33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 18, 2025
Utama Blog Laman 108

Denti dan Frankie sertai misi SAR ke Turkiye

0

Dua ekor anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), iaitu Denti dan Frankie sertai misi mencari dan menyelamat (SAR) ke Turkiye.

BHarian

Ketua Komander Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM Ismail Abd Chani berkata, tujuan anjing pengesan itu dibawa ke sana ialah bagi membantu mengesan keberadaan mangsa di satu-satu lokasi.

“K9 adalah antara pasukan atau unit yang termasuk dalam misi mencari dan menyelamat SMART, jadi mereka ini memang bersedia untuk diatur gerak ke mana-mana (lokasi di) luar negara,” kata Ismail kepada media semasa pelepasan misi SAR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 08 Februari lalu.

Menurut Ismail lagi, pemilihan Denti dan Frankie dibuat berdasarkan kepakaran haiwan-haiwan berkenaan mencari mangsa hidup dan mayat yang telah terbukti.

Selain itu, kemampuan bertahan dalam penerbangan bagi perjalanan jarak jauh yang dimiliki juga menjadi faktor pemilihan kedua-dua anjing pengesan ini dalam operasi SAR di Turkiye.

“Antara penilaian ketika perolehan dulu adalah anjing ini boleh dibawa melalui penerbangan, jadi tidak ada masalah untuk penerbangan yang lama kerana kita dah uji sebelum ini,” ujar Ismail.

Terdahulu, kedua-dua haiwan ini terlibat dalam operasi SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada 16 Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Datuk Armizan Mohd Ali Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) berkata pihaknya dimaklumkan bahawa pasukan pertama SMART yang sudah tiba di Gaziantep berdepan dengan beberapa cabaran yang agak besar seperti cuaca ekstrem di lokasi bencana, koordinasi logistik dan pengangkutan serta faktor keselamatan geopolitik.

Sungguhpun begitu, semangat semua anggota penyelamat tetap tinggi dan cabaran yang dihadapi dapat ditangani dengan kerjasama Disaster and Emergency Management Presidency (AFAD) Turkiye.

Datuk Armizan juga berharap agar rakyat Malaysia khususnya mendoakan keselamatan dan kesihatan SMART supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Selain Denti dan Frankie, 20 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), 30 anggota JPBM dan 20 pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) adalah antara mereka yang tersenarai bagi pasukan penyelamat kedua dari Malaysia yang dihantar ke Turkiye.

Turut menyertai pasukan penyelamat kedua itu adalah tiga orang pengamal media. Mereka ialah dua petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) iaitu Wartawan Meja Jenayah, Mohd Firdaus Md Saisi dan jurugambar Hairul Nizam Baharin serta jurukamera Radio Televisyen Malaysia, Mohd Adzam Jamaluddin.

Menurut Mohd Firdaus, ini adalah kali pertama dia ditugaskan membuat liputan bencana di luar negara. Biarpun sedar akan risiko yang bakal ditempuh, Mohd Firdaus bertekad memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. “Saya ditugaskan selama 10 hari bersama jurugambar dan kami akan memberikan liputan terbaik dan terkini mengenai keadaan di sana,” katanya.

Untuk makluman, pasukan penyelamat pertama dari Malaysia telah berlepas ke Turkiye pada Isnin lalu. Seramai 70 anggota dikerahkan ke sana sebagai tanda solidariti.

Pilihan Editor:

KJ mula bertugas sebagai DJ Hot FM mulai 15 Februari

0

Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin akan memulakan tugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM mulai 15 Februari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran, yang memaklumkan Khairy akan mengendalikan segmen “Bekpes Hot” bersama tiga lagi rakan penyampai.

Khairy atau KJ menerusi temuramah melalui telefon pada segmen “Bekpes Hot” dikendalikan Johan, AG dan AC Mizal turut mengesahkan dirinya bakal menyertai Hot FM.

Khairy Jamaluddin / Facebook

Terdahulu, Hot FM menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 menawarkan kepada Khairy jawatan penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

MPA berkata, selaras “tagline” stesen radio Hot FM iaitu “Yang Hangat dan Terbaik”, kehadiran Khairy bersama tonggak utama “Bekpes Hot” pasti memberi suntikan baharu buat Hot FM dan warna lebih menarik untuk segmen terbabit.

Nazri berkata, peluang menawarkan Khairy sebagai penyampai radio diambil Hot FM bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen “Bekpes Hot” lebih segar dan relevan kepada pendengar.

“Khairy atau KJ bukan sahaja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.

“Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.

“Pengisian dan kandungan segmen akan diolah untuk menjadi lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan serta mampu memberi aura positif kepada pendengar,” katanya memetik Berita Harian.

Nazri berkata, pelantikan KJ diharap memberi impak lebih baik kepada Hot FM sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

Sementara itu, Pengarah Rangkaian Kandungan Hot FM, Shah Hayatudin, berkata, pihaknya sedang berbincang dengan KJ untuk menampilkan pengisian hebat buat pendengar setia Hot FM dan pengikut beliau.

“Khairy ada idea untuk mewarnakan lagi segmen ‘Bekpes Hot’. Jadi, pendengar perlu nantikan kemunculan beliau bersama Johan, Fara Fauzana dan AG mulai 15 Februari ini,” katanya.

Pilihan Editor:

Cukai jalan tidak perlu dipamerkan lagi

0

Berkuatkuasa 10 Februari 2023, cukai jalan tidak perlu dipamerkan lagi, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Menurut beliau, Kementerian Pengangkutan Malaysia akan melaksanakan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian.

BH

Pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).

Dengan terlaksananya inisiatif ini, maka peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di mana “setiap LKM hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan yang berkenaan” tidak lagi terpakai bagi kategori pemilik di bawah fasa pertama.

Pengecualian ini akan diwartakan di bawah kuasa yang diberi kepada Menteri Pengangkutan di bawah Seksyen 127 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk makluman, inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal (warganegara). Sebelum diperluaskan ke fasa-fasa seterusnya kementerian akan mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya.

Oleh yang demikian, Loke amat mengalu-alukan semua pemandu dan pemilik kenderaan untuk beralih ke platform digital.

2 cara untuk mendaftar akaun secara digital:

  1. Portal awam JPJ (https://public.jpj.gov.my/)
  2. Aplikasi mobile MyJPJ (dimuat turun daripada App Store, Play Store atau Huawei App Gallery).
Portal awam JPJ

Antara kebaikan pendigitalan ialah:

  • Keadaan sesak dan beratur panjang di kaunter JPJ akan berkurangan. Dengan ini produktiviti dan keselesaan rakyat berurusan di kaunter dapat dipertingkatkan.
  • Pengguna dapat menyemak butiran semasa.
  • LKM Digital dan LMM Digital dapat dipaparkan pada bila-bila masa diperlukan.

Walau bagaimanapun, bagi pemandu dan pemilik kenderaaan yang belum bersedia pula, anda masih boleh mengekalkan amalan memapar pelekat LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim.

Sepanjang tempoh pelaksanaan fasa pertama ini, kategori pemilik atau pemegang lesen kenderaan yang masih wajib mempamerkan LKM dan mengemukakan kad LMM adalah seperti berikut:

Lesen Memandu Malaysia (LMM)Lesen Kenderaan Motor (LKM)
1. Pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL)
2. Pemegang Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON)
3. Pemegang Lesen Memandu Malaysia Bagi Warganegara Asing
4. Pemegang Lesen Memandu Negara Luar Oleh Pemandu Warganegara Asing (IDP)
1. LKM Persendirian Syarikat
2. Kenderaan Pemilikan Warganegara Asing
3. Kenderaan Perdagangan Meliputi Kenderaan Barangan Dan Kenderaan Perkhidmatan Awam.

Dalam pada itu, Loke turut mengingatkan mana-mana pihak yang didapati memandu kenderaan tanpa memiliki LKM atau LMM yang sah tetap akan dikenakan tindakan undang-undang selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 20(1), 90(1) dan 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Inisiatif ini dilihat sebagai salah satu penyelesaian mengenai kesulitan menampal dan mempamerkan pelekat lesen kenderaan motor (LKM atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’) yang kerap kali dibangkitkan oleh rakyat.

Ayuh, jalankan tanggungjawab anda untuk segera mendaftar akaun masing-masing secara digital.

Pilihan Editor:

Kanak-kanak gagal peroleh markah penuh dalam ujian kerana memberikan jawapan ‘kapal terbang lambat’

0

Seorang kanak-kanak perempuan gagal peroleh markah penuh dalam ujian kerana memberikan jawapan ‘kapal terbang lambat’. Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh ibunya di TikTok. Sungguhpun jawapan kanak-kanak itu tidak tepat, namun dia mempunyai alasan yang sangat kukuh malah tidak dapat disangkal.

TikTok

Menerusi video yang telah tular di media sosial berkenaan, kelihatan si ibu menanyakan kepada anaknya sama ada kapal terbang itu cepat atau lambat.

TikTok

Si anak terus menjawab bahawa kapal terbang lambat kerana mereka pernah menunggu berjam-jam lamanya ketika hendak ke Taiping, Perak.

TikTok

Setelah mendengar penerangan anaknya itu, si ibu menjelaskan kedudukan sebenar bahawa mereka yang menunggu kapal terbang, bukannya kapal terbang yang lambat. Malah kapal terbang sebenarnya paling cepat.

TikTok

Kata ibunya lagi, kapal terbang yang lambat itu sebenarnya berpunca daripada kelewatan penerbangan.

Kanak-kanak itu memandang ibunya dengan wajah penuh kekeliruan kerana tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh ibunya itu.

Si ibu menerangkan bahawa mereka terpaksa menunggu lebih lama kerana kapal terbang mengalami kelewatan selama beberapa jam.

TikTok

Oleh itu, jawapan yang sepatutnya adalah kapal terbang cepat bukannya lambat.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata warga siber bersetuju dengan jawapan dan alasan kanak-kanak tersebut. Ini kerana, realiti yang berlaku menunjukkan kapal terbang ‘memang lambat’ disebabkan kelewatan penerbangan.

Pilihan Editor:

Bapa habiskan semua 5 pau daging disediakan anak kesayangan dalam masa sejam setengah di stesen bas JB sebelum ke Singapura

0

Kasih sayang bapa dan anak perempuan yang saling mengambil berat serta sentiasa memikirkan satu sama lain ini benar-benar menyentuh hati.

Baru-baru ini dalam satu hantaran di Facebook, seorang bapa menceritakan yang dia terpaksa memakan kesemua 5 biji pau daging yang disediakan anak perempuannya dalam masa satu setengah jam kerana berpendapat Singapura tidak membenarkan makanan dengan isi daging dibawa masuk ke negara itu.

Bapa yang dikenali sebagai Wen berkata dia yang bekerja sebagai kapten bas di SBS Transit di Singapura selama lapan tahun, terpaksa menghabiskan pau yang dimasak sendiri oleh anak perempuannya kerana bimbang makanan itu tidak boleh dibawa masuk ke Singapura.

Facebook

Bapa ini menghabiskan roti pau daging itu di Terminal Larkin Sentral di Johor Bahru. 

Wen berkongsi anak perempuannya yang berusia 14 tahun bersusah payah memasakkan pau dengan inti kari daging dan kentang untuknya kerana bimbang bapanya akan pulang ke Singapura dengan tiada apa-apa untuk dimakan.

Dalam hantaran Facebook Maxkeong Menkeong Wen menulis:

“Anak perempuan saya bimbang saya tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan apabila saya pulang ke Singapura, jadi dia memutuskan untuk mengukus pau dengan inti kari kentang daging supaya saya boleh membawanya ke Singapura untuk mengisi perut saya dengannya.

Sebagai seorang bapa, saya tidak sampai hati untuk memberitahunya yang Singapura tidak membenarkan roti pau kukus [dengan isi daging] untuk dibawa masuk ke negara ini dan saya tidak memberitahu anak perempuan saya sehingga ke akhir.

Saya hanya boleh makan semua pau ini di Larkin Sentral sendirian.

Anak ayah sayang, lain kali boleh sediakan dua hingga tiga pau sahaja, ayah sudah kenyang.

Apabila saya membuka bekas makanan, saya terus ‘wow’ kerana terdapat lima pau di dalamnya. Saya benar-benar terkejut.

Tapi tidak mengapa, saya telah habiskan kesemuanya dalam masa satu setengah jam. Terima kasih kerana memikirkan ayah, anak ayah sayang.”

Facebook

Menurut Wen kepada Sin Chew Daily, dia hanya bertemu semula dengan keluarganya di Negeri Sembilan pada setiap satu hingga dua bulan dan anak perempuannya itu adalah anak tunggalnya.

Bapa ini sentiasa berasa berat hati pada setiap kali dia perlu bertolak ke Singapura untuk bekerja.

Pada minggu-minggu yang dia akan bekerja syif pagi, Wen akan pulang ke rumah dengan menaiki bas.

Bagaimanapun, pada minggu-minggu bekerja syif malam, Wen tidak akan pulang ke Malaysia kerana dia hanya akan sampai ke rumah pada jam 1 atau 2 pagi.

Facebook

Menurut portal Agensi Makanan Singapura, setiap pengembara dibenarkan membawa maksimum 5 kilogram produk daging untuk kegunaan peribadi ke Singapura dari sumber yang diluluskan.

Produk ini termasuk makanan bermasak yang mengandungi daging.

Namun, berdasarkan garis panduan dalam portal agensi itu, produk daging dari Malaysia tidak boleh dibawa masuk berikutan ia bukan dari sumber yang diluluskan setakat ini.

Pilihan Editor:

Rakaman menunjukkan China pernah menguji belon dengan tiga peluru berpandu hipersonik pada tahun 2018

0

Rakaman oleh televisyen milik Parti Komunis China (PKC) membuktikan bahawa China pernah menguji belon dengan tiga peluru berpandu hipersonik pada tahun 2018. Walaupun rakaman tersebut telah dipadamkan oleh media China, namun gambar dan klip pendek masih boleh ditemui secara dalam talian. Antaranya ialah menerusi satu hantaran di Twitter.

Pemilik akaun @dafengcao pada 21 September 2018 memuat naik rakaman mengenai satu ujian menggunakan balon beraltitud tinggi yang dilepaskan ke ruang udara Barat Laut China.

Menurut Paul Crespo Presiden Pusat Kajian Pertahanan Amerika, belon yang melintasi ruang udara Amerika Syarikat pada minggu lalu berpotensi bertindak sebagai senjata serangan China. Beliau juga tidak menafikan sekiranya belon tersebut bukanlah senjata pertama pilihan rejim komunis China.

Katanya kepada The Epoch Times menerusi satu emel, ‘ancaman terbesar ialah China menghantar satu atau lebih belon beraltitud tinggi dengan peranti EMP (Electro Magnetic Pulse) nuklear kecil’ ke Amerika Syarikat.

Katanya lagi, sekiranya belon itu meletup ia boleh mematikan kuasa dan komunikasi di seluruh Amerika Syarikat walaupun tiada tembakan dilepaskan ke tanah.

Walaupun Crespo tidak percaya bahawa hipersonik boleh memberi ancaman besar seterusnya mencetuskan konflik nuklear, namun hypersonic glide vehicle (HGV) yang dijatuhkan dalam rakaman tersebut mungkin menjadi penyumbang kepada senjata hipersonik yang diuji secara rahsia oleh China pada tahun 2021.

Twitter

John Hyten Naib Pengerusi Joint Chiefs of Staff Gen tidak menolak kemungkinan belon tersebut adalah senjata yang digunakan untuk menyerang Amerika Syarikat.

“Kepantasan China bergerak dan trajektori yang mereka lalui akan mengatasi Rusia dan Amerika Syarikat jika kita tidak melakukan sesuatu untuk mengubahnya,” kata Hyten.

Parti Komunis China (PKC) tidak bersendirian dalam membangunkan cara baharu untuk menggunakan belon beraltitud tinggi sebagai senjata perang.

Sekurang-kurangnya pada tahun 2018, Amerika Syarikat telah meneliti dan menguji penggunaan belon sedemikan berupaya membawa bahan letupan.

Pentagon juga telah melaburkan berpuluh-puluh juta dolar ke atas belon beraltitud tinggi yang digunakan untuk tujuan pengawasan selain tujuan utamanya adalah untuk menjejaki senjata hipersonik PKC.

Pilihan Editor:

Ingatkan kucingnya sudah mati, rupanya bukan

0

Ingatkan kucingnya sudah mati, rupanya bukan. Begitulah yang difikirkan oleh Javiera apabila dia menyangka kucing peliharaannya telah mati.

Menerusi satu hantaran di Facebook, ujar Javiera dari bilik air dia melihat kucingnya dengan keadaan mata terbuka tidak bergerak-gerak. Dia cuba memanggil kucingnya itu berkali-kali namun tiada tindak balas.

Menurut Javiera, dia berasa takut ketika menyangka kucingnya telah mati. Namun tiba-tiba kucingnya muncul sambil memerhatikannya.

Ketika itu Javiera hampir menangis. Selepas diperhatikan betul-betul rupanya-rupanya ia adalah butang baju dan bukannya mata kucingnya.

Pilihan Editor:

Muka wanita melecur selepas pembersih sinki tersumbat meletup

0

Seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas mukanya melecur akibat pembersih sinki tersumbat yang digunakannya meletup. Kejadian malang tersebut berpunca selepas dia menggunakan sejenis produk pembersih sinki tersumbat.

Public Health Malaysia menerusi hantarannya di Facebook mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan produk pembersih sinki tersumbat.

Ini kerana bahan kimia yang terdapat dalam produk tersebut mempunyai sifat menghakis. Selepas ia dituangkan ke sinki, tindak balas kimia akan berlaku dan gas bertoksik akan dibebaskan.

Antara amaran yang ditulis oleh Public Health Malaysia kepada pengguna produk pembersih sinki tersumbat ialah:

  1. Jangan menjenguk muka ke lubang sinki.
  2. Tidak perlu melihat proses tindak balas kimia yang berlaku dalam jarak yang dekat.
  3. Jangan gunakan produk tersebut sekiranya pengguna tinggal di pangsapuri atau kondominium. Ini kerana penghuni di tingkat bawah berisiko untuk mengalami kecederaan.
  4. Pengguna diingatkan agar tidak menggunakan produk pembersih tersebut ketika mengantuk, kelam kabut atau keletihan.
  5. Produk tersebut hendaklah dijauhkan daripada kanak-kanak.

Public Health Malaysia turut mengingatkan bahawa kecederaan kimia boleh menyebabkan risiko melecur dan kecederaan mata.

Pengguna juga diingatkan agar membaca arahan penggunaan produk dengan teliti sebelum menggunakannya.

Pilihan Editor:

Kanak-kanak tulis surat mohon maaf kerana termuntah di dalam surau

0

Baru-baru ini pihak Surau Putra Al-Amin memuat naik di Facebook sepucuk surat yang ditemui dalam tabung surau. Rupa-rupanya surat tersebut merupakan permohonan maaf seorang kanak-kanak kerana kesilapannya termuntah di dalam surau.

Facebook

Surat yang bertulisan tangan itu telah menarik perhatian kerana kandungannya sungguh menyentuh hati.

Ujar kanak-kanak tersebut, dia tidak sengaja muntah di dalam surau pada 27 Januari lalu kerana dia tidak sihat akibat keracunan makanan.

Katanya lagi, dia mahu membersihkan muntah tersebut namun tidak dapat berbuat demikian kerana keadaan pada ketika itu tidak mengizinkan.

Dalam surat itu juga sejumlah wang dilampirkan dengan niat untuk mengurangkan beban pihak surau yang terpaksa membersihkan muntahnya.

Pihak surau berasa sungguh terharu dengan tindakan kanak-kanak tersebut yang dianggap mulia.

Mereka juga mendoakan kesejahteraan kanak-kanak tersebut dan turut mendoakan agar dia berterusan untuk solat berjemaah di surau. Kata pihak surau itu lagi, mereka amat mengalu-alukan kedatangan kanak-kanak itu.

Pilihan Editor:

Pengajaran daripada santan

0

“Apakah tindak balas anda apabila melihat anak anda memecahkan sesuatu di pasar raya?” Itulah persoalan yang diutarakan oleh Dr Elaine Loo menerusi satu hantaran di Facebook.

Dr Elaine memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan santan di dalam plastik rosak selepas dipecahkan oleh anak lelakinya.

Menurut Dr Elaine, pada suatu hari ketika berada di pasar raya, anak lelakinya telah memecahkan santan yang dibungkus di dalam plastik. Kejadian tidak sengaja itu adalah berpunca daripada sikap ingin tahu anaknya tentang santan yang dibungkus di dalam plastik tersebut.

Melihatkan kejadian tersebut, Dr Elaine pada awalnya mahu ketawa namun dia tidak berbuat demikian kerana tidak mahu anaknya berfikir bahawa perkara tersebut boleh dipermainkan.

Dr Elaine tidak cepat melatah, dia hanya memberikan ‘jelingan mak-mak’ kepada anaknya. Ternyata tindakan Dr Elaine itu turut diperhatikan oleh pelanggan warga emas yang berada berdekatan dengannya.

Dr Elaine tidak memarahi anaknya kerana menurutnya tidak ada kanak-kanak yang suka dimarahi apatah lagi ketika berada dikhalayak ramai. Suasana sepi antara dua beranak ini memberi ruang kepada si anak untuk berfikir bahawa dia perlu lebih berhati-hati.

Melihatkan anaknya yang diam seribu bahasa itu, Dr Elaine menegurnya. “Nak buat apa ni?” tanya Dr Elaine kepada anaknya.

Menyedari yang dirinya telah melakukan kesilapan, si anak lantas memohon maaf daripada ibunya.

Selepas itu, Dr Elaine dan anaknya mendapatkan pekerja pasar raya bagi membersihkan bekas berisi santan yang telah tumpah tersebut. Mereka juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pekerja tersebut dan membayar harga santan yang telah dirosakkan itu.

Sebelum tidur, Dr Elaine memuji anaknya kerana berani bertanggungjawab di atas kesilapan yang telah dilakukan.

Begitulah pengajaran daripada santan yang mahu ditunjukkan oleh Dr Elaine.

Pilihan Editor: