26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaSeekor gajah ‘ceroboh’ kem tentera di Gerik, cetus spekulasi ramai yang dakwa...

Seekor gajah ‘ceroboh’ kem tentera di Gerik, cetus spekulasi ramai yang dakwa sebab pembalakan

Ramai mengatakan haiwan itu hanya akan keluar dari hutan apabila sumber makanan mereka telah kehabisan dan haiwan juga memahami keadaan terdesak dengan keperluan mencari makanan, sama seperti manusia.

Mungkin itu yang berlaku kepada seekor gajah yang dikatakan ‘menceroboh’ stor simpanan rangsum tentera di Kem Sri Banding, di Gerik, Perak.

Facebook

Menurut Astro Awani, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak telah mengesahkan kejadian itu selepas video tular menunjukkan haiwan malang itu berkeliaran di sekeliling kem dan menjengukkan kepalanya ke dalam salah satu bangunan.

Kemudian dilihat mengambil beberapa objek dengan belalainya.

Facebook

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah itu menceroboh premis stor simpanan rangsum atau makanan tentera di kem berkenaan. Walau bagaimanapun beliau mendakwa tidak dapat dipastikan bila insiden itu berlaku kerana kejadian gajah menceroboh kem itu dilaporkan kerap berlaku.

“Kem itu mempunyai pagar elektrik, mungkin terdapat kerosakan, atau penurunan voltan,” katanya.

Facebook

Gajah itu rupa-rupanya turut merosakkan peralatan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam salah satu video, seorang lelaki dapat dilihat melempar barang rawak ke arah kepala gajah itu dalam usaha untuk mengusirnya keluar.

Facebook

Selepas video itu menjadi tular, warganet menegaskan yang gajah itu tidak ‘memecah masuk’ atau ‘menceroboh’ kem itu, sebaliknya manusia adalah penceroboh. 

Facebook

Sambil mengaitkan tindakan gajah itu dengan kegiatan penerokaan hutan dan pembalakan.

Facebook

Sebelum ini pada Januari 2018, pernah dilaporkan mengenai gangguan gajah di Kem Sri Banding yang berkesudahan dengan kematian seekor gajah akibat terkena renjatan elektrik.

Yusoff berkata, kawasan Hutan Belum, Temenggor dan sekitarnya merupakan habitat gajah dan kelibat mereka pernah dilihat di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa.

Facebook

Tambah Yusoff lagi, bau makanan khususnya yang masin selalu akan menarik kehadiran gajah-gajah kerana diet mereka boleh berubah.

Diharap gajah kasihan itu berjaya mencari jalan keluar dari kem tentera berkenaan tanpa sebarang kecederaan.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI