Kylie, salah seorang kakitangan syarikat itu, berkongsi tindakan gila bos mereka di Tik Tok!
Idea tercetus apabila para pekerja menyarankan yang mereka ingin bekerja dari rumah, tetapi majikan ini mahukan mereka semua kembali bekerja di syarikat itu.
Jadi bos mereka mula membina sebuah bandar mini di syarikat itu, supaya pekerja dapat merasa seolah-olah mereka berada di rumah apabila datang bekerja.
“Semua orang kini boleh “pulang” untuk bekerja, dan jika ada isu yang perlu dibincangkan, mereka boleh terus ke rumah sebelah untuk bercakap dengan jiran! ” katanya.
Kylie berkata majikan mereka biasanya sangat murah hati, jadi dia membina bandar mini ini yang terletak di ruang terbuka syarikat, dan penampilan setiap rumah direka mengikut keperibadian pekerja, seperti yang mereka inginkan.
Rumah merah jambu itu adalah hadiah yang dibina oleh majikan mereka untuk isterinya.
Usia bukan penghalang untuk mencapai cita-cita. Dua warga emas dilihat menduduki peperiksaan akhir semester pertama mereka di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu.
Dalam satu hantaran di Instagram, UniSZA berkongsi R Ramesh, 56 tahun dan M Krishnan, 77 tahun telah mendaftar untuk kursus Sarjana Muda Undang-undang selama empat tahun di universiti itu pada Oktober tahun lepas.
Mereka dilihat menduduki peperiksaan untuk kertas ‘Pengenalan Teknologi Maklumat’ di Dewan Gemilang di kampus Gong Badak pada 3 Februari lalu bersama rakan sepengajian mereka yang lain.
Pihak universiti berkata, mereka berdua adalah rakan baik apabila mereka bersama-sama menempuh semula dunia pengajian setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan.
“Kali terakhir saya menduduki peperiksaan ialah 37 tahun lalu pada 1986 untuk STPM, dan hari ini saya kembali ke dewan peperiksaan untuk peperiksaan sarjana muda,” kata Ramesh.
Tambah warga emas berusia 56 tahun itu, walaupun sedikit tertekan, beliau tetap bertenang dan menjawab dengan baik.
“Saya sudah lama tidak belajar jadi sudah pasti ada masalah menyesuaikan diri pada awalnya, tetapi pensyarah dan rakan sekelas saya banyak memberi sokongan dan bantuan,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Sementara itu, Krishan yang berusia 77 tahun berkata, walaupun sukar membahagikan masa antara pelajaran dan keluarga, beliau tetap berusaha untuk memenuhi impiannya menjadi seorang peguam.
“Saya membahagikan masa dengan baik antara keluarga, kerja dan kelas, dan untuk peperiksaan akhir ini, saya berharap dapat melakukan yang terbaik dan lulus dengan cemerlang,” katanya.
Pekerja jadi penyelamat kedai makan kecil daripada gulung tikar. Memang pada mulanya majikan hampir gulung tikar, namun semuanya berubah selepas pekerja kedai makan menghantar emel kepada pengkritik makanan Keith “Killa” Lee.
Pada suatu hari, Keith menerima satu emel daripada seorang pekerja kedai makan kecil di Vegas. Dalam emel tersebut pekerja itu memaklumkan bahawa kedai makan majikannya sangat kekurangan pelanggan hinggakan mereka tidak mampu membayar sewa kedai.
Tulis pekerja itu lagi, majikannya telah cuba mendapatkan khidmat pencipta kandungan namun pencipta kandungan tersebut meminta bayaran yang agak mahal. Jadi, dia pun menghubungi Keith dan meminta bantuan Keith untuk membuat ulasan makanan bagi pihak mereka. Ujar pekerja itu lagi, makanan di kedai mereka sangat lazat cuma tidak mendapat sambutan kerana tiada pemasar yang memasarkan makanan mereka. Pekerja itu juga meminta Keith menyatakan bayaran yang perlu dibayar bagi melaksanakan tugasan mengulas makanan tersebut.
Keith datang ke kedai makan seperti yang dipinta. Dia membaca menu dan mengambil masa yang agak lama untuk membuat pesanan. Ketika itu Frank pemilik kedai yang mengambil pesanannya. Dengan penuh kesabaran Frank menunggu Keith membuat pilihan. Keith tidak menyangka yang Frank pada mulanya tidak tahu bahawa Keith ialah pengkritik makanan. Mereka berkenalan dan berborak seketika.
Menurut Keith, dia tidak mengambil sebarang bayaran malah semua makanan yang dimakan untuk tujuan ulasan makanan dibayarnya sendiri. Keith memutuskan untuk menguji makanan kedai tersebut bagi mengetahui sama ada pemasaran atau makanan itu sendiri ataupun perkhidmatan mereka yang teruk sehingga tiada pelanggan datang ke kedai mereka.
Setelah pulang ke rumah, Keith mencuba semua makanan yang dibelinya dari kedai berkenaan. Satu demi satu makanan dicubanya dan ternyata makanan-makanan tersebut memang sedap! Hampir semua makanan memperoleh skor markah 9 daripada 10.
Menurut Keith, terdapat taburan cili flakes di atasnya yang membuatkan roti ini sedikit pedas namun sangat lazat. Skor markah ialah 9.2 daripada 10.Kepak ayam goreng perisa peach ini memang lain daripada yang lain. Cukup manis, cukup garam, sangat sedap, kata Keith. Skor markah ialah 9 daripada 10.Kata Keith, roti klasik Italian tersebut sangat sedap dan rasanya cukup seimbang. Skor markah ialah 9.2 daripada 10.Bagi Keith rasa ‘All American Burger’ ini cukup klasik.Untuk piza pepperoni pula, Keith bagai hilang kata-kata kerana terlalu sedap. Skor markah ialah 9.8 daripada 10.
Selepas menjamah semua makanan tersebut, Keith bersetuju dengan kata-kata pekerja kedai makan bahawa makanan di kedai mereka lazat. Jadi tiada sebab untuk Frank mengalah dan gulung tikar. Dengan sedikit sentuhan pemasaran, Keith yakin perniagaan Frank boleh berkembang maju.
Keith memuat naik video ulasan makanan tersebut di TikTok dan sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 42 juta tontonan.
Katanya sebelum dia memuat naik video ulasan makanan tersebut, pengikut kedai tersebut hanyalah 2000 orang. Namun dalam masa kurang sehari, pengikut kedai tersebut bertambah sehingga mencecah 10,500 orang.
Menurut Keith ketika menunggu makanan yang dipesan sampai, dia sempat mengambil gambar sekitar kedai. Ketika meninjau-ninjau suasana kedai, dia melihat hanya dia, pemilik kedai Frank dan seorang pekerja yang berada di kedai itu. Kemudian semuanya berubah dalam sekelip mata.
Pada keesokan harinya kedai makan kecil berkenaan diserbu orang ramai. Kelihatan pelanggan tidak putus-putus datang ke kedai makan tersebut dari mula kedai dibuka iaitu pada pukul 9 pagi hinggalah kedai ditutup pada pukul 5 petang.
Keith memandu ke kedai itu untuk mendapatkan kepak ayam dan milkshake dan begitu terkejut melihat orang ramai beratur di luar kedai Frank.
Menurut Frank sejak ulasan makanan kedainya tular, ramai orang berkunjung ke kedainya. Frank tidak menang tangan menguruskan persiapan makanan dan melayan para pelanggannya. Katanya jika jualannya habis awal, maka kedainya akan ditutup awal.
Frank juga meminta maaf kepada pelanggan yang tidak dapat membeli makanan. Ini kerana stok makanan yang ada tidak dapat menampung jumlah pesanan yang menderu masuk. Bukan sahaja di kedai, malah Frank juga menerima banyak pesanan melalui aplikasi pesanan makanan. Frank berharap agar para pelanggan memahami keadaannya yang sedang cuba menyesuaikan diri dengan lambakan pesanan yang diterima selepas video ulasan makanan oleh Keith tular.
Keith gembira melihat perkembangan perniagaan Frank yang semakin hari semakin sibuk. Sungguhpun telah mula dikenali, Frank tidak melupakan jasa Keith. Kata Keith, berulang kali Frank mengucapkan terima kasih kepadanya.
Dalam satu temu bual, Frank mengatakan bahawa perniagaannya semakin bertambah maju. Jumlah kepak ayam yang digorengnya kini berlipat ganda berbanding dahulu. Kata Frank lagi, pelanggannya datang dari pelbagai tempat. Frank tidak menyangka impiannya selama 30 tahun untuk membuka kedai makan akhirnya tercapai.
Berdasarkan kisah ini, para pekerja sebenarnya boleh menyelamatkan majikan masing-masing daripada gulung tikar. Jika anda sayangkan pekerjaan anda, lakukan sesuatu yang akhirnya memberi manfaat kepada anda semula.
Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada peniaga di luar sana terutama mereka yang terlibat dengan perniagaan makanan dan minuman.
Kepada pekerja Frank, terima kasih kerana tindakan kecil anda telah menyelamatkan majikan anda.
Kemalangan berlaku hampir setiap hari dan baru-baru ini seorang pemandu lori mengejutkan orang ramai apabila memandu lori yang remuk terus ke unit kecemasan hospital untuk menyelamatkan kelindannya.
Pemandu lori bersama kelindannya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah jentera padi di Jalan Sungai Korok, Jitra, Kedah pada 7 Februari lalu, lapor Sinar Harian.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo telah mengesahkan kejadian ini dan berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berkaitan kes kemalangan lori tersebut sebelum itu.
Katanya, petugas Hospital Jitra dikejutkan dengan ketibaan lori remuk yang berhenti di hadapan Unit Kecemasan dan Trauma pada kira-kira jam 4 petang.
“Pesakit dipercayai memandu lori itu terus ke unit kecemasan hospital berkenaan dan petugas kecemasan segera mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang remuk itu,” katanya.
Kelindan yang tersepit di tempat duduk penumpang telah dihantar terus ke Zon Merah untuk mendapatkan rawatan manakala pemandu yang mengalami kecederaan ringan diberi rawatan sebagai pesakit luar.
“Kelindan berkenaan mengalami kecederaan di bahagian abdomen dan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut,” katanya.
Seorang kanak-kanak disindir kerana menggunakan telefon uzur. Namun tindak balas kanak-kanak tersebut membuatkan si mak cik yang menyindirnya itu terkedu. Kejadian penuh pengajaran ini dikongsikan oleh seorang blogger menerusi hantaranya di Facebook.
Pada suatu hari ketika dalam perjalanan menaiki tren, Mr.YoyoYang terserempak dengan seorang kanak-kanak yang begitu fokus melihat telefon bimbitnya.
Kanak-kanak lelaki itu sedang menatal pelayar biarpun skrin telefon bimbit tersebut telah retak seribu. Bagi Mr.YoyoYang itu adalah satu pemandangan yang luar biasa kerana secara logiknya siapa lah yang masih mahukan telefon yang sudah uzur sedemikian.
Namun dalam suasana yang tenang itu, tiba-tiba seorang mak cik menegur kanak-kanak itu.
“Mengapa kamu masih menggunakan telefon seperti itu? Tergamak sungguh ibu bapa kamu memberikan telefon yang sudah rosak itu kepada kamu?”, kata mak cik yang sebenarnya turut sama memerhatikan gerak-geri kanak-kanak tersebut.
Menurut Mr.YoyoYang, dia berasa sedikit terganggu dengan pertanyaan mak cik tersebut. Baginya tidak salah pun jika kanak-kanak itu masih mahu menggunakan telefon yang sudah uzur itu.
Belum sempat Mr.YoyoYang membela kanak-kanak itu, kanak-kanak itu lantas menjawab, “Hello makcik, saya rasa telefon ini masih baik lagi.”
Pada saat itu, bukan sahaja si mak cik terkedu dengan tindak balas kanak-kanak lelaki itu, Mr.YoyoYang turut berasa kagum dengannya.
Dalam diam Mr.YoyoYang memuji sikap kanak-kanak lelaki yang tidak cepat melatah itu malah dia mendapati si kecil itu lebih matang dalam memberikan jawapan kepada orang yang lebih tua daripadanya.
Seorang wanita merekodkan penghantaran makanan paling jauh apabila dia mengambil tugasan menghantar makanan dari Singapura ke Antartika. Merentasi empat benua dengan perjalanan lebih 30,000 kilometer, kesanggupan Maanasa Gopal memenuhi pesanan pelanggan tersebut dikagumi orang ramai.
Maanasa berkongsi video di Instagram miliknya yang memaparkan pengalamannya menghantar makanan dari Singapura ke Antartika. Dia menulis kapsyen “Hari ini, saya ada penghantaran makanan istimewa dari Singapura ke Antartika! Seronoknya. Impian tercapai. Bukannya setiap hari anda berpeluang merentas lebih 30,000 kilometer dan empat benua hanya untuk menghantar makanan.”
Sejak video itu dikongsi, ia mendapat hampir 40,000 tontonan dan ramai warga siber meninggalkankan komen memuji wanita itu. Bukan hanya di Singapura, malah seluruh pelosok dunia memberi perhatian kepada berita tersebut.
Maanasa memulakan perjalanan dengan menaiki kapal terbang dari Singapura ke Hamburg, Jerman. Kemudian dia menyambung perjalanan dari Buenos Aires, ibu negara Argentina sebelum ke Ushuaia dan seterusnya ke Antartika.
Dalam satu video kelihatan Maanasa berjalan melalui padang, laluan berlumpur, hutan dan menyeberangi laut dengan bot. Selepas melalui perjalanan yang panjang, Maanasa akhirnya sampai di destinasi dan berjaya menghantar makanan kepada pelanggannya.
Maanasa mungkin wanita pertama yang menghantar makanan dari Singapura ke Antartika dan berjaya melengkapkan misi penghantaran makanan terjauh dunia. Dan apa yang dilakukan oleh Maanasa itu memang mengagumkan.
Untuk makluman, Maanasa sebenarnya merupakan antara aktivis yang terpilih untuk membuat kajian mengenai perubahan iklim dunia. Pada tahun 2021, dia cuba mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan ekspedisinya ke Antartika. Dia mahu sebuah jenama menaja pengembaraannya itu dan memilih FoodPanda sebagai penajanya. Maanasa mencuba nasib dengan menghantar emel kepada FoodPanda dan menjelaskan mengenai ekspedisinya. Selepas menghantar emel, Maanasa meneruskan kehidupannya tanpa meletakkan harapan tinggi terhadap FoodPanda.
Impian Maanasa untuk ke Antartika semakin menjadi nyata apabila FoodPanda membalas emelnya sebulan kemudian. Pihak berkenaan mahu berbincang lebih lanjut mengenai permintaan itu dan akhirnya mereka bersetuju untuk menaja ekspedisi Maanasa.
Menurut Maanasa sepanjang perjalanan ke Antartika, dia mengalami pelbagai cabaran sehinggakan pada satu tahap dia mahu berputus asa dan menghentikan ekspedisi tersebut. Namun atas sokongan yang diberikan oleh keluarganya, Maanasa meneruskan perjalanannya. Kata ibunya, “ambil risiko lebih baik daripada menyesal.”
Akhirnya pada 07 April 2022, Maanasa berjaya mendarat di Antartika. Maanasa begitu teruja dan bersyukur akhirnya dia tiba juga di destinasi yang ingin dituju.
Antara rahsia keharmonian rumah tangga ialah suami isteri makan bersama. Realitinya tidak semua pasangan berpeluang untuk makan bersama setiap kali waktu makan. Namun itu tidak menjadi penghalang buat pasangan ini kerana mereka mencari jalan untuk makan bersama.
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh @fatihamazlan1997 di TikTok, kelihatan dia menghantar makanan buat suaminya pada waktu rehat.
Suaminya dilihat begitu berselera menikmati lauk-pauk yang dimasak dan dihidangkan oleh isterinya itu. Berkali-kali dia memuji keenakan air tangan isterinya itu.
Warga siber yang menonton perkongsian video berkenaan turut berasa gembira melihat pasangan suami isteri itu. Mereka turut mendoakan @fatihamazlan1997 sekeluarga agar diberikan kebahagiaan hidup.
Memang beruntung benar abang lori ini. Sudahlah isterinya cantik, pandai memasak siap datang hantar makanan pada waktu rehat lagi.
Semoga pasangan suami isteri ini bahagia hingga akhir hayat.
Pandemik di tanah besar China melanda bagai tsunami, dan hospital di seluruh negara menjadi terlalu sesak dan menyedihkan. Menurut anggaran kadar jangkitan di Beijing, Sichuan, Hainan serta wilayah dan bandar lain, lebih daripada 50 peratus penduduk negara itu, atau lebih daripada 700 juta orang telah dijangkiti.
Pakar kesihatan rasmi PKC menganggarkan kadar jangkitan negara semasa tempoh Tahun Baru Cina mampu mencapai 80 peratus, yang bermakna lebih daripada 1.1 bilion orang telah dijangkiti.
Ramai rakyat mati akibat wabak berkenaan. Menular dari selatan ke utara di China, bukan sahaja bandaraya utama seperti Guangzhou, Chongqing, Wuhan, Shanghai, dan Tianjin penuh dengan mayat di hospital besar dan rumah pengebumian penuh muatan, tetapi rumah pengebumian di bandaraya tahap kedua dan ketiga seperti Changchun, Nanchang, Anshan dan Chuzhou turut penuh. Beberapa tempat letak kereta di rumah pengebumian telah menjadi bilik mayat sementara.
Daripada pembersihan melampau “harus diperiksa, harus dikurung, harus diasingkan, dan harus dikumpulkan” kepada keadaan semasa “harus dicelup, harus dibunuh, dan ke kemuncak secepat mungkin” tanpa amaran, persiapan dan perintah yang melampau” apa yang telah dicipta oleh PKC bukan sahaja sandiwara yang tidak masuk akal, tetapi juga tragedi buatan manusia yang mengerikan.
Berjuang melawan langit, PKC melancarkan “perang rakyat”
Pelbagai amalan “anti-wabak” PKC berkait rapat dengan falsafah perjuangan PKC yang konsisten iaitu “berjuang melawan langit, membawa kegembiraan yang tidak berkesudahan; berperang melawan bumi, membawa kegembiraan yang tidak berkesudahan; berperang melawan manusia, membawa kegembiraan yang tidak berkesudahan”. Daripada “Biarkan gunung menundukkan kepala mereka dan biarkan sungai memberi laluan” semasa “Melangkah Besar ke Hadapan”, kepada “mempertahankan Shanghai dengan nyawa” semasa SARS, kepada “ketahui terdapat harimau di pergunungan, dan lebih suka untuk mengembara ke pergunungan terdapat harimau” yang dipromosikan oleh media rasmi semasa wabak hari ini, pemikiran PKC untuk melawan langit dan bumi tidak pernah berubah.
Sejarah PKC adalah sejarah “perjuangan”. Mao Zedong menggunakan madah perjuangan berdasarkan kelas sebagai ucaptama dan melancarkan gerakan kebangsaan “rakyat memerangi rakyat”; Deng Xiaoping menembak pelajar yang tidak bersenjata; Jiang Zemin melaungkan “Parti Komunis akan mengalahkan Falun Gong” dan “menghapuskan Falun Gong dalam masa tiga bulan”; Xi Jinping menggalakkan “berani melawan, berani berjuang”, “Diplomasi Pahlawan Serigala” menggulingkan banyak kuasa Eropah dan Amerika yang mempunyai hubungan mesra dengannya.
Pada hari-hari awal wabak pada Februari 2020, PKC tergesa-gesa menerbitkan buku “Perang Kuasa Besar Melawan Epidemik”. Buku itu dikeluarkan oleh Jabatan Propaganda Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pejabat Penerangan Dewan Negara. Tajuk, kandungan dan propaganda buku itu benar-benar mencerminkan mentaliti PKC “berperang melawan langit dan bumi” dan berlagak tidak tahu malu.
Ini adalah “perintah peribadi dan dikerahkan secara peribadi” oleh peringkat tertinggi PKC, dilaksanakan dari atas ke bawah, untuk melancarkan “perang nasional menentang virus”, dan untuk “membersihkan” wabak. Menggunakan kuasa keseluruhan masyarakat dan rakyat, di bawah organisasi agensi kerajaan dan jawatankuasa kejiranan, dan di bawah pencegahan tentera dan polis, kuarantin, perintah berkurung bandar, menjalankan ujian asid nukleik untuk seluruh rakyat, pencegahan yang tepat dan mengawal, dan memutuskan rantaian penularan virus… Mengubah China yang besar menjadi sangkar, kem tahanan, dan lebih daripada satu bilion orang telah diperlakukan sebagai tawanan dan haiwan, dan mereka melakukan segala yang mampu untuk membuat rakyat sengsara.
‘Mengalahkan langit’
Manusia itu sangat kerdil dan merendah diri di hadapan alam. Orang hebat, hero, selebriti, pakar, dan cendekiawan manakah yang tidak mati di bawah takdir dan aturan Tuhan? Terlalu banyak penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh manusia dan bencana alam yang tidak dapat dicegah dengan kuasaNya. Tsunami, gempa bumi, atau wabak boleh memusnahkan pelbagai makhluk dan pencapaian tamadun manusia dalam sekelip mata.
Adakah PKC pernah mengalahkan langit dan alam? Dalam Melangkah Besar PKC, “sepuluh ribu kati per mu” akhirnya menjadi jenaka yang tiada siapa percaya dengan tragedi kebuluran dan kanibalisme. 30 juta hingga 45 juta orang mati kelaparan. Sebagai pertukaran untuk penebangan hutan, penyumbatan sungai dan penambakan laut, padang rumput hilang, pasir kuning mengepul, dan ribut pasir mengganas ke tanah Dataran Tengah. Empangan Three Gorges, yang boleh dipanggil “tidak dapat ditembusi dan boleh menahan banjir sekali dalam sepuluh ribu tahun”, kini sukar untuk menghadapi banjir yang berlaku sekali dalam dua puluh tahun. Dasar pembersihan sifar-COVID yang merangkumi sepenuhnya “keunggulan sosialis” PKC berhasrat untuk menghapuskan virus dan wabak dengan menutup bandar-bandar. Selepas tiga tahun, ia telah kembali ke titik asal. Tragedi epidemik terbesar di dunia.
Dalam budaya tradisional masyarakat Cina, semua orang takut kepada Tuhan langit dan bumi, dan maharaja hanya boleh dipanggil “Anak Syurga”. Selepas menaiki takhta, maharaja perlu melakukan upacara korban, yang mencerminkan rasa hormat kepada langit. Dalam menghadapi wabak yang besar, bermula maharaja dan jeneral kepada rakyat jelata, sikap rakyat semuanya merendah diri. Mesti merenung kesilapan diri sendiri hingga terdapat kebaikan dan kewajaran untuk menebus kesalahan.
Di Amerika Syarikat, Presiden juga memegang Injil apabila mengangkat sumpah jawatan, yang bermaksud Tuhan berada di atas. Hanya PKC yang akan berperang dengan angkuh dan seronok bertarung kesemuanya, tidak pernah mengakui kesilapan sendiri. Sebaliknya menutup kebenaran, menganiaya mereka yang berani bercakap benar, dan menganggap nyawa rakyat sebagai tidak bernilai.
PKC sentiasa mengatakan “rakyat adalah tertinggi” dan “kehidupan adalah tertinggi”, tetapi pada hakikatnya, rakyat hanyalah semut PKC, dan kehidupan mereka seperti rumput, dan mereka sering tidak dapat mengira nombor. Sementara ratusan dan ribuan orang sedang menunggu untuk dibakar di rumah pengebumian di seluruh negara, jumlah kematian yang diumumkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Parti Komunis China hanya sedikit. Apabila rakyat China menderita akibat wabak dan mengutuk dasar pihak berkuasa, Jawatankuasa Politik dan Undang-undang Parti Komunis China mendakwa langkah pembersihan dan pelepasan oleh rejim adalah “betul-betul benar”.
PKC berpendapat ia boleh memadamkan semua dosanya melalui peralatan negara yang berkuasa, kawalan berteknologi tinggi dan moden, sekatan rangkaian, dan pencucian otak yang menyeluruh lagi canggih, tetapi kali ini semuanya salah.
Pembersihan itu mencetuskan “gerakan kertas putih” di seluruh China. Penunjuk perasaan melaungkan “Parti Komunis berundur”, dan semakin ramai rakyat dikejutkan dengan kesedaran. Rakyat sedar bahawa apa yang dilakukan oleh PKC sekarang adalah sama dengan mendorong 1.4 bilion rakyat China ke medan periuk api dengan darah mereka, yang sama dengan pembunuhan beramai-ramai yang dirancang. Statistik wabak PKC tidak lagi dipercayai di China. Tiada retorik daripada kerajaan dapat dibandingkan dengan realiti kesakitan yang dialami rakyat, seperti jangkitan dan kematian orang tersayang. Dikelilingi oleh kemarahan awam yang membara, PKC lebih hampir kepada kawah krisis berbanding sebelum ini.
Di peringkat antarabangsa, banyak negara tidak mempercayai data wabak yang disediakan oleh PKC. Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata WHO memerlukan lebih banyak maklumat mengenai tahap keterukan wabak di China. United Kingdom, Perancis, Korea Selatan, Sepanyol, Amerika Syarikat, Jepun, Itali, India dan banyak negara lain mewajibkan penumpang dari China menyerahkan bukti ujian negatif atau menjalani ujian COVID-19 di pintu masuk negara masing-masing kerana kerajaan China tidak berkongsi data wabak yang komprehensif kepada dunia.
‘Yu Tiandou’ hampir mati, adakah PKC masih gembira tidak berkesudahan sekarang?
PKC adalah parti politik yang angkuh dan kejam. Parti yang memusnahkan budaya tradisional melalui kempen politik berturut-turut, mempromosikan ateisme, teori evolusi, dan falsafah perjuangan yang salah, “manusia akan menakluki alam”.
Satu-satunya yang berani melawan Tuhan adalah syaitan. Sejak zaman purba, Tuhan dan syaitan tidak serasi, dan Tuhan telah lama menyelesaikan keangkuhan syaitan. PKC mesti menghadapi hukuman Tuhan. Cuma masanya yang belum tiba, dan apabila tiba masanya, semuanya akan mendapat pembalasan.
Mengenai wabak, pengasas Falun Gong, Guru Li Hongzhi, dengan jelas menunjukkan “ia ada di sini untuk menghapuskan ahli parti jahat” dan “Tuhan akan menghapuskannya, dan mereka yang menyokongnya akan disingkirkan.”
Dalam menghadapi wabak seperti tsunami, rungutan domestik yang marah dan tekanan antarabangsa, adakah PKC yang tidak menentu dan hampir runtuh masih merasakan bahawa “berjuang melawan syurga akan membawa kegembiraan yang tidak berkesudahan”?
Pada masa ini, sejumlah besar pegawai kanan, pakar, cendekiawan, selebriti, dan ahli parti dalam sistem PKC telah meninggal dunia akibat wabak itu. Ini adalah isyarat dari syurga untuk menghapuskan PKC, dan ia juga merupakan amaran kepada pegawai PKC dan mereka yang membela PKC. Si mati malangnya menjadi mangsa pertempuran PKC menentang langit dan bumi. Yang lain bukan sahaja harus bersimpati, menyesal dan berkabung, tetapi harus bangun dan merebut peluang untuk menempuh bencana dengan selamat.
Epilog
Melalui tiga tahun wabak buatan manusia dan beberapa dekad kempen politik PKC, orang ramai dapat melihat dengan jelas bahawa PKC adalah punca masalah dan bencana, sama sekali tidak mempercayai sebarang propaganda PKC, dan tidak mengikuti PKC untuk terlibat dalam yang dipanggil “manusia akan menakluki alam” dan “berjuang melawan langit dan bumi”.
Apa yang dipanggil “kata-kata retorik” itu hanya boleh merosakkan hati rakyatnya untuk memudahkan PKC mengguna dan menipu mereka untuk memusnahkan alam, menyinggung kuasa Tuhan, melakukan perkara yang keterlaluan, mencipta lebih banyak jenayah, dan mencederakan diri mereka sendiri. Seperti yang dinyatakan oleh ‘Sembilan Ulasan tentang Parti Komunis’: “Pengajaran sejarah ialah tiada janji yang dibuat oleh Parti Komunis boleh dipercayai, dan tiada jaminan akan ditunaikan. Sesiapa yang percaya kepada Parti Komunis dalam apa jua isu akan mati dengan isu itu.”
Dari segi sejarah, wabak tidak pernah berakhir dengan orang “berjuang”. Ia sering datang dan pergi tanpa jejak.
Dalam pandemik yang belum pernah berlaku sebelum ini, di manakah jalan keluar? Guru Li Hongzhi dengan tegas berkata: “Jauhi PKC yang jahat, dan jangan berdiri bersama parti jahat, kerana di belakangnya adalah syaitan, yang bertindak seperti samseng di permukaan, dan melakukan segala jenis kejahatan, inilah penyelesaiannya, inilah penawarnya.”
Kehidupan itu sangat berharga, dan diharapkan setiap individu, walaupun ahli Parti Komunis, pegawai tinggi, atau selebriti, akan bangun secepat mungkin, mendengar kata-kata orang bijak, dan tidak disingkirkan oleh sejarah bersama ‘syaitan merah’.
Beribu-ribu individu telah menawarkan untuk mengadopsi bayi perempuan yang dilahirkan dalam keadaan tragis di bawah runtuhan bangunan runtuh di barat laut Syria, berikutan gempa bumi dahsyat pada Isnin lalu.
Ketika diselamatkan, ‘bayi ajaib’ yang dinamakan Aya bermaksud keajaiban dalam bahasa Arab, masih berhubung tali pusat dengan ibunya.
Ibu dan bapanya bersama empat adik-beradiknya disahkan meninggal dunia selepas gempa bumi melanda bandar Jindayris.
BBC
Bayi Aya kini berada dalam penjagaan pihak hospital.
“Dia tiba pada hari Isnin dalam keadaan teruk, mengalami lebam dan luka seluruh badan, hipotermia dan hampir tidak bernafas,” kata Hani Marouf, pakar pediatrik yang menjaganya.
Bayi itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Video menyayat hati ketika Aya diselamatkan menjadi tular di media sosial. Rakaman menunjukkan seorang lelaki bergegas berlari dari runtuhan bangunan sambil memegang bayi yang diliputi debu.
YouTube
Saudara jauh Aya, Khalil al-Suwadi yang berada di sana ketika dia ditarik ke tempat selamat, membawa bayi yang baru lahir itu kepada Dr Marouf di bandar Afrin, wilayah Aleppo, Syria.
Beribu-ribu orang di media sosial kini telah meminta butiran untuk mengambilnya sebagai anak angkat.
“Saya ingin mengambilnya sebagai anak angkat dan memberikannya kehidupan yang baik,” kata seorang netizen.
Seorang penyampai TV Kuwait berkata, “Saya bersedia untuk menjaga dan mengambil anak ini sebagai anak angkat… jika prosedur undang-undang membenarkan saya.”
Pengurus hospital, Dr Khalid Attiah, berkata beliau menerima berpuluh-puluh panggilan dari individu di seluruh dunia yang ingin mengambil bayi Aya sebagai anak angkat.
Dr Attiah, yang mempunyai seorang anak perempuan hanya empat bulan lebih tua daripada Aya berkata, “Saya tidak akan membenarkan sesiapa mengambil dia sebagai anak angkat sekarang. Sehingga keluarga jauhnya kembali, saya sentiasa melayannya seperti anak saya sendiri.”
BBC
Buat masa ini, isterinya sedang menjadi ibu susuan bayi Aya bersama-sama anak perempuan mereka sendiri.
Di bandar Jindayris, orang ramai terus berusaha mencari ahli keluarga tersayang mereka melalui runtuhan bangunan.
Wartawan Mohammed al-Adnan memberitahu BBC, “Keadaan di sini adalah bencana. Terdapat begitu ramai mangsa di bawah runtuhan. Masih ramai yang terperangkap.”
Dianggarkan 90 peratus daripada bandar itu telah musnah dan kebanyakan bantuan setakat ini datang daripada penduduk tempatan.
Penyelamat dari organisasi White Helmets, yang sudah biasa mengeluarkan mangsa runtuhan bangunan selama lebih sedekad semasa perang saudara Syria, telah membantu di Jindayris.
BBC
“Para penyelamat juga boleh menjadi mangsa kerana semua bangunan tidak stabil,” kata Mohammed al-Kamel.
“Kami baru mengeluarkan tiga mayat dari runtuhan ini dan kami fikir ada keluarga di dalam sana yang masih hidup – kami akan terus bekerja,” katanya.
Di Syria, lebih 3,000 kematian telah dilaporkan akibat gempa bumi yang dahsyat itu.
Angka ini tidak termasuk mereka yang telah meninggal dunia di kawasan yang dikuasai pembangkang.
Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.4 skala Richter di timur Indonesia. Kejadian yang berlaku pada 09 Februari itu telah menyebabkan sejumlah rumah serta bangunan musnah.
Menurut Pengurus Pusat Kawalan Operasi Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana, Jonathan Koirewoa kepada Xinhua menerusi panggilan telefon, gegaran gempa bumi tersebut dapat dirasai dengan kuat. Akibatnya beberapa rumah, restoran dan bangunan mengalami kerosakan.
Dalam kenyataan lain, Asep Khalid Ketua Agensi Mitigasi Bencana Jayapura mengatakan sebuah kafe runtuh dan empat orang maut di sana. “Ia jatuh ke dalam laut,” ujar Asep Khalid.
Sementara itu, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi itu berlaku pada pukul 1.28 petang (waktu tempatan) di barat daya Jayapura pada kedalaman 22 kilometer.
Pusat gempa bumi itu terletak satu kilometer (km) ke barat daya ibu kota Jayapura pada kedalaman 10 kilometer.
Walau bagaimanapun, gempa bumi tersebut tidak berpotensi mencetuskan tsunami.