31.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaJalani pembedahan jantung April lalu, keadaan Azizulhasni semakin pulih

Jalani pembedahan jantung April lalu, keadaan Azizulhasni semakin pulih

Kuala Lumpur: Pelumba basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dilaporkan semakin pulih selepas menjalani pembedahan jantung terbuka susulan disahkan menghidap masalah jantung jarang ditemui iaitu ‘anomalous aortic origin of right coronary artery’ (AAORCA).

Situasi berkenaan terjadi kepada Azizulhasni selepas disahkan mengalami masalah jantung hingga hampir menamatkan kariernya sebagai pelumba basikal negara baru-baru ini.

Tanda tanya mengenai kehilangan ‘The Pocketman’ negara itu yang secara tiba-tiba sejak awal Februari lalu akhirnya terjawab apabila sebenarnya dia bergelut dengan rawatan penyakit jantung itu sebelum melakukan pembedahan 21 April lalu.

Berkongsi pengalaman terbabit, Azizul berkata, dia mula berasa sakit di bahagian dada sejak menjalani latihan pada awal Februari lalu sebelum merujuk situasi berkenaan kepada pakar perunding jantung kardiologi di Melbourne, Doktor Barveen Aisha Abu Baker bagi menjalani pemeriksaan dan ujian yang lebih teliti.

Katanya, hasil daripada siri ujian terbabit mendapati dia menghidapi AAORCA.

“Keadaan ini jarang ditemui dan pakar bedah di Australia memutuskan bahawa perlu menjalani pembedahan pembetulan (corrective surgery) kerana risiko ‘sudden cardiac arrest’ (serangan jantung) yang tinggi.

“Selain itu, situasi berkenaan tidak boleh buat main kerana boleh terkena serangan jantung kerana kebanyakan atlet lain yang terkena penyakit berkenaan mungkin sudah meninggal dunia dan hanya menyedari selepas melakukan bedah siasat,” katanya, dalam sidang media secara atas talian sebentar tadi.

NILAI, 25 Ogos — Atlet berbasikal trek Terengganu Mohd Azizulhasni Awang melakukan ‘wheelie’ dengan gaya tersendiri pada Kejohanan Trek Kebangsaan 2019 di Velodrom Nasional Malaysia hari ini. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Selain itu pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu berkata, dia terpaksa melakukan pembedahan segera memandangkan penyakit berkenaan akan menyebabkan keadaannya bertambah parah dan berisiko tinggi terkena serangan jantung.

“Saya ada bertanya kepada pakar perubatan jika saya berhenti bersukan adakah penyakit berkenaan akan berkurangan atau sembuh namun mereka menyatakan bahawa keadaan akan bertambah buruk lagi.

“Selepas melakukan pembedahan, keadaan saya memang lain kerana cepat penat dan ada satu ketika berasa terlalu letih dan tidur seharian,” katanya.

Awal tahun ini boleh dikatakan tempoh cukup mencabar buat Azizul selain disahkan menghidap masalah jantung, dia juga kehilangan ayahnya Awang@Muda Embong, 73, meninggal dunia akibat strok.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli memaklumkan bahawa pembedahan pembetulan itu iaitu ‘reimplantation of the right coronary artery’ dijalankan melalui teknik ‘minimally invasive surgery via mini-sternotomy’ yang bertujuan membantu mempercepatkan proses pemulihan Azizul.

“Kos pembedahan beliau telah dibiayai melalui skim insurans yang dicarum oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN).

“Azizul berehat di rumah beliau di Melbourne Australia di bawah pemantauan pasukan perubatan. Pada masa yang sama, pasukan pakar perubatan sukan ISN dan pakar kardiologi sukan Institut Jantung Negara (IJN) sedang memperhalusi beberapa kriteria serta elemen penting dalam merangka program pemulihan Azizul yang turut meliputi sokongan perkhidmatan sains sukan,” katanya.

Bercakap mengenai keadaan selepas pembedahan, beliau memberitahu bahawa keadaanya semakin pulih walaupun menghadapi sedikit keletihan, dan dinasihatkan untuk berehat selama beberapa minggu.

Mohd Azizulhasni, yang dinobatkan sebagai Olahragawan 2019/2020 baru-baru ini, buat kali keempat selepas 2009, 2010 dan 2017, menjadi pelumba negara pertama memenangi pingat Olimpik selepas membawa pulang gangsa bagi acara keirin pada Olimpik Rio 2016, sebelum merangkul perak di Tokyo.

Beliau turut mencipta sejarah apabila menjuarai acara keirin pada Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI