32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 17, 2025
Utama Blog Laman 178

5 tanda rupa-rupanya anak anda telah didera oleh pengasuh

0

Kes penderaan yang melibatkan pengasuh secara tidak langsung memberi kesan trauma kepada ibu bapa dan menimbulkan perspektif negatif terhadap kerjaya pengasuh. 

Justeru, untuk mengesan sama ada anak anda menjadi mangsa penderaan atau tidak, ikuti perkongsian oleh Doktor Redza Zainol.

5 tanda rupa-rupanya anak anda telah didera oleh pengasuh.

Facebook

Tergamam saya bila kawan saya kongsikan cerita ini.

Dia ceritakan yang dia dapat tahu anaknya didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Sebab anaknya terlalu aktif, dia dicubit di badan sampai kulitnya merah dan lebam-lebam.

Awalnya, dia fikir mungkin si kecil tu cuma terjatuh. Langsung tak terdetik dalam fikiran yang bukan-bukan. Tapi lepas disiasat, salah seorang pengasuh tu akhirnya mengaku dia yang dera. Kawan saya ni terus jadi trauma.

Sebenarnya dia paling kecewa sebab dia lambat nak kesan tanda-tanda yang anak dia ni dah didera. Sepanjang minggu, anaknya banyak termenung dan jadi sangat pendiam. Bila berborak, nampak dia tak fokus dan matanya cuma pandang tembus muka mak ayah tanpa perasaan.

Bila dia bersemuka dengan pengasuh, barulah tahu perkara sebenar. Kawan saya ni orangnya berpelajaran dan memang jaga anak sebaik-baiknya. Yang buat saya sebak bila dia cakap apa guna belajar tinggi-tinggi tapi tak perasan pun anak sendiri kena dera. Terdiam saya.

Tanda-tanda kemungkinan anak didera:

Hendak kongsikan 5 tanda anak kita mungkin didera:

1. Mimpi buruk yang berulang-ulang

Gambar Hiasan / Pixabay
  • Selalunya anak tidak dapat tidur malam yang nyenyak.
  • Perkara yang menakutkan anak itu sentiasa menghantui anak sampai masuk ke dalam mimpi.

2. ‘Regress’ atau perkembangan merosot

Gambar Hiasan / Pixabay
  • Maksudnya perkembangan anak tiba-tiba merosot.
  • Anak umur 5 tahun, tiba-tiba berperangai macam umur 2-3 tahun.
  • Contohnya: terkencing waktu malam, takut pada gelap dan menghisap ibu jari.

3. Pampers anak sentiasa penuh

Gambar Hiasan / Pixabay
  • Pampers anak sentiasa penuh bila kita ambil anak dari tempat asuhan.
  • Boleh jadi pengasuh kita jenis tak prihatin dan jarang tukarkan lampin anak.
  • Satu lagi tandanya ialah ruam lampin yang berpanjangan.

4. Anak suka memberontak dan jadi impulsif

Gambar Hiasan / Unsplash
  • Anak tiba-tiba jadi memberontak dan impulsif (sangat kurang sabar).
  • Ini cara anak melindungi diri sendiri setelah didera berkali-kali.

5. Anak jadi penakut

Gambar Hiasan / Unsplash
  • Menjadi sangat takut bila hendak dihantar ke pusat asuhan atau sangat takut bila ditinggalkan seorang diri.
  • Mak ayah akan perasan anak jadi lebih “clingy” berbanding biasa. Dia akan ikut mak ayahnya ke mana-mana.

Semoga perkongsian Doktor Redza Zainol ini bermanfaat dan boleh membantu ibu bapa di luar sana untuk sentiasa dapat mengesan awal dan mencegah anak-anak daripada didera. Selain itu, bertindaklah dengan segera sekiranya anak anda menjadi mangsa penderaan. 

Sentiasa lindungi anak kesayangan anda.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tuntut ePemula RM150 anda dengan ShopeePay serta dapatkan baucar RM500 dan manfaat lain!

0

Kerajaan memperkenalkan program ePemula iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Shopee, Grab, TNG dan BigPay.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, inisiatif di bawah Bajet 2022, program ePemula bernilai RM300 juta diunjurkan memberi manfaat kepada lebih dua juta belia di negara ini.

Rakyat Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun, serta pelajar sepenuh masa yang mendaftar dalam kursus setaraf diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi, layak menerima kredit ePemula RM150 melalui program tersebut.

Bantuan kerajaan secara ‘one-off’ ini boleh dituntut melalui penyedia perkhidmatan dompet digital yang mengambil bahagian dari 8 pagi pada 11 April hingga 11.59 malam pada 1 Jun. Ia sah untuk digunakan sehingga 11.59 malam pada 10 Jun.

Buat mereka yang memilih ShopeePay, anda akan dapat membelanjakan kredit ePemula anda di mana-mana tempat yang menerima pembayaran tanpa tunai, selain menerima baucar bernilai RM500 yang dijamin.

Tahun ini, ShopeePay kembali sebagai rakan kongsi dompet digital rasmi dengan Kementerian Kewangan untuk program ePemula. Para penerima akan dapat membelanjakan kredit ePemula RM150 bersama dengan faedah tambahan di luar talian.

Jika anda memilih untuk membelanjakannya di kedai, hanya imbas dan bayar dengan ShopeePay di mana-mana kedai runcit yang memaparkan kod QR DuitNow (sama ada ShopeePay atau e-dompet dan bank lain).


Berikut adalah senarai beberapa tempat di mana anda boleh menggunakan wang ePemula anda:

1. Baucar ShopeePay (bernilai RM90)

  • Tealive
  • A&W
  • MR.DIY
  • Kenny Rogers Roasters
  • MYNEWS
  • Baskin-Robbins
  • OldTown White Coffee
  • Kopi ZUS

2. Baucar Shopee Mall (bernilai RM50)

Gajet

  • Sony
  • JBL
  • Edifier
  • Oppo

Kesihatan dan kecantikan

  • Clinelle
  • Rorec
  • Mandom
  • Watsons

Peralatan rumah

  • RussellTaylors
  • Tefal Home

Fesyen

  • Skechers
  • Oxywhite

3. Baucar ShopeeFood (bernilai RM310)

  • Penghantaran percuma
  • Diskaun makanan

ShopeePay juga menawarkan pulangan tunai harian dan syiling (coin) pabila anda membelanjakan kredit ePemula anda di kedai terpilih.

Anda akan menikmati pulangan tunai 3% syiling setiap hari dengan mengimbas mana-mana kod QR DuitNow untuk pembayaran yang dibuat dengan ShopeePay, tiada perbelanjaan minimum diperlukan (terhad pada 300 syiling setiap transaksi, sehingga 10 transaksi setiap hari).

Ingin memperoleh pulangan tunai dan syiling setiap hari? Semak kedai popular ini:

Jenama Fesyen

  • Sukan JD
  • Focus Point
  • Giordano
  • Elle
  • Common Sense

F&B

  • Taco Bell
  • KFC
  • KyoChon
  • myBurgerLab
  • CU Malaysia

Teknologi

  • Samsung
  • HUAWEI
  • Switch
  • Xiaomi

Kecantikan

  • Innisfree
  • Guardian
  • Sasa

Hiburan

  • TGV Cinemas
  • Red Box
  • Flyproject
  • BookXcess
  • Gamers Hideout

Petrol

  • Petron
  • Shell
  • Caltex
  • BHP Petrol

Ada lagi — anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM25,000 melalui peraduan media sosial ePemula ShopeePay!

Berikut adalah cara untuk menyertai Cabaran #ShopeeEPEMULAsquad:

Langkah 1: Ikuti @ShopeePay_MY di Instagram dan @ShopeeMY di TikTok.
Langkah 2: Ambil foto kumpulan atau rakam video anda bersama dengan empat ahli skuad anda (termasuk anda), yang juga penerima ePemula.
Langkah 3: Siarkan foto atau video anda di Instagram atau TikTok!

Itu sahaja yang anda perlu lakukan untuk berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM25,000. Perlu diingatkan bahawa keempat-empat ahli skuad mesti menebus ePemula RM150 dengan Shopee, jadi pastikan anda berkongsi berita baik ini dengan rakan anda!

Jika anda berminat untuk meraih lebih banyak ganjaran dengan kredit ePemula anda, ShopeePay sememangnya pilihan dompet digital yang terbaik.

Lawati Shopee untuk menuntut kredit ePemula RM150 anda, baucar bernilai RM500, dan banyak lagi manfaat!

ShopeePay akan mengkreditkan ePemula anda dalam masa tiga hari selepas permohonan anda. Setelah dituntut, anda mempunyai masa sehingga 10 Jun untuk membelanjakan semua wang anda. Jadi, apa tunggu lagi? Selamat berbelanja!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Guna 3 bahan ini sahaja sudah boleh bersihkan bantal kotor dan berbau, memang berkesan!

0

Bantal adalah antara barang yang kita gunakan setiap hari. jangan kata hendak tidur, ketika bersantai atau berbaring di ruang tamu pun kadang-kadang kita akan mencari bantai untuk ‘melepak’ dalam keadaan yang lebih selesa. Rasanya tidak sah kalau tiada bantal kecil untuk diletakkan di bawah kepala dan kalau sudah terlebih selesa silap-silap kita boleh terlena terus di hadapan TV.

Masalahnya bantal memang kelihatan sentiasa bersih jika hanya dilihat pada sarungnya. Namun, jika dibuka sarung bantal barulah kita boleh dapat melihat sendiri semua kekotoran dan warna sebenar yang ada pada bantal. Mana tidaknya, kita menggunakan bantal setiap hari, dan bermacam kotoran boleh terkena pada bantal.

Antara punca kotoran pada bantal ialah air pada rambut basah yang terlekat, air liur yang keluar ketika tidur, produk kecantikan dan sebagainya. Bantal bukan sahaja kotor malah boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Tidak hanya itu, apa yang lebih merisaukan kesemua kotoran dan bau pada bantal itu pastinya mengandungi kuman dan bakteria yang tidak baik.

Namun, jangan pula anda buang bantal yang kotor kerana bantal yang kotor dan berbau bloleh dibersihkan. Selain itu, bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak, hanya tiga tetapi sudah cukup untuk membersihkan bantal dengan berkesan.

Berikut adalah bahan yang diperlukan dan cara untuk membersihkan bantal yang kotor, kuning & berbau:

  • Sediakan baking soda, borax, sabun pencuci dan air.
  • Masukkan bantal dalam bekas/ besen yang besar dan muat untuk merendamkan bantal.
  • Isi air dan masukkan baking soda, borax serta sabun pencuci.
  • Kacau bahan campuran supaya bahan pencuci rata.
  • Biarkan dalam bekas dan balik- balikkan bantal tersebut. Hasilnya boleh dilihat dalam beberapa minit saja. Kotoran akan tanggal dan air pun akan bertukar warna.
  • Apabila bantal sudah kelihatan sudah bersih, anda boleh buang air kotor tadi dan bilas bantal.
  • Kemudian bantal sudah boleh dijemur hingga kering.

Mungkin ramai tertanya-tanya apa fungsi sebenar bahan-bahan tersebut. Buat yang tidak tahu kesemua bahan itu memiliki fungsi tersendiri. Baking soda berfungsi untuk mengembalikan semula warna putih, manakala fungsi borax pula untuk menghilangkan bau busuk yang ada pada bantal. Selain itu, bahan pencuci pula berfungsi untuk membersihkan kotoran yang ada.

Sekarang masalah bantal kotor dan berbau sudah hampir selesai. Selamat mencuba semua!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tarik anjing dengan tali ‘leash’ ikut Myvi bergerak, pemilik dakwa haiwan peliharaan mereka yang baru dijumpai kotor berkutu

0

Polis telah mengambil keterangan seorang ibu dan anak lelaki selepas video tular merakam mereka sedang menarik seekor anjing dengan tali ‘leash’ di sebelah Perodua Myvi yang sedang bergerak.

Dalam video berdurasi sembilan saat itu, anjing bersaiz sederhana dilihat terkejar-kejar ketika cuba menyaingi Myvi itu yang dipandu perlahan.

Anjing itu nampaknya tidak berjalan normal dalam rakaman, dan ia menunjukkan tangan seseorang sedang memegang tali ‘leash’ dari tingkap penumpang.

Twitter

New Straits Times melaporkan insiden berlaku di Taman Sri Skudai di Johor Bahru, Johor kira-kira jam 2 petang pada 8 April.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata polis telah mengesan penumpang dan pemandu Myvi itu dan merakam percakapan mereka untuk membantu siasatan.

“Lelaki berusia 34 tahun dan ibunya berusia 61 tahun mendakwa anjing itu adalah haiwan peliharaan milik mereka yang hilang dan baru ditemui di kawasan berdekatan rumah mereka,” jelas ACP Rupiah.

Twitter

“Mereka mendapati anjing itu dalam keadaan kotor dan dijangkiti kutu. Mereka berpendapat ia tidak sesuai untuk menempatkan anjing itu di dalam kenderaan.”

“Wanita itu menggunakan tali ‘leash’ dan menarik anjing itu dari tingkap penumpang hadapan ketika kereta itu dipandu perlahan.”

Difahamkan, Myvi itu adalah milik abang ipar lelaki suspek, menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas percakapan mereka dirakam dan direkodkan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan atau Seksyen 44(1)(a) Akta Haiwan 1953.

ACP Rupiah berkata polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat timbalan pendakwa raya Johor untuk tindakan lanjut.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Jemput abang Grabfood berbuka dan bagi duit raya, tindakan netizen ini buat ramai tersentuh

0

Bukan Ramadan pastinya antara masa-masa yang sangat mencabar buat ramai orang terutama buat mereka yang harus bekerja di bawah terik panas matahari. Mereka perlu kuat bukan sahaja untuk meredah segala perubahan cuaca, malah dalam masa yang sama mereka perlu kuat untuk terus berpuasa sepanjang hari sehingga waktu berbuka.

Buat mereka seperti ini, pujian dan doa sememangnya layak untuk usaha keras mereka. Antara mereka yang perlu bekerja di luar adalah golongan penghantar barangan dan makanan. Terutama di bulan ini, mereka perlu mengejar masa untuk menghantar makanan berbuka puasa dan dalam masa yang sama mereka juga perlukan masa untuk berbuka puasa kerana sama seperti lain, mereka juga berpuasa.

Dalam kepayahan itu, alangkah baiknya jika ada yang meringankan sedikit ksusahan yang mereka tanggung. Seperti yang dilakukan oleh seorang netizen baru-baru ini terhadap seorang penghantar makanan Grabfood, dia telah melakukan sesuatu yang sangat menyentuh hati ramai.

Apa yang berlaku ialah pemuda tersebut telah mengajak abang Grabfood tersebut untuk berbuka di rumahnya. Menerusi video yang dimuat naik oleh @acak_east, kelihatan makanan berbukanya baru saja dihantar oleh seorang rider Grabfood dan memandangkan ketika makanan dihantar waktu Maghrib hampir masuk jadi pemuda tesebut turut menjemput abang Grabfood untuk berbuka bersama.

Menurut netizen ini dia memang sengaja memesan makanannya lambat kerana mahu buat kejutan buat penghantar makanan yang menghantar makanannya. Dia memang berniat untuk menjemput siapa sahaja yang menghantar makanannya untuk berbuka bersamanya dan rakan serumahnya di rumah.

Pada mulanya, abang Grabfood berkenaan menolak pelawaan tersebut mungkin kerana malu tetapi setelah dipujuk dia akhirnya bersetuju untuk berbuka puasa di rumah lelaki tersebut.

Semasa mereka berbuka bersama, mereka sempat berborak. Semua itu tidak terhenti di situ. Selepas itu, netizen tersebut memutuskan untuk memberikan duit raya kepada abang Grabfood tersebut. Momen ini adalah saat yang sangat sebak memandangkan lelaki itu memberikan sejumlah wang sebagai tanda terima kasih kepada abang Grabfood berkenaan kerana sanggup menghantar makanan sampai depan rumah.

Apa yang lebih membuatkan ramai turut sama terharu ialah apabila abang Grabfood kelihatan sangat berterima kasih dan terharu dengan pemberian yang diterimanya ketika itu. Dia bahkan sempat memeluk lelaki itu dan menitiskan air matanya.

Siapa sahaja pasti akan turut tersentuh hatinya melihat apa yang dilakukan oleh netizen tersebut. Sesungguhnya pada bulan mulia ini adalah sangat digalakkan untuk berbuat baik kepada sesiapa pun. Jadi, buatlah baik, berikan senyuman kepada orang-orang di sekeliling anda. Apa yang anda lakukan mungkin kecil bagi anda, tetapi bagi mereka ia adalah sesuatu yang sangat besar dan bermakna. Jom sebarkan senyuman dan kebahagiaan!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Lihat anak menangis beriya-iya, cara si bapa ini memujuk si anak buat ramai tergelak

0

Antara momen paling menyeronokkan bagi ibu bapa ialah apabila dapat melihat anak mereka membesar di depan mata. Pastinya banyak kerenah dan gelagat mereka yang sangat melucukan dapat dilihat sepanjang masa.

Walaupun adakalanya permintaan mereka memang tidak masuk akal atau kerenah mereka yang sentiasa mencabar kesabaran tidak termasuk dengan ‘tantrum’ mereka lagi, tetapi itulah momen yang paling berharga buat seisi keluarga. Kelak apabila mereka sudah besar dewasa, saat-saat seperti itulah yang akan dirindukan dan akan menjadi kenangan paling manis buat semua.

Antara perangai anak kecil yang paling selalu dihadapai ialah apabila mereka menangis. Tangisan itu biasa, tetapi apa yang pelik tangisan mereka kadangkala terjadi tanpa sebab dan alasan kukuh. Namun, sebagai ibu bapa mereka biasanya hanya melayan, paling tidak pun hanya membiarkan sahaja.

Seperti video yang tular baru-baru ini yang menunjukkan seorang budak lelaki menangis kemudian tergelak selepas dipujuk ayahnya. Boleh anda bayangkan? Sekejap menangis, dan tiba-tiba boleh pula dia ketawa? Kanak-kanak memang tidak boleh dijangka!

Menerusi video berdurasi 36 saat yang dimuat naik oleh @betty_jogja di laman sosial TikTok kelihatan anak kecil itu sedang menangis sambil diperhatikan oleh ibu dan ayahnya.

Apa yang melucukan adalah apabila ayahnya berkata jika sudah berhenti menangis terus bagitahu kepada ibu. Si kecil itu malah sempat menjawab “belum” apabila si ayah bertanya “belum selesai?”.

Lebih menghiburkan lagi, si kecil itu kemudian terus menyambung tangisannya selepas ayahnya menyuruh berbuat demikian. Namun, dia kemudian terus tergelak sebaik sahaja melihat ibu bapanya ketawa kecil melihat kerenahnya. Dia kemudian berkata “sudah” menunjukkan dia sudah selesai dengan ‘drama air matanya’. Ibu bapanya terus tergelak dan memintanya untuk menghapus air matanya.

Melihat telatah lucu si kecil ini buatkan ramai yang terhibur. Ramai juga yang turut memuji ibu bapa si kecil itu kerana sabar melayan anaknya di samping turut memberikan kasih sayang dan perhatian kepada si kecil itu.

Ini menunjukkan bahawa mereka yang bergelar ibu bapa tidak seharusnya sentiasa serius 24 jam atau berkasar dengan anak mereka. Ya, anak kecil memang banyak ragamnya tetapi sebagai ibu bapa kita perlu kreatif dalam melayan mereka.

Misalnya seperti yang dilakukan oleh lelaki ini kepada anak-anaknya. Apa yang dilakukan oleh lelaki ini adalah sesuatu tidak dijangka. Hal ini kerana video yang dimuat naik itu dimulakan dengan detik-detik mencemaskan sebelum bertukar menjadi momen lucu.

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang kanak-kanak sedang dimarahi oleh bapa mereka di ruang tamu rumah. Si ayah dengan wajah yang serius dilihat memegang tali pinggang seolah-olah ingin melibas anak-anaknya tetapi sebenarnya itu hanya menakutkan mereka saja.

Untuk menjadikan ‘drama’ tersebut lebih dramatik di bapa menarik tangan si anak dan menyuruhnya untuk duduk di atas sofa. Si kecil itu terus menangis tambah-tambah lagi apabila melihat tali pinggang yang ada pada tangan bapanya.

Namun, sesuatu yang disangka-sangka berlaku apabila ayahnya dilihat membuat persembahan dengan menggunakan tali pinggang yang dipegang. Si ayah berlakon seperti ular untuk memujuk anaknya yang sedang menangis itu.

Video lucu tersebut kini telah ditontin lebih daripada 6.1 juta kali di laman sosial TikTok. Rata-rata netizen turut sama terhibur dengan drama yang dilakonkan oleh lelaki itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Bertuah kerusi plastik tu,” Ramai nampak kelibat Sir Lewis Hamilton di stesen minyak Ampang, kecoh apa jaguh F1 buat dekat KL

0

Kelibat jaguh Formula 1 (F1) Sir Lewis Hamilton yang dirakam di sebuah stesen minyak Petronas di Kuala Lumpur tiba-tiba telah membuatkan para peminatnya dan warganet di Malaysia berasa teruja dan menjadi kecoh.

Kelmarin, tular beberapa gambar di media sosial yang memaparkan kelibat pelumba F1 itu dikatakan sedang menjalani rakaman iklan Petronas di stesen minyak Petronas di Ampang dan Kuala Lumpur.

Twitter

Satu gambar yang dimuat naik pengguna Twitter @aimanhxzm pada petang Isnin telah dipersoalkan ketulenannya oleh segelintir warganet dengan berkata ia adalah suntingan semata-mata.

Twitter

Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu beberapa pengguna Twitter telah memuat naik beberapa gambar yang lebih terang lagi bersuluh untuk berkongsi bahawa sememangnya Lewis Hamilton sedang berada di Malaysia.

Twitter

Seorang warganet dalam ciapannya menulis, kunjungan Lewis Hamilton ke Malaysia tidak berseorangan kerana beliau turut disertai dengan rakan sepasukan Mercedes, George Russell.

Lewis Hamilton dan George Russell berada di Kuala Lumpur selepas GP Australia.

“George Russell bersama Lewis Hamilton untuk satu acara tertutup di KLCC berdasarkan gambar dan video yang telah tersebar di Twitter,” antara ciapan warganet.

Jaguh F1 dengan kejuaraan 7 kali berusia 37 tahun itu kemudian mengesahkan kunjungannya ke Malaysia menerusi satu muat naik video pendek di Instagram Story yang memaparkan mercu ikonik Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Lewis Hamilton turut membuat pautan akaun Instagram @Petronas dan perkongsian pautan lokasi ‘Kuala Lumpur’. Lewis Hamilton dan George Russell sedang menjalani penggambaran bagi salah satu kandungan istimewa untuk Petronas.

Sementara itu, kelmarin kata kunci ‘Lewis Hamilton’ menjadi trend empat carian teratas di Twitter.

Malah, kata kunci ‘Hamilton Malaysia’ dan ‘Ampang’ di carian teratas terkini di Twitter juga turut dimeriahkan dengan komen netizen yang teruja dan bagai tidak percaya dengan kunjungan jaguh F1 tersebut.

Sambil ramai yang berharap mereka bernasib baik apabila tiba-tiba terserempak dengan Sir Lewis Hamilton yang berada di Ampang dan Kuala Lumpur lalu terpegun melihat jaguh F1 itu dengan mata kepala sendiri.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Wanita hancur rahang selepas kemalangan ketika bermain E-Skuter, nasihat orang ramai pakai alat pelindung keselamatan

0

Seorang wanita hanya menyedari dirinya menghadapi masalah serius apabila melihat darah menitis daripada dagunya selepas dia terjatuh ketika bermain e-skuter.

Agak mudah mencari e-skuter di bandar sekarang untuk mod pengangkutan pantas atau hanya sebagai rekreasi.

Walau bagaimanapun, orang ramai harus mengambil langkah berhati-hati dengan memakai alat pelindung keselamatan semasa menunggang e-skuter, seperti mana mereka lakukan semasa menunggang basikal atau papan selaju di jalan raya.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

Seorang wanita dikenali dengan panggilan Kiwi berkongsi di media sosial menceritakan kemalangan yang agak serius dialaminya ketika dia menunggang e-skuter di Cyberjaya pada 20 Mac bersama keluarga dan rakan-rakan.

Menurutnya, ini bukan kali pertama dia menaiki e-skuter. Bagaimanapun, pada hari itu, dia ditakdirkan hilang kawalan mengendalikan e-skuter itu dan tercampak ketika sedang berpusing di selekoh.

Pada mulanya, Kiwi tidak merasakan apa-apa tetapi menyedari terdapat titisan darah mengalir di dagunya. Ketika itulah Kiwi mula tahu dia sedang menghadapi masalah yang serius, menceritakan detik itu kepada WOB dan 88razzi.

Facebook

Keluarga dan rakannya bergegas mendapatkannya dan cuba menahan pendarahan itu dengan tisu dan plaster. Kiwi segera dibawa ke Hospital Putrajaya pada malam yang sama.

Di hospital, dalam keadaan dagu dan kepalanya yang berbalut, Kiwi terpaksa menunggu kira-kira 7 jam sebelum doktor merawatnya. Mereka mengesyorkannya supaya menjalani pembedahan kerana imbasan menunjukkan rahangnya telah patah.

Malangnya, tarikh yang tersedia hanya pada 29 Mac. Jadi pada sepanjang malam itu, Kiwi tidak boleh makan, minum atau bercakap.

Selepas kembali ke Hospital Putrajaya pada keesokan harinya pada 22 Mac, ibunya memutuskan pembedahan di hospital swasta akan menjadi lebih cepat.

Facebook

Doktor di hospital swasta bertanya mengapa Kiwi datang lambat mendapatkan rawatan kerana kecederaan rahang itu adalah teruk. Mereka segera menjadualkan pembedahan pada petang itu juga.

Pembedahan itu rupa-rupanya agak rumit kerana dalam jadual yang berlangsung selama 3 jam tetapi kemudian berlarutan selama 5 jam memandangkan kecederaan Kiwi lebih teruk daripada yang disangkakan pada mulanya.

Rahangnya hancur, dan mereka terpaksa memasang plat logam sementara menunggu tulang rahang tumbuh semula. Doktor juga memasukkan apa yang kelihatan seperti ‘belat gigi’ ke dalam mulutnya.

Facebook

Kiwi masih dalam tempoh pemulihan selepas pembedahan itu dua minggu kemudian. Dalam satu video di Instagram, Kiwi berkongsi rahangnya masih bengkak dan dagunya terasa kebas.

Selepas insiden ini, Kiwi menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menunggang e-skuter dan sila pakai peralatan pelindungan dan keselamatan badan seperti topi keledar bersama pad pelindung siku tangan dan lutut kaki.

Semoga Kiwi cepat sembuh dan akan pulih seperti sedia kala tanpa mengalami sebarang komplikasi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Ramai belum cakna, perlu kopek dan basuh kurma sebelum makan agar tidak termakan bendasing

0

Kurma adalah antara makanan yang cukup sinonim dengan bulan puasa umat Islam, bulan Ramadan. Terdapat pelbagai jenis kurma yang dijual di pasaran baik dalam negeri mahupun luar negara. Ada orang yang suka kurma bertekstur keras, ada orang yang suka kurma bertekstur lembut. Jadi, mereka sudah mengenal pasti siapakah pembekal yang membekalkan kurma kegemaran mereka. Namun begitu, masih ramai sebenarnya yang belum cakna bahawa pentingnya mengopek dan membasuh kurma sebelum makan. Mereka tidak tahu bahawa dengan mengopek dan membasuh kurma sebelum makan dapat mengelakkan daripada termakan bendasing yang terdapat pada kurma. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

PEXELS

Public Health Malaysia, menerusi akaun media sosial Twitter menulis twit tentang pentingnya mengopek dan membasuh kurma sebelum dimakan. Katanya, kita tidak tahu tahap kebersihan pengendalian kurma semasa ia dipetik dan dibungkus. Dalam buah kurma juga mungkin ada serangga kecil tersembunyi seperti lipas, bubuk dan ulat. Membayangkan tergigit lipas sahaja sudah cukup menggelikan bukan? Oleh itu, kopek dan basuhlah kurma sebelum anda memakannya.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah khasiat dan rasa buah kurma ini hilang jika dibasuh? Jawapannya ialah, tidak. Oleh itu, jangan bimbang untuk membasuh kurma.

Bagaimana cara yang betul untuk membasuh kurma? Adakah dengan cara mengelap kurma-kurma itu dengan kain bersih yang dibasahkan atau dilembapkan? Atau cukup sekadar membasuhnya di bawah paip yang mengalir airnya?

PEXELS

Niena Samsir, menerusi catatannya di Facebook, berkongsi kaedah membasuh kurma yang betul. Katanya, ramai yang mengadu mengalami sakit perut, batuk dan pelbagai penyakit lain yang datang selepas makan kurma sehinggakan ada yang serik untuk makan kurma. Menurut Niena Samsir lagi, pembekal kurma turut mengingatkannya agar membasuh kurma sebelum memakan buah yang berkhasiat itu. Pembekal atau penjual tidak boleh membasuh kurma sebelum menjualnya kerana bimbang kurma akan rosak dan tidak tahan lama. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membasuh kurma sebelum memakannya.

Cara untuk membasuh kurma cukup mudah. Mula-mula bersihkan kurma daripada habuk. Kemudian rendam kurma dalam air garam selama 5-10 minit. Selepas itu, bilaslah kurma tersebut dengan air bersih. Seterusnya, tapislah kurma itu. Untuk mendapatkan tekstur kurma yang lebih ‘juicy’, anda disarankan untuk menjemur kurma tersebut di bawah matahari yang panas terik. Namun jika anda hendak cepat, tidak perlulah menjemur kurma itu. Cukup hanya anda menapis kurma itu dan simpan di dalam peti sejuk. Dengan cara ini, kurma akan bertahan lebih lama.

PEXELS

Jika anda trauma kerana pernah mengalami pengalaman buruk makan kurma seperti tergigit serangga di dalam kurma atau termakan ulat, mungkin selepas mengetahui kepentingan membasuh kurma ini dapat mengurangkan trauma anda itu.

Cukup merugikan jika anda tidak makan kurma kerana kurma mengandungi banyak manfaat. Antara manfaat yang dikongsikan oleh mStar ialah:

1. Mengawal gula dalam darah – Kandungan fruktosa (gula semula jadi pada buah) yang terdapat dalam kurma dapat mengawal gula dalam darah.
2. Kaya antioksidan – melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas serta mencegah pelbagai penyakit kronik.
3. Meningkatkan kesihatan otak – meningkatkan daya ingatan serta mengurangkan risiko penyakit seperti Alzheimer.
4. Menjaga kesihatan tulang – kurma dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.
5. Mengatasi masalah seksual – meningkatkan jumlah dan kualiti sperma kaum lelaki.

Apabila sudah tahu kepentingan untuk membasuh kurma ini, jangan disimpan sahaja ilmunya. Amalkan dan sebarkan kepada orang lain biar lebih ramai tahu mengenainya. Salam Ramadan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Hidu bau roti tak batal tau,” Kru lapangan terbang usap perut masa puasa dengan aksi tahan laparnya agak melucukan

0

Di bulan Ramadan ketika umat Islam menunaikan ibadah puasa memang akan terdapat pelbagai dugaan. Terutama pada ketika menahan rasa lapar dan dahaga.

Namun, umat Islam perlu bersabar menempuh ujian dan kewajipan ini, walaupun pada ketika itu perut terasa lapar yang amat sangat, tambah lagi pada masa mereka sedang bekerja.

Tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan beberapa kru di lapangan terbang sedang mengendalikan muatan berisi kotak-kotak roti yang dialihkan ke dalam kapal terbang.

Facebook

Sambil mereka sedang seronok bekerja mengalihkan kotak-kotak roti yang tertulis Gardenia, roti popular itu, salah seorangnya telah dilihat menghidu dengan penuh perasaan satu kotak berisi roti.

Facebook

Apa yang lebih melucukan, selepas abang kru ini menghidu kotak berisi roti, dia spontan mengusap perutnya pula.

Facebook

Ketika rakaman video ini dimuat naik, dipercayai telah memasuki bulan Ramadan, yang mana abang kru ini sedang berpuasa ketika itu.

Facebook

Mungkin abang kru sengaja berbuat aksi lucu sekadar untuk menghiburkan hatinya, tambah sedang lapar kena tahan, hendak buat macam mana tengah puasa. Lawak-lawak boleh hilang rasa lapar, letih dan dahaga tu sikit.

Facebook

Tetapi yang paling menarik perhatian untuk membuat rata-rata netizen terhibur ialah aksi lucunya yang mengurut perut selepas menghidu roti Gardenia.

Para netizen turut meninggalkan komen yang melucukan:

“Lawak betul abang tu usap perut.”

“Ibu mengandung memang kuat mengidam.”

“Lapar baby dalam perut tu bang ye..”

“Comel je abang team red tu, lapar ke bang.. Sabar tau puasa..”

“Intai apa tu bang?”

“Ni kira makruh la..”

“Penangan puasa..”

“Dugaan betul kan bang.. Silap-silap tengok kapal terbang pun nampak macam roti Gardenia.”

Facebook

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: