25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024
UtamaGlobalGempa bumi Turkiye-Syria: Ramai mahu adopsi bayi yatim piatu dilahirkan di bawah...

Gempa bumi Turkiye-Syria: Ramai mahu adopsi bayi yatim piatu dilahirkan di bawah runtuhan

Beribu-ribu individu telah menawarkan untuk mengadopsi bayi perempuan yang dilahirkan dalam keadaan tragis di bawah runtuhan bangunan runtuh di barat laut Syria, berikutan gempa bumi dahsyat pada Isnin lalu.

Ketika diselamatkan, ‘bayi ajaib’ yang dinamakan Aya bermaksud keajaiban dalam bahasa Arab, masih berhubung tali pusat dengan ibunya.

Ibu dan bapanya bersama empat adik-beradiknya disahkan meninggal dunia selepas gempa bumi melanda bandar Jindayris.

BBC

Bayi Aya kini berada dalam penjagaan pihak hospital.

“Dia tiba pada hari Isnin dalam keadaan teruk, mengalami lebam dan luka seluruh badan, hipotermia dan hampir tidak bernafas,” kata Hani Marouf, pakar pediatrik yang menjaganya.

Bayi itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Video menyayat hati ketika Aya diselamatkan menjadi tular di media sosial. Rakaman menunjukkan seorang lelaki bergegas berlari dari runtuhan bangunan sambil memegang bayi yang diliputi debu.

YouTube

Saudara jauh Aya, Khalil al-Suwadi yang berada di sana ketika dia ditarik ke tempat selamat, membawa bayi yang baru lahir itu kepada Dr Marouf di bandar Afrin, wilayah Aleppo, Syria.

Beribu-ribu orang di media sosial kini telah meminta butiran untuk mengambilnya sebagai anak angkat.

“Saya ingin mengambilnya sebagai anak angkat dan memberikannya kehidupan yang baik,” kata seorang netizen.

Seorang penyampai TV Kuwait berkata, “Saya bersedia untuk menjaga dan mengambil anak ini sebagai anak angkat… jika prosedur undang-undang membenarkan saya.”

Pengurus hospital, Dr Khalid Attiah, berkata beliau menerima berpuluh-puluh panggilan dari individu di seluruh dunia yang ingin mengambil bayi Aya sebagai anak angkat.

Dr Attiah, yang mempunyai seorang anak perempuan hanya empat bulan lebih tua daripada Aya berkata, “Saya tidak akan membenarkan sesiapa mengambil dia sebagai anak angkat sekarang. Sehingga keluarga jauhnya kembali, saya sentiasa melayannya seperti anak saya sendiri.”

BBC

Buat masa ini, isterinya sedang menjadi ibu susuan bayi Aya bersama-sama anak perempuan mereka sendiri.

Di bandar Jindayris, orang ramai terus berusaha mencari ahli keluarga tersayang mereka melalui runtuhan bangunan.

Wartawan Mohammed al-Adnan memberitahu BBC, “Keadaan di sini adalah bencana. Terdapat begitu ramai mangsa di bawah runtuhan. Masih ramai yang terperangkap.”

Dianggarkan 90 peratus daripada bandar itu telah musnah dan kebanyakan bantuan setakat ini datang daripada penduduk tempatan.

Penyelamat dari organisasi White Helmets, yang sudah biasa mengeluarkan mangsa runtuhan bangunan selama lebih sedekad semasa perang saudara Syria, telah membantu di Jindayris.

BBC

“Para penyelamat juga boleh menjadi mangsa kerana semua bangunan tidak stabil,” kata Mohammed al-Kamel.

“Kami baru mengeluarkan tiga mayat dari runtuhan ini dan kami fikir ada keluarga di dalam sana yang masih hidup – kami akan terus bekerja,” katanya.

Di Syria, lebih 3,000 kematian telah dilaporkan akibat gempa bumi yang dahsyat itu.

Angka ini tidak termasuk mereka yang telah meninggal dunia di kawasan yang dikuasai pembangkang.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI