26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGaya HidupResipi sup cendawan berkrim buatan tangan sendiri, boleh kalah Pizza Hut

Resipi sup cendawan berkrim buatan tangan sendiri, boleh kalah Pizza Hut

Selain makan sup cendawan di restoran barat, semua orang pasti ada membeli sup cendawan segera di pasar raya dan sudah tentu rasanya tidak sama jika kita sendiri yang membuatnya dengan menggunakan bahan segar.

Seorang pengguna Facebook dikenali Sheena@Sheena’s Cooking Passion, telah berkongsi resipi sup cendawan buatan sendiri. 

Facebook

Menggunakan kaedah yang tidak rumit dan mudah, Sheena telah menghasilkan sup cendawan berkrim yang sangat lazat. Anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah. Hidang dan makan dengan roti bawang putih sudah pasti lebih menyelerakan!

Resipi Sup Cendawan Berkrim

Bahan-bahan yang diperlukan:

Facebook
  • 10 Cendawan Butang (Perang) dan 10 Cendawan Butang (Putih)
  • 6 Cendawan Portobello (besar)
  • 2 biji bawang besar Holland dihiris
  • 4 ulas bawang putih kisar
  • 6 sudu besar tepung serba guna (All Purpose)
  • 2 sudu besar thyme dicincang
  • 3 sudu besar minyak sayuran
  • 4 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh pasli dicincang
  • 1 cawan Krim Masakan atau Susu Sejat
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 4 cawan stok ayam (air + stok ayam)
Facebook
Facebook

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan mentega dalam kuali, tuangkan 3 sudu besar minyak sayuran.

Facebook

2. Selepas kacau mentega dan minyak dengan api kecil sehingga mencair, masukkan bawang cincang dan tumis selama tiga minit. Apabila bawang telah menjadi kekuningan, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik aroma bawang putih.

Facebook

3. Kemudian masukkan cendawan, tumis selama 5 minit sehingga cendawan dan bahan (1) sebati.

Facebook

4. Masukkan satu sudu besar thyme cincang, tepung serba guna dan gaul rata.

Facebook

5. Tuangkan stok ayam dan kacau rata.

Facebook

6. Masukkan garam dan lada hitam secukupnya, kemudian tutup periuk dan reneh selama 15 minit (buka penutup dan kacau sekali-sekala sehingga sup menjadi pekat).

Facebook

7. Selepas 15 minit, buka penutup dan masukkan krim masakan (elakkan sup cendawan mendidih selepas masukkan krim). Api kecil.

Facebook

8.Tambahkan herba pasli cincang dan baki herba thyme tadi, kacau selama dua minit, matikan api, dan sup cendawan berkrim pun siap.

Facebook

Hidangkan untuk dimakan bersama roti bawang putih atau dihirup begitu sahaja. Lazat sungguh! 

Facebook

Selamat mencuba!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI