28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 15, 2024
UtamaGaya HidupLihat anak menangis beriya-iya, cara si bapa ini memujuk si anak buat...

Lihat anak menangis beriya-iya, cara si bapa ini memujuk si anak buat ramai tergelak

Antara momen paling menyeronokkan bagi ibu bapa ialah apabila dapat melihat anak mereka membesar di depan mata. Pastinya banyak kerenah dan gelagat mereka yang sangat melucukan dapat dilihat sepanjang masa.

Walaupun adakalanya permintaan mereka memang tidak masuk akal atau kerenah mereka yang sentiasa mencabar kesabaran tidak termasuk dengan ‘tantrum’ mereka lagi, tetapi itulah momen yang paling berharga buat seisi keluarga. Kelak apabila mereka sudah besar dewasa, saat-saat seperti itulah yang akan dirindukan dan akan menjadi kenangan paling manis buat semua.

Antara perangai anak kecil yang paling selalu dihadapai ialah apabila mereka menangis. Tangisan itu biasa, tetapi apa yang pelik tangisan mereka kadangkala terjadi tanpa sebab dan alasan kukuh. Namun, sebagai ibu bapa mereka biasanya hanya melayan, paling tidak pun hanya membiarkan sahaja.

Seperti video yang tular baru-baru ini yang menunjukkan seorang budak lelaki menangis kemudian tergelak selepas dipujuk ayahnya. Boleh anda bayangkan? Sekejap menangis, dan tiba-tiba boleh pula dia ketawa? Kanak-kanak memang tidak boleh dijangka!

Menerusi video berdurasi 36 saat yang dimuat naik oleh @betty_jogja di laman sosial TikTok kelihatan anak kecil itu sedang menangis sambil diperhatikan oleh ibu dan ayahnya.

Apa yang melucukan adalah apabila ayahnya berkata jika sudah berhenti menangis terus bagitahu kepada ibu. Si kecil itu malah sempat menjawab “belum” apabila si ayah bertanya “belum selesai?”.

Lebih menghiburkan lagi, si kecil itu kemudian terus menyambung tangisannya selepas ayahnya menyuruh berbuat demikian. Namun, dia kemudian terus tergelak sebaik sahaja melihat ibu bapanya ketawa kecil melihat kerenahnya. Dia kemudian berkata “sudah” menunjukkan dia sudah selesai dengan ‘drama air matanya’. Ibu bapanya terus tergelak dan memintanya untuk menghapus air matanya.

Melihat telatah lucu si kecil ini buatkan ramai yang terhibur. Ramai juga yang turut memuji ibu bapa si kecil itu kerana sabar melayan anaknya di samping turut memberikan kasih sayang dan perhatian kepada si kecil itu.

Ini menunjukkan bahawa mereka yang bergelar ibu bapa tidak seharusnya sentiasa serius 24 jam atau berkasar dengan anak mereka. Ya, anak kecil memang banyak ragamnya tetapi sebagai ibu bapa kita perlu kreatif dalam melayan mereka.

Misalnya seperti yang dilakukan oleh lelaki ini kepada anak-anaknya. Apa yang dilakukan oleh lelaki ini adalah sesuatu tidak dijangka. Hal ini kerana video yang dimuat naik itu dimulakan dengan detik-detik mencemaskan sebelum bertukar menjadi momen lucu.

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang kanak-kanak sedang dimarahi oleh bapa mereka di ruang tamu rumah. Si ayah dengan wajah yang serius dilihat memegang tali pinggang seolah-olah ingin melibas anak-anaknya tetapi sebenarnya itu hanya menakutkan mereka saja.

Untuk menjadikan ‘drama’ tersebut lebih dramatik di bapa menarik tangan si anak dan menyuruhnya untuk duduk di atas sofa. Si kecil itu terus menangis tambah-tambah lagi apabila melihat tali pinggang yang ada pada tangan bapanya.

Namun, sesuatu yang disangka-sangka berlaku apabila ayahnya dilihat membuat persembahan dengan menggunakan tali pinggang yang dipegang. Si ayah berlakon seperti ular untuk memujuk anaknya yang sedang menangis itu.

Video lucu tersebut kini telah ditontin lebih daripada 6.1 juta kali di laman sosial TikTok. Rata-rata netizen turut sama terhibur dengan drama yang dilakonkan oleh lelaki itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI