27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupWanita hancur rahang selepas kemalangan ketika bermain E-Skuter, nasihat orang ramai pakai...

Wanita hancur rahang selepas kemalangan ketika bermain E-Skuter, nasihat orang ramai pakai alat pelindung keselamatan

Seorang wanita hanya menyedari dirinya menghadapi masalah serius apabila melihat darah menitis daripada dagunya selepas dia terjatuh ketika bermain e-skuter.

Agak mudah mencari e-skuter di bandar sekarang untuk mod pengangkutan pantas atau hanya sebagai rekreasi.

Walau bagaimanapun, orang ramai harus mengambil langkah berhati-hati dengan memakai alat pelindung keselamatan semasa menunggang e-skuter, seperti mana mereka lakukan semasa menunggang basikal atau papan selaju di jalan raya.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

Seorang wanita dikenali dengan panggilan Kiwi berkongsi di media sosial menceritakan kemalangan yang agak serius dialaminya ketika dia menunggang e-skuter di Cyberjaya pada 20 Mac bersama keluarga dan rakan-rakan.

Menurutnya, ini bukan kali pertama dia menaiki e-skuter. Bagaimanapun, pada hari itu, dia ditakdirkan hilang kawalan mengendalikan e-skuter itu dan tercampak ketika sedang berpusing di selekoh.

Pada mulanya, Kiwi tidak merasakan apa-apa tetapi menyedari terdapat titisan darah mengalir di dagunya. Ketika itulah Kiwi mula tahu dia sedang menghadapi masalah yang serius, menceritakan detik itu kepada WOB dan 88razzi.

Facebook

Keluarga dan rakannya bergegas mendapatkannya dan cuba menahan pendarahan itu dengan tisu dan plaster. Kiwi segera dibawa ke Hospital Putrajaya pada malam yang sama.

Di hospital, dalam keadaan dagu dan kepalanya yang berbalut, Kiwi terpaksa menunggu kira-kira 7 jam sebelum doktor merawatnya. Mereka mengesyorkannya supaya menjalani pembedahan kerana imbasan menunjukkan rahangnya telah patah.

Malangnya, tarikh yang tersedia hanya pada 29 Mac. Jadi pada sepanjang malam itu, Kiwi tidak boleh makan, minum atau bercakap.

Selepas kembali ke Hospital Putrajaya pada keesokan harinya pada 22 Mac, ibunya memutuskan pembedahan di hospital swasta akan menjadi lebih cepat.

Facebook

Doktor di hospital swasta bertanya mengapa Kiwi datang lambat mendapatkan rawatan kerana kecederaan rahang itu adalah teruk. Mereka segera menjadualkan pembedahan pada petang itu juga.

Pembedahan itu rupa-rupanya agak rumit kerana dalam jadual yang berlangsung selama 3 jam tetapi kemudian berlarutan selama 5 jam memandangkan kecederaan Kiwi lebih teruk daripada yang disangkakan pada mulanya.

Rahangnya hancur, dan mereka terpaksa memasang plat logam sementara menunggu tulang rahang tumbuh semula. Doktor juga memasukkan apa yang kelihatan seperti ‘belat gigi’ ke dalam mulutnya.

Facebook

Kiwi masih dalam tempoh pemulihan selepas pembedahan itu dua minggu kemudian. Dalam satu video di Instagram, Kiwi berkongsi rahangnya masih bengkak dan dagunya terasa kebas.

Selepas insiden ini, Kiwi menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menunggang e-skuter dan sila pakai peralatan pelindungan dan keselamatan badan seperti topi keledar bersama pad pelindung siku tangan dan lutut kaki.

Semoga Kiwi cepat sembuh dan akan pulih seperti sedia kala tanpa mengalami sebarang komplikasi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI