Kehilangan atau kematian seseorang yang disayangi pastinya sesuatu yang sangat menyakitkan dan menyedihkan. Untuk mengucapkan ‘selamat tinggal’ buat kali terkahir kepada tersayang sudah tentu sangat sukar dan berat. Namun begitu, walau sesukar manapun ia tetap perlu dilakukan.
Keadaan menjadi lebih menyedihkan buat seorang remaja lelaki apabila dia tidak berkemampuan untuk menguruskan mayat mendiang bapanya. Remaja lelaki bernama Chanadej Khiewsen yang baru berusia 12 tahun itu dikatakan memerlukan dana bagi pengebumian mendiang bapanya.
Apa yang dilakukan ialah dengan melakukan persembahan secara langsung di laman Facebooknya. Remaja yang juga merupakan seorang pemuzik jalanan itu dilihat sedang menyanyi sambil bermain gitarnya pada 15 Febuari lalu.
Dia memberitahu peminatnya bahawa bapanya, Chatchai Khiewsen, telah meninggal dunia akibat kanser dan dia memerlukan wang untuk pengebumiannya.
“Hari yang saya tidak mahu datang telah tiba. Tapi ayah suruh aku hidup dalam dunia realiti. Saya ingin melakukan ini untuk ayah buat kali terakhir. Saya sedang mengadakan konsert secara langsung untuk ayah. Hari ini, saya memohon sumbangan untuk pengebumian ayah. Saya tidak mahu menggunakan istilah ini sama sekali,” tulisnya di Facebook.
Apa yang sangat menyentuh hati ialah apabila melihatnya menyayi dalam keadaan sedih. Kelihatan air matanya mengalir semasa dia menanyi menunjukkan dia sedang dalam keadaan yang sangat sedih ketika itu.
Chanadej dikatakan tinggal bersama bapanya bersendirian dan dia telah bermain muzik di tepi jalan sejak dia berumur lima tahun. Pada mulanya, dia bermain untuk mendapatkan dana bagi perbelanjaan sekolahnya.
Namun, keadaan berubah sejak beberapa bulan lalu. Bapanya disahkan menghidap kanser jadi dia mula bermain muzik untuk mengumpul derma bagi menanggung kos perubatan untuk bapanya.
Chanadej juga pernah mengambil bahagian dalam pertandingan muzik untuk remaja dalam program TV Kidzaa. Tidak hanya itu, dia juga telah bermain gitar dan menyanyi di Pasar Hujung Minggu Chatuchak dan Dataran Siam sehingga menjadi antara individu yang dikenali ramai.
Peminatnya sering merakam video ketika dia bermain muzik dan menyiarkannya di YouTube. Selepas bapanya mula jatuh sakit, dia hanya memainkan muziknya di laman Facebook dan tidak lagi keluar menyanyi di luar.
Selain makan sup cendawan di restoran barat, semua orang pasti ada membeli sup cendawan segera di pasar raya dan sudah tentu rasanya tidak sama jika kita sendiri yang membuatnya dengan menggunakan bahan segar.
Menggunakan kaedah yang tidak rumit dan mudah, Sheena telah menghasilkan sup cendawan berkrim yang sangat lazat. Anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah. Hidang dan makan dengan roti bawang putih sudah pasti lebih menyelerakan!
2. Selepas kacau mentega dan minyak dengan api kecil sehingga mencair, masukkan bawang cincang dan tumis selama tiga minit. Apabila bawang telah menjadi kekuningan, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik aroma bawang putih.
6. Masukkan garam dan lada hitam secukupnya, kemudian tutup periuk dan reneh selama 15 minit (buka penutup dan kacau sekali-sekala sehingga sup menjadi pekat).
Bekas penyelia percubaan klinikal untuk kontraktor yang menjalankan ujian vaksin COVID-19 Pfizer sedang meneruskan tuntutan mahkamah terhadap Pfizer dan bekas syarikatnya walaupun kerajaan Amerika Syarikat enggan menyebelahinya.
Brook Jackson telah dipecat oleh kontraktor, Ventavia Research Group pada 2020. Wanita itu tampil sebagai pemberi maklumat pada 2021.
Jackson memfailkan saman di bawah Akta Tuntutan Palsu terhadap Pfizer, Ventavia, dan syarikat lain yang terlibat dalam ujian percubaan, ICON. Ia telah dimeterai dan tertangguh selama lebih setahun tetapi kini diketahui umum selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat enggan campur tangan bagi pihaknya.
Pemberian vaksin Pfizer/BioNTech di Hartford Convention Center di Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat pada 4 Januari, 2021. (Gambar oleh Joseph Prezioso / AFP / Getty Images)
Peguam kerajaan tidak menjelaskan pilihan mereka untuk tidak campur tangan, dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA), yang menyiasat dakwaan penipuan percubaan klinikal, tidak menjawab permintaan untuk komen.
Pilihan itu, bagaimanapun, tidak menghalang pemberi maklumat ini meneruskan tuntutan.
“Kami akan meneruskan kes ini tanpa bantuan kerajaan,” kata Jackson kepada The Epoch Times.
Menurut Jackson, beliau tidak terkejut tetapi berasa “kecewa sepenuhnya” apabila selepas lebih setahun menangguhkan keputusan, kerajaan enggan campur tangan.
“Kemungkinan untuk kejayaan tidak begitu baik, tetapi itu sahaja peluang yang perlu saya ambil. Saya hanya rasa seseorang perlu bertanggungjawab,” kata Jackson.
Brook Jackson mencetuskan sensasi apabila British Medical Journal pada November 2021 menerbitkan berdasarkan beberapa dokumen, rakaman dan bahan lain daripada Jackson yang menggariskan kegagalan berulang kali oleh Ventavia untuk menjalankan tapak ujian dengan betul untuk percubaan vaksin COVID-19 Pfizer sebelum menerima kelulusan kecemasan daripada pengawal selia ubat-ubatan Amerika Syarikat.
Walaupun artikel itu tidak memasukkan mana-mana bahan, kebanyakannya telah difailkan di mahkamah dan diperolehi oleh The Epoch Times, termasuk e-mel yang memberi butiran masalah yang diperhatikan bukan sahaja oleh Jackson, tetapi pekerja Ventavia yang lain.
Sebagai contoh, Lovica Downs menulis pada 18 September 2020, kepada Jackson dan pekerja lain yang dia memperhatikan kotak yang mengandungi maklumat pesakit yang ditinggalkan di kaunter “yang penuh terdedah kepada sesiapa sahaja yang memasuki bilik untuk boleh melihat.”
Perutusan lain menerangkan masalah-masalah lain.
Marnie Fisher, pengarah operasi Ventavia pada masa itu, berkata pada 21 September 2020, siasatan mendapati beberapa tapak telah meninggalkan dokumen terdedah, termasuk jadual dengan nama pesakit di atasnya; insiden buruk sama ada “tidak dilaporkan dengan betul atau tidak dilaporkan sama sekali”; vaksin dan plasebo “tidak disimpan dan dikunci” dalam bilik yang “tidak teratur”; dan kesilapan memberikan persetujuan bermaklumat.
Dokumen tersebut mendedahkan pekerja Ventavia menyedari masalah serius yang timbul semasa ujian percubaan, termasuk pentadbir vaksin yang sama ada disifatkan sebagai “tiada latihan” dan “sangat sedikit pengawasan” atau kekurangan pensijilan atau latar belakang perubatan. Seorang pegawai Pfizer telah menyalinnya dan menjawab beberapa e-mel.
Downs enggan mengulas, manakala Fisher tidak dapat dihubungi. ICON dan Pfizer tidak menjawab permintaan untuk memberi komen. Jurucakap Ventavia Lauren Foreman memberitahu The Epoch Times melalui e-mel tahun lalu bahawa Jackson bekerja untuk Ventavia tetapi “beliau bukan sebahagian daripada tanggungjawab pekerjaannya yang melibatkan ujian klinikal yang dipertikai.”
Dalam kenyataan yang dikemas kini pada 11 Februari, Foreman menambah, “Walaupun Jackson telah digaji untuk menyelia tapak tertentu dan aspek ujian klinikal, beliau hanya bekerja dengan Ventavia selama 18 hari, dan akibatnya, tidak mempunyai tempoh panjang bersama syarikat untuk melengkapkan latihan bagi tugas yang dipertanggungjawabkan.”
Jackson, melalui peguamnya, baru-baru ini mengancam untuk memfailkan saman fitnah terhadap Ventavia berhubung perihal pekerjaannya.
FDA memberitahu The Epoch Times dalam e-mel tahun lalu, “Walaupun agensi itu tidak dapat mengulas lebih lanjut buat masa ini dalam perkara yang sedang berjalan, FDA mempunyai keyakinan penuh terhadap data yang digunakan untuk menyokong kelulusan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dan kelulusan Comirnaty.”
Jurucakap FDA tidak menjawab apabila ditanya pada 14 Februari untuk mendapatkan kemas kini.
Jackson telah dipecat beberapa jam selepas memfailkan aduan dengan FDA. Seorang pegawai Pfizer dalam beberapa minggu itu telah menghubungi Jackson untuk mendapatkan maklumat lanjut, menurut mesej teks yang disemak oleh The Epoch Times.
Saman itu dibawa di bawah Akta Tuntutan Palsu, yang membolehkan rakyat Amerika Syarikat memfailkan saman bagi pihak kerajaan “terhadap mereka yang telah menipu kerajaan”. Lebih AS$5.6 bilion telah diperolehi melalui saman di bawah akta itu, setakat musim gugur 2021.
Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. (Gambar oleh Patrick T. Fallon / AFP / Getty Images)
Saman itu mengatakan Pfizer, ICON, dan Ventavia “sengaja menahan maklumat penting dari diketahui Amerika Syarikat yang mana ini telah membawa kepada persoalan keselamatan dan keberkesanan vaksin mereka.”
“Defendan menyembunyikan pelanggaran protokol percubaan klinikal dan peraturan persekutuan mereka, termasuk pemalsuan dokumen percubaan klinikal,” katanya.
“Disebabkan muslihat Defendan, berjuta-juta rakyat Amerika telah menerima vaksinasi salah jenama yang berpotensi tidak berkesan seperti yang digambarkan.”
Brook Jackson memohon mahkamah memberikan ganti rugi dan gaji kebelakangan serta mengembalikan jawatannya bersama Ventavia.
Ramai mengatakan haiwan itu hanya akan keluar dari hutan apabila sumber makanan mereka telah kehabisan dan haiwan juga memahami keadaan terdesak dengan keperluan mencari makanan, sama seperti manusia.
Mungkin itu yang berlaku kepada seekor gajah yang dikatakan ‘menceroboh’ stor simpanan rangsum tentera di Kem Sri Banding, di Gerik, Perak.
Menurut Astro Awani, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak telah mengesahkan kejadian itu selepas video tular menunjukkan haiwan malang itu berkeliaran di sekeliling kem dan menjengukkan kepalanya ke dalam salah satu bangunan.
Kemudian dilihat mengambil beberapa objek dengan belalainya.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah itu menceroboh premis stor simpanan rangsum atau makanan tentera di kem berkenaan. Walau bagaimanapun beliau mendakwa tidak dapat dipastikan bila insiden itu berlaku kerana kejadian gajah menceroboh kem itu dilaporkan kerap berlaku.
“Kem itu mempunyai pagar elektrik, mungkin terdapat kerosakan, atau penurunan voltan,” katanya.
Selepas video itu menjadi tular, warganet menegaskan yang gajah itu tidak ‘memecah masuk’ atau ‘menceroboh’ kem itu, sebaliknya manusia adalah penceroboh.
Sebelum ini pada Januari 2018, pernah dilaporkan mengenai gangguan gajah di Kem Sri Banding yang berkesudahan dengan kematian seekor gajah akibat terkena renjatan elektrik.
Yusoff berkata, kawasan Hutan Belum, Temenggor dan sekitarnya merupakan habitat gajah dan kelibat mereka pernah dilihat di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa.
Antara hal yang memeritkan untuk ditanggung oleh ibu bapa ialah apabila melihat anak kecil mereka menghidap apa sahaja penyakit. Jangan kata penyakit berbahaya, anak demam pun sudah boleh buatkan ibu bapa resah sepanjang masa.
Bayangkan pula jika ada anak yang menghidap penyakit yang berpanjangan pasti tidak senang duduk ibu bapa dibuatnya. Apa pun sanggup dilakukan agar si kecil boleh sihat semula.
Pengalaman itu dikongsi oleh seorang bapa ketika dia dan isterinya bertungkus lumus mencari penawar buat anak kecilnya yang menghidap ekzema. Ekzema atau ‘atopic dermatitis’ biasanya boleh terjadi pada bayi atau kanak kanak. Penyakit ini boleh menyebabkan radang pada kulit, bengkak, gatal dan ruam merah. Ekzema selalunya ada pada muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut sehingga kulit yang terkena ekzema boleh menjadi berkerak.
Menurut si bapa, Mohd Yazid Ismail anaknya, Saeed mula menghidap ekzema sejak usianya dua bulan lagi. Namun selepas susah payah mengubati anaknya ke sana sini si kecil itu akhirnya sembuh sepenuhnya ketika berumur 1 tahun 5 bulan. Saeed kini sudah pun berusia 5 tahun dan ekzemanya tidak pernah menyerangnya semula.
Ramai yang tidak tahu perit getir mereka sekeluarga berhadapan dengan ujian tersebut. Pelbagai usaha dilakukan sebelum akhirnya ia mendatangkan hasil. Berikut adalah perkongsian menyentuh hati seorang bapa…
“Kami jumpa beberapa doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed. Yang kelakarnya ada doktor pakar A menyalahkan doktor pakar B sebab bagi ubat yang tak sesuai, katanya bayi tak elok guna ubat tersebut, bahaya. Dua-dua doktor pakar kulit.“
“Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect. Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level. Begitulah yang biasanya berlaku kepada pesakit eczema, sentiasa kena naikkan dos steroid.“
“Yang peliknya, doktor kata ubat steroid tak elok guna lama lebih dua minggu, tapi setiap kali appointment dengan doktor yang sama, dia bagi ubat steroid bersambung-sambung. Ada orang dah guna steroid bertahun-tahun.“
“Bila rawatan hospital didapati hanya berkesan sekejap sahaja malah lebih teruk selepas itu, maka kami cuba rawatan aliran natural. Hanya guna ubat natural sahaja dan jaga pemakanan. Kami dah baca bila berhenti ubat steroid eczema akan mengamuk jadi sangat teruk. Kami bersedia.“
“Kalau tengok gambar Saeed yang eczema teruk ni berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.“
Tidak hanya menggunakan ubat semata-mata. Dia dan isterinya juga berusaha dengan cara lain iaitu dengan menggunakan kaedah pemakanan pula.
Menurutnya, isterinya, Widyana Ali ada terbaca kisah tentang pengidap ekzema dewasa yang sudah menggunakan ubat steroid dalam tempoh masa yang lama, hingga steroid paling tinggi tetapi kemudian doktor cakap ekzemanya sudah tak boleh sembuh. Tapi dia tidak berputus asa, dia berhenti mengambil steroid dan mula menggunakan kaedah pemakanan dan sembuh.
Bila baca kisah orang sembuh ekzema dengan jaga pemakanan dan kaedah ubat natural, Widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca.
“Walaupun dia jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di fb dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari pada tahun 2018 dan 2019.“
“Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang.“
“Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli keledek Cilembu dari Indonesia. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan “sweet potato” je.“
“Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamine tinggi dan boleh menyebabkan eczema makin teruk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok.“
“Ada doktor kata pemakanan ibu yang menyusu tak memberi kesan kepada anak eczema. Malah doktor perli kami sebab amalkan diet gluten free. Dia kata tak perlu lah ikut trend. Nasib baik kami tak ikut nasihat nasihat doktor tu.“
“Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi Mama Saeed tetap istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg. Hehe.. tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkubur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg.“
Menurut Yazid lagi selain pemakanan dan menggunakan ubat natural mereka juga selalu menjemur Saeed di bawah cahaya matahari setiap pagi.
“Yang sedihnya ramai yang kami dapati anak mereka tak sembuh eczema dah bertahun-tahun. Malah kami dulu pun ada doktor bagitau “tak apa jangan risau nanti eczema akan sembuh bila anak dah sekolah rendah”
“Ya Allah eczema seminggu pun dah nampak azabnya. Tak kan lah nak tunggu anak umur lebih 8 tahun baru sembuh, lagi terseksa. Sekarang sangat ramai anak-anak yang kena eczema. Semoga Allah menyembuhkan eczema mereka semua.“
Sebagai ibu bapa pasti kita mahu berikan yang terbaik buat anak-anak. Segala keperluan dan permintaan mereka akan sedaya upaya akan cuba untuk dipenuhi. Tidak kira lah betapa sukarnya untuk menunaikan sesuatu permintaan itu, mereka yang bergelar ibu bapa itu tetap akan berusaha sedaya upaya mereka.
Namun begitu, tidak semua ibu bapa mampu untuk memenuhi permintaan anak mereka. Jadi, ada yang sanggup berkorban apa sahaja yang dimiliki mereka untuk anak-anak. Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa yang memutuskan untuk melakukan sistem barter dengan seorang penjual mainan semata-mata untuk mendapatkan mainan untuk anak-anaknya.
Kisah menyentuh hati itu diceritakan oleh penjual mainan tersebut melalui Facebook Penang Kini. Dia menceritakan bagaimana dia didekati oleh seorang bapa dan anak-anaknya, untuk melihat dron yang dijualnya walaupun mereka tidak mampu membelinya. Bapanya yang merupakan penjual durian itu kemudian menawarkan beberapa buah durian sebagai pertukaran untuk dron dan beberapa mainan lain.
“Malam tadi semasa kami menjalankan perniagaan kami, datang bapa ini bersama anak-anaknya. Dia bersungguh-sungguh ingin membeli beberapa mainan untuk anak-anaknya tetapi dia tidak mempunyai wang yang cukup. Dia jual durian. Jadi, dia bertanya sama ada kami akan menerima pertukaran durian kerana anak-anaknya sudah lama ingin bermain dengan dron.” tulis peniaga tersebut di Facebook.
Penjual mainan itu memandang rakan sekerjanya sambil memikirkan tentang pertukaran itu dan akhirnya mereka bersetuju.
“Akhirnya saya kata okay. Asalkan anak-anak gembira. Kesemuanya mencecah kira-kira RM200 termasuk termasuk dron, kereta kawalan jauh dan beberapa mainan kecil kerana dia mempunyai 4 orang anak. Supaya mereka masing-masing mempunyai 1 untuk berkongsi antara satu sama lain,”
“Dia pergi bawa durian, ada Musang King campur D24. Melihat wajah anak-anaknya, mereka semua gembira,” tulis pemuda itu lagi.
Penjual mainan itu kemudian mengambil sedikit masa untuk menunjukkan kepada kanak-kanak itu cara bermain dengan dron dan dia dapat melihat kepuasan pada wajah si bapa kerana dapat membelikan mainan buat anak-anaknya. Walaupun wangnya tidak mencukupi tetapi dia tetap berusaha untuk menggembirakan anak-anaknya.
Menurut pemuda itu lagi dia tetap berpuas hati kerana dapat membantu si bapa untuk mengembirakan anak-anaknya. Walaupun dia tidak mendapatkan wang dia tetap gembira kerana dia tetap bersyukur kerana boleh menikmati durian Musang King!
Peniaga ini juga sempat menitipkan pesanan buat orang ramai supaya sentiasa menyayangi dan menghargai ibu bapa yang telah membesarkan kita. Terlalu banyak yang mereka lalui dan pastinya mereka terlalu banyak berkorban untuk membesarkan kita.
Benarlah kata orang, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa… Buat penjual mainan tersebut anda memang baik hati dan memahami. Terima kasih!
Berapa ramai antara anda yang pernah menggunakan sabun badan Carrie Junior semasa kecil-kecil dahulu? Ketika itu waktu mandi pastinya menjadi waktu yang sering ditunggu-tunggu. Apa yang lebih menyeronokkan adalah ketika melihat iklan Carrie Junior di TV. Kita dengan bangganya akan mengakui bahawa kita juga menggunakan jenama itu setiap hari!
Namun begitu, sebenarnya ramai antara kita yang tidak tahu bahawa terdapat rahsia tersembunyi di sebalik botol Carrie Junior. Bertahun-tahun berlalu barulah kita tahu sebenarnya ada sesuatu istimewa yang diletakkan pada botol Carrie Junior!
Menurut sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @raraabrah dia ada menunjukkan bagaimana dia menemui ‘rahsia’ di sebalik botol Carrie Junior 1000g. Apa yang dilakukan ialah dia telah membuka label belakang botol Carrie Junior dan mendapati ada mainan comel yang ‘tersembunyi’ di dalam sebuah lubang kecil.
Walaupun label hadapan ada menunjukkan bahawa terdapat mainan percuma di dalamnya, tetapi ramai yang mengakui bahawa mereka juga baru mengetahui perkara ini dan selama ini tidak sedar bahawa memang ada permainan pada botol tersebut.
Tidak hanya itu, ramai juga yang telah membuang botol Carrie Junior mereka dengan hadiah-hadiah percuma tersebut sekali. Kepada yang tidak tahu, syarikat tesebut sebenarnya telah ‘meletakkan’ hadiah di pada botol Carrie Junior sejak tahun 2014 lagi.
Beberapa tahun lalu, Carrie Junior telah mereka enam patung kecil yang dipanggil koleksi ‘Sukan Ria’ iaitu:
Carrie Junior – patung gajah yang suka main bola sepak Speedy Tommy – patung kura-kura yang terpantas di trek larian Tuffy Teddy – patung beruang yang paling kuat Dribbly Minky – patung racook yang hebat dalam sukan hoki Smashy Macky – patung monyet yang tangkas bermain ping pong Trophy – Trofi kejohanan sukan
Koleksi mainan ini dikatakan telah dibungkus secara rawak dalam setiap produk Carrie Junior 700ml, Carrie Junior Baby Bath, Carrie Junior Baby Shampoo, Carrie Junior Baby Hair & Body Wash serta Carrie Junior Kids Shampoo.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak dan menggunakan produk Carrie Junior, pastikan anda tidak membuang botol yang mempunyai label “Free Finger Puppet Collection” kerana di dalamnya ada mainan percuma yang menanti anda!
Kejadian jenayah boleh berlaku di mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Kadangkala orang-orang terdekat juga tidak boleh begitu dipercayai. Banyak sahaja kes-kes yang berlaku melibatkan orang terdekat. Jadi, pelbagai langkah keselamatan perlu diambil supaya kita tidak tidak menjadi mangsa kepada mana-mana penjenayah.
Antara langkah keselamatan yang sering dilakukan orang ramai ialah dengan memasang ‘alarm’ keselamatan mahupun kamera litar tertutup (CCTV). Jadi, jika ada sesuatu yang tidak kena loceng akan berbunyi dan memberitahu tuan rumah ada sesuatu yang sedang berlaku manakala CCTV pula akan merakam pergerakan individu yang disyaki.
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Yuyun Nissa, berkongsi detik mendebarkan apabila rumahnya dimasuki oleh seorang lelaki. Tidak hanya itu, lelaki tersebut juga dengan selamba telah berkeliaran di dalam rumah Yuyun seolah-olah itu adalah rumahnya sendiri.
Menurut Yuyun, dia mendapat notifikasi dari CCTV dan tidak menyangka pengawal keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan di kawasan perumahannya sendiri telah memecah masuk rumah dalam diam dengan tujuan yang tidak baik.
Berikut adalah kejadian yang terjadi dan diceritakan wanita itu:
“Hendak dijadikan cerita, pada 10 Februari 2022, jam 12.14 pagi Yuyun belum sampai ke rumah lagi kerana masih di luar dalam perjalanan pulang dari makan malam.
“Tiba-tiba menerima dapat notifikasi aplikasi CCTV, ia dapat mengesan pergerakan dari dalam. “Motion detected” asyik menyala-nyala.
“Jadi saya terus buka dan tengok live CCTV. Allahuakhbar sekali tengok ada seorang lelaki dalam rumah.
“Lelaki itu macam dikenali sangat. Apabila saya tengok baju dia pakai, Oh No!! Kenal sangat. Rupanya security guard perumahan Yuyun,” titip wanita itu.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, lelaki berkenaan dilihat ke sana dan ke mari di dalam rumah. Malah lelaki itu sempat menghubunginya, seolah-olah mempunyai niat yang tidak baik.
“Dia berkeliaran dalam rumah naik turun siap buka baju seluar semua. Sempat lagi dia menghubungi menerusi Whatsapp Call, bertanya saya di mana ketika itu.
“Motif dia bukan nak mencuri atau merompak pun. Dia memang nak cari Yun ada niat yang tidak baik,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Yuyun, kediaman yang dikunci rapi telah dimasuki tidak tahu dari mana. Bagaimanapun mujurlah kakak dan abang ipar yang tinggal berdekatan segera ke rumahnya.
“CCTV cuma dapat mengesan pergerakan di ruang tamu sahaja. Saya terus cepat-cepat call kakak dan abang ipar, minta mereka tengokkan rumah.
“Bila abang ipar sampai sahaja di rumah terus lelaki itu lari keluar rumah hingga tertinggal baju kerjanya.
“Alhamdulillah bersyukur sangat kerana ALLAH memelihara dan melindungi saya dan anak-anak.
“Ya ALLAH perasaan takut seram semua ada. Tidak dapat dibayangkan kalau saya ada di rumah dengan anak-anak,” titipnya.
Kes telah dilaporkan kepada pihak polis dan lelaki itu berjaya diberkas. Menurut Yuyun, lelaki berkenaan telah diberkas. Lebih mengejutkan polis turut memberitahu pengawal itu turut mempuyai rekod lampau melibatkan dadah.
“Okay, akhirnya tahu kenapa dia berani sangat sampai masuk rumah. Saya berterima kasih kepada pihak polis yang cekap dan cepat membuat tangkapan,” tulisnya.
Yuyun turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati walaupun tinggal di kawasan yang mempunyai sistem keselamatan.
“Saya bersyukur tiada apa yang berlaku. Cuma ingin mengingatkan korang walaupun kita tinggal dalam kawasan perumahan yang ada kawalan keselamatan belum tentu rasa selamat.
“Sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hatilah semua,” pesannya.
Menurut Yuyun, kes berkenaan masih sedang berjalan. Dia turut meminta doa daripada netizen supaya semuanya dipermudahkan.
Bermula dengan jangan memandang luaran seseorang dan terus memperkatakan tentangnya jika kita tidak mengetahui kisah di sebaliknya.
Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki berpakaian lusuh memberi makan kucing jalanan terbiar telah menyentuh ribuan hati warganet kerana sikap tidak mementingkan diri lelaki itu.
Video berkenaan diambil oleh seorang rider pekerja penghantaran dikenali Amar Thegel Amar yang terserempak dengan lelaki itu semasa dia sedang bekerja.
Lokasi lelaki itu biasa memberi makan kucing jalanan dikatakan terletak berhampiran stesen minyak Shell Seksyen 17 berdekatan Universiti Malaya di Petaling Jaya.
Rakaman video tular berdurasi 42 saat itu, memaparkan rider itu bertanya kepada lelaki berhati mulia ini sama ada dia sudah makan atau belum, dan dia menjawab ya.
“Sudah makan, saya makan sikit sahaja,” jelas lelaki berpakaian lusuh ini.
Video tular dengan tontonan hampir 560,000 di Facebook mendapat perhatian dan komen para warganet yang memuji sikap mulia dan tidak mementingkan diri lelaki itu kerana mengambil berat kebajikan haiwan terbiar.
Dalam perkembangan terkini, ahli majlis MBPJ bagi Seksyen 16 dan Seksyen 17 Medaline Chang memaklumkan bahawa lelaki itu bukan seorang gelandangan dan dia tinggal bersama ibu bapanya di Seksyen 17, Petaling Jaya.
Bagi mereka yang menetap di sekitar kawasan ini sudah biasa melihat lelaki itu dengan rutin hariannya selama bertahun-tahun memberi makan kepada kucing jalanan.
ROM – Mayat seorang wanita berusia 70 tahun di Itali dalam keadaan sedang duduk dan dipercayai sudah meninggal dunia sejak lebih dua tahun lalu akhirnya ditemui pihak berkuasa.
Penemuan menggemparkan mayat Marinella Beretta itu dibuat di kediamannya di Prestino berhampiran Lake Como di utara Rom ketika polis mahu memberi amaran tentang risiko pokok tumbang di halaman rumahnya susulan angin kencang di Lombardy.
Menurut CNN, pihak berkuasa sedang menyiasat jika wanita berkenaan mempunyai saudara mara yang masih hidup.
Jiran-jiran Beretta dilaporkan tidak berjumpa dengan warga emas itu sejak September 2019 dan mengandaikan dia telah berpindah sebelum bermulanya wabak Covid-19.
Datuk Bandar Como, Mario Landriscina, menjemput bandar itu ke pengebumian mendiang yang masih belum ditetapkan tarikhnya. Malah katanya pemerintah tempatan akan menguruskan pengebumian.
“Saya akan cuba berada di sana dan saya menjemput seluruh bandar untuk hadir.
“Wanita ini tidak mempunyai saudara mara, kita boleh menjadi saudaranya,” katanya.
Elena Bonetti, Menteri Kekeluargaan Itali menggesa panggilan telefon perlu dibuat kepada warga emas untuk memastikan keadaan mereka terjaga.
“Apa yang berlaku kepada Marinella Beretta di Como adalah bukti sebuah kesunyian yang dilupakan.
“Kembalilah untuk memulihkan hubungan antara kita. Peka dan saling menjaga antara satu sama lain adalah tanggungjawab institusi dan rakyat kita. Tiada siapa yang perlu ditinggalkan sendirian,” titipnya menerusi Facebook.
Data Institut Statistik Kebangsaan (ISTAT) pada 2018 menunjukkan hampir 40 peratus individu berusia lebih 75 tahun di negara itu tinggal berseorangan kerana tidak mempunyai saudara-mara atau rakan.