25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 19, 2025
Utama Blog Laman 170

Penumpang pesawat ke Sabah luah kekecewaan, 1 jam sesak kena ‘panggang’ tanpa penyaman udara

0

Salah seorang warganet berkata, “Macam ‘oven’ sudah!”

Mana tidaknya apabila para penumpang penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang dalam perjalanan ke Sabah meluahkan rasa kekecewaan apabila terpaksa kena ‘panggang’ selama 1 jam akibat pesawat berkenaan mengalami masalah kerosakan penyaman udara.

Facebook

Tambah lagi selepas 2 tahun ramai anak perantau tidak dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung, rasa teruja yang dinanti itu sedikit menjadi hambar ekoran insiden ini.

Seorang pengguna TikTok dan Facebook memuat naik pengalaman beliau yang berkata umpama ‘dipanggang’ selama 1 jam di dalam kapal terbang tanpa penyaman udara dan penerbangan ke Sabah itu juga telah tertunda selama 2 jam.

Facebook

Dalam rakaman video berdurasi selama 47 saat tersebut, kelihatan beberapa anak kecil menangis dan membuka baju akibat kepanasan, dan ramai juga para penumpang lain yang berdiri dan dengan sabar mengipas diri mereka ekoran tiada penyaman udara.

Facebook

Menurut hantaran Facebook itu, pesawat yang mengalami masalah kerosakan penyaman udara ini dikendalikan oleh MAS yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah.

Facebook

Perkongsian ini terus menjadi tular di media sosial, dengan rata-rata warganet menyatakan rasa simpati dan memahami perasaan para penumpang yang menaiki pesawat berprestij tersebut.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

16 cedera, gelongsor air di taman tema pecah secara tiba-tiba

0

SURABAYA- Seramai 16 pengunjung sebuah taman tema di Kenjeran, Surabaya, Jawa Timur, dilapor cedera selepas sebahagian tiubnya gelongsor air pecah ketika orang ramai sedang leka bermain permainan tersebut.

Memetik laporan Kompas.com, lapan orang daripada mangsa dilaporkan parah dalam kejadian pada petang Sabtu, 7 Mei 2022. Kejadian tragis tersebut dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 1.45 petang waktu tempatan.

Berdasarkan data petugas Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Surabaya, 16 orang mangsa yang terlibat sebahagian besarnya adalah kanak-kanak.

Ketua BPBD Kota Surabaya, Ridwan Mubarun memberitahu bahawa hasil siasatan mendapati kejadian berkenaan bermula apabila sambungan papan gelongsor air yang digunakan itu tiba-tiba runtuh ketika pengunjung bermain di atasnya.

“Kami percaya punca komponen gelongsor itu runtuh disebabkan oleh strukturnya sudah uzur,” tambahnya lagi.

Permainan gelongsor air itu berketinggian 10 meter, merupakan salah satu tarikan utama di taman tema tersebut.

Menurut laporan awal, sambungan tiub gelongsor sebelum itu dikatakan bocor, tetapi pengunjung tetap bermain sehingga melebihi had, tanpa menghiraukan tentang keselamatan diri.

Menurut Wakil Walikota Surabaya, Armuji, seramai tujuh pengunjung telah dikejarkan ke Hospital Soewandhi akibat cedera ringan, manakala lapan lagi dikejarkan Hospital Dr Soetomo akibat kecederaan parah.

Armuji berkata, beliau telah mengarahkan semua kemudahan awam dan taman permainan di taman tema itu diperiksa segera supaya kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi.

Video kejadian pengunjung terjatuh selepas tiub gelongsor itu pecah mula tular sejak petang Sabtu.

Kelihatan dalam video itu air mula keluar pada bahagian tepi tiub gelongsor sebelum beberapa pengunjung jatuh bersama-samanya.

Menurut saksi yang berada berhampiran tempat kejadian, beberapa saat sebelum gelongsor jatuh, dia telah mendapati gelongsor air bocor dengan serius, dan kemudian melihat gelongsor jatuh di hadapannya, dan orang ramai yang ada di situ tidak mampu untuk bertindak.

Ramai yang mengalami cedera parah, kebanyakannya di kepala, ada yang terkejut, dan tiga daripada kanak-kanak yang jatuh kelihatan seperti mengalami patah tangan dan kaki.

Menurut Bambang Irianto, ketua Taman Air Kenjeran, pasukan mereka kerap melakukan penyelenggaraan berkala ke atas kemudahan taman air, dan penyelenggaraan terakhir ke atas gelongsor air itu telah dijalankan sembilan bulan lalu.

Menurutnya lagi, secara amnya seramai 300 hingga 400 pelancong menaiki gelongsor tersebut setiap hari, namun memandangkan perayaan Aidilfitri, jumlah pengunjung yang bermain gelongsor tersebut mungkin mencecah 1,000 orang, jadi tiub gelongsor tersebut pecah disyaki akibat lebihan muatan.

Beliau juga berkata bahawa hanya 5-10 orang dibenarkan menaiki gelongsor air pada satu-satu masa, tetapi ketika kemalangan berlaku mereka mendapati gelongsor dalam keadaan terlebih muatan.

Lokasi tersebut kini ditutup serta-merta terutama kawasan taman air bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Jenayah, tidak berperikemanusiaan, tidak beretika”: EU lulus resolusi mengutuk penuaian organ oleh rejim PKC

0

Parlimen Eropah sepakat menerima pakai resolusi dalam menyuarakan “kebimbangan serius” mengenai penuaian organ paksa oleh rejim Parti Komunis China (PKC) secara berterusan, sambil menyeru negara anggotanya untuk mengutuk penganiayaan itu secara terbuka.

“Parlimen menyatakan kebimbangan serius berkaitan laporan penuaian organ yang berterusan, sistematik, tidak berperikemanusiaan dan dibenarkan oleh negara daripada banduan di China, dan lebih khusus daripada pengamal Falun Gong,” menurut kenyataan bertarikh 5 Mei dalam teks resolusi berkenaan.

Ahli Parlimen “menganggap amalan penuaian organ daripada banduan hidup yang dijatuhkan hukuman mati dan banduan kerohanian di China mungkin sama dengan jenayah terhadap kemanusiaan,” petikan teks itu.

Gambar oleh Larry Dye / The Epoch Times

Panel bebas pada tahun 2019, dikenali Tribunal China, mendapati rejim PKC telah bertahun-tahun membunuh tahanan kerohanian untuk pemindahan organ mereka pada skala yang besar, dan amalan itu masih berterusan. Tribunal memutuskan tindakan sedemikian adalah jenayah terhadap kemanusiaan dan mangsa utama yang ditahan adalah pengamal Falun Gong.

Falun Gong ialah amalan kerohanian yang terdiri daripada latihan meditasi dan ajaran moral berdasarkan prinsip Sejati, Baik, Sabar. Pada tahun 1999, pengamal menjadi sasaran kempen penganiayaan yang meluas oleh Beijing selepas populariti amalan itu dianggap sebagai ancaman kepada kawalan autoritarian rejim komunis ke atas masyarakat. Berjuta-juta pengamal Falun Gong yang ditahan di seluruh negara pada dasarnya telah bertukar menjadi bank organ sukarela secara besar-besaran untuk sistem pemindahan organ oleh rejim PKC yang rakus.

Sejak laporan pengambilan organ secara paksa pertama kali muncul pada pertengahan 2000-an, rejim PKC telah berulang kali menafikan dakwaan itu termasuk menolak akses luar ke kemudahan perubatan dan tahanan untuk mengesahkan tuntutan itu.

Resolusi EU menyatakan rejim enggan memberi keterangan di hadapan Tribunal China.

Resolusi itu mengecam kurangnya badan pengawasan bebas untuk melihat sama ada tahanan telah memberikan persetujuan untuk pendermaan organ, dan sikap berdiam diri pihak berkuasa China mengenai laporan bahawa keluarga telah dihalang daripada menuntut mayat orang tersayang yang meninggal dunia dalam tahanan.

Resolusi empat muka surat itu, yang diterima pakai dengan persetujuan mengangkat tangan pada 5 Mei, merupakan kenyataan awam pertama dari Kesatuan Eropah mengenai isu itu sejak tahun 2013, apabila Parlimen Eropah mula-mula memberi notis kepada Beijing bahawa amalan pengambilan organ secara paksa adalah tidak boleh diterima.

Selain mengutuk penderaan di khalayak ramai, resolusi itu berkata, EU dan negara anggotanya harus membangkitkan isu penuaian organ “pada setiap Dialog Hak Asasi Manusia”, membangkitkan isu untuk melibatkan diri dengan rakan kongsi, dan mengambil tindakan yang perlu untuk menghalang rakyat mereka daripada mengambil bahagian dalam pelancongan pemindahan ke China. Institusi yang berkaitan, katanya, harus mempertimbangkan semula kerjasama mereka dengan rakan sejawatan dari China dalam bidang perubatan berkaitan pemindahan, penyelidikan dan latihan.

Gambar oleh Chung I Ho / The Epoch Times

Hak Asasi Manusia ‘Bukan Pilihan’

Kelulusan resolusi itu dibuat tiga hari lebih awal daripada lawatan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Michelle Bachelet yang dirancang ke China, dan Parlimen Eropah dalam resolusi itu menggesa badan hak asasi manusia untuk menyiasat isu berkenaan semasa lawatan.

Pegawai tertinggi dasar luar EU, Josep Borrell pada sehari sebelumnya mengetengahkan isu itu semasa perbahasan parlimen, dengan berkata 27 anggota blok “mengutuk sekeras-kerasnya amalan jenayah, tidak berperikemanusiaan dan tidak beretika penuaian organ secara paksa”.

“Menghormati hak asasi manusia bukanlah satu pilihan, tetapi satu keperluan dalam semua bidang, termasuk dalam bidang perubatan dan etika yang mencabar dalam pendermaan dan pemindahan organ,” katanya dalam ucapan disediakan oleh Jutta Urpilainen, pesuruhjaya untuk perkongsian antarabangsa, bagi pihaknya.

Kajian perubatan bulan April yang diterbitkan dalam American Journal of Transplantation mengenal pasti berpuluh-puluh penerbitan di China di mana pakar perubatan mengeluarkan jantung dan paru-paru daripada individu untuk pemindahan tanpa mengikut protokol standard untuk mewujudkan kematian otak. Ini bermakna pesakit dibunuh untuk organ mereka dan beratus-ratus profesional perubatan yang terlibat bertindak sebagai “pelaksana hukuman” untuk negara, kata penulis.

Ucapan Borrell mendapat pujian daripada Wakil Amerika Syarikat Gus Bilirakis (R-Fla.), yang berkhidmat sebagai pengerusi bersama Kongres Caucus dan Kebebasan Beragama Antarabangsa.

Pegawai Tertinggi Dasar Luar EU Josep Borrell (Gambar oleh Julien Warnand/Pool/REUTERS)

“Rekod hak asasi manusia China yang keji, termasuk amalan tidak berperikemanusiaan dalam penuaian organ terhadap etnik dan agama minoriti, tidak akan lagi diletak di bawah permaidani,” katanya kepada The Epoch Times. “Adalah penting bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya menghantar mesej yang tegas serta tidak berbelah bahagi dalam mempertahankan hak asasi manusia juga memberi perlindungan untuk semua orang.”

Yang lain percaya langkah itu masih jauh dalam menyelesaikan masalah.

Torsten Trey, pengarah eksekutif kumpulan advokasi etika perubatan Doctors Against Forced Organ Harvesting, menyatakan masyarakat antarabangsa telah berpanjangan berdiam diri mengenai perkara itu.

“Tiga tahun telah berlalu sejak Tribunal China membuat kesimpulan bahawa China membunuh orang untuk organ mereka. Selama lebih dua dekad China telah menganiaya pengamal Falun Gong dan mungkin membunuh lebih sejuta daripada mereka, mungkin lebih ramai daripada di Ukraine sehingga hari ini,” katanya kepada The Epoch Times.

Berbanding dengan tindak balas dunia terhadap perang di Ukraine, resolusi itu adalah “seruan lemah kepada rejim komunis yang menyokong Rusia dalam tindakan pencerobohannya,” katanya.

“Kami memerlukan tindakan ke atas China, bukan seruan. China mendengar seruan ini selama dua dekad dan tidak mengendahkannya,” katanya.

“Pada ketika ini, Eropah sedang dicabar oleh PKC: Adakah Eropah akan menjadikan hak asasi manusia dan nilai-nilainya sebagai syarat yang tidak boleh dirunding untuk perkongsian, atau mengabaikan amalan mengerikan penuaian organ secara paksa daripada para pengamal Falun Gong yang masih hidup di China?”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Cara buat persediaan awal untuk hadapai krisis kekurangan bekalan semasa bencana alam

0

Mungkin ramai yang masih tidak sedar bahawa bencana alam boleh terjadi bila-bila masa terutama di kawasan-kawasan atau negra tertentu. Antara krisis yang bakal dialami ketika bencana ialah kekurangan bekalan makanan.

Menurut Diane Vukovic di laman web Primalsurvivor.com, ada memberitahu bahawa walaupun ketakutan adalah pendorong yang hebat, ia walau bagaimanapun tidak membantu orang ramai untuk membuat keputusan yang bijak.

“Tidak kira betapa takutnya anda akan kejadian yang bakal berlaku, anda masih perlu membuat persediaan dengan cara yang tenang dan logik,” kata Vukovic kepada The Epoch Times.

Ramai yang melihat kejadian krisis bekalan makanan sebagai ‘teori konspirasi’ jadi idea untuk membuat persiapan dan persediaan terhadap krisis tersebut tidak banyak dilakukan. Banyak “penyedia” dalam talian mengatakan bahawa hanya peratusan kecil rakyat Amerika yang bersedia untuk berhadapan dengan kekurangan makanan yang bakal terjadi.

Walau bagaimanapun, persediaan untuk berhadapan dengan krisis ini agak membimbangkan orang ramai ekoran pendapatan yang terhad akibat inflasi hari ini. Namun begitu, menurut Vukovic kos untuk melakukan persiapan dan persediaan adalah masih rendah dan tidak begitu mahal.

“Kemungkinan anda tidak memerlukan topeng gas yang mahal, jaket kalis peluru, atau peralatan ‘survival’ lain seperti yang digembar-gemburkan. Anda akan melihat bahawa kebanyakan bekalan persediaan adalah sangat murah,” kata Vukovic.

Apa yang penting ialah jangan membeli kerana takut atau panik.

“Saya cadangkan untuk menulis senarai bencana yang paling mungkin berlaku di kawasan anda. Bagi kebanyakan orang di Amerika Syarikat, ia adalah gempa bumi, banjir, taufan, kebakaran hutan dan gangguan bekalan elektrik. Kemudian, buat senarai barang-barang yang perlu disediakan untuk berhadapan dengan bencana ini,” katanya.

Hos Prepperwebsite.com, Todd Sepulveda mengesyorkan orang ramai yang mempunyai bajet yang terhad mula memuat persediaan mengikut item yang diperlukan dalam menu seperti makanan kering dan makanan dalam tin, yang masih banyak dijual di kedai runcit.

“Orang ramai yang cuba menyediakan simpanan makanan kadang-kadang pergi ke kedai runcit dan mula membeli barangan secara rawak. Kemudian, barulah mereka mula memikirkan bagaimana untuk menggunakan barangan tersebut,” kata Sepulveda kepada The Epoch Times.

Sepulveda menasihatkan untuk mula membuat menu bagi sarapan, makan tengah hari dan makan malam selama seminggu seperti biasa yang dimakan oleh keluarga. Kemudian, buat senarai barangan runcit dan simpan salinan tersebut untuk minggu berikutnya.

“Jika anda ingin menyimpan makanan selama sebulan pada satu masa, hanya gandakan senarai barang dapur anda sebanyak empat kali,” kata Sepulveda.

“Anda boleh menyediakan makanan yang lebih bervariasi jika anda membuat menu untuk setiap dua minggu. Dengan cara itu, anda tidak perlu makan makanan yang sama setiap minggu.”

Menyimpan makanan adalah tidak sukar dan tidak perlu mahal—”anda hanya perlu merancangnya,” kata Sepulveda.

Laman web lain yang dapat memenuhi permintaan untuk melakukan persediaan termasuklah Graywolf Survival, Apartment Prepper, Bioprepper, Mom With A Prepper, The Prepared dan banyak lagi.

Laman web ini dapat menyediakan pelbagai jenis persediaan untuk berhadapan dengan bencana—daripada mencipta kit kecemasan, menyediakan bekalan perubatan dan pertolongan cemas, penapis air, alat memasak tanpa elektrik, tenaga suria.

“Walaupun anda tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan, anda masih mempunyai bajet dan, ya, ada kemungkinan anda perlu membuat persediaan yang tidak menggunakan wang,” kata Vukovic.

Dia berkata sebaik sahaja anda mempunyai senarai semua yang anda perlukan, utamakan item seperti plastik sampah dan baldi yang lebih murah atau lebih baik jika boleh didapatkan secara percuma.

“Untuk memastikan anda tidak lupa apa-apa yang penting, bahagikan senarai anda kepada beberapa kategori. Semasa anda membeli bekalan, pastikan anda mendapatkan item dari setiap kategori.

Kategori bekalan kritikal seperti makanan dan air, kesihatan dan kebersihan, pemanasan, pencahayaan, elektrik, alat pembersihan selepas bencana, keselamatan diri dan radio kecemasan untuk komunikasi.

Hidup Mengikut Kemampuan Anda

Walaupun anda tidak mempunyai wang untuk membuat persediaan, anda perlu tahu tentang cara untuk bertahan hidup dengan cara menyediakan bekalan walaupun dengan bajet yang sedikit.

“Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan baldi percuma dari kedai tempatan. Dalam keadaan kecemasan, baldi tersebut boleh digunakan untuk menadah air hujan,” kata Vukovic.

Jika anda mempunyai bajet yang kecil, bahagikan senarai anda kepada barangan mahal dan barangan murah seperti makanan dalam tin, ‘tarp’, pita dan bahan peluntur.

“Beli beberapa item murah setiap minggu dan ketepikan sejumlah wang setiap minggu atau bulan untuk beli barangan yang lebih mahal,” kata Vukovic.

“Pertimbangkan untuk membeli-belah di kedai barangan terpakai, pasar lambak untuk mendapatkan harga yang lebih rendah bagi membeli barangan terpakai.”

Bagi mereka yang bernasib baik kerana mempunyai bahet yang besar, Vukovic mengesyorkan bahawa persediaan boleh dimulakan dengan menahan keinginan untuk membeli peralatan dan bekalan “mewah” dan mahal.

Sebaiknya, gunakan bajet yang ada untuk mendapatkan barangan yang berkualiti dan pastikan barangan yang dibeli adalah item yang benar-benar diperlukan.

Selain itu, adalah penting untuk orang ramai memastikan dokumen-dokumen penting mereka diletakkan di tempat yang selamat atau membuat salinan kepada dokumen-dokumen tersebut atau membuat ‘backup’.

“Sebagai contoh, jika seluruh rumah anda musnah dalam kebakaran, mengetahui nombor polisi insurans anda dan mempunyai senarai barang berharga di rumah akan memudahkan untuk mendapatkan bayaran balik.

“Begitu juga, jika anak-anak anda terpaksa bertukar sekolah selepas bencana, anda akan boleh menarik nafas lega kerana anda sudah membuat salinan rekod sekolah mereka.”

Tambahan lagi, ‘backup’ dokumen yang disimpan tidak memerlukan sebarang kos tambahan.

“Anda boleh meletakkannya di dalam USB secara sulit dan menyimpannya di tempat selamat seperti di bank atau lokasi selamat yang lain. Terdapat juga beberapa platform storan awan selamat yang boleh anda gunakan,” kata Vukovic.

“Semasa anda melakukannya, simpan juga semua foto keluarga anda. Jika rumah anda musnah, sekurang-kurangnya anda tidak akan kehilangan semua gambar bayi dan kenangan kecil anak-anak anda.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

60 Orang Asal Sarawak berpakaian ‘Sirat’, berkaki ayam menaiki penerbangan ke Sabah mempromosi budaya Iban

0

Seramai 60 Orang Asal Sarawak mengadakan misi penerbangan ke Kota Kinabalu, Sabah dengan memakai pakaian tradisional etnik Iban dikenali sebagai Sirat.

Delegasi yang terdiri daripada 72 peserta itu menaiki pesawat Air Asia AK 6076 dari Miri ke Kota Kinabalu pada 30 April.

Ketua delegasi, Peter John Jaban berkata mereka kini berada di Kota Kinabalu yang sedang dalam misi mempromosikan adat, kesenian dan kebudayaan orang asal Sarawak.

Facebook

Penerbangan tersebut adalah yang julung kalinya menerima penumpang yang memakai Sirat, memperlihatkan seni tatu pada badan dan berkaki ayam.

“Kami merancang untuk mengembara lagi ke Semenanjung Malaysia dan pada tahun hadapan, dan kami juga merancang untuk ke New Zealand” katanya kepada Borneo Post.

Facebook

“Kami berharap untuk menerima lebih ramai lagi peserta yang terlibat menaiki pesawat dengan memakai Sirat pada masa akan datang. Mungkin 300 hingga 1,000 orang,” kata Peter.

Meskipun pelbagai cabaran perlu dilalui bagi merealisasikan misi itu, Peter bertekad untuk mempromosikan budaya orang asal Sarawak di luar Sarawak agar orang ramai dapat mempelajari dan menghayati seni kebudayaan etnik Sarawak.

Facebook

“Apabila tiba di Kota Kinabalu, kami akan mempersembahkan persembahan tarian tradisional ‘flash mob’ di Sabah Waterfront dengan pemuzik sape terkemuka,” jelasnya.

“Kami juga akan mengadakan pertunjukan memasak makanan tradisional Sarawak serta seni tatu tradisional semasa berada di Kota Kinabalu agar orang Sabah dapat mengenal budaya kita,” katanya.

Gambar Borneo Post

Para peserta adalah etnik Iban dari seluruh Sarawak dan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Dayak di Sarawak.

Selain Kota Kinabalu rombongan tersebut akan turut melawat beberapa daerah lain di Sabah seperti Tenom, Keningau dan Tambunan dan dijadual pulang ke Miri pada 4 Mei nanti.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Filem “Doctor Strange in the Multiverse of Madness” terima tindak balas negatif yang mungkin tidak ditayang di China

0

Salah satu adegan dalam filem “Doctor Strange in the Multiverse of Madness” menerima tindak balas negatif di China, yang berpotensi menghancurkan harapan bahawa ia mungkin menjadi salah satu filem Marvel yang tidak akan ditayangkan di negara itu.

Filem itu, yang dibintangi Benedict Cumberbatch, telah mengecewakan sesetengah pihak di China berikutan adegan yang menunjukkan gerai surat khabar “The Epoch Times”, sebuah akhbar antarabangsa dan syarikat media yang menentang Parti Komunis China (PKC).

Dalam salah satu babak trailer, Doctor Strange dan penjahat ‘Gargantos’ sedang bertarung di jalanan apabila kamera memaparkan pemandangan jalanan dengan sebuah kotak surat khabar berwarna kuning yang jelas tertera perkataan “The Epoch Times”. 

Twitter

Media “The Epoch Times” telah diasaskan di Amerika Syarikat oleh ahli Falun Gong yang ditindas oleh PKC. Media ini terkenal sebagai anti-komunisme dan mempunyai penerbitan di seluruh dunia.

Doctor Strange 2 kini dalam pertimbangan pihak berkuasa China, yang sedang menyemak filem ini sebelum meluluskan pelepasan tayangannya di China, menurut Deadline. Penerbitan itu melaporkan adegan berkenaan telah “mencetuskan gelombang media sosial tempatan”.

Kalangan netizen China melaungkan boikot, dan sebenarnya filem Doctor Strange 2 tidak dirancang buat masa ini untuk ditayangkan di China selain di Hong Kong dan Macau. 

Tiada filem Marvel yang diluluskan tayangannya di China sejak Avengers: Endgame 2019.

Adalah dipercayai larangan tayangan filem Marvel seperti Black Widow, Eternals, Venom: Let There Be Carnage dan Spider-Man: No Way Home di negara itu adalah sebahagiannya disebabkan oleh penggambaran Black Widow tentang komunisme dan komen kritikal tentang Beijing yang dibuat oleh pengarah filem Eternals Chloé Zhao.

Diarahkan oleh Sam Raimi, filem ini membawa kembali watak Benedict Cumberbatch untuk filem Marvel pertama selepas Spider-Man: No Way Home.

Ia juga akan menandakan kepulangan Wanda Maximoff atau Scarlet Witch lakonan Elizabeth Olsen buat kali pertama sejak siri Disney Plus WandaVision.

Trailer itu nampaknya menafikan teori yang tular berikutan urutan pasca kredit WandaVision yang dia akan menjadi penjahat dalam Doctor Strange 2.

Filem “Doctor Strange in the Multiverse of Madness” akan memulakan tayangannya di United Kingdom pada 5 Mei dan di Amerika Syarikat pada 6 Mei.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Jalani pembedahan jantung April lalu, keadaan Azizulhasni semakin pulih

0

Kuala Lumpur: Pelumba basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dilaporkan semakin pulih selepas menjalani pembedahan jantung terbuka susulan disahkan menghidap masalah jantung jarang ditemui iaitu ‘anomalous aortic origin of right coronary artery’ (AAORCA).

Situasi berkenaan terjadi kepada Azizulhasni selepas disahkan mengalami masalah jantung hingga hampir menamatkan kariernya sebagai pelumba basikal negara baru-baru ini.

Tanda tanya mengenai kehilangan ‘The Pocketman’ negara itu yang secara tiba-tiba sejak awal Februari lalu akhirnya terjawab apabila sebenarnya dia bergelut dengan rawatan penyakit jantung itu sebelum melakukan pembedahan 21 April lalu.

Berkongsi pengalaman terbabit, Azizul berkata, dia mula berasa sakit di bahagian dada sejak menjalani latihan pada awal Februari lalu sebelum merujuk situasi berkenaan kepada pakar perunding jantung kardiologi di Melbourne, Doktor Barveen Aisha Abu Baker bagi menjalani pemeriksaan dan ujian yang lebih teliti.

Katanya, hasil daripada siri ujian terbabit mendapati dia menghidapi AAORCA.

“Keadaan ini jarang ditemui dan pakar bedah di Australia memutuskan bahawa perlu menjalani pembedahan pembetulan (corrective surgery) kerana risiko ‘sudden cardiac arrest’ (serangan jantung) yang tinggi.

“Selain itu, situasi berkenaan tidak boleh buat main kerana boleh terkena serangan jantung kerana kebanyakan atlet lain yang terkena penyakit berkenaan mungkin sudah meninggal dunia dan hanya menyedari selepas melakukan bedah siasat,” katanya, dalam sidang media secara atas talian sebentar tadi.

NILAI, 25 Ogos — Atlet berbasikal trek Terengganu Mohd Azizulhasni Awang melakukan ‘wheelie’ dengan gaya tersendiri pada Kejohanan Trek Kebangsaan 2019 di Velodrom Nasional Malaysia hari ini. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Selain itu pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu berkata, dia terpaksa melakukan pembedahan segera memandangkan penyakit berkenaan akan menyebabkan keadaannya bertambah parah dan berisiko tinggi terkena serangan jantung.

“Saya ada bertanya kepada pakar perubatan jika saya berhenti bersukan adakah penyakit berkenaan akan berkurangan atau sembuh namun mereka menyatakan bahawa keadaan akan bertambah buruk lagi.

“Selepas melakukan pembedahan, keadaan saya memang lain kerana cepat penat dan ada satu ketika berasa terlalu letih dan tidur seharian,” katanya.

Awal tahun ini boleh dikatakan tempoh cukup mencabar buat Azizul selain disahkan menghidap masalah jantung, dia juga kehilangan ayahnya Awang@Muda Embong, 73, meninggal dunia akibat strok.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli memaklumkan bahawa pembedahan pembetulan itu iaitu ‘reimplantation of the right coronary artery’ dijalankan melalui teknik ‘minimally invasive surgery via mini-sternotomy’ yang bertujuan membantu mempercepatkan proses pemulihan Azizul.

“Kos pembedahan beliau telah dibiayai melalui skim insurans yang dicarum oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN).

“Azizul berehat di rumah beliau di Melbourne Australia di bawah pemantauan pasukan perubatan. Pada masa yang sama, pasukan pakar perubatan sukan ISN dan pakar kardiologi sukan Institut Jantung Negara (IJN) sedang memperhalusi beberapa kriteria serta elemen penting dalam merangka program pemulihan Azizul yang turut meliputi sokongan perkhidmatan sains sukan,” katanya.

Bercakap mengenai keadaan selepas pembedahan, beliau memberitahu bahawa keadaanya semakin pulih walaupun menghadapi sedikit keletihan, dan dinasihatkan untuk berehat selama beberapa minggu.

Mohd Azizulhasni, yang dinobatkan sebagai Olahragawan 2019/2020 baru-baru ini, buat kali keempat selepas 2009, 2010 dan 2017, menjadi pelumba negara pertama memenangi pingat Olimpik selepas membawa pulang gangsa bagi acara keirin pada Olimpik Rio 2016, sebelum merangkul perak di Tokyo.

Beliau turut mencipta sejarah apabila menjuarai acara keirin pada Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

China lapor kes jangkitan manusia pertama selesema burung H3N8

0

Seorang budak lelaki di China disahkan dengan jangkitan virus selesema burung H3N8, yang merupakan kes manusia pertama yang diketahui di dunia, kata pihak berkuasa kesihatan rejim China.

Kes melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang dimasukkan ke hospital pada 10 April di bandar Zhumadian di wilayah tengah Henan, kata Suruhanjaya Kesihatan China dalam satu kenyataan pada 26 April.

Tiada jangkitan manusia terhadap strain ini telah dilaporkan, tambah agensi itu.

H3N8 diketahui menjangkiti kuda, anjing laut dan anjing. Ia adalah salah satu daripada dua jenis strain yang menyebabkan selesema anjing di Amerika Syarikat, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat. Ia telah dikesan menjangkiti anjing di seluruh Amerika Syarikat, kata CDC di laman webnya, sambil menambah ia tidak menjangkiti manusia.

Para pekerja menyuntik anak-anak ayam dengan vaksin selesema burung H9 di sebuah ladang ternakan ayam di daerah Changfeng, Wilayah Anhui di China pada 14 April 2013. (Gambar Stringer/Reuters)

Suruhanjaya itu berkata kemungkinan ia merebak di kalangan manusia adalah rendah.

“Jangkitan ini adalah penghantaran silang spesies secara tidak sengaja. Terdapat risiko rendah jangkitan berskala besar,” jelas kenyataan itu.

Walaupun jarang berlaku, jangkitan ke atas manusia boleh menyebabkan mutasi penyesuaian yang berpotensi membolehkan virus ini merebak dengan lebih mudah dalam mamalia, kata Erik Karlsson, timbalan ketua unit virologi di Institut Pasteur di Kemboja.

Karlsson berkata virus itu memerlukan pengawasan yang diperluas. Beliau menambah implikasinya dalam pandemik influenza 1889, juga dikenali sebagai selesema Rusia, adalah “kebimbangan utama terhadap risiko virus itu.”

Suruhanjaya Kesihatan China berkata penilaian awal dilakukan dalam menentukan varian itu berasal daripada burung. Mereka menyatakan terdapat ayam dan burung gagak yang diternak di rumah budak itu dijangkiti, dan itik liar juga menghuni kawasan itu.

Kontak rapatnya tidak menunjukkan sebarang kelainan sepanjang tempoh pengawasan perubatan, tambahnya.

Budak lelaki itu mengalami simptom termasuk demam pada 5 April dan disahkan menghidap H3N8 kira-kira dua minggu kemudian pada 24 April, menurut kenyataan itu.

Dia berada dalam keadaan kritikal, menurut jabatan kesihatan Hong Kong, memetik pemberitahuan dari Beijing. Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan tidak menyebut butiran ini dalam kenyataan itu.

Tahun lalu, China melaporkan seorang lelaki berusia 41 tahun dijangkiti H10N3, yang juga dipercayai jangkitan pertama manusia jenis selesema burung.

Pada 2021, China telah melaporkan 21 jangkitan manusia dengan sub-jenis H5N6 influenza burung kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Walaupun jumlahnya jauh lebih rendah daripada ratusan dalam jangkitan H7N9 pada tahun 2017, jangkitan telah menyebabkan ramai yang sakit kritikal dan mengakibatkan sekurang-kurangnya enam kematian, menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar.

“Kami perlu mengambil berat tentang semua peristiwa dan kesan limpahan,” kata Karlsson.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Rayuan BKM Fasa 1 akan dibuka bermula 02 Mei 2022

0

Sejak 28 Mac, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 telah dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemohon yang telah lulus permohonannya. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank pula, bayaran secara tunai dibuat melalui kaunter BSN bermula 30 Mac. Namun, kedengaran ramai yang kecewa dan sedih kerana permohonan mereka gagal. Biarpun begitu seakan ada sinar harapan kerana pemohon yang gagal memperoleh BKM Fasa 1 ini boleh membuat rayuan bermula 02 Mei 2022.

BKM LHDNM

Sebelum anda membuat rayuan, sila semak status untuk mengetahui punca Tidak Lulus BKM di https://bkm.hasil.gov.my/.

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022
  • Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Untuk makluman anda, ada dua cara rayuan BKM Fasa 1 yang boleh dibuat.

  • Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM (https://bkm.hasil.gov.my) bermula 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
  • Secara penghantaran borang kertas bermula di Cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS), Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampuran mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022 (tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa).

Anda juga dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai rayuan BKM ini melalui soalan lazim (FAQ) yang dipaparkan di laman sesawang rasmi BKM LHDNM.

Bagi memudahkan serta melancarkan rayuan BKM, anda digalakkan untuk membuat permohonan tersebut secara dalam talian apabila rayuan dibuka nanti.

Manakala untuk dokumen sokongan yang diperlukan pula, akan dikemas kini dari masa ke masa.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Menyaksikan sendiri rayuan bersejarah, kempen keganasan di negara komunis China

0

Kebimbangan terhadap gangguan dan penahanan polis telah menghantui Zhang Minghui yang kini berusia 23 tahun sejak usianya satu tahun, ketika pegawai polis China memukul bapanya dengan belantan kayu sehingga kakinya membengkak dan bertukar ungu tua, dan membakar lengan bapanya dengan pemetik api.

Ketika Minghui belum memasuki usia dua tahun, polis mengurung anak kecil ini dan datuknya di sebuah pusat tahanan tidak rasmi selama seminggu. Dengan tidak diberikan makanan mahupun minuman, mereka bergantung hidup dengan apa sahaja yang disuap dan dihulurkan secara rahsia oleh rakan datuknya yang baik hati.

Penahanan di dalam bilik gelap itu dengan hanya 2 tingkap kecil menjadi sebahagian daripada kenangan zaman kanak-kanaknya dengan pecahan memori yang diingatinya serba sedikit. Semasa kecil, Minghui tertanya-tanya sama ada semua itu adalah mimpi buruk.

Jika itu hanyalah mimpi buruk. Tiga bulan selepas melarikan diri dari China ke Amerika Syarikat pada 2019, polis sekali lagi menangkap bapanya dan kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun. 11 ahli keluarga Zhang, seperti mana berjuta-juta isi rumah di China, menjadi sasaran pihak berkuasa yang tidak lain tidak bukan ke atas pengamal kepercayaan kerohanian Falun Gong, yang berusaha untuk hidup berpandukan tiga prinsip Sejati, Baik, Sabar.

Pengamal Falun Gong Zhang Zhao yang dijatuhkan hukuman empat tahun penjara pada tahun 2019. (Gambar ihsan Zhang Minghui)

Zhang Minghui adalah antara 2,000 pengamal Falun Gong yang menyertai perarakan di daerah Flushing di New York City pada 23 April 2022, menandakan 23 tahun sejak rayuan bersejarah oleh pengamal Falun Gong di Beijing pada 25 April 1999.

Rayuan itu adalah protes aman terbesar di China moden sejak protes pelajar 1989 di Dataran Tiananmen. Dan seperti protes 1989, ia akan didahulukan dengan tindakan keras yang ganas di tangan Parti Komunis China, rejim yang tidak membenarkan perbezaan pendapat.

Permusuhan

Falun Gong sangat popular di China pada tahun 1990-an. Bermula dari mulut ke mulut, ia menarik 70 juta hingga 100 juta pengikut yang menyebarkan manfaat kesihatan dan ajaran moralnya. Ibu bapa Zhang Minghui bertemu dan berkenalan dalam acara Falun Gong ketika tempoh ini, dan kemudiannya berkahwin. Pegawai China selama bertahun-tahun secara terbuka meraikan manfaat kesihatan daripada amalan itu.

Itulah tahun-tahun yang tidak pernah dialami Zhang sebelum rejim ateis itu membuat pusingan U secara tiba-tiba.

Pada April 1999, dalam tindakan pertama permusuhan terbuka terhadap kumpulan kerohanian ini, pegawai di bandar Tianjin di utara China mengerahkan polis untuk memukul dan menangkap berpuluh-puluh pengamalnya.

Pihak berkuasa bandar itu memberitahu pengamal, mereka perlu membuat petisyen di ibu negara Beijing untuk membebaskan tahanan. Apabila berita itu tersebar, lebih 10,000 pengamal dari seluruh negara akhirnya telah memulakan perjalanan mereka ke Beijing.

Walaupun Zhang Minghui masih bayi pada masa itu, yang lain pada acara peringatan di Flushing dan tempat lain sudah cukup umur untuk mengingati rayuan yang telah mereka sertai lebih dua dekad yang lalu. Fan Minghua, 62 tahun yang tinggal di Virginia, adalah salah seorang daripada mereka.

Berdiri teguh kepada apa yang benar

Pada tahun 1999, Fan merupakan seorang peniaga dari Tianjin yang berusia lewat 30-an. Penyertaannya dalam rayuan 25 April akan mengejutkan ahli perniagaan wanita cekik darah itu beberapa tahun sebelumnya.

Di kampung halamannya di perbandaran Yangcun, Fan pernah dikenali sebagai seorang yang “licik”. Dia telah menjual segala-galanya daripada pakaian kepada ikan dan arang batu, dan memperoleh wang dengan menipu jiran-jirannya. Dia berbohong tentang panjang seluar yang dijualnya, memanipulasi timbangan untuk menjadikan produknya kelihatan lebih berat, dan mencairkan minyak bijan, bahan ruji dalam masakan Cina, dengan minyak sayuran yang lebih murah untuk mendapat keuntungan daripada perbezaan itu.

“Saya tidak fikir apa-apa tentang moral pada masa itu. Wang adalah raja,” Fan, yang menyertai acara peringatan serupa di Washington pada 23 April, memberitahu The Epoch Times.

Membaca buku-buku Falun Gong pada tahun 1997, katanya, membawa “pertukaran malam dan siang” dalam pemikirannya. Fan menghentikan semua rancangannya yang tidak bertanggungjawab selepas mempelajari apa yang dimaksudkan untuk menjadi orang yang benar-benar baik. Kadangkala, dia memberikan produknya secara percuma kepada pelanggan yang menghadapi masalah kewangan.

Pengamal Falun Gong Fan Minghua mengambil bahagian dalam acara ulang tahun ke-23 rayuan aman 25 April di Beijing, ketika di Washington pada 23 April 2022. (Gambar oleh Lynn Lin/ The Epoch Times)

Berdiri di Jalan Fuyou berhampiran pekarangan Zhongnanhai, ibu pejabat Parti Komunis China di Beijing, Fan berasa sangat bangga dengan dirinya kerana dapat mempertahankan nilai yang dia percayai.

Perasaannya dikongsi oleh Li Huilai, seorang warga Beijing yang hanya lebih tua beberapa tahun daripada Fan. Li menyelinap keluar dari rumahnya pada awal pagi itu ketika suami dan anaknya masih tidur lena. Seperti Fan, Li terdorong untuk mempertahankan pendiriannya.

“Jika mereka boleh menahan orang di Tianjin hari ini, mereka boleh melakukan perkara yang sama kepada kami esok,” Li, salah seorang penduduk di New York City berusia 66 tahun yang menyertai perarakan Flushing, memberitahu The Epoch Times.

Rayuan secara aman

Di jalan dipenuhi barisan pokok, para pengamal secara senyap-senyap membentuk barisan sepanjang lebih satu batu, ada yang melakukan latihan meditasi atau membaca buku Falun Gong yang mereka bawa. Yang lain, seperti Fan, mengutip botol plastik dan sampah lain dari atas tanah. Ramai yang teringat melihat kereta perlahan-lahan melalui jalan itu, dan ada yang berkamera merakamnya dari dalam.

Peminat mengingati semula para pengamal yang berdiri di kaki lima dan meninggalkan ruang yang cukup untuk pejalan kaki dengan mereka berada di hujung tepi jalan. Pengamal Falun Gong yang senyap membentuk kontras yang nyata dengan kereta polis berbunyi bising di jalanan. Menurut Fan, tiada seorang pun pengamal membuat bising atau berkelakuan tidak senonoh. “Ia sangat mengagumkan.”

Pengamal Falun Gong berhimpun di Zhongnanhai secara senyap dan aman dalam rayuan untuk mendapatkan layanan adil untuk pengamal Falun Gong pada 25 April 1999. (Gambar Minghui.org)

Menjelang petang, semua mereka yang datang untuk rayuan telah beredar selepas mengetahui para pengamal Tianjin yang ditahan telah mendapat semula kebebasan dan diberi jaminan hak mereka untuk berlatih dengan bebas tanpa rasa takut.

Semasa acara yang diadakan di Dataran Tiananmen yang beberapa blok jauhnya, beberapa kumpulan pekerja pembersihan biasanya akan digunakan untuk membersihkan beberapa tan sampah di tapak itu, kata Li. Tetapi selepas sehari tunjuk perasaan dengan kehadiran 10,000 orang, puntung rokok daripada polis tidak kelihatan di atas tanah, tambahnya.

Melintasi seorang anggota polis yang sedang merakam dengan kameranya, Li menarik perhatiannya kepada pemerhatian ini. “Silalah lihat, di mana anda boleh menemui orang yang baik seperti ini?” Polis tidak berkata sepatah pun.

Keganasan bermula

Jaminan Beijing kepada pengamal yang menarik ternyata adalah ketenangan sebelum kehadiran ribut.

Pada 20 Julai tahun yang sama, penindasan berdarah telah mengejut dan menimbulkan keganasan di seluruh China. Li telah dipecat dari syarikatnya beberapa bulan kemudian kerana penyertaannya di Beijing untuk merayu terhadap penganiayaan itu. Suaminya begitu takut dengan tindakan balas kerajaan sehingga dia mengumumkan hasratnya untuk menceraikannya dalam akhbar tempatan, walaupun dia kemudiannya menarik balik permohonan cerai itu.

Fan, yang merupakan penganjur sukarelawan di tapak senaman Falun Gong di kawasannya, mendapati dirinya menjadi sasaran utama penganiayaan sejak awal lagi.

Pada awal pagi 20 Julai, polis menyerbu masuk ke dalam rumahnya selepas memanjat dinding dan menahannya. Di pusat tahanan, polis memaksanya menonton video propaganda dan menandatangani dokumen pelepasan yang bertujuan untuk memutuskan hubungan dengan kepercayaannya.

Beberapa dekad sebelumnya, Fan telah digemparkan dengan pengalaman rumahnya diselongkar ketika dia masih kanak-kanak semasa Revolusi Kebudayaan yang huru-hara, apabila pengawal merah komunis—pembantu muda yang secara ganas menguatkuasakan doktrin radikal pemimpin komunis Mao Zedong—mengambil semua harta berharga keluarganya, termasuk pintu. Trauma dengan pengalaman keganasan yang ditaja kerajaan sedemikian, Fan akhirnya menyerah diri kepada polis.

Fan tidak akan melupakan saat dia dipaksa untuk meninggalkan kepercayaannya. “Rasanya seluruh badan saya menjadi lumpuh.”

Zhang Minghui bergambar bersama ibunya semasa bapanya berada dalam tahanan di Wilayah Shandong, China pada tahun 2000. (Gambar ihsan Zhang Minghui)

Penahanan satu keluarga

Di bawah suasana sedemikianlah Zhang Minghui membesar.

Sepuluh daripada 11 ahli keluarga Zhang mengamalkan Falun Gong, dan mereka telah kehilangan kiraan berapa banyak penangkapan, serbuan rumah, dan gangguan polis yang dialami selama dua dekad yang lalu.

Pada hari kempen penganiayaan dilancarkan, nenek Zhang, Wang Zhen telah dibawa pergi oleh polis dengan sebuah van di Weifang, di bahagian tengah wilayah Shandong di timur China, dan ditahan selama kira-kira dua minggu.

Nenek Zhang Minghui, Wang Zhen sedang bermeditasi. ( Gambar ihsan Zhang Minghui)

Pada hari yang sama, bapa Zhang berada di Beijing bagi membuat rayuan untuk Falun Gong. Dia telah dipukul dengan kejam di tangan pegawai polis, yang menumbuk, menendang, dan menggunakan belantan kayu dan papan untuk menyerangnya. Pukulan itu menyebabkan dia berlumuran darah dengan meninggalkan lepuh di kepala, dan lebam di seluruh badannya, menurut akaun tahun 2017 yang diserahkan oleh isterinya kepada Minghui, sebuah pusat penjelasan yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang mengumpul maklumat langsung mengenai penganiayaan dari China.

Semasa ditahan, kaki bapanya akhirnya membengkak sehingga dia tidak dapat memuatkan kasutnya. Lengannya bernanah selepas polis membakarnya dengan pemetik api. Ia mengambil masa lebih dua bulan sebelum bengkak itu hilang dan pulih.

Semasa pertemuan semula keluarga Zhang pada Tahun Baharu Cina 2000, ibu bapa dan datuk nenek Zhang menjalani satu lagi pusingan penahanan, salah satu daripada banyak lagi penahanan yang berlaku ke atas mereka sepanjang dua dekad berikutnya. Akibatnya, Zhang Minghui lebih banyak dijaga oleh ibu saudaranya.

Sebulan penyeksaan yang meletihkan itu menyebabkan bapa Zhang kehilangan separuh berat badannya—daripada lebih 200 paun kepada kira-kira 100 paun. Dia dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun tidak lama kemudian.

Penganiayaan yang berlarutan telah menurunkan status keluarga Zhang daripada keluarga berada kepada keluarga yang bergelut meneruskan kelangsungan hidup. Setiap kali polis melawat, mereka mengambil semua wang tunai dan aset yang mereka masih mampu, termasuk dua kenderaan dengan nilai kolektif 50,000 yuan (AS$7,622), kira-kira empat kali ganda pendapatan tahunan tidak perlu kalangan penduduk Shandong pada masa itu.

Pengamal Falun Gong dalam perhimpunan bagi menyokong memindahkan 390 juta orang dari Parti Komunis China dan kumpulan bersekutunya, ketika di Brooklyn di New York pada 27 Februari, 2022. (Gambar oleh Chung I Ho/The Epoch Times)

Kegigihan

Zhang, sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat, berharap untuk bersatu semula dengan keluarganya di sini dan memulakan pengajian seni halus di universiti, tetapi penahanan dan pemenjaraan bapanya pada tahun 2019 telah membantutkan impian itu.

“Kami tidak mempunyai keinginan untuk menjalani kehidupan yang mewah, tetapi untuk hanya menjalani kehidupan yang paling asas pun kini agak sukar,” katanya kepada The Epoch Times.

Pihak berkuasa tidak membenarkan lawatan keluarga ke penjara sejak COVID-19 merebak. Bermula pertengahan Disember, saudara-mara tidak dapat mengadakan satu panggilan video dengan bapa Zhang, dan mereka hanya mengetahui keadaannya di dalam penjara dengan sedikit sahaja.

Walaupun berada dalam keadaan selamat dan bebas di Amerika Syarikat, Zhang dicengkam kebimbangan terhadap keluarganya di China. Tekanan psikologi, katanya, hampir terasa “tidak banyak berbeza seperti berada di dalam penjara.”

Tetapi melihat ke belakang, Zhang percaya kegigihan keluarganya selama 22 tahun berbaloi. “Saya tidak akan dilahirkan jika bukan kerana Dafa,” katanya, merujuk kepada nama lain untuk Falun Gong, Falun Dafa.

Persoalan sama ada untuk mengekalkan kepercayaan mereka adalah persoalan sama yang dihadapi oleh ramai pengamal dan pengikut Falun Gong di China.

Li, yang sedikit tempang akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan ketika melarikan diri daripada polis, berulang kali diminta oleh bekas rakan sekerjanya, pegawai jawatankuasa kejiranan, penyiasat dan pegawai dari syarikatnya untuk menjalani formaliti untuk melepaskan kepercayaannya.

Pengamal Falun Gong Li Huilai menyertai perarakan memperingati ulang tahun ke-23 rayuan aman 25 April di Beijing ketika acara berlangsung di Flushing, New York pada 23 April 2022. (Gambar oleh Chung I Ho/The Epoch Times)

“Anda boleh memiliki segala-galanya, gaji anda, pekerjaan anda; tiada apa yang akan terjejas jika anda hanya berlatih secara sembunyi-sembunyi di rumah,” hujah mereka.

Walaupun cadangan itu kadang-kadang kelihatan sungguh memikat kepada Li, dia telah memutuskan untuk berpegang teguh kepada kepercayaan dan keyakinannya. Walaupun ketika ditahan kerana kepercayaan itu, satu fikiran tetap bersamanya.

“Seseorang perlu membela demi keadilan,” katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: