28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 5, 2025
Utama Blog Laman 212

Cara paling unik pancing ikan, nenek ini hanya guna botol serta tepung gandum dan tidak sampai seminit umpan sudah mengena!

0

Ramai yang melihat memancing sebagai aktiviti yang membuang masa dan tenaga. Mana tidaknya, jika tiada rezeki tunggu lah berjam-jam lamanya pasti tidak akan ada umpan yang mengena. Namun, bagi kaki pancing aktiviti ini bukan sekadar aktiviti kosong. Tidak kira lah mereka mendapatkan hasil atau tidak kerana apa yang lebih penting masa mereka terisi dengan melakukan sesuatu yang mereka suka.

Buat kaki pancing mereka pasti ada teknik atau kaedah yang sering digunakan supaya ikan makan umpan yang diletakkan. Dari segi memilih joran hingga lah kepada memilih jenis umpan yang mahu digunakan- semuanya diambil kira sehingga ada yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan peralatan memancing yang bagus.

Namun, berbeza pula dengan nenek ini. Dia juga pandai memancing tetapi kaedah yang digunakan sangat berlainan dengan cara biasa. Tidak hanya itu, umpan yang digunakan juga tidak sama dengan umpan biasa yang digunakan kaki pancing tetapi jumlah tangkapannya bukan biasa-biasa!

Video nenek ini memancing telah menjadi tular di internet sehingga menerima pelbagai reaksi orang ramai. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Di Shuhainie telah menunjukkan seorang nenek berumur 78 tahun berkongsi cara menangkap ikan dengan mudah dan pantas.

Percaya atau tidak tanpa menggunakan joran atau umpan hidup nenek tersebut berjaya menangkap ikan dengan mudah. Dengan hanya menggunakan botol plastik dan tepung gandum sebagai umpannya dia tidak perlu menunggu lama untuk umpannya mengena.

Botol itu terlebih dahulu diletakkan air di dalamnya. Kemudian ambil sesudu tepung gandum dan dibancuh sebelum botol tersebut dilontarkan ke dalam air.

Nenek tersebut juga sempat berkongsi cara membuat alat tangkapan ikan itu dengan memberitahu, bahawa dia hanya perlu meletak tepung gandum ke dalam botol plastik dan terus saja mencuba nasib.

“Berlajar tangkap ikan cara rare… umur saya dah 30 baru tahu ada cara tangkap ikan gini…. sifu saya ni umur dah 78 tahun tapi steady…
Kita pergi mana-mana cari kawan, bukan lawan…dapat ilmu baru kat Kelantan kali ni..” kata Mohd Di Shuhainie.
Rata-rata netizen berasa sangat teruja dengan kemahiran unik nenek tersebut dalam menangkap ikan sehingga ada yang berminat untuk menuntut ilmu dari nenek itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Patutlah tersumbat, pekerja pembersihan sapu semua sampah daun menghala ke dalam longkang

0

Setiap orang dengan ajaran mereka sejak kecil. Jika ibu bapa mengajar kita sejak kecil, uruskan sampah dengan betul dengan membuangnya ke tempat yang betul, dan jangan sesekali membuang ke dalam longkang, parit dan sungai. Dan kita akan bertanya mengapa?

Mereka ibu bapa dan datuk nenek kita akan memberi jawapannya, jika hujan lebat, air mengalir bawa sampah, longkang tersumbat, parit tersumbat, sungai tersumbat, sudahnya kita yang karam.

Facebook

Masa pun berlalu dan hari ini, satu perkara yang kita sebagai rakyat Malaysia baru temui semasa banjir ialah kepentingan mengekalkan sistem perparitan yang baik, dengan membuang sampah mengikut cara yang betul. Satu perkara asas yang sepatutnya semua orang sudah maklum ketahui.

Perkara yang nampak sangat mudah dan tidak memerlukan otak rumit untuk memikir, jika kita tidak membuang apa-apa barang atau benda ke dalam longkang, air akan mengalir dengan baik dan cekap.

Facebook

Tidak tahu pula apa yang pekerja pembersihan dan tukang sapu fikirkan selepas mereka dibayar gaji untuk membersihkan kesemua longkang kita, tetapi akhirnya menyumbat sistem saliran itu dengan lebih teruk lagi.

Satu hantaran Facebook oleh Inforoadblock baru-baru ini berkongsi video seorang wanita berdepan dengan pekerja pembersihan jalan, selepas berasa tidak puas hati melihat dia menyapu sampah, daun dan ranting dari tepi jalan ke dalam longkang di Brickfields, Kuala Lumpur.

Facebook

Mereka menulis, “Video tular pekerja pembersihan kontraktor Alam Flora menyapu sampah dan membuangnya ke arah longkang. Mana penyelia yang memantau pekerja ini?”

Facebook

Dalam video itu, kedengaran wanita itu menegur pekerja ini dan rakan sekerjanya. Dia memberitahu rakan sekerjanya untuk menunjukkan kepada pekerja pembersihan itu cara betul menyapu sampah ke arah kaki lima, bukannya ke arah tepi jalan di mana longkang terbuka terletak.

Facebook

Rakan sekerja itu kemudian menggunakan hujung batang penyapu yang bertentangan untuk mengorek semua daun, ranting dan keseluruhan sampah yang boleh dilihat di dalam longkang. Dan ia memang sangat banyak untuk menghalang air lalu.

Facebook

“Sikap begini tidak boleh dibiarkan kerana perbuatan seperti itu akan membuatkan longkang tersumbat dan jika hujan, ia akan menyebabkan banjir kilat,” kata hantaran itu.

Facebook

Patutlah ada masa-masa bila hujan lebat dan saliran longkang tersumbat, kita melihat abang polis trafik yang menyingsing lengan baju menarik semua sampah keluar bagi mengalirkan air lalu. Rupanya angkara segelintir pekerja pembersihan yang tidak buat kerja mereka dengan betul.

Facebook

Diharap pihak berkuasa tempatan menyelia dan memantau para kontraktor pembersihan mereka dalam memastikan perkara yang mudah ini tidak menyumbang kepada potensi banjir kilat di bandar-bandar kita.

Dan setiap antara kita juga perlu memainkan peranan dan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan di kawasan masing-masing.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Doktor yang membantu penemuan Omicron dakwa terima tekanan untuk tidak dedahkan ia varian ringan

0

Doktor yang membantu penemuan varian COVID-19 Omicron mendakwa beliau menerima tekanan daripada beberapa pegawai kerajaan untuk tidak mendedahkan ia adalah strain yang lebih ringan.

Bercakap kepada akhbar Welt Jerman, Dr. Angelique Coetzee, yang kini ketua Persatuan Perubatan Afrika Selatan, berkata semasa perbincangan dengan pegawai Eropah, beliau diberitahu untuk tidak menyatakan bahawa pesakit Omicron menunjukkan simptom yang lebih ringan daripada varian COVID-19 sebelumnya.

“Saya telah diberitahu untuk tidak menyatakan secara terbuka yang ia adalah penyakit ringan. Saya telah diminta untuk mengelak daripada membuat kenyataan sedemikian dan menyatakan ia adalah penyakit yang serius. Saya menolak,” katanya kepada Welt sebagai menjawab soalan mengenai perbincangan awal berkenaan Omicron dengan pegawai Eropah.

Gambar oleh AHMAD GHARABLI /AFP /Getty Images

Dr. Coetzee tidak menjelaskan secara terperinci siapa pegawai yang didakwa memintanya untuk berdiam diri. Dalam temu bual itu, Dr. Coetzee berkata pegawai Afrika Selatan tidak cuba menekannya, yang mendakwa kemudiannya, beliau dikritik oleh pihak berkuasa di United Kingdom dan Belanda.

“Saya seorang doktor dan berdasarkan gambaran klinikal tiada tanda-tanda menunjukkan kami sedang berhadapan dengan penyakit yang sangat serius. ‘Course’ kebanyakannya ringan. Saya tidak mengatakan anda tidak akan sakit jika anda bergejala ringan,” sambung beliau.

“Definisi ringan penyakit COVID-19 adalah jelas, dan ia adalah definisi [Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)]: pesakit boleh dirawat di rumah dan oksigen atau kemasukan ke hospital tidak diperlukan,” kata Dr. Coetzee. 

Sambil menambah,”Penyakit serius adalah satu dalam yang kita lihat jangkitan pernafasan pulmonari akut: pesakit memerlukan oksigen, mungkin juga pernafasan buatan. Kami melihatnya dengan Delta-tetapi tidak dengan Omicron. Jadi saya berkata kepada orang ramai, ‘Saya tidak boleh berkata seperti itu kerana ia bukan apa yang kami lihat’.”

Semasa perbincangan itu, beliau mengingati apa yang diberitahunya kepada pegawai lain. “Apa yang saya katakan pada satu ketika – kerana saya sudah bosan dengannya ialah: Di Afrika Selatan, ini adalah penyakit ringan, tetapi di Eropah, ia adalah penyakit yang sangat serius. Itulah yang ahli politik anda mahu dengar.”

Pada akhir November, Dr. Coetzee berkata dalam beberapa temu bual, termasuk dengan CNN, bahawa “majoriti apa yang kami sampaikan kepada pengamal penjagaan kesihatan primer adalah ia kes yang sangat ringan, sangat ringan hingga kepada sederhana … dan oleh itu, pesakit ini, bermakna mereka tidak perlu dimasukkan ke hospital buat masa ini.”

Gambar Hiasan /Unsplash

“Kami cuba menyampaikan mesej di luar sana kepada dunia untuk berkata mendengar. Kami tidak mengatakan ini tidak akan menjadi penyakit bakal datang yang akan menyebabkan penyakit teruk; ia akan boleh menyebabkan penyakit yang teruk, tetapi jika penyakit ini boleh menyebabkan lebih daripada majoriti orang mengalami simptom ringan, mudah dirawat di rumah, tidak perlu masuk hospital, itu adalah hadiah pertama,” tambahnya.

Memandangkan Omicron dinamakan secara kontroversi sebagai ‘varian membimbangkan’ oleh WHO pada November 2021, beberapa kajian telah mencadangkan varian tersebut menunjukkan simptom yang lebih ringan berbanding varian Delta. Pada masa ini, menurut data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, Omicron menyumbang sebahagian besar jangkitan semasa COVID-19 di seluruh negara itu.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik Jepun dan Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada akhir Disember 2021, mendapati varian Omicron menyebabkan kurang kesan kerosakan kepada paru-paru, tekak dan hidung.

The Epoch Times telah menghubungi Agensi Ubat-Ubatan Eropah untuk mengulas kenyataan Dr. Angelique Coetzee.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kurang senang dengan kehadiran anak autisme, jiran-jiran buat aduan sehingga kontrak rumah sewa keluarga itu tidak diperbaharui

0

Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak istimewa. Mereka bukan sahaja mempunyai keperluan yang berbeza malah mereka juga perlu diberikan perhatian khusus oleh orang-orang di sekeliling mereka. Namun, tugas tersebut menjadi lebih sukar apabila ada yang tidak faham dengan keadaan tersebut.

Baru-baru ini seorang bapa kepada seorang anak autisme meluahkan rasa hatinya mengenai kontrak rumah sewa yang tidak diperbaharui oleh tuan rumah mereka.

Melalui perkongsiannya menerusi laman Instagram, seorang bapa bernama Iman Wan memberitahu bahawa perkara tersebut berpunca daripada anak lelakinya yang merupakan seorang autisme.

Apa yang berlaku ialah jiran-jirannya membuat aduan yang mengatakan mereka kurang senang dengan kehadiran anak istimewanya, Adam di kediaman mereka di Temasya Suria, Shah Alam, Selangor.

“Kepada jiran kiri dan kanan, kami tahu apa anda buat dan kami tahu anda orang macam mana. Tapi jangan bimbang, hasrat anda sudah tercapai.

“Anda sudah berjaya membuatkan pemilik tidak memperbaharui kontrak sewaan kami. Kami akan berpindah keluar pada hujung bulan ini. Anak saya tidak akan menjadi gangguan kepada anda lagi.

“Minta maaf atas masalah yang ditimbulkan. Anda boleh menjalani kehidupan dengan tenang selepas ini,” ujar Iman lagi dengan panjang lebar.

Adam atau nama penuhnya Adam Wan Mun Yu sebelum ini menjadi perhatian apabila ahli keluarga sering berkongsi berkongsi foto dan video memaparkan rutin hariannya sebagai penghidap masalah spekrum autistik (ASD).

Menurut Iman Wan lagi, anak keduanya itu tidak membuat bising pada setiap masa. Baginya orang ramai yang masih kurang empati, belas kasihan dan pemahaman terhadap golongan autisme.

“Adam tidak bising setiap hari dan kalau berlaku, ia tidak pernah dari subuh hingga malam. Kami tahu daripada sumber yang boleh dipercayai, perkara ini berlaku kerana pemilik tertekan menerima aduan dilakukan dua jiran kami.

“Kami faham dan sedar di mana kami duduk. Kami berharap untuk berpindah apabila rumah kami akan siap sepenuhnya dalam beberapa tahun lagi, tetapi Allah mempunyai perancangan lebih baik,” ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen di Instagram. Rata-rata meluahkan rasa simpati mereka terhadap apa yang berlaku kepada mereka sekeluarga. Mereka turut menitipkan doa semoga segala urusan Iman Wan sekeluarga dipermudahkan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Dua beradik, 4 dan 2 tahun maut selepas makan sisa makanan daripada tong sampah

0

Dua kanak-kanak warganegara Myanmar maut di Kampung Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi setelah memakan makanan yang dijumpai daripada tong sampah pada 13 Februari lalu.

Kedua-dua beradik yang masing-masing berusia 4 tahun dan 2 tahun itu, Nizambudin Jamaludin dan Ngei dilaporkan meninggal dunia di rumah jiran berhampiran lokasi tong sampah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 6:15 petang dan mereka bergegas ke lokasi kejadian.

Pada jam 5:30 petang, bapa mangsa yang berusia 36 tahun ternampak anaknya di tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum mengangkat keduanya ke rumah jiran.

“Bapa kanak-kanak lelaki itu menemui anak lelakinya berhampiran tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang. Dia kemudian bertindak membawa kedua anaknya ke rumah jiran”.

“Kanak-kanak itu kemudiannya didapati berhenti bernafas selama beberapa minit. Salah seorang penduduk selepas itu segera menghubungi pihak polis”.

Menurut Shariman, kedua-dua mangsa dipercayai telah memakan makanan yang mereka jumpai daripada tong sampah.

“Petugas perubatan telah mengesahkan kematian mereka. Mayat kemudian telah dibawa ke jabatan forensik Hospital Sultanah Maliha untuk dibedah siasat dan menjalani ujian COVID-19”.

Buat masa ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Siasatan lanjut difahamkan masih sedang berjalan.

Difahamkan bahawa kedua-dua mangsa tinggal bersama bapanya di rumah jiran di kampung tersebut, memandangkan mereka tiada rumah.

Bapanya bekerja sebagai tukang membaiki kelengkapan bot dan turut mengambil upah kerja-kerja kampung bagi menyara kehidupan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kemunculan ikan jerung paus di perairan Sabah tarik perhatian

0

Kemunculan ikan jerung paus di Pulau Sapi, Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu baru-baru ini telah menarik perhatian warganet, memandangkan spesies ikan jerung paus amat jarang ditemui di perairan Sabah.

Kehadiran spesies ikan jerung paus atau nama saintifik haiwan itu Rhincodon typus sebanyak dua kali di perairan Pulau Sapi membuatkan mereka yang terserempak dengannya menjadi teruja.

Facebook

Video yang berjaya dirakam Sabah Parks berdurasi 27 saat itu berjaya memaparkan kelibat seekor ikan jerung paus pada jarak dekat dalam penampakan mengagumkan yang jarang-jarang berlaku.

Spesies jerung paus merupakan spesies ikan bukan mamalia paling besar di dunia yang boleh membesar sehingga 12 meter panjang dengan berat boleh mencecah 21 tan metrik.

Facebook

Ikan jerung paus merupakan spesies paling lama pernah direkodkan berevolusi sejak 60 juta tahun yang lalu.

Ikan jerung paus berhabitat di perairan beriklim tropika pada suhu antara 25 hingga 30 darjah Celsius dengan purata hayat boleh mencecah sehingga 70 tahun.

Facebook

Spesies jerung paus biasa ditemui di Afrika Selatan, perairan Andaman, Amerika Selatan, Australia Barat dan Indonesia, malahan beberapa kali pernah dilihat di luar pantai Terengganu, tetapi amat jarang ditemui di perairan Sabah.

Oleh kerana ikan jerung paus spesies yang suka berhijrah dan bermigrasi, maka tidak mustahil ia boleh sampai ke lokasi luar biasa seperti ke perairan Sabah dan negeri lain di Malaysia.

Facebook

Amat bertuah buat sesiapa sahaja yang terserempak dan menemui spesies ikan jerung paus ini di Malaysia. 

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Polis Jiangsu siasat ‘suami’ wanita lahir lapan anak yang dirantai selepas bantahan awam atas isu pemerdagangan manusia

0

Pihak berkuasa di wilayah Jiangsu, timur China sedang menyiasat seorang lelaki selepas video tular isterinya yang sakit mental dirantai di leher seperti haiwan di sebuah rumah luar bandar menyebabkan bantahan awam dalam talian internet yang dikawal ketat di negara itu.

Dalam video berkenaan, seorang wanita yang dikenali sebagai Yang ditunjukkan sedang duduk di dalam sebuah rumah usang di kawasan luar bandar berhampiran bandar Xuzhou di Jiangsu dengan rantai di lehernya, ketika seorang rakan datang bertanya keadaannya sama ada dia cukup makan. 

YouTube

“Pasukan penyiasat dengan kerjasama polis daerah telah melawat dan menyiasat Dong dan ahli keluarganya, jirannya, datuk bandar dan ketua kampung dan kakitangan lain, serta merujuk dokumen lama dan rekod yang berkaitan,” pentadbir daerah Feng dari jabatan propaganda jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) berkata dalam satu kenyataan pada 30 Januari.

Laporan media tempatan melaporkan seorang lelaki dari daerah Feng yang hanya dikenali sebagai Dong Geng “membawa pulang” wanita itu selepas mendapati dia mengemis di jalanan pada tahun 1998.

Anak lelakinya, Dong Min kemudiannya membawa Yang ke pejabat pendaftaran perkahwinan tempatan untuk menjadikannya isteri, yang menimbulkan keraguan tentang keupayaannya dalam memberi persetujuan secara sukarela untuk berkahwin, dan sama ada pegawai pendaftaran tempatan telah membuat semakan identiti dan latar belakang yang berpatutan.

YouTube

“Kakitangan pejabat hal ehwal sivil majlis perbandaran tidak mengesahkan identiti mereka pada masa pendaftaran perkahwinan,” menurut kenyataan daerah Feng.

Laporan media dalam talian menyatakan Yang sejak itu telah melahirkan lapan anak, dan Dong mendakwa sebab Yang dirantai adalah kerana wanita itu terdedah kepada keganasan.

Siasatan daerah melaporkan dakwaan Dong yang rantai itu hanya digunakan sehingga keadaan mental Yang stabil, tetapi menambah, “Tingkah laku itu disyaki melanggar undang-undang, dan polis telah memulakan siasatan.”

YouTube

Menurut mereka, Yang disahkan menghidap skizofrenia berikutan rundingan psikiatri yang dilakukan pada 30 Januari, dan kini sedang menjalani rawatan dan diberikan ubat antipsikotik, manakala pegawai tempatan telah menyara keluarga itu dengan subsidi kewangan dan bangunan.

Rasa tidak puas hati yang berleluasa di kalangan orang awam

Dalam usaha untuk menjelaskan lapan orang anak yang dilahirkan, kenyataan itu berkata Dong telah “berulang kali berjaya menguruskan dalam mengelak jabatan perancang keluarga.”

“Kami akan menjalankan siasatan dalaman, dan polis telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang. Mereka yang disyaki melakukan jenayah akan diambil tindakan,” jelas kenyataan itu.

YouTube

Komen dalam talian menunjukkan rasa tidak puas hati yang meluas dengan maklum balas rasmi yang mengatakan kes itu kelihatan seperti perhambaan seks, walaupun DNA Yang tidak ditemui dalam pangkalan data mana-mana orang hilang atau pemerdagangan manusia:

“Dari mana dia berasal? Ibu bapa kandungnya adalah penjaga dan keluarganya yang sah. Lelaki ini penjenayah. Jangan buat-buat keliru. Lelaki ini merogol dan menahan pesakit mental secara haram. Ini kes perhambaan seks.” 

“Jadi anda menjemputnya dari jalanan, memukulnya, mencabut semua giginya, kemudian memanggilnya gila, kemudian merogol dan menderanya yang memaksanya mempunyai lapan anak.”

“Oh rantai itu wajar kerana dia ada ‘kecenderungan kekerasan’? Penahanan yang menyalahi undang-undang adalah wajar? Oh, jangan risau, ada sijil perkahwinan, kerana kita semua tahu rogol tidak boleh berlaku dalam perkahwinan. Mari kekalkan keganasan dalam keluarga.”

YouTube

“Jadi dia sangat ganas sehingga dia perlu ditahan dalam kurungan bersendirian, tetapi dia masih boleh mempunyai anak?” 

“Adakah anda benar-benar tidak faham? Ini … adalah mengenai keganasan seksual terhadap seorang wanita yang mengalami gangguan psikiatri dan penahanan secara salah ke atas pesakit yang tidak dapat bertindak secara bebas.”

“Ini sangat menakutkan. Wanita ini diletakkan di tempat yang usang dan diberi makanan sejuk ketika musim sejuk … dan giginya dicabut seperti dia anjing. Sementara itu, perogolnya mendapat subsidi beribu-ribu yuan dan kerajaan juga membinakan rumah baharu untuknya.”

“Kenyataan ini menguburkan bahagian penting dalam cerita, melindungi seorang perogol dan memfitnah wanita teraniaya ini dengan kejam!”

YouTube

“Dia bukan ‘ibu’, dia adalah seorang wanita, dan dia harus diberikan kesopanan dan kemuliaan yang sewajarnya untuk seorang wanita, juga  maruah kerana dia seorang manusia.”

“Tidak dapat dijelaskan dan tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh beribu-ribu pegawai dalam jawatankuasa parti kampung tempatan, jawatankuasa parti daerah, pejabat perancang keluarga, biro hal ehwal awam, biro kewangan, jabatan polis dan cawangan Persekutuan Wanita Seluruh China selama ini.”

“Mereka menghisap darah pembayar cukai untuk menyara berpuluh juta penjawat awam… namun wanita miskin ini masih dirantai dalam rumah gelap dan melahirkan lapan anak.  Mereka hanya mementingkan diri sendiri.”

YouTube

Pengulas hal ehwal semasa Si Ling berkata sukar untuk membayangkan bagaimana keluarga Dong boleh terlepas dengan mempunyai begitu ramai anak di bawah dasar perancangan keluarga yang ketat yang telah dilaksanakan sebelum tahun 2015.

“Adalah sukar untuk memahami bagaimana sebuah keluarga di Jiangsu boleh mempunyai lapan anak dan masih mendapat subsidi daripada kerajaan tempatan dan bukannya denda. Kerajaan cuba memberi gambaran mereka memberi layanan kemanusiaan, tetapi yang lebih berkemungkinan ialah mereka tidak tahu mengapa terdapat begitu ramai anak,” tulis Si Ling.

Pengulas hal ehwal semasa Wei Xin berkata video itu telah mencetuskan kemarahan awam terhadap perhambaan seks dan pemerdagangan manusia di China, yang dikaitkannya dengan kesan selepas berdekad-dekad pembunuhan bayi perempuan dan pengguguran paksa di bawah dasar satu anak.

“Wanita telah diperdagangkan secara besar-besaran dan digunakan sebagai hamba seks dan hamba kelahiran sejak beberapa dekad lalu. Tiada perubahan secara asasnya, dan dengan ketidakseimbangan nisbah jantina di China, terutamanya bilangan lelaki bujang yang semakin meningkat di kawasan luar bandar, ini hanya akan menjadi lebih teruk,” kata Wei Xin.

YouTube

“Daripada menganggapnya sebagai perogol, kerajaan tempatan nampaknya melihat penganiaya wanita itu sebagai seorang ayah yang heroik, dan membantunya dengan pelbagai cara bersama faedah pembasmian kemiskinan,” katanya.

“Ini mengenai penahanan salah di sisi undang-undang dan perlu disiasat kerana ia pemerdagangan manusia,” tambah Wei Xin.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Peratusan pesakit dimasukkan ke hospital meningkat, kesan dos penggalak semakin berkurang- kajian

0

Dos penggalak vaksin COVID-19 meningkatkan perlindungan terhadap kemasukan ke hospital tetapi kesannya berkurangan dari masa ke masa, menurut kajian yang diterbitkan pada 11 Februari.

Penyelidik dengan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan institusi lain mendapati bahawa keberkesanan dos penggalak terhadap kes kecemasan adalah 87 peratus dalam tempoh dua bulan pertama selepas dos ketiga vaksin Pfizer atau Moderna, tetapi turun kepada 66 peratus antara empat dan lima bulan selepas menerima dos penggalak.

Perlindungan terhadap kemasukan ke hospital juga menurun dari semasa ke semasa, daripada 91 peratus dalam dua bulan pertama selepas menerima dos penggalak kepada 78 peratus empat bulan atau lebih selepas dos ketiga.

Penemuan menunjukkan bahawa perlindungan yang diberikan oleh vaksin mRNA berkurangan dalam beberapa bulan selepas penerimaan dos vaksin ketiga. Dapatan tersebut menimbulkan pertanyaan mengenai pertimbangan terhadap keperluan pengambilan dos seterusnya.

Vaksin Moderna dan Pfizer kedua-duanya dibina pada teknologi RNA (mRNA).

Kedua-duanya diberi kuasa oleh pengawal selia AS pada Disember 2020 dan diberikan kepada orang ramai sebanyak dua dos dengan jarak beberapa minggu.

Tetapi vaksin itu terbukti kurang berkesan terhadap kedua-dua jangkitan dan kemasukan ke hospital selepas varian Delta menjadi dominan di Amerika Syarikat, dan malah kurang berkesan terhadap varian Omicron, yang menggantikan Delta pada Disember 2021.

Hal itu menyebabkan pihak berkuasa kesihatan AS, termasuk CDC telah mengesyorkan tiga dos vaksin Pfizer dan Moderna, dan beberapa pegawai telah mengandaikan bahawa akan adanya dos penggalak kedua disyorkan pada masa hadapan.

Penyelidik yang menjalankan kajian baharu menganalisis pesakit COVID-19 yang mendapatkan rawatan perubatan antara 26 Ogos 2021 dan 22 Januari 2022. Mereka mengeluarkan data daripada Rangkaian VISION, sistem pengawasan yang diuruskan oleh CDC.

Sebelum menerima dos penggalak, perlindungan terhadap kemasukan ke wad kecemasan ialah 69 peratus dalam tempoh 2 bulan selepas suntikan kedua, tetapi menurun kepada hanya 37 peratus selepas 5 bulan selepas menerima suntikan kedua.

Selain itu, vaksin Moderna atau Pfizer adalah 71 peratus berkesan dalam tempoh 2 bulan selepas dos kedua dan menurun kepada hanya 54 peratus selepas 5 bulan.

Menggambarkan keberkesanan vaksin yang semakin berkurangan, penyelidik juga mendapati bahawa daripada 241,204 mereka yang dimasukan ke wad kecemasan, 54 peratus adalah antara yang telah divaksin, dan antara 93,408 kemasukan ke hospital, 57 peratus adalah antara yang telah divaksin.

Kajian lain yang diterbitkan oleh CDC mendapati bahawa laporan terhadap kesan buruk dos penggalak adalah kurang kerap dibandingkan dengan laporan terhadap kesan buruk dos kedua vaksin yang berasaskan mRNA.

Itu termasuk laporan mengenai miokarditis, satu bentuk keradangan jantung yang telah dikenal pasti berlaku dalam kadar yang lebih tinggi di kalangan belia, terutamanya lelaki, selepas menerima suntikan Moderna atau Pfizer.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

FDA tangguh keputusan mengenai pemberian Pfizer bagi kanak-kanak umur 6 bulan hingga 4 tahun

0

Pengawal selia ubat-ubatan Amerika Syarikat pada 11 Februari mengumumkan bahawa mereka telah menolak keputusan sama ada untuk membenarkan vaksin COVID-19 Pfizer untuk kanak-kanak seawal 6 bulan.

Pihak Food and Drug Administration (FDA) telah merancang untuk berunding dengan jawatankuasa penasihat vaksin pada 15 Februari mengenai vaksin bagi kanak-kanak dan memberikan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) untuk suntikan dalam beberapa jam selepas mesyuarat itu. Tetapi rancangan itu telah berubah, berdasarkan penilaian awal data yang dihantar Pfizer pada 1 Februari.

Pegawai FDA masih tidak boleh meluluskan vaksin untuk kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 4 tahun sehingga mereka menerima data daripada percubaan berterusan yang memeriksa keberkesanan tiga dos vaksin untuk kumpulan umur tersebut.

Dr. Peter Marks, pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Biologi FDA, memberitahu bahawa mereka perlu melihat kepada data dos ketiga daripada percubaan yang masih dijalankan sekarang. Hal ini supaya mereka benar-benar yakin dengan keputusan untuk membenarkan vaksin diberikan kanak-kanak seawal 6 bulan.

Beberapa ahli panel telah menolak permintaan untuk ditemu ramah sebelum pengumuman terhadap keputusan itu dikeluarkan. Dr. Eric Rubin, ketua pengarang New England Journal of Medicine, memberitahu The Epoch Times dalam e-mel bahawa ia adalah “sukar untuk membuat sebarang kesimpulan pada ketika ini” kerana mereka masih belum melihat data yang diperlukan.

Pada masa ini setiap warga Amerika berumur 5 tahun ke atas boleh mendapatkan dua dos vaksin Pfizer.

Percubaan menguji vaksin pada kanak-kanak, yang dijalankan oleh Pfizer dan rakan kongsinya, BioNTech, menunjukkan dua dos itu mencetuskan tindak balas imun yang mencukupi untuk kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 1 tahun, tetapi tidak berlaku pada kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

Hasil percubaan tersebut telah diumumkan pada Disember 2021 lalu. Mereka berkata pada masa itu mereka telah merancang untuk menguji dos ketiga untuk kanak-kanak.

Tetapi FDA tidak lama selepas itu meminta syarikat menghantar data berikutan kebimbangan mengenai lonjakan kes COVID-19 dan kemasukan ke hospital dalam kalangan semua kumpulan umur yang didorong oleh varian Omicron.

Kes COVID-19, terutamanya yang disebabkan oleh Omicron, pada kanak-kanak jarang membawa kepada penyakit atau kematian yang teruk, tetapi sesetengah ibu bapa dan pengamal perubatan telah menekan FDA untuk membantu melindungi kanak-kanak terhadap jangkitan dan kemasukan ke hospital.

Namun begitu, ada yang berpendapat bahawa vaksin yang digunakan di AS kurang berkesan terhadap Omicron. Hal ini membuatkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak adalah tidak berbaloi ditambah lagi dengan kesan sampingan yang mungkin dialami oleh mereka.

Pfizer dan BioNTech dalam satu kenyataan bersama berkata syarikat itu merancang untuk melanjutkan penyerahan data bagi permintaan EUA.

Memandangkan kajian itu berkembang pantas, syarikat akan menunggu data tiga dos kerana Pfizer dan BioNTech percaya bahawa ia mungkin memberikan tahap perlindungan yang lebih tinggi dalam kumpulan umur tersebut.

Pelanjutan itu dapat memberi masa kepada FDA untuk menerima dan meneliti data terkini mengenai keberkesanan dua atau tiga dos. Penilaian menyeluruh juga akan dilakukan sebelum perbincangan dilaksanakan pada masa akan datang.

Jawatankuasa pemantauan bebas yang menyelia kajian itu menyokong untuk meneruskannya dan percaya “bahawa data yang dikumpul setakat ini menunjukkan vaksin itu diterima dengan baik dan menyokong pemberian dos ketiga,” kata syarikat itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Serangan ke atas gerai kempen ahli Falun Gong oleh lelaki bertatu dipercayai didalagi pihak PKC

0

NEW YORK- Seorang lelaki Asia bertatu dilaporkan telah menyerang dua gerai maklumat di Flushing New York City yang ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran tentang penganiayaan yang telah lama dilakukan oleh Parti Komunis China (PKC) terhadap kumpulan rohani Falun Gong.

Insiden yang berlaku pada 10 Februari itu dipercayai didalangi oleh PKC dalam usaha untuk menakut-nakutkan penganut amalan itu. Sebelum ini, gangguan seperti itu sudah beberapa kali terjadi di bandar-bandar lain.

Lebih kurang jam 3.20 petang, pada 10 Februari, seorang lelaki bertatu berpakaian serba hitam menghampiri salah satu gerai di hadapan Golden Shopping Mall di Jalan Utama Flushing dan menumbuk salah satu papan pameran tanpa berkata apa-apa, menurut saksi Xu Weiguo, seorang sukarelawan yang menjaga gerai tersebut.

Lelaki itu kemudiannya membaling meja yang mengandungi bahan maklumat dan memijak papan pameran yang tumbang. Lelaki itu kelihatan berusia dalam lingkungan dua puluhan dan kelihatan berlagak seperti samseng. Dia memakai topi hitam dan kemeja-T hitam yang mendedahkan tatu di dada dan di kedua-dua lengannya.

“Lelaki itu malah mengoyakkan risalah semasa dia duduk di atas tanah,” kata Xu. “Dia mencabut papan itu sebelum dia pergi, takut bukti yang ditinggalkan mungkin digunakan terhadapnya.”

Pada awal hari itu, lelaki yang sama juga telah merosakkan stesen maklumat lain di jalan di luar Perpustakaan Awam Flushing.

Lily Wang, seorang sukarelawan di gerai itu, memberitahu The Epoch Times bahawa penyerang secara tiba-tiba bergerak ke arah meja maklumat dan mula memecahkannya.

“Dia membuang semua risalah di atas meja dan menendang meja,” katanya.

Rakaman kejadian mengesahkan kejadian ini.

Wang dan seorang lagi sukarelawan Zhang Shuzhen menjerit kepada penyerang, “Berhenti berbuat demikian!” Tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya.

Kedua-dua wanita itu kemudian menghalang lelaki itu daripada merosakkan lebih banyak barang. Seorang orang awam yang lalu lalang membantu menghalang suspek daripada meneruskan serangannya.

Lelaki itu kemudian pergi, sambil mengutuk tetapi dia kemudian kembali, kali ini dengan bajunya yang terbuka menampakkan dadanya yang bertatu, dan cuba merosakkan barang-barang lagi. Para sukarelawan, bagaimanapun, dapat menghalangnya untuk kali kedua.

Kira-kira sejam selepas serangan tengah hari di luar Golden Shopping Mall, polis tiba di tempat kejadian untuk siasatan.

Jabatan Polis Bandar Raya New York (NYPD) memberitahu The Epoch Times bahawa siasatan sedang dijalankan dan tiada maklumat tambahan buat masa ini.

Wakil kumpulan advokasi yang mengendalikan gerai maklumat mengecam serangan itu, sambil menggesa NYPD untuk menyiasat kejadian itu dengan teliti.

“Kami mengutuk samseng PKC atas serangan berniat jahat itu,” kata Yi Rong, presiden Global Service Center for Quitting the CCP, dalam satu kenyataan.

Yi menyifatkan serangan itu sebagai “jenayah kebencian” yang dilakukan oleh PKC terhadap pengamal Falun Gong.

Selama lebih dua dekad, rejim komunis di China telah melakukan kempen penindasan yang meluas terhadap pengamal Falun Gong. Berjuta-juta pengamal di tanah besar China telah dihumban ke dalam kemudahan tahanan, di mana mereka dikenakan penyeksaan, kerja paksa dan pengambilan organ secara paksa.

Tetapi penindasan tersebut telah melangkaui sempadan China, dengan PKC dan proksinya menyasarkan pengamal Falun Gong di luar negara yang meningkatkan kesedaran tentang penganiayaan. Badan hak asasi manusia telah menggelar kempen ini sebagai “penindasan transnasional” yang bertujuan untuk menutup mulut dan menakutkan pengkritik rejim di luar negara.

Ini bukan kali pertama pengamal Falun Gong menjadi sasaran di Flushing. Pada tahun 2008, laman web mereka telah menerima serangan keganasan berterusan terhadap kempen dan pengamal yang mengendalikan stesen maklumat. Beberapa orang warga China telah menyerang, menumbuk, mencaci dan membaling batu ke arah pengamal Falun Gong.

Keganasan selama berbulan-bulan itu ternyata mempunyai kaitan dengan konsulat China di New York. Peng Keyu, konsul jeneral New York ketika itu, mengaku dalam panggilan telefon telah menyamar untuk menghasut kumpulan pro-PKC untuk melancarkan siri serangan ke atas pengamal Falun Gong di kawasan itu.

Ketika penyerang berjalan pergi selepas serangan pertama di luar perpustakaan pada hari Khamis, Wang, sukarelawan, melihat lelaki itu membuat isyarat menang kepada seseorang di seberang jalan.

Ternyata orang itu ialah Li Huahong, kata Wang. Li ialah ketua kumpulan hadapan PKC tempatan, yang mempunyai sejarah mengganggu pengamal Falun Gong dan menyebarkan propaganda kebencian terhadap kumpulan kepercayaan itu. Pada 2013, Li disabitkan bersalah atas tuduhan menyerang seorang pengamal Falun Gong di Flushing.

Pada hari Khamis, apabila Li melihat bahawa sukarelawan telah melihatnya, wanita itu mengejek mereka, “Pergi kepada polis! Kenapa tidak?” menurut Wang.

Michael Yu, seorang lagi sukarelawan di pusat maklumat di Flushing, berkata insiden itu mendedahkan “sifat samseng” PKC dan ketakutan mereka terhadap kebenaran tentang penganiayaan di China yang akan diketahui orang ramai.

Serangan itu adalah satu pencabulan terang-terangan terhadap kebebasan beragama yang dinikmati di Amerika Syarikat, kata Yi, sambil menambah bahawa dia berharap suspek akan dibawa ke muka pengadilan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: