26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGaya HidupPakar psikiatri beri panduan cara betul tegur anak ketika mereka buat kesalahan

Pakar psikiatri beri panduan cara betul tegur anak ketika mereka buat kesalahan

Dalam membentuk anak menjadi insan yang berdisiplin dan berpekerti baik, ilmu keibubapaan yang betul perlulah sentiasa dipelajari dan diamalkan. Kerana seorang anak yang baik adalah berasal daripada didikan ibu bapanya.

Dalam mendidik atau menegur anak ketika mereka membuat kesalahan, adalah salah jika hanya katakan ‘JANGAN!’ tanpa memberikan penjelasan yang sepatutnya untuk mereka berfikir. 

Ikuti penjelasan Pakar Psikiatri Dr. Rozanizam Zakaria yang berkongsi di laman Facebook tentang panduan menegur anak yang membuat kesalahan dengan cara yang betul.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

Itu tak boleh, ini tak boleh? Dah tu takkan nak tegur anak pun tak boleh?

Boleh, tak ada siapa kata hanya boleh belai, peluk, dan cium anak sahaja. Disiplin tetap sebahagian dari kaedah mendidik anak.

Tapi prinsipnya mesti mendidik, bukan membidik (menghukum). Bak kata orang kampung saya – connect before correct (berhubung sebelum membetul).

Hari ini nak ajar satu tips mendisiplin sambil mendidik yang saya kongsi dalam buku #psikologisikecil.

“Now do it again, this time do it right!” (Sekarang buat sekali lagi, kali ini buat dengan betul). Menegur anak buat silap, memang tugas rasmi ibu bapa.

Jangan! Kenapa ni?! Apasal buat macam tu?? No! Tak tahu berapa ratus kali kita ungkap.

Cuma ibu bapa jangan lupa. Kita bukan pengawas, tetapi pendidik. Kita bukan polis bagi ibubapa, tetapi murabbi (pembimbing), model dan qudwah (pemberi contoh kehidupan untuk dikagumi).

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

Pastikan tegur anak dengan memberi penjelasan

Jadi lepas ni, setiap kali tegur anak, jangan berhenti kepada ‘No!’. Tetapi cuba sambung dengan:

1. Beritahu apa yang salah

2. Tunjuk cara yang betul

3. Beri peluang dia ulang sekali lagi dengan cara yang betul

4. Puji usaha dia memperbaiki

Contoh anak letak barang secara kasar bila kita minta.

“Abang, tak sopan hentak barang macam tu bila ummi minta (inform), kecil hati ummi, tak manis bila orang lain tengok (describe emotion involved). Cuba ambil semula (re-do), kali ini abang letak baik-baik” (improve).”

“Macam tulah baru soleh, kita letak dengan hormat” (approve and reinforce).”

Jadi anak bukan hanya tahu dia salah, tapi belajar buang ego dan belajar memperbaiki. Inilah nilai yang sangat besar yang diperlukan bila dewasa.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

TIPS 5R DALAM MEMBENTUK ANAK

  • Reflection 

Kemampuan untuk muhasabah diri.

  • Relaxation 

Kemampuan untuk bertenang.

  • Regulation of emotion 

Kemahiran untuk kenal pasti dan kendali emosi secara positif.

  • Relationship building

Kemampuan membina hubungan yang baik dan bermakna dengan orang lain.

  • Respect

Kemampuan untuk menghargai orang lain, tahu bahawa orang lain juga ada nilai.

Semua ini anak akan belajar bila kita guna kaedah ini.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI