30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya Hidup6 Ciri sindrom Peter Pan, orang dewasa yang tidak matang, berpelakuan seperti...

6 Ciri sindrom Peter Pan, orang dewasa yang tidak matang, berpelakuan seperti anak kecil

Pasti ramai antara nada yang kenal dengan watak dongeng Disney, Peter Pan yang sangat terkenal. Siapa itu Peter Pan? Peter Pan merupakan seorang budak lelaki yang tidak pernah menjadi besar atau dewasa.

Mengikut novel ‘Peter Pan, or The Boy Who Wouldn’t Grow Up’ yang diterbitkan pada 1911 ia telah mengangkat kisah Peter Pan yang tinggal di Neverland di mana kanak-kanak tidak akan tua dan memikul tanggungjawab orang dewasa.

Inilah yang telah melahirkan sindrom Peter Pan. Sindrom ini menggambarkan fenomena orang yang telah matang dan berumur secara fizikal tetapi tidak matang dari segi psikologi, sosial dan seksual.

Walaupun Peter Pan merupakan seorang budak lelaki tetapi sindrom ini boleh dialami oleh kedua-dua jantina, lelaki mahupun perempuan. Berikut adalah ciri-ciri mereka yang menghidap sindrom Peter Pan.

CIRI-CIRI SESEORANG YANG MENGHIDAP SINDROM PETERPAN:

  1. Cenderung berkelakuan seperti kanak-kanak, remaja, atau orang yang lebih muda dari usianya. Biasanya, orang dengan sindrom ini juga berkawan dengan orang yang lebih muda.
  2. Selalu bergantung kepada orang lain dan menyusahkan orang sekelilingnya. Mengharapkan untuk selalu dilindungi dan dituruti semua permintaannya. Takut dan memiliki kebimbangan yang berlebihan jika melakukan sesuatu sendiri.
  3. Tidak dapat mempertahankan hubungan pada jangka panjang yang stabil, terutamanya dalam bab percintaan. Sifatnya yang tidak matang kadangkala membuatkan pasangan menjadi tidak selesa.
  4. Selain itu, orang dengan sindrom ini juga susah untuk bersikap romantis dan memilih pasangan yang lebih muda.
  5. Kurang bertanggungjawab dalam pekerjaan atau dalam pengurusan kewangan. Selalu mengutamakan kepentingan diri sendiri.
  6. Tidak mahu mengakui kesalahan dan menunding jari pada orang lain sehingga susah untuk muhasabah diri.

PENYEBAB SINDROM PETER PAN

Penyebab sindrom Peter Pan ini juga dipercayai berpunca daripada pengalaman seseorang itu semasa zaman kecil mereka serta faktor ekonomi.

Seorang doktor psikologi, Dr Patrick Cheatham mengatakan bahawa gaya pengasuhan tertentu seperti tidak mempelajari keterampilan hidup sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu menghindari tanggungjawab dan komitmen.

Golongan seperti ini cenderung untuk mencari keseronokkan, hedonisme, dan kebebasan. Sifat ibu bapa yang permisif juga menyebabkan berlakunya sindrom ini. Apabila anak-anak melakukan kesilapan, ibu bapa yang akan memperbetulkannya menybabkan anak-anak tidak bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.

Keadaan ekonomi juga merupakan salah satu pencetus kepada sindrom Peter Pan. Dr Cheatham berkata kesusahan dan kemerosotan ekonomi boleh menyebabkan berlakunya sindrom ini terutamanya kepada generasi muda.

Kos pengajian yang tinggi juga boleh menimbulkan tekanan dan kebimbangan. Apatah lagi apabila bekerja, gaji kecil dan peluang hampir tiada untuk maju dalam karier boleh mengurangkan motivasi diri.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI