Kemunculan ikan jerung paus di Pulau Sapi, Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu baru-baru ini telah menarik perhatian warganet, memandangkan spesies ikan jerung paus amat jarang ditemui di perairan Sabah.
Kehadiran spesies ikan jerung paus atau nama saintifik haiwan itu Rhincodon typus sebanyak dua kali di perairan Pulau Sapi membuatkan mereka yang terserempak dengannya menjadi teruja.
Video yang berjaya dirakam Sabah Parks berdurasi 27 saat itu berjaya memaparkan kelibat seekor ikan jerung paus pada jarak dekat dalam penampakan mengagumkan yang jarang-jarang berlaku.
Spesies jerung paus merupakan spesies ikan bukan mamalia paling besar di dunia yang boleh membesar sehingga 12 meter panjang dengan berat boleh mencecah 21 tan metrik.
Ikan jerung paus merupakan spesies paling lama pernah direkodkan berevolusi sejak 60 juta tahun yang lalu.
Ikan jerung paus berhabitat di perairan beriklim tropika pada suhu antara 25 hingga 30 darjah Celsius dengan purata hayat boleh mencecah sehingga 70 tahun.
Spesies jerung paus biasa ditemui di Afrika Selatan, perairan Andaman, Amerika Selatan, Australia Barat dan Indonesia, malahan beberapa kali pernah dilihat di luar pantai Terengganu, tetapi amat jarang ditemui di perairan Sabah.
Oleh kerana ikan jerung paus spesies yang suka berhijrah dan bermigrasi, maka tidak mustahil ia boleh sampai ke lokasi luar biasa seperti ke perairan Sabah dan negeri lain di Malaysia.
Amat bertuah buat sesiapa sahaja yang terserempak dan menemui spesies ikan jerung paus ini di Malaysia.
Tonton video di sini.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: