26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita UtamaRemaja lelaki buat persembahan 'live' di Facebook untuk kumpul dana bagi pengebumian...

Remaja lelaki buat persembahan ‘live’ di Facebook untuk kumpul dana bagi pengebumian bapa

Kehilangan atau kematian seseorang yang disayangi pastinya sesuatu yang sangat menyakitkan dan menyedihkan. Untuk mengucapkan ‘selamat tinggal’ buat kali terkahir kepada tersayang sudah tentu sangat sukar dan berat. Namun begitu, walau sesukar manapun ia tetap perlu dilakukan.

Keadaan menjadi lebih menyedihkan buat seorang remaja lelaki apabila dia tidak berkemampuan untuk menguruskan mayat mendiang bapanya. Remaja lelaki bernama Chanadej Khiewsen yang baru berusia 12 tahun itu dikatakan memerlukan dana bagi pengebumian mendiang bapanya.

Apa yang dilakukan ialah dengan melakukan persembahan secara langsung di laman Facebooknya. Remaja yang juga merupakan seorang pemuzik jalanan itu dilihat sedang menyanyi sambil bermain gitarnya pada 15 Febuari lalu.

Dia memberitahu peminatnya bahawa bapanya, Chatchai Khiewsen, telah meninggal dunia akibat kanser dan dia memerlukan wang untuk pengebumiannya.

“Hari yang saya tidak mahu datang telah tiba. Tapi ayah suruh aku hidup dalam dunia realiti. Saya ingin melakukan ini untuk ayah buat kali terakhir. Saya sedang mengadakan konsert secara langsung untuk ayah. Hari ini, saya memohon sumbangan untuk pengebumian ayah. Saya tidak mahu menggunakan istilah ini sama sekali,” tulisnya di Facebook.

Apa yang sangat menyentuh hati ialah apabila melihatnya menyayi dalam keadaan sedih. Kelihatan air matanya mengalir semasa dia menanyi menunjukkan dia sedang dalam keadaan yang sangat sedih ketika itu.

Chanadej dikatakan tinggal bersama bapanya bersendirian dan dia telah bermain muzik di tepi jalan sejak dia berumur lima tahun. Pada mulanya, dia bermain untuk mendapatkan dana bagi perbelanjaan sekolahnya.

Namun, keadaan berubah sejak beberapa bulan lalu. Bapanya disahkan menghidap kanser jadi dia mula bermain muzik untuk mengumpul derma bagi menanggung kos perubatan untuk bapanya.

Chanadej juga pernah mengambil bahagian dalam pertandingan muzik untuk remaja dalam program TV Kidzaa. Tidak hanya itu, dia juga telah bermain gitar dan menyanyi di Pasar Hujung Minggu Chatuchak dan Dataran Siam sehingga menjadi antara individu yang dikenali ramai.

Peminatnya sering merakam video ketika dia bermain muzik dan menyiarkannya di YouTube. Selepas bapanya mula jatuh sakit, dia hanya memainkan muziknya di laman Facebook dan tidak lagi keluar menyanyi di luar.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI