26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaGlobal"Jenayah, tidak berperikemanusiaan, tidak beretika": EU lulus resolusi mengutuk penuaian organ oleh...

“Jenayah, tidak berperikemanusiaan, tidak beretika”: EU lulus resolusi mengutuk penuaian organ oleh rejim PKC

Parlimen Eropah sepakat menerima pakai resolusi dalam menyuarakan “kebimbangan serius” mengenai penuaian organ paksa oleh rejim Parti Komunis China (PKC) secara berterusan, sambil menyeru negara anggotanya untuk mengutuk penganiayaan itu secara terbuka.

“Parlimen menyatakan kebimbangan serius berkaitan laporan penuaian organ yang berterusan, sistematik, tidak berperikemanusiaan dan dibenarkan oleh negara daripada banduan di China, dan lebih khusus daripada pengamal Falun Gong,” menurut kenyataan bertarikh 5 Mei dalam teks resolusi berkenaan.

Ahli Parlimen “menganggap amalan penuaian organ daripada banduan hidup yang dijatuhkan hukuman mati dan banduan kerohanian di China mungkin sama dengan jenayah terhadap kemanusiaan,” petikan teks itu.

Gambar oleh Larry Dye / The Epoch Times

Panel bebas pada tahun 2019, dikenali Tribunal China, mendapati rejim PKC telah bertahun-tahun membunuh tahanan kerohanian untuk pemindahan organ mereka pada skala yang besar, dan amalan itu masih berterusan. Tribunal memutuskan tindakan sedemikian adalah jenayah terhadap kemanusiaan dan mangsa utama yang ditahan adalah pengamal Falun Gong.

Falun Gong ialah amalan kerohanian yang terdiri daripada latihan meditasi dan ajaran moral berdasarkan prinsip Sejati, Baik, Sabar. Pada tahun 1999, pengamal menjadi sasaran kempen penganiayaan yang meluas oleh Beijing selepas populariti amalan itu dianggap sebagai ancaman kepada kawalan autoritarian rejim komunis ke atas masyarakat. Berjuta-juta pengamal Falun Gong yang ditahan di seluruh negara pada dasarnya telah bertukar menjadi bank organ sukarela secara besar-besaran untuk sistem pemindahan organ oleh rejim PKC yang rakus.

Sejak laporan pengambilan organ secara paksa pertama kali muncul pada pertengahan 2000-an, rejim PKC telah berulang kali menafikan dakwaan itu termasuk menolak akses luar ke kemudahan perubatan dan tahanan untuk mengesahkan tuntutan itu.

Resolusi EU menyatakan rejim enggan memberi keterangan di hadapan Tribunal China.

Resolusi itu mengecam kurangnya badan pengawasan bebas untuk melihat sama ada tahanan telah memberikan persetujuan untuk pendermaan organ, dan sikap berdiam diri pihak berkuasa China mengenai laporan bahawa keluarga telah dihalang daripada menuntut mayat orang tersayang yang meninggal dunia dalam tahanan.

Resolusi empat muka surat itu, yang diterima pakai dengan persetujuan mengangkat tangan pada 5 Mei, merupakan kenyataan awam pertama dari Kesatuan Eropah mengenai isu itu sejak tahun 2013, apabila Parlimen Eropah mula-mula memberi notis kepada Beijing bahawa amalan pengambilan organ secara paksa adalah tidak boleh diterima.

Selain mengutuk penderaan di khalayak ramai, resolusi itu berkata, EU dan negara anggotanya harus membangkitkan isu penuaian organ “pada setiap Dialog Hak Asasi Manusia”, membangkitkan isu untuk melibatkan diri dengan rakan kongsi, dan mengambil tindakan yang perlu untuk menghalang rakyat mereka daripada mengambil bahagian dalam pelancongan pemindahan ke China. Institusi yang berkaitan, katanya, harus mempertimbangkan semula kerjasama mereka dengan rakan sejawatan dari China dalam bidang perubatan berkaitan pemindahan, penyelidikan dan latihan.

Gambar oleh Chung I Ho / The Epoch Times

Hak Asasi Manusia ‘Bukan Pilihan’

Kelulusan resolusi itu dibuat tiga hari lebih awal daripada lawatan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Michelle Bachelet yang dirancang ke China, dan Parlimen Eropah dalam resolusi itu menggesa badan hak asasi manusia untuk menyiasat isu berkenaan semasa lawatan.

Pegawai tertinggi dasar luar EU, Josep Borrell pada sehari sebelumnya mengetengahkan isu itu semasa perbahasan parlimen, dengan berkata 27 anggota blok “mengutuk sekeras-kerasnya amalan jenayah, tidak berperikemanusiaan dan tidak beretika penuaian organ secara paksa”.

“Menghormati hak asasi manusia bukanlah satu pilihan, tetapi satu keperluan dalam semua bidang, termasuk dalam bidang perubatan dan etika yang mencabar dalam pendermaan dan pemindahan organ,” katanya dalam ucapan disediakan oleh Jutta Urpilainen, pesuruhjaya untuk perkongsian antarabangsa, bagi pihaknya.

Kajian perubatan bulan April yang diterbitkan dalam American Journal of Transplantation mengenal pasti berpuluh-puluh penerbitan di China di mana pakar perubatan mengeluarkan jantung dan paru-paru daripada individu untuk pemindahan tanpa mengikut protokol standard untuk mewujudkan kematian otak. Ini bermakna pesakit dibunuh untuk organ mereka dan beratus-ratus profesional perubatan yang terlibat bertindak sebagai “pelaksana hukuman” untuk negara, kata penulis.

Ucapan Borrell mendapat pujian daripada Wakil Amerika Syarikat Gus Bilirakis (R-Fla.), yang berkhidmat sebagai pengerusi bersama Kongres Caucus dan Kebebasan Beragama Antarabangsa.

Pegawai Tertinggi Dasar Luar EU Josep Borrell (Gambar oleh Julien Warnand/Pool/REUTERS)

“Rekod hak asasi manusia China yang keji, termasuk amalan tidak berperikemanusiaan dalam penuaian organ terhadap etnik dan agama minoriti, tidak akan lagi diletak di bawah permaidani,” katanya kepada The Epoch Times. “Adalah penting bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya menghantar mesej yang tegas serta tidak berbelah bahagi dalam mempertahankan hak asasi manusia juga memberi perlindungan untuk semua orang.”

Yang lain percaya langkah itu masih jauh dalam menyelesaikan masalah.

Torsten Trey, pengarah eksekutif kumpulan advokasi etika perubatan Doctors Against Forced Organ Harvesting, menyatakan masyarakat antarabangsa telah berpanjangan berdiam diri mengenai perkara itu.

“Tiga tahun telah berlalu sejak Tribunal China membuat kesimpulan bahawa China membunuh orang untuk organ mereka. Selama lebih dua dekad China telah menganiaya pengamal Falun Gong dan mungkin membunuh lebih sejuta daripada mereka, mungkin lebih ramai daripada di Ukraine sehingga hari ini,” katanya kepada The Epoch Times.

Berbanding dengan tindak balas dunia terhadap perang di Ukraine, resolusi itu adalah “seruan lemah kepada rejim komunis yang menyokong Rusia dalam tindakan pencerobohannya,” katanya.

“Kami memerlukan tindakan ke atas China, bukan seruan. China mendengar seruan ini selama dua dekad dan tidak mengendahkannya,” katanya.

“Pada ketika ini, Eropah sedang dicabar oleh PKC: Adakah Eropah akan menjadikan hak asasi manusia dan nilai-nilainya sebagai syarat yang tidak boleh dirunding untuk perkongsian, atau mengabaikan amalan mengerikan penuaian organ secara paksa daripada para pengamal Falun Gong yang masih hidup di China?”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI