25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupTidak cukup wang untuk belikan mainan anak, bapa tawar tukar dengan durian...

Tidak cukup wang untuk belikan mainan anak, bapa tawar tukar dengan durian dan diterima penjual mainan

Sebagai ibu bapa pasti kita mahu berikan yang terbaik buat anak-anak. Segala keperluan dan permintaan mereka akan sedaya upaya akan cuba untuk dipenuhi. Tidak kira lah betapa sukarnya untuk menunaikan sesuatu permintaan itu, mereka yang bergelar ibu bapa itu tetap akan berusaha sedaya upaya mereka.

Namun begitu, tidak semua ibu bapa mampu untuk memenuhi permintaan anak mereka. Jadi, ada yang sanggup berkorban apa sahaja yang dimiliki mereka untuk anak-anak. Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa yang memutuskan untuk melakukan sistem barter dengan seorang penjual mainan semata-mata untuk mendapatkan mainan untuk anak-anaknya.

Kisah menyentuh hati itu diceritakan oleh penjual mainan tersebut melalui Facebook Penang Kini. Dia menceritakan bagaimana dia didekati oleh seorang bapa dan anak-anaknya, untuk melihat dron yang dijualnya walaupun mereka tidak mampu membelinya. Bapanya yang merupakan penjual durian itu kemudian menawarkan beberapa buah durian sebagai pertukaran untuk dron dan beberapa mainan lain.

“Malam tadi semasa kami menjalankan perniagaan kami, datang bapa ini bersama anak-anaknya. Dia bersungguh-sungguh ingin membeli beberapa mainan untuk anak-anaknya tetapi dia tidak mempunyai wang yang cukup. Dia jual durian. Jadi, dia bertanya sama ada kami akan menerima pertukaran durian kerana anak-anaknya sudah lama ingin bermain dengan dron.” tulis peniaga tersebut di Facebook.

Penjual mainan itu memandang rakan sekerjanya sambil memikirkan tentang pertukaran itu dan akhirnya mereka bersetuju.

“Akhirnya saya kata okay. Asalkan anak-anak gembira. Kesemuanya mencecah kira-kira RM200 termasuk termasuk dron, kereta kawalan jauh dan beberapa mainan kecil kerana dia mempunyai 4 orang anak. Supaya mereka masing-masing mempunyai 1 untuk berkongsi antara satu sama lain,”

“Dia pergi bawa durian, ada Musang King campur D24. Melihat wajah anak-anaknya, mereka semua gembira,” tulis pemuda itu lagi.

Penjual mainan itu kemudian mengambil sedikit masa untuk menunjukkan kepada kanak-kanak itu cara bermain dengan dron dan dia dapat melihat kepuasan pada wajah si bapa kerana dapat membelikan mainan buat anak-anaknya. Walaupun wangnya tidak mencukupi tetapi dia tetap berusaha untuk menggembirakan anak-anaknya.

Menurut pemuda itu lagi dia tetap berpuas hati kerana dapat membantu si bapa untuk mengembirakan anak-anaknya. Walaupun dia tidak mendapatkan wang dia tetap gembira kerana dia tetap bersyukur kerana boleh menikmati durian Musang King!

Peniaga ini juga sempat menitipkan pesanan buat orang ramai supaya sentiasa menyayangi dan menghargai ibu bapa yang telah membesarkan kita. Terlalu banyak yang mereka lalui dan pastinya mereka terlalu banyak berkorban untuk membesarkan kita.

Benarlah kata orang, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa… Buat penjual mainan tersebut anda memang baik hati dan memahami. Terima kasih!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI