25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaKJ mula bertugas sebagai DJ Hot FM mulai 15 Februari

KJ mula bertugas sebagai DJ Hot FM mulai 15 Februari

Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin akan memulakan tugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM mulai 15 Februari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran, yang memaklumkan Khairy akan mengendalikan segmen “Bekpes Hot” bersama tiga lagi rakan penyampai.

Khairy atau KJ menerusi temuramah melalui telefon pada segmen “Bekpes Hot” dikendalikan Johan, AG dan AC Mizal turut mengesahkan dirinya bakal menyertai Hot FM.

Khairy Jamaluddin / Facebook

Terdahulu, Hot FM menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 menawarkan kepada Khairy jawatan penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

MPA berkata, selaras “tagline” stesen radio Hot FM iaitu “Yang Hangat dan Terbaik”, kehadiran Khairy bersama tonggak utama “Bekpes Hot” pasti memberi suntikan baharu buat Hot FM dan warna lebih menarik untuk segmen terbabit.

Nazri berkata, peluang menawarkan Khairy sebagai penyampai radio diambil Hot FM bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen “Bekpes Hot” lebih segar dan relevan kepada pendengar.

“Khairy atau KJ bukan sahaja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.

“Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.

“Pengisian dan kandungan segmen akan diolah untuk menjadi lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan serta mampu memberi aura positif kepada pendengar,” katanya memetik Berita Harian.

Nazri berkata, pelantikan KJ diharap memberi impak lebih baik kepada Hot FM sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

Sementara itu, Pengarah Rangkaian Kandungan Hot FM, Shah Hayatudin, berkata, pihaknya sedang berbincang dengan KJ untuk menampilkan pengisian hebat buat pendengar setia Hot FM dan pengikut beliau.

“Khairy ada idea untuk mewarnakan lagi segmen ‘Bekpes Hot’. Jadi, pendengar perlu nantikan kemunculan beliau bersama Johan, Fara Fauzana dan AG mulai 15 Februari ini,” katanya.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI