28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaMayat reput ditemukan dalam keadaan duduk selepas dua tahun meninggal dunia

Mayat reput ditemukan dalam keadaan duduk selepas dua tahun meninggal dunia

ROM – Mayat seorang wanita berusia 70 tahun di Itali dalam keadaan sedang duduk dan dipercayai sudah meninggal dunia sejak lebih dua tahun lalu akhirnya ditemui pihak berkuasa.

Penemuan menggemparkan mayat Marinella Beretta itu dibuat di kediamannya di Prestino berhampiran Lake Como di utara Rom ketika polis mahu memberi amaran tentang risiko pokok tumbang di halaman rumahnya susulan angin kencang di Lombardy.

Menurut CNN, pihak berkuasa sedang menyiasat jika wanita berkenaan mempunyai saudara mara yang masih hidup.

Jiran-jiran Beretta dilaporkan tidak berjumpa dengan warga emas itu sejak September 2019 dan mengandaikan dia telah berpindah sebelum bermulanya wabak Covid-19.

Datuk Bandar Como, Mario Landriscina, menjemput bandar itu ke pengebumian mendiang yang masih belum ditetapkan tarikhnya. Malah katanya pemerintah tempatan akan menguruskan pengebumian.

“Saya akan cuba berada di sana dan saya menjemput seluruh bandar untuk hadir.

“Wanita ini tidak mempunyai saudara mara, kita boleh menjadi saudaranya,” katanya.

Elena Bonetti, Menteri Kekeluargaan Itali menggesa panggilan telefon perlu dibuat kepada warga emas untuk memastikan keadaan mereka terjaga.

“Apa yang berlaku kepada Marinella Beretta di Como adalah bukti sebuah kesunyian yang dilupakan.

“Kembalilah untuk memulihkan hubungan antara kita. Peka dan saling menjaga antara satu sama lain adalah tanggungjawab institusi dan rakyat kita. Tiada siapa yang perlu ditinggalkan sendirian,” titipnya menerusi Facebook.

Data Institut Statistik Kebangsaan (ISTAT) pada 2018 menunjukkan hampir 40 peratus individu berusia lebih 75 tahun di negara itu tinggal berseorangan kerana tidak mempunyai saudara-mara atau rakan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI