,” beliau “meneroka sama ada untuk memulakan tawaran tender bagi memperolehi semua saham tertunggak” pada harga AS$54.20 sesaham.
Jutawan itu, bagaimanapun, “belum menentukan sama ada untuk melakukan sedemikian buat masa ini.”
Ada yang membuat spekulasi sebelum ini bahawa Elon Musk kekurangan wang tunai yang mencukupi untuk pemerolehan itu. Maklumat pendanaan terkini, bagaimanapun, mungkin menyukarkan lembaga pemegang saham untuk mendakwa beliau bukan seorang pembida yang serius.
Musk membuat bidaan pada 14 April untuk mengambil alih syarikat media sosial itu secara peribadi dengan harga AS$54.20 sesaham, yang menilai syarikat itu sekitar AS$43 bilion. Lembaga pengarah firma itu pada hari berikutnya sebulat suara menerima pakai pembelaan “poison pill” bagi mengelak dan menghalang pengambilalihan pihak musuh.
Istilah “poison pill” dalam syarikat itu, juga dikenali sebagai pelan hak pemegang saham, digunakan sebagai strategi pertahanan untuk menjadikan pengambilalihan Elon Musk lebih mahal dan sukar.
Jika Musk mencapai 15 peratus pemilikan saham, “poison pill” akan dicetuskan. Ini akan membolehkan pemegang saham lain membeli saham tambahan pada harga diskaun, sekali gus mencairkan pegangan pemilikan Musk.
Pada 4 April, Musk mengumumkan yang beliau telah membeli 73.5 juta saham Twitter, atau 9.2 peratus dari firma itu. Musk kemudiannya mengurangkan pegangannya kepada 73.1 juta saham, atau 9.1 peratus dari syarikat itu, menurut pemfailan sekuriti. Pemegang saham terbesar Twitter yang lain termasuk The Vanguard Group (10.3 peratus), Morgan Stanley (8.4 peratus), dan BlackRock (6.5 peratus).
Permainan catur
Persaingan pemilikan Twitter telah bertukar menjadi permainan catur selepas lembaga pengarah syarikat minggu lalu menggunakan “poison pill” untuk menghalang dan menggagalkan percubaan pengambilalihan Elon Musk yang tidak diingini.
Seluruh dunia, termasuk pemegang saham syarikat, telah memerhatikan dengan penuh semangat untuk melihat apakah langkah yang akan dilakukan oleh jutawan itu dan lembaga pengarah Twitter yang seterusnya.
Musk pada mulanya membayangkan tawaran tender pada 16 April dengan ciapan rahsia di Twitter yang mengatakan “Love Me Tender.” Beliau kemudian menghantar ciapan yang mempunyai ruang kosong untuk perkataan diikuti dengan frasa “is the Night.” Mesej itu dianggap sebagai rujukan terselindung kepada novel F. Scott Fitzgerald “Tender Is the Night.”
Mesej ini mencetuskan spekulasi bahawa Musk mungkin hampir mengumumkan tawaran tender untuk memperolehi firma itu.
Minggu ini, pelbagai outlet media juga melaporkanApollo Global Management sedang mempertimbangkan untuk membiayai Musk atau pembida lain untuk pembelian Twitter. Apollo atau firma ekuiti swasta lain boleh mengambil bahagian dalam bidaan pengambilalihan Musk sebagai rakan kongsi hutang atau ekuiti.
Kemungkinan besar Musk akan memperkenalkan pertandingan proksi, menurut seorang eksekutif kanan firma pengurusan pelaburan di New York yang tidak mahu namanya disiarkan.
Dan beliau akan cuba meyakinkan pemegang saham utama, katanya, untuk membawa mereka ke pihaknya sama ada dengan menerima tawaran tendernya atau dengan memecat lembaga pengarah semasa.
“Apa yang kami saksikan ialah sedikit permainan catur di khalayak ramai,” kata Dale Saran, seorang peguam yang membantu syarikat kecergasan CrossFit bagi mengelak pengambilalihan korporat sebagai penasihat am syarikat pada tahun 2012.
Keupayaan dan penonjolan awam Elon Musk untuk mempengaruhi pemegang saham, kata Saran, sepatutnya memberi banyak tekanan kepada Twitter dan penasihat undang-undangnya.
Sebelum menyerahkan bidaannya pada 14 April, Musk menghantar mel suara kepada lembaga pemegang saham, menurut pemfailan sekuriti sebelumnya, menyatakan bahawa beliau “tidak bermain permainan bolak-balik.”
“Ia adalah harga yang tinggi dan pemegang saham anda akan menyukainya,” kata Musk, sambil menambah jika perjanjian itu gagal, beliau akan mempertimbangkan semula kedudukannya sebagai pemegang saham.
Masih tidak dapat dipastikan sama ada Musk akan berjaya memperoleh sokongan pemegang saham yang mencukupi untuk memujuk lembaga pengarah untuk mengeluarkan “poison pill” dan para penentang terhadap tawaran itu.
Penggunaan “poison pill” tidak selalu bermakna syarikat itu tidak mahu dibeli. Lembaga pemegang saham Twitter mungkin menggunakannya sebagai taktik untuk meningkatkan harga tawaran.
Dalam satu kenyataan pada 15 April, Twitter berkata lembaga itu akan menerima tawaran jika “ia adalah demi kepentingan terbaik buat Twitter dan para pemegang sahamnya.”
Lembaga pengarah dalam tekanan
Lembaga pengarah Twitter telah mengalami tekanan kerana beberapa penganalisis mengatakan potensi kenaikan saham pada masa ini adalah terhad. Goldman Sachs, sebagai contoh, mempunyai penarafan “jual” pada saham dengan sasaran harga AS$30 sesaham. Ironinya, bank pelaburan itu menasihati lembaga pengarah Twitter mengenai tawaran pengambilalihan Musk.
Tidak mungkin lembaga itu akan menemui mana-mana pembeli yang sanggup membayar lebih tinggi daripada harga tawaran Musk, menurut pendapat beberapa pengulas perniagaan.
Bill Alpert, penulis kanan di Barron’s, berkata di bawah pengurusan dan model perniagaannya sekarang, saham Twitter tidak mungkin untuk melihat semula harga puncak AS$80 seperti pada tahun lepas.
Saham syarikat itu kini didagangkan pada harga AS$46. Saham meningkat hampir 20 peratus sejak 4 April apabila Twitter mengesahkan Elon Musk telah mengambil alih pegangan penting dalam syarikat itu.
“Melainkan anda seperti Musk dan ingin memiliki Twitter atas alasan idealistik, anda perlu membiarkan beliau memilikinya. Beliau tidak akan merosakkannya, jadi anda boleh melakukannya dengan kata hati yang bersih,” tulis Alpert dalam satu artikel baru-baru ini.
Steve Forbes, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Forbes Media, berkata jika Elon Musk menarik balik tawarannya, saham Twitter “akan runtuh.”
“Saham telah tersekat sejak ia disenarai awam lapan tahun lalu, dan ia tidak menunjukkan prestasi yang baik,” katanya kepada Fox Business pada 15 April.
“Jadi, orang ramai bergantung pada [Musk],” katanya. “Apa yang memberikan nilai kepada saham adalah prospek yang ia akan memberikan nilainya dengan membuat perubahan yang diperlukan, bermula dengan kebebasan bersuara,” katanya.
Pada 19 April, Gabenor Florida Ron DeSantis turut menimbangkan episod pembelian Twitter oleh Elon Musk, dengan menyatakan negerinya akan memerhatikan dalam memastikan lembaga pengarah Twitter bertanggungjawab kerana melanggar kewajipan fidusiari dengan menggunakan “poison pill”.
Gabenor DeSantis berkata, semasa sidang akhbar, negeri dan dana pencennya memiliki beberapa saham Twitter dan dana itu berkemungkinan dicederakan.
Dalam ‘Kertas 2011’, Lucian Bebchuk, seorang profesor Undang-Undang Universiti Harvard berkata “bukti empirikal menunjukkan apabila pengarah menggunakan kuasa mereka untuk menyekat tawaran, ia sering terbukti memudaratkan kepentingan pemegang saham.”
Berdasarkan penemuan Bebchuk dan rakan-rakan sejawatnya, lembaga pengarah yang menolak tawaran premium gagal menjana pulangan jangka panjang yang optimum untuk para pemegang saham mereka.