28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 11, 2024
UtamaBerita UtamaCukai jalan tidak perlu dipamerkan lagi

Cukai jalan tidak perlu dipamerkan lagi

Berkuatkuasa 10 Februari 2023, cukai jalan tidak perlu dipamerkan lagi, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Menurut beliau, Kementerian Pengangkutan Malaysia akan melaksanakan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian.

BH

Pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).

Dengan terlaksananya inisiatif ini, maka peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di mana “setiap LKM hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan yang berkenaan” tidak lagi terpakai bagi kategori pemilik di bawah fasa pertama.

Pengecualian ini akan diwartakan di bawah kuasa yang diberi kepada Menteri Pengangkutan di bawah Seksyen 127 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk makluman, inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal (warganegara). Sebelum diperluaskan ke fasa-fasa seterusnya kementerian akan mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya.

Oleh yang demikian, Loke amat mengalu-alukan semua pemandu dan pemilik kenderaan untuk beralih ke platform digital.

2 cara untuk mendaftar akaun secara digital:

  1. Portal awam JPJ (https://public.jpj.gov.my/)
  2. Aplikasi mobile MyJPJ (dimuat turun daripada App Store, Play Store atau Huawei App Gallery).
Portal awam JPJ

Antara kebaikan pendigitalan ialah:

  • Keadaan sesak dan beratur panjang di kaunter JPJ akan berkurangan. Dengan ini produktiviti dan keselesaan rakyat berurusan di kaunter dapat dipertingkatkan.
  • Pengguna dapat menyemak butiran semasa.
  • LKM Digital dan LMM Digital dapat dipaparkan pada bila-bila masa diperlukan.

Walau bagaimanapun, bagi pemandu dan pemilik kenderaaan yang belum bersedia pula, anda masih boleh mengekalkan amalan memapar pelekat LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim.

Sepanjang tempoh pelaksanaan fasa pertama ini, kategori pemilik atau pemegang lesen kenderaan yang masih wajib mempamerkan LKM dan mengemukakan kad LMM adalah seperti berikut:

Lesen Memandu Malaysia (LMM)Lesen Kenderaan Motor (LKM)
1. Pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL)
2. Pemegang Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON)
3. Pemegang Lesen Memandu Malaysia Bagi Warganegara Asing
4. Pemegang Lesen Memandu Negara Luar Oleh Pemandu Warganegara Asing (IDP)
1. LKM Persendirian Syarikat
2. Kenderaan Pemilikan Warganegara Asing
3. Kenderaan Perdagangan Meliputi Kenderaan Barangan Dan Kenderaan Perkhidmatan Awam.

Dalam pada itu, Loke turut mengingatkan mana-mana pihak yang didapati memandu kenderaan tanpa memiliki LKM atau LMM yang sah tetap akan dikenakan tindakan undang-undang selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 20(1), 90(1) dan 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Inisiatif ini dilihat sebagai salah satu penyelesaian mengenai kesulitan menampal dan mempamerkan pelekat lesen kenderaan motor (LKM atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’) yang kerap kali dibangkitkan oleh rakyat.

Ayuh, jalankan tanggungjawab anda untuk segera mendaftar akaun masing-masing secara digital.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI