Kelibat jaguh Formula 1 (F1) Sir Lewis Hamilton yang dirakam di sebuah stesen minyak Petronas di Kuala Lumpur tiba-tiba telah membuatkan para peminatnya dan warganet di Malaysia berasa teruja dan menjadi kecoh.
Kelmarin, tular beberapa gambar di media sosial yang memaparkan kelibat pelumba F1 itu dikatakan sedang menjalani rakaman iklan Petronas di stesen minyak Petronas di Ampang dan Kuala Lumpur.

Satu gambar yang dimuat naik pengguna Twitter @aimanhxzm pada petang Isnin telah dipersoalkan ketulenannya oleh segelintir warganet dengan berkata ia adalah suntingan semata-mata.

Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu beberapa pengguna Twitter telah memuat naik beberapa gambar yang lebih terang lagi bersuluh untuk berkongsi bahawa sememangnya Lewis Hamilton sedang berada di Malaysia.

Seorang warganet dalam ciapannya menulis, kunjungan Lewis Hamilton ke Malaysia tidak berseorangan kerana beliau turut disertai dengan rakan sepasukan Mercedes, George Russell.
Lewis Hamilton dan George Russell berada di Kuala Lumpur selepas GP Australia.
“George Russell bersama Lewis Hamilton untuk satu acara tertutup di KLCC berdasarkan gambar dan video yang telah tersebar di Twitter,” antara ciapan warganet.
Jaguh F1 dengan kejuaraan 7 kali berusia 37 tahun itu kemudian mengesahkan kunjungannya ke Malaysia menerusi satu muat naik video pendek di Instagram Story yang memaparkan mercu ikonik Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Lewis Hamilton turut membuat pautan akaun Instagram @Petronas dan perkongsian pautan lokasi ‘Kuala Lumpur’. Lewis Hamilton dan George Russell sedang menjalani penggambaran bagi salah satu kandungan istimewa untuk Petronas.
Sementara itu, kelmarin kata kunci ‘Lewis Hamilton’ menjadi trend empat carian teratas di Twitter.
Malah, kata kunci ‘Hamilton Malaysia’ dan ‘Ampang’ di carian teratas terkini di Twitter juga turut dimeriahkan dengan komen netizen yang teruja dan bagai tidak percaya dengan kunjungan jaguh F1 tersebut.
Sambil ramai yang berharap mereka bernasib baik apabila tiba-tiba terserempak dengan Sir Lewis Hamilton yang berada di Ampang dan Kuala Lumpur lalu terpegun melihat jaguh F1 itu dengan mata kepala sendiri.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: