31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaDenti dan Frankie sertai misi SAR ke Turkiye

Denti dan Frankie sertai misi SAR ke Turkiye

Dua ekor anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), iaitu Denti dan Frankie sertai misi mencari dan menyelamat (SAR) ke Turkiye.

BHarian

Ketua Komander Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM Ismail Abd Chani berkata, tujuan anjing pengesan itu dibawa ke sana ialah bagi membantu mengesan keberadaan mangsa di satu-satu lokasi.

“K9 adalah antara pasukan atau unit yang termasuk dalam misi mencari dan menyelamat SMART, jadi mereka ini memang bersedia untuk diatur gerak ke mana-mana (lokasi di) luar negara,” kata Ismail kepada media semasa pelepasan misi SAR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 08 Februari lalu.

Menurut Ismail lagi, pemilihan Denti dan Frankie dibuat berdasarkan kepakaran haiwan-haiwan berkenaan mencari mangsa hidup dan mayat yang telah terbukti.

Selain itu, kemampuan bertahan dalam penerbangan bagi perjalanan jarak jauh yang dimiliki juga menjadi faktor pemilihan kedua-dua anjing pengesan ini dalam operasi SAR di Turkiye.

“Antara penilaian ketika perolehan dulu adalah anjing ini boleh dibawa melalui penerbangan, jadi tidak ada masalah untuk penerbangan yang lama kerana kita dah uji sebelum ini,” ujar Ismail.

Terdahulu, kedua-dua haiwan ini terlibat dalam operasi SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada 16 Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Datuk Armizan Mohd Ali Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) berkata pihaknya dimaklumkan bahawa pasukan pertama SMART yang sudah tiba di Gaziantep berdepan dengan beberapa cabaran yang agak besar seperti cuaca ekstrem di lokasi bencana, koordinasi logistik dan pengangkutan serta faktor keselamatan geopolitik.

Sungguhpun begitu, semangat semua anggota penyelamat tetap tinggi dan cabaran yang dihadapi dapat ditangani dengan kerjasama Disaster and Emergency Management Presidency (AFAD) Turkiye.

Datuk Armizan juga berharap agar rakyat Malaysia khususnya mendoakan keselamatan dan kesihatan SMART supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Selain Denti dan Frankie, 20 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), 30 anggota JPBM dan 20 pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) adalah antara mereka yang tersenarai bagi pasukan penyelamat kedua dari Malaysia yang dihantar ke Turkiye.

Turut menyertai pasukan penyelamat kedua itu adalah tiga orang pengamal media. Mereka ialah dua petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) iaitu Wartawan Meja Jenayah, Mohd Firdaus Md Saisi dan jurugambar Hairul Nizam Baharin serta jurukamera Radio Televisyen Malaysia, Mohd Adzam Jamaluddin.

Menurut Mohd Firdaus, ini adalah kali pertama dia ditugaskan membuat liputan bencana di luar negara. Biarpun sedar akan risiko yang bakal ditempuh, Mohd Firdaus bertekad memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. “Saya ditugaskan selama 10 hari bersama jurugambar dan kami akan memberikan liputan terbaik dan terkini mengenai keadaan di sana,” katanya.

Untuk makluman, pasukan penyelamat pertama dari Malaysia telah berlepas ke Turkiye pada Isnin lalu. Seramai 70 anggota dikerahkan ke sana sebagai tanda solidariti.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI