30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya Hidup5 tanda rupa-rupanya anak anda telah didera oleh pengasuh

5 tanda rupa-rupanya anak anda telah didera oleh pengasuh

Kes penderaan yang melibatkan pengasuh secara tidak langsung memberi kesan trauma kepada ibu bapa dan menimbulkan perspektif negatif terhadap kerjaya pengasuh. 

Justeru, untuk mengesan sama ada anak anda menjadi mangsa penderaan atau tidak, ikuti perkongsian oleh Doktor Redza Zainol.

5 tanda rupa-rupanya anak anda telah didera oleh pengasuh.

Facebook

Tergamam saya bila kawan saya kongsikan cerita ini.

Dia ceritakan yang dia dapat tahu anaknya didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Sebab anaknya terlalu aktif, dia dicubit di badan sampai kulitnya merah dan lebam-lebam.

Awalnya, dia fikir mungkin si kecil tu cuma terjatuh. Langsung tak terdetik dalam fikiran yang bukan-bukan. Tapi lepas disiasat, salah seorang pengasuh tu akhirnya mengaku dia yang dera. Kawan saya ni terus jadi trauma.

Sebenarnya dia paling kecewa sebab dia lambat nak kesan tanda-tanda yang anak dia ni dah didera. Sepanjang minggu, anaknya banyak termenung dan jadi sangat pendiam. Bila berborak, nampak dia tak fokus dan matanya cuma pandang tembus muka mak ayah tanpa perasaan.

Bila dia bersemuka dengan pengasuh, barulah tahu perkara sebenar. Kawan saya ni orangnya berpelajaran dan memang jaga anak sebaik-baiknya. Yang buat saya sebak bila dia cakap apa guna belajar tinggi-tinggi tapi tak perasan pun anak sendiri kena dera. Terdiam saya.

Tanda-tanda kemungkinan anak didera:

Hendak kongsikan 5 tanda anak kita mungkin didera:

1. Mimpi buruk yang berulang-ulang

Gambar Hiasan / Pixabay
  • Selalunya anak tidak dapat tidur malam yang nyenyak.
  • Perkara yang menakutkan anak itu sentiasa menghantui anak sampai masuk ke dalam mimpi.

2. ‘Regress’ atau perkembangan merosot

Gambar Hiasan / Pixabay
  • Maksudnya perkembangan anak tiba-tiba merosot.
  • Anak umur 5 tahun, tiba-tiba berperangai macam umur 2-3 tahun.
  • Contohnya: terkencing waktu malam, takut pada gelap dan menghisap ibu jari.

3. Pampers anak sentiasa penuh

Gambar Hiasan / Pixabay
  • Pampers anak sentiasa penuh bila kita ambil anak dari tempat asuhan.
  • Boleh jadi pengasuh kita jenis tak prihatin dan jarang tukarkan lampin anak.
  • Satu lagi tandanya ialah ruam lampin yang berpanjangan.

4. Anak suka memberontak dan jadi impulsif

Gambar Hiasan / Unsplash
  • Anak tiba-tiba jadi memberontak dan impulsif (sangat kurang sabar).
  • Ini cara anak melindungi diri sendiri setelah didera berkali-kali.

5. Anak jadi penakut

Gambar Hiasan / Unsplash
  • Menjadi sangat takut bila hendak dihantar ke pusat asuhan atau sangat takut bila ditinggalkan seorang diri.
  • Mak ayah akan perasan anak jadi lebih “clingy” berbanding biasa. Dia akan ikut mak ayahnya ke mana-mana.

Semoga perkongsian Doktor Redza Zainol ini bermanfaat dan boleh membantu ibu bapa di luar sana untuk sentiasa dapat mengesan awal dan mencegah anak-anak daripada didera. Selain itu, bertindaklah dengan segera sekiranya anak anda menjadi mangsa penderaan. 

Sentiasa lindungi anak kesayangan anda.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI