32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 27, 2024
UtamaGlobalFilem “Doctor Strange in the Multiverse of Madness” terima tindak balas negatif...

Filem “Doctor Strange in the Multiverse of Madness” terima tindak balas negatif yang mungkin tidak ditayang di China

Salah satu adegan dalam filem “Doctor Strange in the Multiverse of Madness” menerima tindak balas negatif di China, yang berpotensi menghancurkan harapan bahawa ia mungkin menjadi salah satu filem Marvel yang tidak akan ditayangkan di negara itu.

Filem itu, yang dibintangi Benedict Cumberbatch, telah mengecewakan sesetengah pihak di China berikutan adegan yang menunjukkan gerai surat khabar “The Epoch Times”, sebuah akhbar antarabangsa dan syarikat media yang menentang Parti Komunis China (PKC).

Dalam salah satu babak trailer, Doctor Strange dan penjahat ‘Gargantos’ sedang bertarung di jalanan apabila kamera memaparkan pemandangan jalanan dengan sebuah kotak surat khabar berwarna kuning yang jelas tertera perkataan “The Epoch Times”. 

Twitter

Media “The Epoch Times” telah diasaskan di Amerika Syarikat oleh ahli Falun Gong yang ditindas oleh PKC. Media ini terkenal sebagai anti-komunisme dan mempunyai penerbitan di seluruh dunia.

Doctor Strange 2 kini dalam pertimbangan pihak berkuasa China, yang sedang menyemak filem ini sebelum meluluskan pelepasan tayangannya di China, menurut Deadline. Penerbitan itu melaporkan adegan berkenaan telah “mencetuskan gelombang media sosial tempatan”.

Kalangan netizen China melaungkan boikot, dan sebenarnya filem Doctor Strange 2 tidak dirancang buat masa ini untuk ditayangkan di China selain di Hong Kong dan Macau. 

Tiada filem Marvel yang diluluskan tayangannya di China sejak Avengers: Endgame 2019.

Adalah dipercayai larangan tayangan filem Marvel seperti Black Widow, Eternals, Venom: Let There Be Carnage dan Spider-Man: No Way Home di negara itu adalah sebahagiannya disebabkan oleh penggambaran Black Widow tentang komunisme dan komen kritikal tentang Beijing yang dibuat oleh pengarah filem Eternals Chloé Zhao.

Diarahkan oleh Sam Raimi, filem ini membawa kembali watak Benedict Cumberbatch untuk filem Marvel pertama selepas Spider-Man: No Way Home.

Ia juga akan menandakan kepulangan Wanda Maximoff atau Scarlet Witch lakonan Elizabeth Olsen buat kali pertama sejak siri Disney Plus WandaVision.

Trailer itu nampaknya menafikan teori yang tular berikutan urutan pasca kredit WandaVision yang dia akan menjadi penjahat dalam Doctor Strange 2.

Filem “Doctor Strange in the Multiverse of Madness” akan memulakan tayangannya di United Kingdom pada 5 Mei dan di Amerika Syarikat pada 6 Mei.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI