26.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024
UtamaGlobalPengasas Falun Gong: PKC sembunyi wabak, angka kematian di China mencecah 400...

Pengasas Falun Gong: PKC sembunyi wabak, angka kematian di China mencecah 400 juta

Terdapat tsunami COVID-19 di China, dengan mayat bergelimpangan di hospital dan rumah pengebumian sesak dengan si mati menunggu giliran untuk pembakaran. PKC cuba sedaya upaya untuk menutup, dan data wabak yang dikeluarkan tidak dapat memberi justifikasi dengan apa yang sedang berlaku. 

Sebilangan besar maklumat langsung daripada orang awam menunjukkan jumlah kematian akibat COVID-19 di China adalah besar. Guru Li Hongzhi, pengasas Falun Gong, berkata PKC telah menyembunyikan wabak, dan 400 juta orang telah meninggal dunia di China akibat COVID-19.

Sejak November 2022, epidemik ini telah menular di beberapa kawasan di seluruh China pada masa yang sama. Bermula 7 Disember, apabila pihak berkuasa melepaskan perintah kawalan Sifar-COVID, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China telah mengumumkan tiada kematian baharu selama 11 hari berturut-turut. 

Keadaaan yang sesak di salah satu hospital di Shanghai, China pada 3 Januari 2023.

Pengumuman CDC China pada 8 Januari menyatakan hanya 37 orang meninggal dunia akibat COVID-19 dari 7 Disember tahun lalu sehingga 8 Januari tahun ini. Namun, tiada sesiapa di negara pemerintahan rejim itu mempercayainya.

Di media sosial China, yang banyak ditapis oleh PKC, netizen memuat naik pelbagai kisah tragedi kemusnahan keluarga setiap hari, jauh melebihi situasi yang diumumkan oleh PKC. Media asing telah mempersoalkan data COVID-19 di China, tetapi tiada siapa yang boleh memperolehi data yang tepat dari China. Ini kerana PKC tidak lagi mengumpul statistik data yang berkaitan dan melarang menulis “COVID-19” dalam rekod perubatan pesakit.

Guru Li, pengasas Falun Gong, berkata PKC telah menyembunyikan wabak selama lebih daripada tiga tahun. Wabak di China telah membunuh 400 juta orang. Apabila gelombang epidemik berakhir, China akan mencatatkan kematian 500 juta orang.

Guru Li berkata ketika SARS muncul kali terakhir, 200 juta orang mati di China. Bertahun-tahun kemudian, PKC mendapati populasi di China telah berkurangan, maka dengan segera mengeluarkan polisi baru dalam sistem iaitu kelahiran dua atau tiga anak.

Guru Li memberi amaran sejak bertahun-tahun lalu bahawa wabak akan menyebabkan bencana di China, dan mengajar cara untuk menyelamatkannya. Dalam puisinya, beliau menyebut “menjauhi PKC yang jahat” dan “mencari kebenaran dengan segera”.

Hospital yang sesak dengan pesakit di Hospital Tongren di Shanghai pada 3 Januari 2023. (Gambar oleh Hector RETAMAL / AFP/Getty Images)

“Insiden kematian terbesar sejak Great Leap Forward

Ahli sinologi dan pakar strategi ketenteraan Ben Lowsen menulis dalam The Diplomat pada 5 Januari bahawa rakyat China kini mungkin menghadapi “insiden kematian terbesar sejak Great Leap Foward (Langkah Besar Ke Hadapan)”.

Antara tahun 1958 dan 1961, dasar Mao Zedong telah mengakibatkan kematian 20 juta atau lebih rakyatnya dengan kebuluran, dan di tengah-tengah huru-hara dan tragedi, pihak berkuasa China memutuskan untuk tidak memberikan statistik mengenai jumlah kematian akibat kebuluran, katanya.

“Secara pembandingan, pentadbiran Xi Jinping hari ini juga telah berputus asa dalam menyediakan statistik COVID-19,” Lawson berkata.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, data banci China telah dipersoalkan oleh dunia luar. Sebagai contoh, pada Disember 2021, Yi Fuxian, seorang ahli demografi terkenal di peringkat antarabangsa, menganggarkan penduduk China pada 2020 adalah 1.28 bilion, bukan 1.41 bilion seperti yang dinyatakan oleh data banci rasmi kerajaan.

Data wabak yang mengejutkan dan strategi “menggaul air berlumpur”

Seawal peringkat awal wabak, data epidemik yang dikeluarkan oleh PKC telah dipersoalkan oleh pakar asing.

George Calhoun, Pengarah Projek Kewangan Kuantitatif di Institut Teknologi Stevens di Amerika Syarikat, menulis artikel di Forbes pada Januari tahun lalu, yang mempersoalkan kadar jangkitan dan kadar kematian dalam laporan rasmi PKC.

Beliau membuat kiraan dalam kadar kematian COVID-19 yang dilaporkan oleh kerajaan China ialah 0.321 kematian bagi setiap 100,000 orang, dan kadar kematian COVID-19 di Amerika Syarikat ialah 248 kematian bagi setiap 100,000 orang, yang mana lebih tinggi daripada kadar kematian purata di China, sebanyak 800 kali. Bagaimana ia boleh berlaku?

Artikel itu yang diterbitkan oleh Forbes pada 2 Januari tahun lalu menyatakan analisis data rasmi PKC menunjukkan bahawa dalam tempoh 90 hari selepas penutupan Wuhan, kadar purata kematian akibat COVID-19 adalah 376 kali lebih tinggi daripada kadar kematian kebangsaan yang diumumkan secara rasmi oleh PKC. 

Dalam tempoh dua tahun sejak penularan COVID-19 di Wuhan pada awal 2020, jika Wilayah Hubei tidak disertakan, antara baki 1.3 bilion penduduk China, hanya 200 hingga 300 orang yang mati akibat COVID-19, jadi kadar kematian adalah setiap 100,000 orang. Purata kadar kematian di China ialah 0.002 peratus, iaitu 124,000 kali lebih rendah daripada kadar kematian di Amerika Syarikat.

Hu Ping, ketua pengarang kehormat “Beijing Spring”, percaya corak pentadbiran PKC yang mengamalkan strategi “menggaul air”. “Jika anda mahu berbohong, maka sebarkan bohong yang lebih besar, dan lebih besar lebih baik, kerana jika pembohongan itu di luar imaginasi orang biasa, maka semasa orang biasa membuat spekulasi dan anggaran data, mereka akan dihadkan oleh imaginasi, dan sebaliknya akan memberikan anggaran yang agak rendah,” katanya.

Hu Ping memberitahu VOA bahawa pegawai atasan tahu bahawa tiada siapa yang akan mempercayai data yang diberikan, dan mereka tidak mengharapkan orang lain untuk mempercayainya, tetapi hanya mahu mengeruhkan air. Selagi data kematian menjadi kes yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat dan jujur, maka tujuan pihak berkuasa secara sebahagiannya akan tercapai.

Kenderaan yang membawa mayat beratur di hadapan rumah pengebumian Dongjiao , Beijing, China pada 19 Disember 2022. (Sumber oleh Bloomberg)

Sistem pengebumian di bandar besar lumpuh

Pada masa ini, sistem pengebumian dan pembakaran mayat di bandar-bandar utama di China berada dalam keadaan lumpuh.

Imej satelit yang diambil oleh Maxar Technologies dari Amerika Syarikat yang dipetik oleh The Washington Post pada 10 Januari menunjukkan bahawa aktiviti rumah pengebumian di lokasi berbeza di China, dari Beijing ke Nanjing, dan dari Chengdu ke Kunming, semuanya sama. Ia sangat sibuk.

Sebuah rumah pengebumian di Tongzhou, Beijing, nampaknya telah membina tempat meletak kenderaan yang baru pada masa itu, menurut rakaman satelit yang dirakam oleh Massar Technology pada 24 Disember tahun lalu. The Washington Post mengenal pasti ketika tarikh rakaman pada atau selepas 22 Disember 2022, iaitu dalam masa kurang 2 hari, tempat letak kenderaan rumah pengebumian itu telah meletakkan lebih daripada 100 kereta sekali gus.

Pemandu yang membantu mengangkut mayat di Nanjing memberitahu The Washington Post bahawa dia telah memandu kereta jenazah selama beberapa dekad dan tidak pernah melihat situasi luar biasa seperti ini.

Adegan serupa dirakamkan ketika berada di rumah pengebumian seluruh China.

“Seluruh sistem lumpuh sekarang,” kata seorang pekerja yang menjawab telefon dari rumah pembakaran mayat di Shanghai kepada Bloomberg baru-baru ini. “Ia terlalu sibuk di sini.”

Seorang pekerja rumah pengebumian Baoxing Shanghai memberitahu The Epoch Times pada 28 Disember tahun lalu, “Kami mula mengeluarkan nombor giliran pada jam 8:00. Masa beratur sekarang ambil selama 4 hingga 5 jam setiap hari. Jika anda tidak mendapat nombor giliran, anda kena datang kembali. Pembakaran 90 (mayat) sehari dikira melebihi had kerja kami, namun sekarang mayat yang perlu dibakar adalah 400-500 sehari. Kakitangan bekerja lebih masa.” Menurut maklumat awam, terdapat 15 rumah pengebumian di Shanghai.

Pada 19 Disember tahun lalu, pemilik perkhidmatan pengebumian di Shenyang memberitahu wartawan The Epoch Times bahawa ramai yang meninggal dunia di jabatan kecemasan di semua hospital di Shenyang, dan mayat tidak dapat diuruskan dengan segera. “Saya sendiri telah pergi ke jabatan kecemasan untuk mengeluarkan mereka.”

Beliau mendedahkan tiada kenderaan untuk membawa mayat, dan tidak ada tempat untuk menyimpan mayat.

“Terlalu ramai orang yang meninggal dunia, terlalu ramai,” katanya. “Ia sama di hospital lain. Di sesetengah hospital, terdapat berpuluh-puluh, tujuh atau lapan mayat bertimbun, dan ditinggalkan dalam keadaan menyedihkan di sana. Tidak ada jalan, tidak boleh diuruskan segera, ” katanya.

The Economist melaporkan seorang pekerja pengebumian berkata sebuah krematorium di Dengzhou, sebuah bandar peringkat daerah di Henan, memproses lebih daripada 100 mayat sehari, dan sebanyak 160 mayat sehari dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Kemudahan itu hanya mengendalikan 30 hingga 40 pembakaran mayat sehari sebelum COVID-19. Pekerja itu berkata dia kini tiga kali lebih sibuk daripada biasa dan menyalahkan COVID-19 menjadi penyebabnya.

Bao Jian, anak perempuan kepada setiausaha Zhao Ziyang, Bao Tong, dalam satu ciapan di Twitter pada 13 Januari menulis, “Beratus-ratus ribu orang mati di Beijing dalam sebulan, dan kerajaan tempatan masih mengadakan mesyuarat memberi pujian dengan membunyikan gong dan gendang. Sungguh tidak tahu malu! 17 rakan saya atau saudara mereka telah meninggal dunia dalam sebulan. Ini tidak pernah terdengar dalam hidup saya. Mungkinkah ia berlaku sekali dalam seribu tahun? Bagaimana anda menjelaskan kepada rakyat di Beijing bahawa 90 peratus orang dijangkiti virus dalam tempoh sebulan? Pada mulanya 90 peratus tidak bergejala, kini 90 peratus bergejala, dan 10 peratus kritikal?”

Petugas kesihatan membantu waris membawa keluar mayat dari sebuah hospital di Beijing, China pada 2 Januari 2023. (Gambar Getty Images)

Seorang netizen menjawab, “Saya berada di Beijing. Jumlah ratusan ribu mungkin agak konservatif. Saya menganggarkan berjuta-juta.”

Bao Jian membalas, “Saya tidak mempunyai data yang tepat, tetapi menurut rumah pengebumian yang penuh, terdapat banyak mayat dalam relau, masa menunggu untuk pembakaran adalah beberapa hari atau sepuluh kali lebih lama daripada biasa, sistem kecemasan menjadi lumpuh, jabatan kecemasan sesak, bilik mayat hospital penuh, keranda, tanah perkuburan penuh dan bekalan berkurangan… dan berdasarkan data yang dikeluarkan mengenai kes teruk dan masalah paru-paru, perkara yang paling penting ialah membuat pertimbangan subjektif berdasarkan sikap kerajaan PKC yang berdiam diri.”

Selain bandar besar, kawasan luar bandar juga agak menyedihkan. Encik Wang (nama samaran), seorang yang berada dalam sistem yang tidak mahu namanya disiarkan kerana kebimbangan keselamatan, memberitahu wartawan The Epoch Times bahawa wabak yang berlaku berada dalam keadaan amat teruk di kampung halamannya di Anhui.

“Di pihak kami, sekumpulan orang tua mati dahulu, dan dua orang jiran kami juga mati. Sekarang orang muda mula mati. Kawasan luar bandar lebih serius. Setiap hari terdapat begitu ramai orang mati di bandar-bandar kecil, dan pengebumian diadakan setiap hari,” katanya. “Hospital tempatan juga mempunyai notis bahawa kematian atas nama COVID tidak dibenarkan. Semua kematian adalah berdasarkan penyakit asas, seperti tekanan darah tinggi, diabetes, dan penyakit jantung.”

Bloomberg berkata, di sebuah kampung di Daerah Luyi, Wilayah Henan, hampir setiap isi rumah mempunyai pesakit. Perasaan pasrah menyelubungi seluruh kampung, dengan kebanyakan keluarga memilih ahli keluarga yang nazak menunggu kematian di rumah. Nama mereka tidak mungkin muncul dalam mana-mana senarai rasmi kematian COVID-19 di China.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI