Baru-baru ini, pencarum KWSP yang sangat memerlukan bantuan kewangan menarik nafas lega bagai ada sinar di hujung terowong apabila kerajaan akhirnya bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Susulan daripada kelulusan tersebut, perincian mengenai pengeluaran khas ini diperjelaskan oleh Kementerian Kewangan dan KWSP sendiri seperti berikut.
- Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
- Permohonan bermula 1 April – 30 April 2022 secara dalam talian.
- Pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.

Pencarum KWSP boleh mengeluarkan wang caruman mereka sebanyak RM50 sehingga RM10,000. Namun begitu, pengeluaran tersebut adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 pencarum. Jika baki Akaun 2 tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses bagi tujuan pengeluaran khas ini.

Kerajaan telah mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan dari semua pihak mengenai pengeluaran caruman KWSP. Memandang serius akan permasalahan hidup yang dihadapai rakyat ketika ini, kerajaan akhirnya bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Ini kerana, biarpun negara akan memasuki fasa endemik, namun masih ramai lagi rakyat Malaysia yang terkesan daripada segi ekonomi, kehilangan pendapatan ataupun dalam proses membina semula kehidupan.

Sungguhpun kelulusan tersebut dilihat sebagai jalan keluar bagi sesetengah pencarum KWSP, namun Perdana Menteri tetap mengingatkan agar pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran. Ini kerana, pengeluaran tersebut melibatkan simpanan pada hari tua mereka kelak.
Rakyat memanjatkan rasa syukur kerana kerajaan benar-benar mendengar keluh-kesah rakyat. Antara mereka yang menyambut baik akan perkara tersebut yang dapat dilihat daripada media sosial Twitter adalah seperti berikut.



KWSP melalui akaun Twitter rasmi mereka mengingatkan agar sama-sama nantikan maklumat terkini berkaitan pengeluaran khas KWSP ini dari semasa ke semasa.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: