28.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 21, 2024
UtamaNasionalDua beradik, 4 dan 2 tahun maut selepas makan sisa makanan daripada...

Dua beradik, 4 dan 2 tahun maut selepas makan sisa makanan daripada tong sampah

Dua kanak-kanak warganegara Myanmar maut di Kampung Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi setelah memakan makanan yang dijumpai daripada tong sampah pada 13 Februari lalu.

Kedua-dua beradik yang masing-masing berusia 4 tahun dan 2 tahun itu, Nizambudin Jamaludin dan Ngei dilaporkan meninggal dunia di rumah jiran berhampiran lokasi tong sampah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 6:15 petang dan mereka bergegas ke lokasi kejadian.

Pada jam 5:30 petang, bapa mangsa yang berusia 36 tahun ternampak anaknya di tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum mengangkat keduanya ke rumah jiran.

“Bapa kanak-kanak lelaki itu menemui anak lelakinya berhampiran tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang. Dia kemudian bertindak membawa kedua anaknya ke rumah jiran”.

“Kanak-kanak itu kemudiannya didapati berhenti bernafas selama beberapa minit. Salah seorang penduduk selepas itu segera menghubungi pihak polis”.

Menurut Shariman, kedua-dua mangsa dipercayai telah memakan makanan yang mereka jumpai daripada tong sampah.

“Petugas perubatan telah mengesahkan kematian mereka. Mayat kemudian telah dibawa ke jabatan forensik Hospital Sultanah Maliha untuk dibedah siasat dan menjalani ujian COVID-19”.

Buat masa ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Siasatan lanjut difahamkan masih sedang berjalan.

Difahamkan bahawa kedua-dua mangsa tinggal bersama bapanya di rumah jiran di kampung tersebut, memandangkan mereka tiada rumah.

Bapanya bekerja sebagai tukang membaiki kelengkapan bot dan turut mengambil upah kerja-kerja kampung bagi menyara kehidupan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI