25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaBerita UtamaPemberi maklumat dalam ujian klinikal Pfizer teruskan tuntutan tanpa bantuan kerajaan Amerika...

Pemberi maklumat dalam ujian klinikal Pfizer teruskan tuntutan tanpa bantuan kerajaan Amerika Syarikat

Bekas penyelia percubaan klinikal untuk kontraktor yang menjalankan ujian vaksin COVID-19 Pfizer sedang meneruskan tuntutan mahkamah terhadap Pfizer dan bekas syarikatnya walaupun kerajaan Amerika Syarikat enggan menyebelahinya.

Brook Jackson telah dipecat oleh kontraktor, Ventavia Research Group pada 2020. Wanita itu tampil sebagai pemberi maklumat pada 2021.

Jackson memfailkan saman di bawah Akta Tuntutan Palsu terhadap Pfizer, Ventavia, dan syarikat lain yang terlibat dalam ujian percubaan, ICON. Ia telah dimeterai dan tertangguh selama lebih setahun tetapi kini diketahui umum selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat enggan campur tangan bagi pihaknya.

Pemberian vaksin Pfizer/BioNTech di Hartford Convention Center di Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat pada 4 Januari, 2021. (Gambar oleh Joseph Prezioso / AFP / Getty Images)

Peguam kerajaan tidak menjelaskan pilihan mereka untuk tidak campur tangan, dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA), yang menyiasat dakwaan penipuan percubaan klinikal, tidak menjawab permintaan untuk komen.

Pilihan itu, bagaimanapun, tidak menghalang pemberi maklumat ini meneruskan tuntutan.

“Kami akan meneruskan kes ini tanpa bantuan kerajaan,” kata Jackson kepada The Epoch Times.

Menurut Jackson, beliau tidak terkejut tetapi berasa “kecewa sepenuhnya” apabila selepas lebih setahun menangguhkan keputusan, kerajaan enggan campur tangan.

“Kemungkinan untuk kejayaan tidak begitu baik, tetapi itu sahaja peluang yang perlu saya ambil. Saya hanya rasa seseorang perlu bertanggungjawab,” kata Jackson.

Brook Jackson mencetuskan sensasi apabila British Medical Journal pada November 2021 menerbitkan berdasarkan beberapa dokumen, rakaman dan bahan lain daripada Jackson yang menggariskan kegagalan berulang kali oleh Ventavia untuk menjalankan tapak ujian dengan betul untuk percubaan vaksin COVID-19 Pfizer sebelum menerima kelulusan kecemasan daripada pengawal selia ubat-ubatan Amerika Syarikat.

Walaupun artikel itu tidak memasukkan mana-mana bahan, kebanyakannya telah difailkan di mahkamah dan diperolehi oleh The Epoch Times, termasuk e-mel yang memberi butiran masalah yang diperhatikan bukan sahaja oleh Jackson, tetapi pekerja Ventavia yang lain.

Sebagai contoh, Lovica Downs menulis pada 18 September 2020, kepada Jackson dan pekerja lain yang dia memperhatikan kotak yang mengandungi maklumat pesakit yang ditinggalkan di kaunter “yang penuh terdedah kepada sesiapa sahaja yang memasuki bilik untuk boleh melihat.”

Perutusan lain menerangkan masalah-masalah lain.

Marnie Fisher, pengarah operasi Ventavia pada masa itu, berkata pada 21 September 2020, siasatan mendapati beberapa tapak telah meninggalkan dokumen terdedah, termasuk jadual dengan nama pesakit di atasnya; insiden buruk sama ada “tidak dilaporkan dengan betul atau tidak dilaporkan sama sekali”; vaksin dan plasebo “tidak disimpan dan dikunci” dalam bilik yang “tidak teratur”; dan kesilapan memberikan persetujuan bermaklumat. 

Dokumen tersebut mendedahkan pekerja Ventavia menyedari masalah serius yang timbul semasa ujian percubaan, termasuk pentadbir vaksin yang sama ada disifatkan sebagai “tiada latihan” dan “sangat sedikit pengawasan” atau kekurangan pensijilan atau latar belakang perubatan. Seorang pegawai Pfizer telah menyalinnya dan menjawab beberapa e-mel.

Downs enggan mengulas, manakala Fisher tidak dapat dihubungi. ICON dan Pfizer tidak menjawab permintaan untuk memberi komen. Jurucakap Ventavia Lauren Foreman memberitahu The Epoch Times melalui e-mel tahun lalu bahawa Jackson bekerja untuk Ventavia tetapi “beliau bukan sebahagian daripada tanggungjawab pekerjaannya yang melibatkan ujian klinikal yang dipertikai.”

Dalam kenyataan yang dikemas kini pada 11 Februari, Foreman menambah, “Walaupun Jackson telah digaji untuk menyelia tapak tertentu dan aspek ujian klinikal, beliau hanya bekerja dengan Ventavia selama 18 hari, dan akibatnya, tidak mempunyai tempoh panjang bersama syarikat untuk melengkapkan latihan bagi tugas yang dipertanggungjawabkan.”

Jackson, melalui peguamnya, baru-baru ini mengancam untuk memfailkan saman fitnah terhadap Ventavia berhubung perihal pekerjaannya.

FDA memberitahu The Epoch Times dalam e-mel tahun lalu, “Walaupun agensi itu tidak dapat mengulas lebih lanjut buat masa ini dalam perkara yang sedang berjalan, FDA mempunyai keyakinan penuh terhadap data yang digunakan untuk menyokong kelulusan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dan kelulusan Comirnaty.”

Jurucakap FDA tidak menjawab apabila ditanya pada 14 Februari untuk mendapatkan kemas kini.

Jackson telah dipecat beberapa jam selepas memfailkan aduan dengan FDA. Seorang pegawai Pfizer dalam beberapa minggu itu telah menghubungi Jackson untuk mendapatkan maklumat lanjut, menurut mesej teks yang disemak oleh The Epoch Times.

Saman itu dibawa di bawah Akta Tuntutan Palsu, yang membolehkan rakyat Amerika Syarikat memfailkan saman bagi pihak kerajaan “terhadap mereka yang telah menipu kerajaan”. Lebih AS$5.6 bilion telah diperolehi melalui saman di bawah akta itu, setakat musim gugur 2021.

Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. (Gambar oleh Patrick T. Fallon / AFP / Getty Images)

Saman itu mengatakan Pfizer, ICON, dan Ventavia “sengaja menahan maklumat penting dari diketahui Amerika Syarikat yang mana ini telah membawa kepada persoalan keselamatan dan keberkesanan vaksin mereka.”

“Defendan menyembunyikan pelanggaran protokol percubaan klinikal dan peraturan persekutuan mereka, termasuk pemalsuan dokumen percubaan klinikal,” katanya.

“Disebabkan muslihat Defendan, berjuta-juta rakyat Amerika telah menerima vaksinasi salah jenama yang berpotensi tidak berkesan seperti yang digambarkan.”

Brook Jackson memohon mahkamah memberikan ganti rugi dan gaji kebelakangan serta mengembalikan jawatannya bersama Ventavia.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI