26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya HidupAnak hidapi Ekzema sejak usia 2 bulan, bapa kongsi perit getir cari...

Anak hidapi Ekzema sejak usia 2 bulan, bapa kongsi perit getir cari penawar hingga anak pulih selepas setahun lebih

Antara hal yang memeritkan untuk ditanggung oleh ibu bapa ialah apabila melihat anak kecil mereka menghidap apa sahaja penyakit. Jangan kata penyakit berbahaya, anak demam pun sudah boleh buatkan ibu bapa resah sepanjang masa.

Bayangkan pula jika ada anak yang menghidap penyakit yang berpanjangan pasti tidak senang duduk ibu bapa dibuatnya. Apa pun sanggup dilakukan agar si kecil boleh sihat semula.

Pengalaman itu dikongsi oleh seorang bapa ketika dia dan isterinya bertungkus lumus mencari penawar buat anak kecilnya yang menghidap ekzema. Ekzema atau ‘atopic dermatitis’ biasanya boleh terjadi pada bayi atau kanak kanak. Penyakit ini boleh menyebabkan radang pada kulit, bengkak, gatal dan ruam merah. Ekzema selalunya ada pada muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut sehingga kulit yang terkena ekzema boleh menjadi berkerak.

Menurut si bapa, Mohd Yazid Ismail anaknya, Saeed mula menghidap ekzema sejak usianya dua bulan lagi. Namun selepas susah payah mengubati anaknya ke sana sini si kecil itu akhirnya sembuh sepenuhnya ketika berumur 1 tahun 5 bulan. Saeed kini sudah pun berusia 5 tahun dan ekzemanya tidak pernah menyerangnya semula.

Ramai yang tidak tahu perit getir mereka sekeluarga berhadapan dengan ujian tersebut. Pelbagai usaha dilakukan sebelum akhirnya ia mendatangkan hasil. Berikut adalah perkongsian menyentuh hati seorang bapa…

Kami jumpa beberapa doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed. Yang kelakarnya ada doktor pakar A menyalahkan doktor pakar B sebab bagi ubat yang tak sesuai, katanya bayi tak elok guna ubat tersebut, bahaya. Dua-dua doktor pakar kulit.

Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect. Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level. Begitulah yang biasanya berlaku kepada pesakit eczema, sentiasa kena naikkan dos steroid.

Yang peliknya, doktor kata ubat steroid tak elok guna lama lebih dua minggu, tapi setiap kali appointment dengan doktor yang sama, dia bagi ubat steroid bersambung-sambung. Ada orang dah guna steroid bertahun-tahun.

Bila rawatan hospital didapati hanya berkesan sekejap sahaja malah lebih teruk selepas itu, maka kami cuba rawatan aliran natural. Hanya guna ubat natural sahaja dan jaga pemakanan. Kami dah baca bila berhenti ubat steroid eczema akan mengamuk jadi sangat teruk. Kami bersedia.

Kalau tengok gambar Saeed yang eczema teruk ni berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.

Tidak hanya menggunakan ubat semata-mata. Dia dan isterinya juga berusaha dengan cara lain iaitu dengan menggunakan kaedah pemakanan pula.

Menurutnya, isterinya, Widyana Ali ada terbaca kisah tentang pengidap ekzema dewasa yang sudah menggunakan ubat steroid dalam tempoh masa yang lama, hingga steroid paling tinggi tetapi kemudian doktor cakap ekzemanya sudah tak boleh sembuh. Tapi dia tidak berputus asa, dia berhenti mengambil steroid dan mula menggunakan kaedah pemakanan dan sembuh.

Bila baca kisah orang sembuh ekzema dengan jaga pemakanan dan kaedah ubat natural, Widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca.

Walaupun dia jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di fb dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari pada tahun 2018 dan 2019.

Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang.

Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli keledek Cilembu dari Indonesia. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan “sweet potato” je.

Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamine tinggi dan boleh menyebabkan eczema makin teruk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok.

Ada doktor kata pemakanan ibu yang menyusu tak memberi kesan kepada anak eczema. Malah doktor perli kami sebab amalkan diet gluten free. Dia kata tak perlu lah ikut trend. Nasib baik kami tak ikut nasihat nasihat doktor tu.

Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi Mama Saeed tetap istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg. Hehe.. tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkubur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg.

Menurut Yazid lagi selain pemakanan dan menggunakan ubat natural mereka juga selalu menjemur Saeed di bawah cahaya matahari setiap pagi.

Yang sedihnya ramai yang kami dapati anak mereka tak sembuh eczema dah bertahun-tahun. Malah kami dulu pun ada doktor bagitau “tak apa jangan risau nanti eczema akan sembuh bila anak dah sekolah rendah”

Ya Allah eczema seminggu pun dah nampak azabnya. Tak kan lah nak tunggu anak umur lebih 8 tahun baru sembuh, lagi terseksa. Sekarang sangat ramai anak-anak yang kena eczema. Semoga Allah menyembuhkan eczema mereka semua.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI