26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, July 18, 2025
Utama Blog Laman 177

Ajak penjaga zoo untuk ‘bergaduh’, aksi comel anak panda buat ramai geram

0

Siapa sahaja yang tidak jatuh dengan spesies gemuk, gebu dan tembam seperti panda. Tengok sahaja sudah boleh buat kita tersengih-sengih sendiri, belum lagi tengok aksi selambanya yang comel itu, rasa seperti mahu dipeluk-peluk sahaja.

Melihat telatah bersahaja mereka yang terlebih comel itu kadangkala membuatkan kita terfikir, bagaimana haiwan secomel itu boleh bertahan hidup di alam liar. Bayangkan betapa banyaknya haiwan liar dan ganas di dalam hutan, dan spesies ini pula dengan tenang boleh meneruskan hidup seperti biasa.

Antara telatah panda yang akan membuatkan hari anda bertukar ceria ialah seperti yang dimuat naik di laman TikTok baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Zoo Negara Malaysia, anak panda tersebut dilihat sangat aktif sehingga sukar untuk dikendalikan sehinggakan penjaga zoo terpaksa bertungkus-lumus cuba menenangkannya.

Aksi ‘nakal’ haiwan yang menghuni Zoo Negara itu telah dikongsi oleh seorang pengguna TikTok. Menerusi video berdurasi 58 saat itu, kelihatan anak panda tersebut seperti sedang ‘bergaduh’ kerana berebutkan tong sampah hitam dengan penjaga zoo sehingga memasukkan kepalanya ke dalam tong sampah itu.

Apa yang lebih melucukan ialah apabila melihat gelagat anak panda yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan penjaga zoo tersebut. Ketika diajak ‘berhaduh’ si anak panda itu cuba membalas kembali dengan tindakan lebih ganas. Namun, seganas mana pun dia tetap seekor panda comel, tindakan ganasnya tidak kelihatan ganas tetapi melucukan pula.

Sehingga kini, klip video tersebut telah ditonton lebih 2.6 juta kali dan menerima hampir 300,000 ‘like’ daripada netizen di TikTok.

Rata-rata pengguna aplikasi TikTok telah meninggalkan pelbagai komen menunjukkan mereka terhibur dengan aksi anak panda bersama penjaga zoo itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Elon Musk tawar beli Twitter sepenuhnya, mahu galakkan kebebasan bersuara

0

Jutawan dunia, Elon Musk, dilaporkan telah membuat tawaran untuk membeli “100 peratus Twitter” dengan harga sekitar $43 bilion. Tujuan pembelian tersebut dikatakan untuk merealisasikan “potensi luar biasa” syarikat tersebut untuk menjadi platform sebenar bagi menggalakkan kebebasan bersuara.

Musk membuat tawaran untuk membeli Twitter dengan harga $54.20 sesaham secara tunai, menurut surat yang ditujukan kepada Pengerusi Twitter, Bret Taylor, pada 14 April.

Langkah itu merupakan tawaran untuk mengubah Twitter menjadi syarikat persendirian, dengan berkesan memberikan Musk kawalan bagaimana platform tersebut dijalankan.

‘Saya Percaya Pada Potensinya’

Musk pada masa lalu telah mempersoalkan komitmen Twitter terhadap kebebasan bersuara dan baru-baru ini membeli hampir 10 peratus daripada syarikat itu. Tindakan tersebut telah mencetuskan spekulasi sama ada dia mempunyai rancangan untuk mencabar dasar syarikat, yang dituduh berat sebelah anti-konservatif.

Twitter telah berulang kali menafikan dakwaan menapis beberapa pandangan minoriti dan konservatif politik.

“Saya melabur dalam Twitter kerana saya percaya potensinya untuk menjadi platform untuk kebebasan bersuara di seluruh dunia, dan saya percaya kebebasan bersuara adalah keperluan masyarakat supaya demokrasi berfungsi,” tulis Musk dalam surat itu.

Selepas pembelian 9.2 peratus kepentingan dalam Twitter Musk kini merupakan pemegang saham individu terbesar dan dia kini ditawarkan kerusi dalam lembaga pengarah syarikat itu, yang pada mulanya seperti diterima tetapi kemudian ditolak.

Penolakan kerusi lembaga mencetuskan spekulasi sama ada Musk mempunyai rancangan untuk melancarkan pengambilalihan Twitter. Pihak SEC menyatakan bahawa Musk tidak mempunyai “rancangan atau niat sekarang” untuk membeli lebih banyak saham Twitter, tetapi “memiliki hak untuk menukar rancangannya pada bila-bila masa.”

‘Kebebasan Bersuara Adalah Penting’

Musk telah berulang kali mempersoalkan komitmen Twitter terhadap kebebasan bersuara.

Pada 25 Mac, Musk telah memuat naik ciapan kepada 80 juta lebih pengikutnya dengan menulis bahawa “kebebasan bersuara adalah penting untuk demokrasi yang berfungsi” dan bertanya kepada pengikutnya sama ada mereka percaya Twitter “berpegang teguh” kepada prinsip ini.

Lebih 2 juta pengguna Twitter mengambil kira, dengan 70.4 peratus mengundi “tidak.”

Berita awal tentang penglibatan Musk yang lebih besar dalam Twitter, termasuk potensi kenaikannya sebagai ahli lembaga pengarah, telah disambut dengan panggilan daripada konservatif untuk dia merangka peraturan baharu di syarikat itu.

Monica Crowley, bekas penolong setiausaha Perbendaharaan di bawah Trump, berkata dalam tweet, “Sekarang Elon Musk adalah pemegang saham terbesar Twitter, dia harus menuntut penamatan penapisan politik, pembaharuan seluruh syarikat, dan pengembalian semula Presiden [Donald] Trump.”

Sebelum ini, Twitter telah melakukan sekatan ke atas akaun Twitter bekas presiden itu daripada platform berikutan pelanggaran Capitol pada 6 Januari, mendakwa jawatannya melanggar dasar mengagungkan keganasan.

‘Perlu Diubah’

Surat Musk kepada Taylor menjelaskan bahawa dia sedang mencari jalan untuk menggalakkan kebebasan bersuara di Twitter.

“Sejak membuat pelaburan saya kini menyedari syarikat itu tidak akan berkembang maju dan tidak memenuhi keperluan masyarakat. Twitter perlu diubah sebagai syarikat swasta,” kata Musk, merujuk kepada “keharusan masyarakat” dalam kebebasan bersuara.

Dia berkata dia menawarkan untuk membeli “100 peratus Twitter dengan harga $54.20 sesaham secara tunai, premium 54 [peratus] sepanjang hari sebelum saya mula melabur dalam Twitter dan premium 38 [peratus] sepanjang hari sebelum pelaburan saya diumumkan secara terbuka.”

“Tawaran saya adalah tawaran terbaik dan terakhir saya dan jika ia tidak diterima, saya perlu mempertimbangkan semula kedudukan saya sebagai pemegang saham,” tambahnya.

Kini saham Twitter meningkat hampir 7 peratus dalam dagangan pra-pasaran.

The Epoch Times menghubungi Twitter untuk mengulas mengenai bidaan pembelian Musk. Syarikat itu membalas dengan satu kenyataan yang mengatakan bahawa ia telah menerima cadangan Musk sambil menambah bahawa mereka akan “menyemaknya dengan teliti” dan mengambil keputusan berdasarkan kepentingan syarikat dan pemegang saham.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Umat Islam seluruh dunia bakal raikan Ramadan sebanyak dua kali dalam setahun pada 2030

0

RIYADH: Umat Islam dijangka menyambut bulan suci Ramadan dua kali setahun pada 2030.

Perkara itu diramalkan ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq, menerusi video yang disiarkan di akaun Twitter rasminya.

Portal Alarabiya News melaporkan, Khaled berkata, perkara itu berlaku disebabkan fakta kalendar Hijrah Islam berdasarkan kitaran bulan, manakala kalendar Gregory menandakan laluan bumi mengelilingi matahari.

Katanya, perbezaan antara dua-dua kalendar itu menyaksikan Ramadan jatuh dua kali dalam tahun Gregory, kira-kira setiap 30 tahun.

“Kali terakhir ia berlaku pada 1997 dan sebelum itu pada 1965. Ia berlaku lagi pada 2063.

“Pada tahun Hijrah 1451 Hijrah, Ramadan bermula pada 5 Januari 2030 dan pada 1452 Hijrah pula jatuh pada 26 Disember 2030,” katanya.

Menurutnya, fakta itu menyaksikan umat Islam berpuasa 36 hari pada 2030.

“Bulan penuh 30 hari untuk 1451 Hijrah dan enam hari untuk 1452 Hijrah.

“Tahun Hijrah berlangsung 354 atau 355 hari, bermakna ia tidak sejajar dengan kalendar Gregory sebanyak 365 hari.

“Ini bermakna Ramadan jatuh dalam musim berbeza setiap tahun dan berjalan dalam kitaran 32 tahun,” tambahnya lagi.

Beliau turut meramalkan bahawa bulan Ramadan pada 1449 Hijrah yang bermula pada 2028 akan berlangsung pada pertengahan musim sejuk.

“Pada 1466 Hijrah, bersamaan dengan 2044, bulan suci bermula semasa kemuncak musim panas.

“Puasa Ramadan diperhatikan dari matahari terbit hingga terbenam bermakna tempoh paling lama berpuasa berlaku apabila Ramadan pada musim panas dan paling pendek apabila ia jatuh pada musim sejuk,” ujarnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

‘Saya tiada makanan!’ Penduduk Shanghai protes arahan ‘lockdown’ ketika Covid-19 memuncak

0

Umum mengetahui bahawa banyak bandar di China kini ditutup semula ekoran jumlah kes Covid-19 yang semakin meningkat. Ekoran penutupan tersebut, penduduk di Shanghai melakukan protes memandangkan berlakunya kekurangan bekalan makanan ketika penutupan bandar terkaya di China itu yang kini sudah memasuki minggu ketiga.

Dalam rakaman sebuah video, berpuluh-puluh penduduk berdiri di belakang pintu pagar komuniti kediaman Kangting sambil menjerit, “Beri [kami] bekalan komuniti Kangting, berikan [kami] bekalan!” Dua kenderaan polis, dengan lampu merahnya berkelip, berada di luar pintu pagar dalam rakaman itu.

Satu lagi video menunjukkan penduduk di kawasan kejiranan Kangting bergelut dengan sekumpulan orang berpakaian hazmat yang dikatakan polis.

“Saya tiada makanan! Apa yang anda akan lakukan [kepadasaya]” seorang lelaki menjerit kepada orang yang memakai sut pelindung putih, kemudian adegan orang menjerit “kami mahu bekalan” dari tingkap dan balkoni pangsapuri bertingkat juga kelihatan.

Video-video ini, yang telah disebarkan secara meluas di Weibo seperti Twitter China, dilaporkan telah dirakam dalam komuniti Kangting di bandar Jiuting di daerah Songjiang Shanghai pada malam 8 April lalu. Polis juga dikatakan telah melepaskan tembakan ke langit untuk mengenhentikan protes.

Orang ramai di sana telah dikurung di rumah mereka sejak 1 April, menurut notis rasmi daripada akaun Wechat rasmi bandar Jiuting dan kenyataan penduduk tempatan.

Apabila The Epoch Times menghubungi Balai Polis Bandar Jiuting mengenai protes tersebut, seorang pegawai polis yang tidak dikenali berkata mereka “sudah tahu” apa yang berlaku dalam video itu dan terdapat pegawai polis di tempat kejadian untuk menanganinya.

Pegawai itu walau bagaiamanapun enggan menjawab sama ada polis melepaskan tembakan. “Biar saya beritahu anda, kami sudah tahu [adegan dalam rakaman]. Apa yang anda perlu lakukan ialah ‘tidak mempercayai khabar angin atau menyebarkan khabar angin'”, kata polis kepada The Epoch Times pada 9 April.

Kekurangan bekalan makanan

Kekecewaan dan kemarahan orang ramai semakin meningkat terhadap dasar sifar COVID kerana kawalan yang berpanjangan menyebabkan mereka bergelut untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian.

Shanghai pada mulanya dijanjikan untuk ditutup hanya selama lapan hari bermula pada 28 Mac untuk mengekang penularan varian Omicron yang bergerak pantas, sementara ujian berperingkat dijalankan. Sekatan itu walau bagaimanapun telah dilanjutkan apabila jangkitan terus meningkat, menyebabkan ramai yang tidak bersedia untuk menghadapinya.

Walaupun pegawai bandar itu berulang kali memberi jaminan kepada penduduk bahawa mereka akan menyediakan bekalan harian, ramai yang mengadu bungkusan makanan yang dijanjikan pihak kerajaan tidak dihantar.

“Bukan hanya Komuniti Kangting, [penduduk di] beberapa komuniti lain juga telah melakukan bantahan malam tadi,” kata seorang wanita dari kejiranan lain di Tangting di bandar Jiuting dalam temu bual telefon dengan The Epoch Times pada hari Sabtu.

Orang ramai tidak berpuas hati dengan kekurangan makanan dan tidak boleh mendapatkan bantuan daripada komuniti kediaman walaupun membuat panggilan berulang kali, kata wanita bermana Li.

Li berkata dia hanya membeli barangan runcit selama seminggu kerana pihak berkuasa menjanjikan penutupan selama empat hari. Makanan kehabisan dan dia juga tidak boleh melakukan pesanan menggunakan aplikasi penghantaran barangan runcit.

“[Saya] benar-benar tidak boleh mendapatkan apa-apa makanan, walaupun daun bawang,” kata Li. Sebagai seorang wanita hamil, dia berkata satu-satunya keinginannya adalah untuk makan sendiri, walaupun dia berada di bawah tekanan untuk membayar sewa semasa penutupan dilakukan kerajaan.

Seorang lagi penduduk di bandar Jiuting, yang dikenali sebagai Sheng, berkata vendor berhenti menghantar pesanan pada 8 April.

‘Lockdown’

Penguatkuasa di Shanghai telah mengenakan sekatan bertujuan untuk menguji, mengesan dan melakukan kuarantin secara berpusat untuk mereka yang disahkan positif bagi membendung penyebaran virus PKC (Parti Komunis China).

Walaupun langkah yang ketat dijalankan, Shanghai melaporkan sebanyak 26,087 kes lagi pada hari Isnin. Kira-kira 96 ​​peratus orang yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala. Penduduk dan pakar, bagaimanapun, mencadangkan wabak itu mungkin lebih teruk daripada apa yang didedahkan secara rasmi, disebabkan amalan rejim itu yang sering menutup maklumat yang dianggap membahayakan imejnya.

Pada hari Isnin, penguatkuasa bandar membahagikan bandar itu kepada lebih 7,000 kawasan dan membahagikan kediaman kepada tiga kategori risiko. Orang ramai hanya akan dibenarkan keluar dari rumah mereka hanya jika tiada kes positif dilaporkan di kawasan kejiranan mereka dalam tempoh dua minggu.

Tetapi kelonggaran yang diberikan adalah terhad. Orang ramai masih perlu mengurangkan pergerakan yang tidak perlu dan tidak boleh meninggalkan tempat tinggal. Penguatkuasa di bandar Gu Honghui berkata pada taklimat akhbar bahawa kawasan kejiranan akan ditutup semula jika terdapat satu kes dilaporkan.

Pengumuman itu dibuat ketika metropolis Guangzhou mengetatkan sekatan perjalanan dan mengumumkan ujian besar-besaran ke atas 18 juta penduduknya selepas merekodkan beberapa kes.

Pada 5 April, penganalisis di Nomura menganggarkan bahawa sejumlah 23 bandar berada dalam penutupan separa atau keseluruhan. Bandar-bandar ini, dengan gabungan populasi 193 juta orang, menyumbang kepada 22 peratus daripada KDNK negara, kata Nomura dalam satu ucapan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kucing berjaya tangkap tikus, lalu membawanya ke hadapan makanan kucing supaya mereka boleh makan bersama-sama

0

Menurut kisah zaman dahulu, pemilik memelihara kucing di samping kerana kasih sayang, haiwan itu mempunyai tugas sebagai penangkap tikus yang berkeliaran.

Namun pada hari ini, kebanyakan kucing kelihatan tidak acuh pun dengan tugas mereka sebagai penangkap tikus.

Facebook

Seekor kucing dikesan melayan seekor tikus dengan baik apabila membawanya ke arah semangkuk makanan kucing di selatan China.

Facebook

Detik yang pelik dan lucu ini telah dirakam di bandar Dongguan, China.

Rakaman video menunjukkan kucing bernama Cui Hua menggonggong seekor tikus di dalam mulutnya dan membawanya ke arah mangkuk makanan kucing yang disediakan untuknya.

Facebook

Si comel Cui Hua membiarkan tikus ini memakan makanannya yang lazat.

Facebook

Dia memerhatikan tikus itu dengan penuh kasih sayang.

Dan kemudian menciumnya.

Facebook

“Makanlah.. Makanlah lagi,” mungkin itu kata Cui Hua kepada tikus ini.

Detik yang pelik mereka memakan makanan kucing bersama-sama ini berjaya dirakam oleh pemilik kucing itu di dalam gudangnya.

Facebook

Menurut pemilik Cui Hua, selepas momen kasih sayang itu, tikus berkenaan tidak lagi kelihatan. Itulah kali terakhir dia melihatnya.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Ramai tuntut jawapan mengapa jeti kayu ringkas di Sarawak memakan kos pembinaan RM50,000

0

Rakyat Malaysia menuntut jawapan daripada Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR Sarawak) selepas pihak mereka menyerahkan jeti kayu RM50,000 kepada ketua kampung setempat di Miri, Sarawak.

Dalam catatan Facebook pada 8 April lalu, jabatan itu memuat naik gambar majlis penyerahan jeti berkenaan.

Wakil dari bahagian kejuruteraan, Fatin Fahsha Binti Adenan, kelihatan mendedahkan kos jeti bernilai RM50,000 itu kepada Ketua Kampung Mutap, Bekenu, Sediah Abdullah.

Facebook

“Projek itu bermula pada 7 Mac 2022 dan siap lebih awal daripada jadual pada 1 April 2022. Jeti ini dibina bagi menggantikan jeti lama yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi,” katanya.

“Projek RTP DUN N71 Bekenu untuk membina jeti baharu di Kampung Mutap merupakan salah satu projek di bawah seliaan JKR Miri dengan kos projek bernilai RM50,000. Skop kerja projek itu melibatkan pembinaan jeti 1m lebar x 15m panjang.”

Facebook

Dengan siapnya jeti itu, JKR Sarawak menjelaskan penduduk di kawasan itu dapat menjalankan aktiviti harian dengan mudah terutama ketika banjir kerana ia boleh dijadikan laluan alternatif ke Pasar Bekenu.

Hantaran dengan muat naik beberapa gambar itu telah menjadi tular dengan lebih 8,100 suka dan 5,700 perkongsian.

Ia juga menarik lebih 10,000 komen, dengan ramai yang mempersoalkan kos tinggi struktur ringkas di tepi sungai itu.

Facebook

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tolong siasat. Betul ke harga jambatan sampai RM50,000?” komen seorang netizen.

“Semoga orang dalam badan kerajaan yang tidak amanah digantikan dengan orang yang lebih cerdik dan berakhlak mulia, Amin,” tambah seorang lagi pengguna Facebook.

“Tahniah, bukan senang nak siapkan projek macam ni. Sepatutnya kos RM500,000. Syukurlah, kita dapat kontraktor yang bertanggungjawab, amanah dan jujur ​​yang berjaya menyiapkan projek ini dengan hanya RM50,000. Hormat,” salah seorang menulis dengan nada sinis.

Selepas isu itu menjadi tular dan kecoh, Jabatan Kerja Raya Sarawak mengeluarkan kenyataan bagi mempertahankan kos tinggi jeti tersebut.

Pihak mereka mendedahkan alasan kos bahan kayu belian yang tinggi sebagai punca projek itu bernilai RM50,000.

“Anggaran kos JKR Sarawak adalah berdasarkan Jadual Kadar JKR Sarawak bagi Tahun 2020 dengan kadar RM9,000 semeter kiub bagi kayu belian, yang nampaknya lebih rendah daripada kadar pasaran semasa,” katanya dalam satu kenyataan bertarikh 10 April.

Facebook

“Dalam menentukan kos RM50,000, pelbagai faktor telah diambil kira dengan teliti, antaranya, keadaan laluan jalan (Jalan Ladang) ke Kampung Mutap, logistik, serta langkah keselamatan memandangkan kawasan itu dipenuhi dengan buaya. Dengan bajet RM50,000, JKR Sarawak berjaya mereka bentuk jeti sehingga 15m panjang dengan dua anak tangga.”

Mereka menambah ketua kampung pada mulanya meminta jeti sepanjang 30 meter yang dilengkapi dengan bangsal kayu, tetapi diberitahu ia tidak dapat dilakukan kerana bajet “terhad”.

Facebook

“Akibatnya, ketua kampung bersetuju dengan reka bentuk yang berada dalam bajet yang diperuntukkan. Memandangkan kekangan bajet, ketua kampung akan meminta dana tambahan daripada ahli parlimen tempatan untuk melaksanakan jeti Fasa 2,” jelas JKR Sarawak.

Papan projek tertera Syarikat Bukit Balat adalah kontraktor projek itu, yang dipilih melalui pengundian semasa mesyuarat tender.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kanak-kanak lelaki ralit main lopak air dalam pakaian sekolah

0

Cuaca sekarang tidak menentu. Kadang-kadang pada waktu pagi panas, waktu tengah hari hujan lebat. Mak-mak di rumah pun sekejap-sekejap meninjau ke luar, bimbang tidak sedar hujan turun tidak sempat pula untuk mengangkat jemuran di ampaian. Itu cerita mak-mak di rumah, cerita anak-anak lain pula. Seperti video yang tular baru-baru ini, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang ralit bermain lopak air dalam pakaian sekolah.

Melihatkan kanak-kanak lelaki yang berani bertindak sedemikian, pasti menguji kesabaran si ibu bapa bukan? Tetapi nampaknya kanak-kanak lelaki ini seolah-olah tidak peduli akan apa yang bakal terjadi kepadanya jika ibu bapanya tahu. Baginya bermain lopak air sebegitu lebih penting daripada segalanya. Buktinya, apabila si kakak cuba mengajaknya berhenti bermain lopak air itu, kanak-kanak lelaki tersebut tidak mengendahkannya.

Seperti sedang melepaskan ‘gian’ (rujukan PRPM: sangat ingin akan sesuatu atau ingin membuat sesuatu) untuk bermain air, kanak-kanak lelaki yang lengkap berpakaian sekolah ini terus berenang dalam lopak air dengan gembiranya! Si kakak pula seolah-olah sudah buntu untuk memujuk adiknya itu agar berhenti bermain di lopak air. Baju kanak-kanak lelaki itu sudah basuh kuyup, namun tidak sedikit pun membuatkannya untuk berhenti bermain lopak air. Pasti kesabaran si ibu bapa teruji saat melihat baju anak yang sudah basah kuyup dan kotor itu. Hendak marah pun sudah terlambat.

Ramai netizen di media sosial tertawa melihat tindakan berani kanak-kanak lelaki itu. Ada yang mengatakan bahawa mereka juga pernah melalui pengalaman yang lebih kurang sama seperti itu ketika waktu persekolahan dahulu. Tidak kurang juga yang berkongsi tentang ‘habuan’ yang mereka dapat daripada ibu bapa sekembalinya dari sekolah selepas seronok bermain lopak air, lumpur, tangkap anak ikan puyu dan sebagainya. Ada juga yang melahirkan rasa kasihan kepada si kakak, kerana menurut mereka selalunya jika si adik berbuat salah, si kakak pun turut dimarahi ibu bapa. Semoga mereka berdua tidak dimarahi ibu bapa mereka.

Rupa-rupanya bukan kisah kanak-kanak lelaki ini sahaja yang bakal menguji kesabaran ibu bapa tetapi ada kisah lain yang hampir serupa berlaku beberapa tahun dahulu. Dikatakan gara-gara si ibu belum menunaikan hasrat untuk membawa anaknya pergi mandi kolam di rumah saudara, si anak telah bertindak terlebih dahulu dengan terjun ke dalam lopak air di padang sekolah!

Pada waktu itu hujan lebat baharu sahaja berhenti. Cikgu Rozita sedang berkemas di pejabatnya sambil menunggu anaknya yang dipanggil Imam, datang ke pejabatnya selepas habis waktu persekolahan untuk pulang bersama. Namun, pada hari itu Cikgu Rozita begitu pelik, anak yang dinantikan tidak kunjung tiba. Tidak lama kemudian, rakan gurunya memberitahu bahawa anaknya itu sedang bermain air. Pada fikiran Cikgu Rozita tidak mengapalah sesekali bermain hujan, asalkan anaknya itu bahagia. Tetapi, sebaik sahaja dia keluar dari pejabatnya, Cikgu Rozita begitu terkejut melihat anaknya yang sedang asyik berenang di dalam lopak air di padang sekolah. Cikgu Rozita bertambah terkejut apabila mendapati ramai murid yang bersorak memberi sokongan kepada anaknya itu!

Cikgu Rozita menghampiri kerumunan murid-murid yang menyaksikan temasya lopak air anaknya itu. Masing-masing diam seribu bahasa. Tanpa berkata apa-apa, Cikgu Rozita hanya membiarkan anaknya bermain lopak air kerana berasa kasihan dengan anaknya itu. Selepas disoal selidik, rupa-rupanya Imam ingin melunaskan hasrat hatinya untuk bermain air yang belum ditunaikan oleh ibunya.

Anak ini kadang-kadang panjang akalnya sampai ibu bapa pun tidak dapat menduga. Namun, dalam apa keadaan sekalipun, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Sanggup angkat simen berat , gadis ini rela kerja sebagai buruh binaan demi bantu ibu bapa

0

Tiada anak yang suka melihat orang tua mereka melakukan kerja-kerja berat tidak kira di rumah mahupun di luar. Melihat kepayahan ibu bapa memerah keringat untuk menyara keluarga dengan tulang empat kerat yang dimiliki ditambah dengan usia mereka yang sudah lanjut sememangnya sesuatu yang sangat menyakitkan buat anak. Namun, tidak semua bertuah untuk hidup senang tanpa bekerja keras, jadi mereka perlu mengharungi semua itu.

Apa yang boleh dilakukan oleh anak ialah dengan membantu meringkan segala beban yang ditanggung ibu bapa. Buatlah apa sahaja untuk membantu mereka walaupun mereka tidak meminta untuk dibantu, tetapi sebagai anak yang baik dan bertanggungjawab, membantu ibu bapa adalah sebuah kewajipan bagi mereka.

Seorang pelajar perempuan baru-baru ini menjadi tular di media sosial kerana sanggup bekerja sebagai kuli angkat simen bagi membantu ibu bapanya untuk mencari rezeki.

Seorang gadis bertudung dari Indonesia itu mula tular di internet kerana kesungguhannya bekerja sebagai buruh binaan sehingga sanggup memikul simen, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di TikTok, remaja yang dikenali sebagai Nur Halisa itu dilihat berada di sebuah bangunan dan sedang mengangkat simen turun dari sebuah lori.

Dia dilihat sedang memikul simen itu satu persatu untuk dimasukkan ke dalam bangunan tersebut. Jika dilihat pada gayanya, dia seolah-olah sangat kuat dan tidak kisah dengan kerja-kerjanya yang berta itu.

“Belajar menikmati apa yang ada, ia akan menjadikan hidup anda lebih berharga. Jangan lupa bersyukur dan membantu ibu bapa anda,” katanya.

Ketika dihubungi oleh Detik.com, remaja itu ada memberitahu yang dia bekerja dengan niat untuk membantu kedua ibu bapanya dan ingin berbakti kepada mereka.

“Saya kesian tengok ibu ayah saya bekerja, sebab itu saya nak tolong mereka berdua. Sementara masih ada masa, berbaktilah kepada ibu bapa, jangan lupa menjadi bersyukur kerana membantu ibu bapa kamu,” katanya.

“Jadi buruh angkat simen kerana kasihan melihat ibu bapa bekerja. Saya ingin membantu mereka dan bersusah senang bersama mereka,” tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, dia mahu netizen yang melihat video itu sentiasa bersyukur dan tidak mengeluh.

“Semuanya perlukan proses, walaupun ia berat tetapi hasilnya juga tidak kurang hebatnya, InshaAllah jangan lupa bersyukur kerana membantu ibu bapa anda,” tulisnya di laman TikToknya.

Sehingga kini, video yang dimuat naik olehnya itu telah ditonton sebanyak 5.8 juta kali dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang terharu dengan usaha gigihnya dan mendoakan agar dia menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan.

“MashaAllah, sentiasa menjadi motivasi untuk bekerja dengan penuh rasa syukur dan ikhlas,” kata salah seorang netizen.

“Semoga dapat menjadi motivasi kepada saya untuk selalu bekerja dengan penuh rasa kesyukuran dan kesungguhan,” komen seorang lagi netizen yang menonton videonya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Cara sejukkan rumah dengan menggunakan ‘aluminium foil’, memang jimat dan berkesan!

0

Cuaca di Malaysia yang sememangnya tidak menentu adakalanya membuatkan kita berada dalam keadaan tidak selesa. Adakalanya sepanjang hari kita ‘berperang’ dengan rasa panas membahang, dan adakalanya hujan pula turun sepanjang hari tanpa diduga-duga.

Buat mereka yang berkemampuan mungkin tiada masalah untuk menggunakan penyaman udara di rumah ketika hari panas memandangkan penyaman udara biasanya menggunakan tenaga yang tinggi.

Namun, buat mereka yang kurang berkemampuan mereka terus menggunakan kipas sahaja. Alangkah baiknya jika ada sesuatu yang boleh menyejukkan suhu di rumah tanpa menggunakan tenaga yang tinggi.

Sebenarnya ada yang boleh anda lakukan untuk memastikan suhu yang rendah di rumah. Apa yang penting, caranya mudah dan bahan yang diperlukan juga murah dan mudah didapati.

Berikut adalah perkongsian oleh seorang netizen, Oyeasaari Nordin, di Facebook tentang perkara ini. Percaya atau tidak anda hanya memerlukan satu bahan, iaitu keranjang aluminium atau aluminium ‘foil’ anda boleh menyejukkan rumah.

Cara Sejukkan Rumah Dengan Hanya Menggunakan Alumunium Foil
Dok survey2 cara nk sejukkan rumah sebelum pasang aircond & ventilation fan. Ni 1st step letak aluminum foil (beli kt shoppe). Tapi style rumah lame, bahagian bilik, bawah genting terus siling so tak ade ruang nak masuk macam kebiasaan. Survey ade 3 cara
:

1-bukak bumbung
2-bukak siling
3-tampal je kt siling.

Tapi semue cara ni tak sesuai. So dok fikir punya fikir last dapat la idea cmne nk buat. Gune pvc pipe. Cam jolok buah mangga. Hahahaha, jolok sampai ke papan manis kt luar. Pastu stapler je. Kene buat pagi2 kalo matahari naik baru buat mau berkicap kt atas tu.

Keadaan bilik masa tghari lebih 40° (anggran sy gune temprecre biase je) memang tak selesa. So skrng suhu dah normal suhu bilik, next baru pasang aircond baru la jimat letrik.

Suhu rumah sebelum meletakkan aluminium ‘foil‘.

Berikut adalah suhu rumah yang asal sebelum projek meletakkan aluminium pada dinding rumah dilaksanakan. Jika dilihat suhunya pada termometer jelas menunujukkan suhu di situ memang tinggi dan rata-rata melebihi 40 darjah celcius.

Kesemua bahagian ini tiada lubang angin untuk angin keluar. Semuanya tertutup.

Inilah segulung aluminium foil yang boleh digunakan untuk melakukan projek ini. Beli banyak pun tidak mengapa kerana keranjang aluminium yang lebih boleh simpan.

Potong keranjang aluminium mengikut saiz yang sesuai.

Masukkan keranjang alumonium yang telah dipotong di antara celah-celah bahagian bawah bumbung seperti gambar di bawah ini. Keranjang aluminium juga boleh diletakkan di mana sahaja yang mempunyai ruang terbuka.

Selepas itu, anda sudah boleh periksa semula suhu di rumah selepas keranjang aluminium diletakkan.

Itulah hasilnya! Bayangkan daripada 40 darjah celcius dan sekarang suhu sudah turun kepada 36 darjah celcius. Dengan hanya menggunakan keranjang aluminium anda boleh mengurangkan sendiri suhu yang panas di rumah. Selepas ini tidak lah rumah anda terasa bahang seperti berada di luar dalam keadaan panas terik.

Sumber: Facebook

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Langgar maut lapan remaja basikal lajak: Kerani dipenjara enam tahun dan denda RM6,000

0

JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 13 April menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 ke atas seorang kerani wanita, susulan kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Ini sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lalu, yang mengekalkan keputusan untuk membebaskan tertuduh, Sam Ke Ting, 27 tahun, daripada tuduhan terbabit.

Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun, berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Twitter

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika membacakan keputusan rayuan kes berkenaan.

Abu Bakar berkata, pelbagai faktor diambil kira termasuk kepentingan awam serta hujahan pihak berkaitan dalam rayuan tersebut.

“Perbuatan responden yang memandu cara melulu atau berbahaya telah menyebabkan kehilangan lapan nyawa. Kesalahan yang dilakukan responden adalah kesalahan berat.”

“Mahkamah turut menimbangkan kesalahan yang dilakukan responden adalah kes yang tinggi di Johor dengan statistik menunjukkan kes kemalangan maut antara 2011 hingga 2021 berjumlah 10,297 kematian,” katanya.

Prosiding rayuan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali.

Sementara Sam diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar.

Responden turut gagal menangguhkan hukuman penjaranya, apabila Hakim memerintahkan dia dipenjara mulai Rabu selagi tiada kebenaran Mahkamah Tinggi untuk rayuan penangguhan dibuat.

Twitter

Abu Bakar berkata, pendakwaan telah berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.

Katanya, mahkamah bicara juga terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan di akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa.

“Responden dalam pembelaannya menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri, namun versi ini tidak pernah ditimbulkan responden semasa kes pendakwaan.”

“Oleh itu, mahkamah ini mengenepikan keputusan mahkamah bicara yang melepas dan membebaskan responden di akhir kes pembelaan. Mahkamah memutuskan responden bersalah dan disabitkan atas pertuduhan itu,” tambahnya.

Berdasarkan pertuduhan, Sam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.

Mangsa ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 tahun; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14 tahun; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16 tahun; Fauzan Halmijan, 13 tahun; Mohamad Azhar Amir, 16 tahun; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14 tahun; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 tahun; dan Haizad Kasrin, 16 tahun.

Sementara itu, peguam Sam, Faizal Mokhtar memberitahu FMT yang beliau berharap dapat memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada esok, 14 April.

“Kami telah berbincang untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah. Semoga saya dapat menyediakan dokumen hari ini dan memfailkan rayuan esok,” katanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: