Salah seorang warganet berkata, “Macam ‘oven’ sudah!”
Mana tidaknya apabila para penumpang penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang dalam perjalanan ke Sabah meluahkan rasa kekecewaan apabila terpaksa kena ‘panggang’ selama 1 jam akibat pesawat berkenaan mengalami masalah kerosakan penyaman udara.

Tambah lagi selepas 2 tahun ramai anak perantau tidak dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung, rasa teruja yang dinanti itu sedikit menjadi hambar ekoran insiden ini.
Seorang pengguna TikTok dan Facebook memuat naik pengalaman beliau yang berkata umpama ‘dipanggang’ selama 1 jam di dalam kapal terbang tanpa penyaman udara dan penerbangan ke Sabah itu juga telah tertunda selama 2 jam.

Dalam rakaman video berdurasi selama 47 saat tersebut, kelihatan beberapa anak kecil menangis dan membuka baju akibat kepanasan, dan ramai juga para penumpang lain yang berdiri dan dengan sabar mengipas diri mereka ekoran tiada penyaman udara.

Menurut hantaran Facebook itu, pesawat yang mengalami masalah kerosakan penyaman udara ini dikendalikan oleh MAS yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah.

Perkongsian ini terus menjadi tular di media sosial, dengan rata-rata warganet menyatakan rasa simpati dan memahami perasaan para penumpang yang menaiki pesawat berprestij tersebut.
Tonton video di sini.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: