34.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupCara buat persediaan awal untuk hadapai krisis kekurangan bekalan semasa bencana alam

Cara buat persediaan awal untuk hadapai krisis kekurangan bekalan semasa bencana alam

Mungkin ramai yang masih tidak sedar bahawa bencana alam boleh terjadi bila-bila masa terutama di kawasan-kawasan atau negra tertentu. Antara krisis yang bakal dialami ketika bencana ialah kekurangan bekalan makanan.

Menurut Diane Vukovic di laman web Primalsurvivor.com, ada memberitahu bahawa walaupun ketakutan adalah pendorong yang hebat, ia walau bagaimanapun tidak membantu orang ramai untuk membuat keputusan yang bijak.

“Tidak kira betapa takutnya anda akan kejadian yang bakal berlaku, anda masih perlu membuat persediaan dengan cara yang tenang dan logik,” kata Vukovic kepada The Epoch Times.

Ramai yang melihat kejadian krisis bekalan makanan sebagai ‘teori konspirasi’ jadi idea untuk membuat persiapan dan persediaan terhadap krisis tersebut tidak banyak dilakukan. Banyak “penyedia” dalam talian mengatakan bahawa hanya peratusan kecil rakyat Amerika yang bersedia untuk berhadapan dengan kekurangan makanan yang bakal terjadi.

Walau bagaimanapun, persediaan untuk berhadapan dengan krisis ini agak membimbangkan orang ramai ekoran pendapatan yang terhad akibat inflasi hari ini. Namun begitu, menurut Vukovic kos untuk melakukan persiapan dan persediaan adalah masih rendah dan tidak begitu mahal.

“Kemungkinan anda tidak memerlukan topeng gas yang mahal, jaket kalis peluru, atau peralatan ‘survival’ lain seperti yang digembar-gemburkan. Anda akan melihat bahawa kebanyakan bekalan persediaan adalah sangat murah,” kata Vukovic.

Apa yang penting ialah jangan membeli kerana takut atau panik.

“Saya cadangkan untuk menulis senarai bencana yang paling mungkin berlaku di kawasan anda. Bagi kebanyakan orang di Amerika Syarikat, ia adalah gempa bumi, banjir, taufan, kebakaran hutan dan gangguan bekalan elektrik. Kemudian, buat senarai barang-barang yang perlu disediakan untuk berhadapan dengan bencana ini,” katanya.

Hos Prepperwebsite.com, Todd Sepulveda mengesyorkan orang ramai yang mempunyai bajet yang terhad mula memuat persediaan mengikut item yang diperlukan dalam menu seperti makanan kering dan makanan dalam tin, yang masih banyak dijual di kedai runcit.

“Orang ramai yang cuba menyediakan simpanan makanan kadang-kadang pergi ke kedai runcit dan mula membeli barangan secara rawak. Kemudian, barulah mereka mula memikirkan bagaimana untuk menggunakan barangan tersebut,” kata Sepulveda kepada The Epoch Times.

Sepulveda menasihatkan untuk mula membuat menu bagi sarapan, makan tengah hari dan makan malam selama seminggu seperti biasa yang dimakan oleh keluarga. Kemudian, buat senarai barangan runcit dan simpan salinan tersebut untuk minggu berikutnya.

“Jika anda ingin menyimpan makanan selama sebulan pada satu masa, hanya gandakan senarai barang dapur anda sebanyak empat kali,” kata Sepulveda.

“Anda boleh menyediakan makanan yang lebih bervariasi jika anda membuat menu untuk setiap dua minggu. Dengan cara itu, anda tidak perlu makan makanan yang sama setiap minggu.”

Menyimpan makanan adalah tidak sukar dan tidak perlu mahal—”anda hanya perlu merancangnya,” kata Sepulveda.

Laman web lain yang dapat memenuhi permintaan untuk melakukan persediaan termasuklah Graywolf Survival, Apartment Prepper, Bioprepper, Mom With A Prepper, The Prepared dan banyak lagi.

Laman web ini dapat menyediakan pelbagai jenis persediaan untuk berhadapan dengan bencana—daripada mencipta kit kecemasan, menyediakan bekalan perubatan dan pertolongan cemas, penapis air, alat memasak tanpa elektrik, tenaga suria.

“Walaupun anda tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan, anda masih mempunyai bajet dan, ya, ada kemungkinan anda perlu membuat persediaan yang tidak menggunakan wang,” kata Vukovic.

Dia berkata sebaik sahaja anda mempunyai senarai semua yang anda perlukan, utamakan item seperti plastik sampah dan baldi yang lebih murah atau lebih baik jika boleh didapatkan secara percuma.

“Untuk memastikan anda tidak lupa apa-apa yang penting, bahagikan senarai anda kepada beberapa kategori. Semasa anda membeli bekalan, pastikan anda mendapatkan item dari setiap kategori.

Kategori bekalan kritikal seperti makanan dan air, kesihatan dan kebersihan, pemanasan, pencahayaan, elektrik, alat pembersihan selepas bencana, keselamatan diri dan radio kecemasan untuk komunikasi.

Hidup Mengikut Kemampuan Anda

Walaupun anda tidak mempunyai wang untuk membuat persediaan, anda perlu tahu tentang cara untuk bertahan hidup dengan cara menyediakan bekalan walaupun dengan bajet yang sedikit.

“Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan baldi percuma dari kedai tempatan. Dalam keadaan kecemasan, baldi tersebut boleh digunakan untuk menadah air hujan,” kata Vukovic.

Jika anda mempunyai bajet yang kecil, bahagikan senarai anda kepada barangan mahal dan barangan murah seperti makanan dalam tin, ‘tarp’, pita dan bahan peluntur.

“Beli beberapa item murah setiap minggu dan ketepikan sejumlah wang setiap minggu atau bulan untuk beli barangan yang lebih mahal,” kata Vukovic.

“Pertimbangkan untuk membeli-belah di kedai barangan terpakai, pasar lambak untuk mendapatkan harga yang lebih rendah bagi membeli barangan terpakai.”

Bagi mereka yang bernasib baik kerana mempunyai bahet yang besar, Vukovic mengesyorkan bahawa persediaan boleh dimulakan dengan menahan keinginan untuk membeli peralatan dan bekalan “mewah” dan mahal.

Sebaiknya, gunakan bajet yang ada untuk mendapatkan barangan yang berkualiti dan pastikan barangan yang dibeli adalah item yang benar-benar diperlukan.

Selain itu, adalah penting untuk orang ramai memastikan dokumen-dokumen penting mereka diletakkan di tempat yang selamat atau membuat salinan kepada dokumen-dokumen tersebut atau membuat ‘backup’.

“Sebagai contoh, jika seluruh rumah anda musnah dalam kebakaran, mengetahui nombor polisi insurans anda dan mempunyai senarai barang berharga di rumah akan memudahkan untuk mendapatkan bayaran balik.

“Begitu juga, jika anak-anak anda terpaksa bertukar sekolah selepas bencana, anda akan boleh menarik nafas lega kerana anda sudah membuat salinan rekod sekolah mereka.”

Tambahan lagi, ‘backup’ dokumen yang disimpan tidak memerlukan sebarang kos tambahan.

“Anda boleh meletakkannya di dalam USB secara sulit dan menyimpannya di tempat selamat seperti di bank atau lokasi selamat yang lain. Terdapat juga beberapa platform storan awan selamat yang boleh anda gunakan,” kata Vukovic.

“Semasa anda melakukannya, simpan juga semua foto keluarga anda. Jika rumah anda musnah, sekurang-kurangnya anda tidak akan kehilangan semua gambar bayi dan kenangan kecil anak-anak anda.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI