26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGlobalTwitter terima tawaran Elon Musk untuk beli platform itu dengan harga RM191...

Twitter terima tawaran Elon Musk untuk beli platform itu dengan harga RM191 bilion

Lembaga pengarah Twitter telah meluluskan tawaran Elon Musk untuk membeli firma media sosial itu dengan harga kira-kira $44 bilion (RM191.5 bilion). Keputusan tersebut telah dimumkan oleh syarikat tersebut pada 25 April.

Syarikat itu menerima cadangan usahawan jutawan itu untuk membeli unit saham dengan harga $54.20 sesaham secara tunai.

Musk berkata dalam satu kenyataan: “Kebebasan bersuara adalah asas utuh demokrasi dan Twitter adalah wadah digital yang menyaksikan perkara penting mengenai masa depan kemanusiaan sering diperdebatkan,” kata Musk dalam kenyataan.

Musk memperoleh 9.2 peratus kepentingan dalam syarikat teknologi itu pada awal bulan ini. Beliau kemudian menolak kerusi dalam lembaga pengarah syarikat yang diberikan kepadanya.

Saham Twitter melonjak 5.7 peratus semalam, menghampiri paras AS$51.70. Perjanjian itu mewakili hampir 40 peratus premium harga dagangan ditutup, iaitu sehari selepas Musk mendedahkan butiran pembelian sembilan peratus pegangan Twitter.

Perjanjian itu dibuat selepas Musk mengesahkan minggu lalu bahawa dia telah memperoleh $46.5 bilion pembiayaan untuk membiayai pengambilalihan itu. Ini termasuk $25.5 bilion dalam pembiayaan hutang melalui Morgan Stanley dan firma kewangan lain.

Musk merancang untuk mengambil syarikat itu secara peribadi apabila transaksi selesai. Perjanjian itu dijangka akan dimuktamadkan tahun ini. Goldman Sachs, J.P. Morgan, dan Allen & Co. bekerja sebagai penasihat kewangan untuk Twitter, manakala Morgan Stanley berkhidmat sebagai penasihat kewangan utama kepada Musk.

Perubahan yang bakal dilakukan Elon Musk

Objektif utama di sebalik pengambilalihan ini adalah untuk meningkatkan kebebasan bersuara di media sosial.

“Saya berharap walaupun pengkritik saya yang paling teruk kekal di Twitter, kerana itulah maksud kebebasan bersuara,” tulis Musk di Twitter sejurus sebelum perjanjian itu diumumkan.

“Saya melabur dalam Twitter kerana saya percaya potensinya untuk menjadi platform untuk kebebasan bersuara di seluruh dunia, dan saya percaya kebebasan bersuara adalah keperluan masyarakat untuk demokrasi yang berfungsi,” katanya, menurut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

“Bagaimanapun, sejak membuat pelaburan saya kini menyedari syarikat itu tidak akan berkembang maju mahupun melaksanakan keperluan masyarakat ini dalam bentuk semasa. Twitter perlu diubah sebagai sebuah syarikat swasta.”

Pada bulan Mac, beliau mencadangkan bahawa algoritma Twitter harus menjadi sumber terbuka.

Musk sebelum ini yang menyifatkan dirinya sebagai pendukung kebebasan bersuara, mengkritik pendekatan Twitter dan berkata bahawa algoritma yang mengutamakan ciapan tertentu harus berupaya diakses oleh orang ramai, selain menyelar peruntukan kuasa berlebihan terhadap syarikat yang melanggan perkhidmatan pengiklanan.

Selama bertahun-tahun, pengguna Twitter telah menuntut butang sunting atau ‘edit’ untuk disediakan pada platform digital tersebut. Hal tersebut telah mendapat perhatian Musk sehingga beliau membuat tinjauan sendiri di Twitter.

Pada 4 April lalu, beliau telah bertanya kepada penggunanya, “Adakah anda mahukan butang edit?” Lebih daripada 4 juta orang mengundi, dengan majoriti menyokong konsep itu.

Cadangan lain ialah baik pulih Twitter Blue, perkhidmatan langganan pertama syarikat dengan akses kepada ciri khas eksklusif. Beberapa pilihan ini termasuk memotong harga langganan, mengalih keluar iklan dan membayar dalam Dogecoin.

“Setiap orang yang mendaftar untuk Twitter Blue (dengan bayaran $3/bulan) harus mendapat tanda semak pengesahan,” tulisnya di Twitter.

“Dan tiada iklan. Kuasa syarikat untuk menentukan dasar sangat dipertingkatkan jika Twitter bergantung pada wang pengiklanan untuk terus hidup.”

Selain itu, Musk menganggap harga Twitter Blue adalah “sesuai dengan kemampuan & mata wang tempatan.”

Bolehkah Musk menyelamatkan syarikat?

Jumlah pengguna Twitter telah kurang mengikut anggaran Wall Street, dan syarikat itu juga telah mencatatkan kerugian sebanyak $221 juta pada 2021.

Pada suku keempat, Twitter mengesahkan bahawa pengguna aktif harian boleh meningkat sebanyak 6 juta kepada 217 juta iaitu di bawah ramalan pasaran sebanyak 218.5 juta. Hasil yang diperolehi daripada iklan dalam tempoh Oktober hingga Disember pula berjumlah $1.41 bilion, kurang daripada sasaran Wall Street iaitu $1.43 bilion.

Pada tahun 2013, platform itu mempunyai lebih daripada 200 juta pengguna aktif. Hari ini, ia hanya mempunyai kira-kira 113 juta manakala Facebook dengan 200 juta, Instagram sebanyak 164 juta pengguna manakala TikTok memiliki seramai 114.5 juta pengguna.

Aron Solomon, ketua penganalisis undang-undang untuk Esquire Digital, memberitahu The Epoch Times bahawa: “Apa yang pasti Musk atau sesiapa sahaja yang membantunnya membuat bidaan bergantung kepada fakta bahawa Twitter yang diterajui oleh Musk akan menyebabkan bukan sahaja kenaikan harga saham, tetapi membenarkan Twitter untuk berkembang.”

Jika Musk ‘mengubah’ Twitter, adakah pengguna akan kembali?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak alternatif Twitter telah muncul, termasuk Truth Social, Parler dan Gettr. Sukar untuk menentukan sama ada pengguna yang ada di platform media sosial ini akan kembali ke Twitter selepas ia “melarang dan menyekat” ramai pengguna, menurut Terry Sawchuk, Ketua Pegawai Eksekutif Sawchuk Wealth.

Sudah tentu, seorang yang ditunggu oleh ramai pengguna ialah bekas Presiden Donald Trump. Adakah dia akan dikembalikan semula pada platform ini?

“Saya tidak fikir sama sekali untuk Trump kembali,” kata Sawchuk. “Dia jelas tidak gembira dengan cara dia diperlakukan.

Isu lain ialah Trump mempunyai terlalu banyak wang yang dilaburkan dalam Truth Social, aplikasi media sosial baharunya.

“Saya tidak nampak Donald Trump akan kembali ke Twitter,” katanya.

Menurut Fox News, Trump secara rasmi akan menyertai Truth Social dalam tujuh hari akan datang, seperti yang dijadualkan.

“Saya tidak akan menggunakan Twitter, saya akan kekal di TRUTH,” kata Trump kepada Fox News pada 25 April. “Saya harap Elon membeli Twitter kerana dia akan membuat penambahbaikan padanya dan dia seorang lelaki yang baik, tetapi saya akan terus menggunakan TRUTH.”

Pemerhati industri mengatakan sebarang kemas kini yang mungkin digubal oleh Twitter akan mencukupi untuk menarik pengguna baharu atau mengembalikan mereka yang meninggalkan platform itu beberapa tahun lalu.

Berikutan pengumuman perjanjian itu, Twitter dijangka membuat perubahan segera, bermula dengan penggantian CEO Agrawal.

Musk telah menyatakan bahawa platform itu menyekat kebebasan bersuara, terutamanya sejak Agrawal mengambil alih pengurusan daripada Jack Dorsey. Musk telah pun menyatakan penentangannya terhadap pelantikan Agrawal.

Selain itu, menurut beberapa penganalisis, kisah pengambilalihan ini akan terus menarik perhatian, dan mungkin mengembangkan, pengguna platform dan penglibatan mereka, menjana pendapatan melalui iklan tambahan.

Pelabur sudah pasti akan melihat laporan pendapatan suku pertama pada 28 April ini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI