30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGlobalChina lapor kes jangkitan manusia pertama selesema burung H3N8

China lapor kes jangkitan manusia pertama selesema burung H3N8

Seorang budak lelaki di China disahkan dengan jangkitan virus selesema burung H3N8, yang merupakan kes manusia pertama yang diketahui di dunia, kata pihak berkuasa kesihatan rejim China.

Kes melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang dimasukkan ke hospital pada 10 April di bandar Zhumadian di wilayah tengah Henan, kata Suruhanjaya Kesihatan China dalam satu kenyataan pada 26 April.

Tiada jangkitan manusia terhadap strain ini telah dilaporkan, tambah agensi itu.

H3N8 diketahui menjangkiti kuda, anjing laut dan anjing. Ia adalah salah satu daripada dua jenis strain yang menyebabkan selesema anjing di Amerika Syarikat, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat. Ia telah dikesan menjangkiti anjing di seluruh Amerika Syarikat, kata CDC di laman webnya, sambil menambah ia tidak menjangkiti manusia.

Para pekerja menyuntik anak-anak ayam dengan vaksin selesema burung H9 di sebuah ladang ternakan ayam di daerah Changfeng, Wilayah Anhui di China pada 14 April 2013. (Gambar Stringer/Reuters)

Suruhanjaya itu berkata kemungkinan ia merebak di kalangan manusia adalah rendah.

“Jangkitan ini adalah penghantaran silang spesies secara tidak sengaja. Terdapat risiko rendah jangkitan berskala besar,” jelas kenyataan itu.

Walaupun jarang berlaku, jangkitan ke atas manusia boleh menyebabkan mutasi penyesuaian yang berpotensi membolehkan virus ini merebak dengan lebih mudah dalam mamalia, kata Erik Karlsson, timbalan ketua unit virologi di Institut Pasteur di Kemboja.

Karlsson berkata virus itu memerlukan pengawasan yang diperluas. Beliau menambah implikasinya dalam pandemik influenza 1889, juga dikenali sebagai selesema Rusia, adalah “kebimbangan utama terhadap risiko virus itu.”

Suruhanjaya Kesihatan China berkata penilaian awal dilakukan dalam menentukan varian itu berasal daripada burung. Mereka menyatakan terdapat ayam dan burung gagak yang diternak di rumah budak itu dijangkiti, dan itik liar juga menghuni kawasan itu.

Kontak rapatnya tidak menunjukkan sebarang kelainan sepanjang tempoh pengawasan perubatan, tambahnya.

Budak lelaki itu mengalami simptom termasuk demam pada 5 April dan disahkan menghidap H3N8 kira-kira dua minggu kemudian pada 24 April, menurut kenyataan itu.

Dia berada dalam keadaan kritikal, menurut jabatan kesihatan Hong Kong, memetik pemberitahuan dari Beijing. Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan tidak menyebut butiran ini dalam kenyataan itu.

Tahun lalu, China melaporkan seorang lelaki berusia 41 tahun dijangkiti H10N3, yang juga dipercayai jangkitan pertama manusia jenis selesema burung.

Pada 2021, China telah melaporkan 21 jangkitan manusia dengan sub-jenis H5N6 influenza burung kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Walaupun jumlahnya jauh lebih rendah daripada ratusan dalam jangkitan H7N9 pada tahun 2017, jangkitan telah menyebabkan ramai yang sakit kritikal dan mengakibatkan sekurang-kurangnya enam kematian, menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar.

“Kami perlu mengambil berat tentang semua peristiwa dan kesan limpahan,” kata Karlsson.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI