33.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaInspirasiJemput abang Grabfood berbuka dan bagi duit raya, tindakan netizen ini buat...

Jemput abang Grabfood berbuka dan bagi duit raya, tindakan netizen ini buat ramai tersentuh

Bukan Ramadan pastinya antara masa-masa yang sangat mencabar buat ramai orang terutama buat mereka yang harus bekerja di bawah terik panas matahari. Mereka perlu kuat bukan sahaja untuk meredah segala perubahan cuaca, malah dalam masa yang sama mereka perlu kuat untuk terus berpuasa sepanjang hari sehingga waktu berbuka.

Buat mereka seperti ini, pujian dan doa sememangnya layak untuk usaha keras mereka. Antara mereka yang perlu bekerja di luar adalah golongan penghantar barangan dan makanan. Terutama di bulan ini, mereka perlu mengejar masa untuk menghantar makanan berbuka puasa dan dalam masa yang sama mereka juga perlukan masa untuk berbuka puasa kerana sama seperti lain, mereka juga berpuasa.

Dalam kepayahan itu, alangkah baiknya jika ada yang meringankan sedikit ksusahan yang mereka tanggung. Seperti yang dilakukan oleh seorang netizen baru-baru ini terhadap seorang penghantar makanan Grabfood, dia telah melakukan sesuatu yang sangat menyentuh hati ramai.

Apa yang berlaku ialah pemuda tersebut telah mengajak abang Grabfood tersebut untuk berbuka di rumahnya. Menerusi video yang dimuat naik oleh @acak_east, kelihatan makanan berbukanya baru saja dihantar oleh seorang rider Grabfood dan memandangkan ketika makanan dihantar waktu Maghrib hampir masuk jadi pemuda tesebut turut menjemput abang Grabfood untuk berbuka bersama.

Menurut netizen ini dia memang sengaja memesan makanannya lambat kerana mahu buat kejutan buat penghantar makanan yang menghantar makanannya. Dia memang berniat untuk menjemput siapa sahaja yang menghantar makanannya untuk berbuka bersamanya dan rakan serumahnya di rumah.

Pada mulanya, abang Grabfood berkenaan menolak pelawaan tersebut mungkin kerana malu tetapi setelah dipujuk dia akhirnya bersetuju untuk berbuka puasa di rumah lelaki tersebut.

Semasa mereka berbuka bersama, mereka sempat berborak. Semua itu tidak terhenti di situ. Selepas itu, netizen tersebut memutuskan untuk memberikan duit raya kepada abang Grabfood tersebut. Momen ini adalah saat yang sangat sebak memandangkan lelaki itu memberikan sejumlah wang sebagai tanda terima kasih kepada abang Grabfood berkenaan kerana sanggup menghantar makanan sampai depan rumah.

Apa yang lebih membuatkan ramai turut sama terharu ialah apabila abang Grabfood kelihatan sangat berterima kasih dan terharu dengan pemberian yang diterimanya ketika itu. Dia bahkan sempat memeluk lelaki itu dan menitiskan air matanya.

Siapa sahaja pasti akan turut tersentuh hatinya melihat apa yang dilakukan oleh netizen tersebut. Sesungguhnya pada bulan mulia ini adalah sangat digalakkan untuk berbuat baik kepada sesiapa pun. Jadi, buatlah baik, berikan senyuman kepada orang-orang di sekeliling anda. Apa yang anda lakukan mungkin kecil bagi anda, tetapi bagi mereka ia adalah sesuatu yang sangat besar dan bermakna. Jom sebarkan senyuman dan kebahagiaan!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI