26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, July 18, 2025
Utama Blog Laman 179

Anak pelakon disahkan hidap penyakit Kawasaki, ibu bapa perlu tahu tentang penyakit ini

0

Baru-baru ini pasangan pelakon, Amar Baharin dan Amyra Rosli diduga apabila anak kedua mereka, Ayra Aryssa mengalami demam panas dan dikejarkan ke sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 1 pagi, Rabu lalu.

Amar dan Amyra yang bimbang suhu badan Ayra yang baru berusia dua tahun itu mula mencecah 41 darjah celsius itu terus membawa anak kecil mereka ke hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Terdahulu, pasangan selebriti itu memuat naik foto keadaan anak mereka yang terlantar sakit di sebuah hospital di laman Instagram masing-masing pada Rabu.

Keadaan kesihatan anak mereka dikatakan semakin merosot selepas disahkan dijangkiti virus Kawasaki iaitu keradangan saluran darah terutamanya membabitkan kanak-kanak bawah lima tahun.

Amyra yang sedang menjalani penggambaran drama terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tahap oksigen dalam badan anaknya tiba-tiba menurun.

Buat orang ramai yang masih tidak tahu penyakit Kawasaki adalah masalah kesihatan misteri kerana penyebab utama penyakit ini masih tidak diketahui tetapi ia tidak berjangkit secara langsung.

Penyakit ini berisiko terutama dalam kalangan kanak-kanak berumur hingga lima tahun, yang menyebabkan keradangan dinding arteri dan pesakit mengalami demam, kulit mengelupas serta sakit sendi. Berikut adalah hal-hal penting yang anda perlu tahu mengenai penyakit Kawasaki:

Sejarah penyakit

Penyakit Kawasaki pertama kali dilaporkan pada 1967 oleh pakar pediatrik Jepun, Dr Tomisaku Kawasaki. Lebih kurang 75% pesakit penyakit Kawasaki ialah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, kebanyakannya lelaki, dan ia penyebab paling biasa untuk penyakit jantung perolehan (acquired) dalam kanak-kanak. Jika dirawat awal, kebanyakan kanak-kanak pulih dalam beberapa hari.

Penyakit Kawasaki biasanya menyebabkan demam berpanjangan dengan nodus limfa (kelenjar) yang membesar, kemerahan di mulut, tangan dan kaki, serta kadangkala dengan ruam. Ia menyebabkan keradangan pada dinding salur darah, terutamanya arteri koronari yang membekalkan darah ke otot jantung.

Tanda dan simptom

Simptom paling kerap ialah demam panas, antara 38.3-39.4°C yang melebihi 4 hari dan tidak sembuh dengan ubatan demam biasa. Simptom lain yang turut muncul dalam masa 14 hari sejak demam bermula termasuklah:

Simptomnya muncul dalam tiga peringkat. Ia boleh menyebabkan masalah kepada jantung antara 10-14 hari selepas bermulanya simptom pertama. Sesetengah pesakit mungkin mengalami radang atau sakit sendi antara masa demam berakhir sehingga hari ke-25 penyakit tersebut. Penyakit Kawasaki boleh berterusan sehingga lapan minggu.

Diagnosis

Untuk membuat diagnosis penyakit Kawasaki, rasa syak yang tinggi perlu ada. Doktor anak anda akan menentukan berdasarkan kombinasi simptom dan tanda sekiranya anak anda mempunyai penyakit Kawasaki.

Rawatan

Anda boleh memberikan parasetamol untuk demam tetapi anak anda perlu diperiksa untuk mendiagnos penyakit Kawasaki. Oleh kerana risiko komplikasi tinggi, anak anda mungkin perlu ditahan di hospital sambil menerima rawatan awal. Ini termasuklah infusi IV (intravena) imunoglobulin serta ubatan lain. Pesakit memerlukan cecair yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi. Dia juga mungkin diberikan aspirin untuk beberapa minggu.

Risiko komplikasi

Penyakit ini boleh menjejaskan jantung di kalangan 20% pesakit. Walaupun kebanyakan kanak-kanak pulih sepenuhnya, terdapat kes-kes terpencil di mana komplikasi berlaku akibat keradangan salur darah menyebabkan dinding arteri semakin lemah lalu menyebabkan aneurisme.

Bahagian lain pada jantung yang mungkin turut terkesan ialah membran yang menyelaputi jantung, injap dan otot jantung. Penyakit Kawasaki semasa zaman kanak-kanak juga dikaitkan dengan risiko penyakit jantung yang meningkat apabila dewasa. Bayi menghadapi risiko komplikasi serius yang lebih tinggi dan rawatan awal akan mengurangkan risiko kesan jangka panjang.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Risau anak ketagih dengan gajet? Lelaki ini kongsi cara kawal ‘screen time’ anak kecil

0

Hari ini hampir semua urusan melibatkan internet dan urusan dalam talian. Cakap sahaja bil apa semuanya boleh dibayar dengan mudah secara hujung jari sahaja, seminit dua semuanya sudah selesai. Perkembangan teknologi hari ini membuatkan kerja menjadi mudah.

Namun begitu sama ada kita sedar atau tidak teknologi juga sebenarnya boleh mendapatkan keburukan jika tidak dikawal dan dipantau dengan baik. Jangan kata yang dewasa, anak kecil juga sebenarnya boleh terkena impak buruk terhadap penggunaan teknologi hari ini.

Mana tidaknya, mereka kecil-kecil lagi sudah didedahkan dengan telefon bimbit dan TV contohnya, tidak hanya itu memandangkan kita masih berada dalam era pandemik, anak-anak juga banyak belajar menggunakan komputer dan internet. Ada juga ibu bapa yang sengaja memberika gajet kepada anak-anak supaya mereka tidak merengek atau menangis. Masalah mula timbul apabila mereka mula taksub dan ketagih dengan gajet.

Jadi, sebagai ibu bapa kita perlu memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan anak-anak tidak taksub dengan gajet serta dapat mengurangkan ‘screen time’.

Berikut adalah perkongsian seorang pengguna Facebook, Ameen Misran, mengenai caranya mendidik anak-anaknya tentang penggunaan gajet. Ikuti perkongsian tersebut:

Saya Buang “Youtube Kids” dan “Youtube”

Setelah seminggu saya buang Youtube dan Youtube for Kids dalam peranti Android Box untuk anak-anak, saya dapati anak-anak berubah.

Mereka kurang marah, kurang merengek, kurang ‘attached’ dengan TV, bila waktu tutup tidak marah, tidak meminta-minta cerita apa hendak tonton, nampak lebih bertenang mereka ni. Seronok saya.

Saya pun membaca sedikit tentang keadaan ini. Rupanya anak ini, bila mereka sudah pandai pegang ‘remote’, mereka akan rasa ‘anxious’ untuk tukar-tukar cerita atau cari ‘keywords’ di Youtube/Youtube For Kids sehingga mereka puas hati.

Sama juga macam kita yang sudah besar panjang. Kita ada ‘anxiety’ tak bila tengok Youtube? Bila semakin banyak cerita yang kita gemar keluar di ‘suggestion’ Youtube, makin seronoklah kita sebab banyak cerita yang kita suka tengok. Agaknya apa kesan pada anak?

Sebagai alternatif kepada anak-anak, mereka masih boleh tonton Netflix Kids, Disney+Hotstar dan saya baru tambah UnifiPlayTV. Terpaksa berbelanja lebih untuk dapat siaran langsung UnifiPlayTV kerana siaran IPTV kan haram kalau beli di Shopee? Saya pun tak nak rasa bersalah.

Bagus siaran TV yang ‘live’ ni tuan-tuan puan puan, anak-anak tidak boleh pilih nak tengok cerita apa, seterusnya mereka lebih “bertenang” dan “bersabar” berbanding Youtube yang bersifat ‘user-centered’. Tukar-tukar antara Nickelodeon atau Cartoon Network. Kemudian saya boleh buka ‘documentary channels’ untuk beri mereka tengok cerita selain ‘cartoon’ seperti ‘wildlife’ atau ‘sealife’.

Kemudian ada iklan, yang bagi anak-anak bertenang. Dulu saya kecil, masa iklan lah bergegas pergi ke tandas supaya tak terlepas sambungan cerita. Anak-anak sekarang nak pergi tandas je, tekan ‘pause’, baru pergi. Takda rasa ‘sense of urgency’ pun haha

Point’ disini, mari kita kawal ‘screen time’ anak-anak.

Sumber: Facebook

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MET Malaysia keluar amaran kategori pertama ribut tropika Megi

0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada 11 April mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu.

Menurut kenyataan MET Malaysia yang dikeluarkan pada 10 pagi 11 April 2022 berkenaan status terkini Ribut Tropika Megi, keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Ribut tropika Megi itu berada di kedudukan kira-kira 144 kilometer ke barat laut Surigao City, Filipina dan 950 kilometer ke timur laut Sandakan, Sabah dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j.

Orang awam dinasihatkan agar lebih peka dan mengikuti perkembangan semasa mengenai situasi tersebut dan boleh mendapatkan maklumat yang dikemas kini pada setiap tiga jam di laman web dan aplikasi myCuaca ataupun talian hotline MET Malaysia.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Saya hendak makan!” Reaksi comel gadis ini lepas kena bius tanya bila boleh makan kemudian berdengkur undang tawa

0

Ketika menjalani pembedahan, seorang itu perlu menjalani proses anaesthesia atau bius untuk membolehkan pesakit ‘tidur’ dan tidak berasa sakit.

Biasanya selepas dibius, pesakit akan berasa pelik dan keliru, badan rasa semut-semut dan jadi ringan seperti melayang-layang di udara.

Itulah yang dialami oleh seorang gadis comel bernama Delila yang menjadi keliru akibat ubat bius yang belum tinggalkan badannya selepas dia selesai menjalani pembedahan. 

TikTok

Rakaman lucu oleh rakannya di TikTok menjadi tular dengan lebih 1.2 juta tontonan selepas Delila meminta makan ayam goreng dengan bertanya bila masanya dia boleh makan.

TikTok

Dan tidak lama kemudian, Delila tertidur kembali dan berdengkur.

“Saya tidak mimpi, saya tidak bermimpi tahu?” tiba-tiba dia berkata dengan lucu dan tertidur.

TikTok

Kemudian dia bangun dan bertanya bila boleh makan, sudah bayangkan mengidam hendak makan ayam goreng bersama kentang dan keju.

Beberapa kali Delila yang comel tersenyum tidak sabar hendak makan, dan kemudian dia kembali berdengkur.

TikTok

Rakannya yang merakam tidak tahan tergelak di belakang kamera.

TikTok

“Oh Tuhan!” katanya yang berdekah tergelak melihat reaksi Delila yang comel melawan ubat biusnya dalam keadaan separa sedar.

TikTok

Kemudian Delila bangkit dan menangis pula, “Saya hendak makan..”

TikTok

“Ya, kita boleh makan nanti sebaik kamu bangun, kamu kena bangun dulu,” kata rakannya yang geli hati melihat Delila melayan perasaan di awang-awangan, dan lapar terliur nampak ayam goreng pula tu..

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Will Smith dilarang hadiri Oscar selama 10 tahun selepas insiden tampar Chris Rock

0

Pelakon terkenal Hollywood, Will Smith dilarang daripada menghadiri sebarang majlis anugerah Oscar selama 10 tahun akan datang, dua minggu selepas pelakon itu mengejutkan seluruh dunia dengan menampar pelawak Chris Rock di atas pentas.

Smith juga dilarang menghadiri sebarang acara lain yang dianjurkan oleh Akademi Seni dan Sains Filem sepanjang sedekad akan datang.

Anggota lembaga Akademi bagaimanapun tidak memutuskan untuk menarik balik anugerah pelakon terbaik yang dimenangi oleh Smith pada bulan lalu menerusi filem “King Richard” atau melarangnya daripada mendapat sebarang pencalonan atau kemenangan Oscar di masa hadapan.

Facebook

Filem terbaharu Smith “Emancipation” mengisahkan seorang lelaki yang berjaya membebaskan diri daripada menjadi seorang hamba dijangka ditayangkan tahun ini.

“Ahli lembaga memutuskan selama tempoh 10 tahun dari 8 April 2022, Smith dilarang menghadiri sebarang acara atau program Akademi, secara bersemuka atau secara maya,” kata Presiden Akademi, David Rubin dan Ketua Eksekutif (CEO) Dawn Hudson dalam satu kenyataan bersama.

Facebook

Dalam satu kenyataan balas, Smith berkata beliau menerima dan menghormati keputusan yang dibuat pihak Akademi.

Larangan itu bermakna Smith tidak akan menyampaikan salah satu anugerah utama di majlis anugerah Oscar tahun depan, yang menjadi tradisi untuk pemenang pelakon terbaik.

Facebook

Minggu lalu, Will Smith meletak jawatan daripada Akademi dan berkata sedia menerima sebarang hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan telah mengeluarkan beberapa kenyataan permohonan maaf pada Chris Rock, penerbit Oscar, calon anugerah serta penonton acara tersebut.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kanak-kanak lelaki 3 tahun cedera tersangkut kaki pada eskalator

0

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berdepan detik cemas selepas kakinya tersangkut di eskalator di pusat membeli-belah IOI City Mall, Putrajaya pada Ahad, 10 April.

Dalam kejadian pada jam 1.48 petang, mangsa dipercayai bersama ibu bapanya yang dikatakan sedang turun dari tingkat dua pusat membeli-belah itu dengan menggunakan eskalator sebelum kakinya tersangkut.

Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada sekitar jam 1.48 petang, sebelum anggota penyelamat tiba di lokasi pada jam 2.01 petang.

Facebook

Seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, sejurus tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kaki kanak-kanak itu tersangkut pada eskalator berkenaan.

“Kaki mangsa telah berjaya dikeluarkan,” katanya.

Facebook

“Mangsa diserahkan kepada ambulans Hospital Serdang untuk tindakan selanjutnya. Kanak-kanak berusia tiga tahun itu dalam keadaan selamat,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis mengesahkan kejadian itu kepada Astro AWANI.

Menurutnya, sebelum kejadian mangsa bersama ibu bapanya sedang membeli-belah mencari keperluan hari raya.

Facebook

“Kemungkinan kaki dia berada di tepi antara rak eskalator,” kata Norazam.

Bernama melaporkan pihak pengurusan membeli-belah telah menutup sementara eskalator itu susulan kejadian.

Punca kejadian masih belum disahkan, dan tidak dapat dipastikan bentuk kecederaan yang dialami mangsa.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Monyet resah anak kucing terperangkap di dalam perigi, selepas anak kucing diselamatkan monyet tidak mahu melepaskannya

0

Pentingnya kasih sayang sesama makhluk tidak dapat disangkal lagi biarpun berlainan spesies. Dengan wujudnya kasih sayang, pasti hidup akan lebih ceria dan bermakna. Kadangkala, daripada kasih sayang yang ditunjukkan itulah kita dapat mempelajari sesuatu nilai murni yang mana ia perlu diterapkan dalam diri kita. Video mengenai kasih sayang sesama makhluk ini memaparkan kisah monyet yang resah yang cuba menyelamatkan anak kucing yang terperangkap di dalam perigi. Menariknya, selepas anak kucing itu diselamatkan, si monyet tidak mahu melepaskannya!

Seekor monyet bertindak memanjat perigi tatkala terdengar bunyi anak kucing mengiau. Apabila melihat anak kucing yang begitu kasihan kerana terperangkap di dalam perigi itu membuatkan si monyet turun ke dalam perigi dan mendekati anak kucing itu. Anak kucing itu tidak berganjak ketika monyet memegangnya kerana ia telah terperangkap di dalam lumpur.

Monyet itu cuba mengangkat anak kucing itu tetapi tidak tahu harus bagaimana ia boleh mengeluarkan anak kucing itu dari dalam perigi. Perigi tersebut tidaklah begitu dalam tetapi masih sukar untuk si monyet mengeluarkan anak kucing tersebut. Monyet itu memanjat perigi seperti mahu mencari idea bagaimana ia dapat membantu anak kucing tersebut.

Selepas beberapa kali cubaan mengeluarkan anak kucing itu tidak berjaya, seorang kanak-kanak perempuan turun ke dalam perigi untuk membantu mengeluarkan anak kucing tersebut. Pada mulanya monyet itu kelihatan enggan menerima bantuan kanak-kanak tersebut, mungkin kerana beranggapan kanak-kanak itu akan membawa lari anak kucing tersebut. Nampaknya monyet itu telah jatuh sayang pada anak kucing itu.

Selepas mengambil anak kucing itu, kanak-kanak itu meletakkan anak kucing tersebut dipinggir perigi yang disambut oleh monyet. Seakan doktor yang memeriksa pesakit, monyet itu memeriksa badan anak kucing itu. Mungkin monyet itu mahu memastikan anak kucing itu tidak mengalami apa-apa kecederaan. Monyet itu memeriksa anak kucing itu dengan berhati-hati dan penuh kasih sayang.

Selepas turun dari pergi, beberapa kanak-kanak cuba mengambil anak kucing itu daripada pelukan si monyet. Namun, monyet tersebut enggan bekerjasama, malah marah kepada mereka yang cuba mendekati anak kucing itu. Kanak-kanak itu mahu membersihkan anak kucing itu tetapi telah disalah tafsirkan oleh si monyet. Monyet tersebut tidak berdiam diri dan bertindak melarikan anak kucing itu menjauhi kumpulan kanak-kanak itu.

Akhirnya selepas beberapa kali dipujuk, monyet tersebut akur dan menyerahkan anak kucing itu kepada seorang wanita. Wanita berkenaan telah menyediakan susu, mungkin untuk anak kucing dan monyet tersebut. Wanita itu mengelap badan anak kucing yang dikotori lumpur.

Monyet yang telah menyelamatkan anak kucing itu tidak mahu berenggang langsung dengan anak kucing itu. Monyet itu memeluk anak kucing itu untuk menenangkannya. Ternyata monyet itu benar-benar sayangkan anak kucing itu, seolah-olah ia tidak mahu melepaskannya.

Pengajaran daripada kisah ini ialah biarpun berlainan spesies, kasih sayang harus dipupuk tanpa syarat.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Penyelam hilang di Mersing: Bapa sahkan anak meninggal dunia – Maritim Johor

0

MERSING: Penyelam warga Belanda, Nathen Renze Chesters, 14, yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas disahkan telah meninggal dunia oleh bapanya warganegara Britain, Adrian Chesters, 46.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Adrian memaklumkan anaknya meninggal dunia kerana terlalu lemah dan tidak dapat bertahan.

Katanya Pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia bagi membantu mencari mangsa.

“Penyelam warga Norway, Kristine Grodem, 35 tahun, penyelam warga Perancis, Alexia Molina, 18 tahun, dan penyelam warga Britain, Adrian Chesters, 46 tahun, selamat ditemukan.

Adrian Peter dan Alexia Molina ditemukan selamat oleh nelayan Indonesia kira-kira jam 1 pagi semalam, pada kedudukan kira-kira 70 batu nautika atau 100 kilometer dari lokasi terakhir mereka dilaporkan hilang.

Kedua-duanya kini berada di sebuah hospital swasta di Pasir Gudang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Bagaimanapun, seorang remaja lelaki Nathen Renze, 14 tahun, yang masih belum ditemui telah disahkan meninggal dunia oleh bapanya, Adrian Chester, akibat terlalu lemah dan tidak dapat bertahan.

“Nathan Renze, yang dipercayai telah meninggal dunia dan hanyut ke perairan Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Terdahulu pada Rabu, empat penyelam dilaporkan hilang ketika latihan menyelam di sekitar perairan Pulau Tokong Sanggol, Perairan Mersing.

Bagaimanapun pada Khamis, Kristine ditemukan selamat pada kedudukan 30 batu nautika dari lokasi mangsa dipercayai hilang kira-kira jam 8.15 pagi oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand.

Jelas Nurul Hizam, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua agensi dan pihak terlibat sepanjang Op Carilamat ini berlangsung.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Waspada e-mel palsu status permohonan Pengeluaran Khas KWSP, jangan klik pautan mencurigakan

0

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi peringatan mengenai e-mel palsu berkaitan Status Permohonan Pengeluaran Khas. Ramai yang telah membuat semakan status pengeluaran khas bermula 9 April 2022 bagi mengetahui status kelulusan permohonan KWSP.

Perlu diingat pada masa yang sama terdapat scammer di luar sana yang memperhatikan anda dengan menjalankan sindiket penipuan penghantaran e-mel.

Untuk mengelak anda daripada melayan e-mel seperti ini, pastikan dengan meneliti alamat e-mel penghantar, dan jangan klik pautan mencurigakan.

Twitter

Sekiranya anda berasa musykil dan sangsi, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk pengesahan lanjut.

KSWP telah memberi peringatan ini kepada semua ahlinya agar tidak berkongsi status Pengeluaran Khas KWSP di media sosial.

“Ini kerana scammer sentiasa memerhatikan tindakan anda..”

KWSP dalam hantaran di media sosial berkata pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan Pengeluaran Khas.

Twitter

Untuk makluman, Pengeluaran Khas KWSP telah dibuka mulai 1 April 2022 sehingga 30 April 2022. Permohonan boleh dibuat melalui pautan: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Memandangkan ramai yang teruja dengan kebenaran Pengeluaran Khas ini, ada yang bertindak berkongsi maklumat peribadi seperti MyKad, nombor telefon, alamat rumah dan jumlah pengeluaran.

Untuk pengetahuan semua, maklumat ini adalah sulit dan pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan jika anda mendedahkan perkongsian status permohonan KWSP anda terutamanya para scammer. Jadi anda dinasihatkan supaya berhati-hati. 

Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi anda kepada sesiapa pun, kerana KWSP hanya melakukan proses Pengeluaran Khas dengan pengesahan anda sahaja tanpa melantik mana-mana pihak ketiga.

Berikut adalah cara anda membuat semakan status Pengeluaran Khas KWSP, melalui portal dengan pautan di atas.

Terdapat dua status Pengeluaran Khas KWSP

1. Permohonan Anda Telah Diterima

Twitter

Ini bermakna Pengeluaran Khas KWSP anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.

Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 dalam satu bayaran sahaja.

2. Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod

Twitter

Ini bermakna KWSP memaklumkan agar anda menyemak semula maklumat dan butiran peribadi anda seperti kemas kini nombor telefon pintar dan kad pengenalan. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa pendaftaran dan permohonan dibuat.

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama, hubungi hotline Pengeluaran Khas di 03-89224848 pada waktu bekerja untuk mendapatkan maklumat lanjut.

KWSP sebelum ini memaklumkan semakan status permohonan adalah prosedur umum permohonan bagi membolehkan pemohon membuat semakan dan memastikan permohonan yang dihantar tidak mempunyai isu-isu lain.

Twitter

Kelulusan Pengeluaran Khas adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti berikut:

  • Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan.
  • Ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
  • Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.
Twitter

Amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan: 

1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000

2. Amaun pengeluaran minimum adalah RM50

3. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1

4. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Cara bayaran:

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

  • Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas KWSP berjalan lancar:
  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/syarikat)

Tarikh akhir permohonan Pengeluaran Khas adalah 30 April 2022.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Cara jimatkan bil elektrik walaupun guna penyaman udara di rumah

0

Memandangkan cuaca di negara kita sememangnya panas dan membahang ramai yang sering berada dalam keadaan tidak selesa terutama ketika tengah hari. Apa yang membuatkan ramai tidak selesa ialah apabila kipas yang sudah dipasang laju pun belum mampu untuk memberikan kedinginan.

Jadi, ramai yang mula menggunakan penyaman udara atau ‘air conditioner’ di rumah. Namun, penggunaan ‘aircond’ akan membuatkan bil elektrik melambung tinggi sehingga boleh mencecah RM200 sebulan!

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa dengan teknik dan cara penggunaan yang betul, tenaga elektrik dapat dijimatkan ketika menggunakan penyaman udara. Berikut adalah tips yang boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan elektrik semasa menggunakan penyaman udara.

1. Beli penyaman udara yang mempunyai ‘horsepower’ (HP) yang mencukupi.
Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang bersaiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP. Ada yang cakap penyaman udara 0.5HP sudah cukup ekoran saiz bilik hanya kecil.

Sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1 HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Namun, jika 2.0HP ia sudah terlebih power pula.

Tujuan memiliki HP yang cukup ialah supaya pergerakan kompresor dapat dikurangkan. Hal ini kerana, makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi tenaga elektrik digunakan. Jadi, kalau boleh kita kurangkan pergerakan kompresor agar dapat menjimatkan penggunaan elektrik.

2. Gunakan aircond yang memiliki teknologi inverter.
Penggunaan inverter bertujuan untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Bila elektrik pada kompresor lebih stabil, kita dapat menjimatkan elektrik.

Inverter pula hanya akan dapat berfungsi sepenuhnya selepas suatu tempoh yang panjang dan kebiasaannya selepas 4 jam.

3. Tetapkan aircond pada suhu yang betul.
Ramai pengguna yang sering melakukan kesilapan ketika ini. Mereka majoritinya akan menetapkan suhu penyaman udara terus pada suhu yang tinggi seperti 23 darjah celsius dan menetapkan kipas pada tahap 2. Kemudian mereka terus membiarkan penyaman udara terus terpasang sehingga pagi.

Cadangan yang sebaiknya ialah apabila sampai di rumah, buka penyaman udara pada suhu terendah misalnya pada suhu 16 darjah celsius dan kipas yang paling kuat misalnya pada tahap 4 dan biarkan bilik tu selama lebih kurang 30 hingga 45 minit.

Selepas itu, barulah anda boleh tetapkan pada suhu 25 atau 26 darjah celsius dan kipas pula boleh tetapkan pada tahap 2. Penyaman udara paling banyak mengunakan elektrik ketika ia dibuka kerana ketika itu kompresor mula bergerak dan lama-kelamaan penggunaan tenaga sudah boleh dikurangkan.

4. Jangan selalu buka dan tutup penyaman udara.

Ramai yang melakukan hal seperti ini terutama ketika tidur. Apabila mereka sejuk mereka akan menutup penyaman udara dan apabila panas mereka akan membukanya semula. Jika terlalu kerap melakukannya ia akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

5. Lakukan penyelengaraan (service) penyaman udara setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali.

Mungkin ramai yang selalu terlepas pandang akan hal ini. Akibatnya penyaman udara mereka langsung tidak disentuh selama berbulan-bulan dan ada juga yang memakan masa betahun-tahun. Paling tidak pun pastikan anda service penyaman udara anda sekali setahun.

Penyaman udara yang tidak diselenggara akan membuatkan ianya tidak lagi begitu sejuk. Hal ini akan membuatkan anda sering menukar tetapan suhu pada penyaman udara sedangkan masalahnya hanya penapisnya yang kotor.

Selain itu, penyaman udara juga boleh kemungkinan akan rosak jika dibiarkan tanpa diselenggara. Jadi, suka atau tidak anda peru melakukan ‘service’ sekurang-kurangnya sekali setahun jika tidak mahu wang anda melayang utnuk membeli penyaman udara yang baru.

Memandangkan penyaman udara sememangnya menggunakan banyak tenaga elektrik adalah lebih baik jika anda membukanya ketika benar-benar mahu menggunakannya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: