30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
UtamaBerita Utama16 cedera, gelongsor air di taman tema pecah secara tiba-tiba

16 cedera, gelongsor air di taman tema pecah secara tiba-tiba

SURABAYA- Seramai 16 pengunjung sebuah taman tema di Kenjeran, Surabaya, Jawa Timur, dilapor cedera selepas sebahagian tiubnya gelongsor air pecah ketika orang ramai sedang leka bermain permainan tersebut.

Memetik laporan Kompas.com, lapan orang daripada mangsa dilaporkan parah dalam kejadian pada petang Sabtu, 7 Mei 2022. Kejadian tragis tersebut dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 1.45 petang waktu tempatan.

Berdasarkan data petugas Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Surabaya, 16 orang mangsa yang terlibat sebahagian besarnya adalah kanak-kanak.

Ketua BPBD Kota Surabaya, Ridwan Mubarun memberitahu bahawa hasil siasatan mendapati kejadian berkenaan bermula apabila sambungan papan gelongsor air yang digunakan itu tiba-tiba runtuh ketika pengunjung bermain di atasnya.

“Kami percaya punca komponen gelongsor itu runtuh disebabkan oleh strukturnya sudah uzur,” tambahnya lagi.

Permainan gelongsor air itu berketinggian 10 meter, merupakan salah satu tarikan utama di taman tema tersebut.

Menurut laporan awal, sambungan tiub gelongsor sebelum itu dikatakan bocor, tetapi pengunjung tetap bermain sehingga melebihi had, tanpa menghiraukan tentang keselamatan diri.

Menurut Wakil Walikota Surabaya, Armuji, seramai tujuh pengunjung telah dikejarkan ke Hospital Soewandhi akibat cedera ringan, manakala lapan lagi dikejarkan Hospital Dr Soetomo akibat kecederaan parah.

Armuji berkata, beliau telah mengarahkan semua kemudahan awam dan taman permainan di taman tema itu diperiksa segera supaya kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi.

Video kejadian pengunjung terjatuh selepas tiub gelongsor itu pecah mula tular sejak petang Sabtu.

Kelihatan dalam video itu air mula keluar pada bahagian tepi tiub gelongsor sebelum beberapa pengunjung jatuh bersama-samanya.

Menurut saksi yang berada berhampiran tempat kejadian, beberapa saat sebelum gelongsor jatuh, dia telah mendapati gelongsor air bocor dengan serius, dan kemudian melihat gelongsor jatuh di hadapannya, dan orang ramai yang ada di situ tidak mampu untuk bertindak.

Ramai yang mengalami cedera parah, kebanyakannya di kepala, ada yang terkejut, dan tiga daripada kanak-kanak yang jatuh kelihatan seperti mengalami patah tangan dan kaki.

Menurut Bambang Irianto, ketua Taman Air Kenjeran, pasukan mereka kerap melakukan penyelenggaraan berkala ke atas kemudahan taman air, dan penyelenggaraan terakhir ke atas gelongsor air itu telah dijalankan sembilan bulan lalu.

Menurutnya lagi, secara amnya seramai 300 hingga 400 pelancong menaiki gelongsor tersebut setiap hari, namun memandangkan perayaan Aidilfitri, jumlah pengunjung yang bermain gelongsor tersebut mungkin mencecah 1,000 orang, jadi tiub gelongsor tersebut pecah disyaki akibat lebihan muatan.

Beliau juga berkata bahawa hanya 5-10 orang dibenarkan menaiki gelongsor air pada satu-satu masa, tetapi ketika kemalangan berlaku mereka mendapati gelongsor dalam keadaan terlebih muatan.

Lokasi tersebut kini ditutup serta-merta terutama kawasan taman air bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI