Seorang kanak-kanak perempuan gagal peroleh markah penuh dalam ujian kerana memberikan jawapan ‘kapal terbang lambat’. Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh ibunya di TikTok. Sungguhpun jawapan kanak-kanak itu tidak tepat, namun dia mempunyai alasan yang sangat kukuh malah tidak dapat disangkal.
Menerusi video yang telah tular di media sosial berkenaan, kelihatan si ibu menanyakan kepada anaknya sama ada kapal terbang itu cepat atau lambat.
Si anak terus menjawab bahawa kapal terbang lambat kerana mereka pernah menunggu berjam-jam lamanya ketika hendak ke Taiping, Perak.
Setelah mendengar penerangan anaknya itu, si ibu menjelaskan kedudukan sebenar bahawa mereka yang menunggu kapal terbang, bukannya kapal terbang yang lambat. Malah kapal terbang sebenarnya paling cepat.
Kata ibunya lagi, kapal terbang yang lambat itu sebenarnya berpunca daripada kelewatan penerbangan.
Kanak-kanak itu memandang ibunya dengan wajah penuh kekeliruan kerana tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh ibunya itu.
Si ibu menerangkan bahawa mereka terpaksa menunggu lebih lama kerana kapal terbang mengalami kelewatan selama beberapa jam.
Oleh itu, jawapan yang sepatutnya adalah kapal terbang cepat bukannya lambat.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata warga siber bersetuju dengan jawapan dan alasan kanak-kanak tersebut. Ini kerana, realiti yang berlaku menunjukkan kapal terbang ‘memang lambat’ disebabkan kelewatan penerbangan.
Pilihan Editor: