32.2 C
Kuala Lumpur
Monday, September 8, 2025
Utama Blog Laman 164

Perkauman untuk dijual: Video memaparkan kanak-kanak Malawi dieksploitasi warga China demi meraih keuntungan

0

Selepas beberapa video perkauman penuh kontroversi menular di media sosial yang dirakam pada Februari 2020 di Malawi oleh seorang pencipta kandungan dan penerbit warga China, kerajaan negara itu berjanji untuk membanteras perkauman dalam talian yang melibatkan masyarakat Afrika.

Semuanya bermula apabila BBC menyiarkan laporan berita penyiasatan pada minggu lalu apabila mendapati sekumpulan kanak-kanak kulit hitam disuruh melaungkan frasa dalam bahasa Cina yang telah dirakam di Malawi oleh seorang warga China bernama Lu Ke, yang didakwa telah merakam dan memuat naik ratusan video sehari untuk dijual sebagai satu industri.

Dalam video itu, beberapa kanak-kanak diarah untuk mengulangi perkataan yang dikata Lu Ke: “Saya raksasa hitam dan IQ saya rendah”.

Tangkap Skrin / YouTube

Kanak-kanak itu, yang didakwa dibayar setengah dolar sehari, menyanyi dan melaungkan perkataan dalam bahasa Cina tanpa menyedari kata-kata itu menyinggung perasaan. Video itu menimbulkan kemarahan di seluruh dunia pada tahun 2020 apabila ia diterbitkan dalam talian tetapi tidak diketahui di mana ia telah dirakam.

Dalam lawatan ke Malawi, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Afrika, Kementerian luar China, Wu Peng berkata beliau telah mencapai persetujuan dengan Menteri Luar Malawi untuk menyatakan pendirian bahawa kedua-dua negara tidak akan bertolak ansur dengan perkauman.

“China telah membanteras perbuatan dalam talian yang menyalahi undang-undang sejak beberapa tahun lalu. Kami akan terus membanteras video diskriminasi kaum sebegini pada masa hadapan,” kata Wu.

Wu berada di Malawi sebagai sebahagian daripada lawatan ke negara Afrika di mana beliau telah melawat Afrika Selatan dan bersedia untuk melawat Tanzania, Senegal, Burkina Faso dan Togo “untuk lebih mengeratkan lagi pertalian persahabatan dan kerjasama praktikal” antara China dan negara-negara Afrika.

Tangkap Skrin / YouTube

Kedutaan China di Malawi berkata ia telah mengambil maklum tentang laporan “Racism for Sale” (Perkauman untuk Dijual) terbitan BBC yang tular di media sosial dengan penuh rasa bimbang dan prihatin.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya perkauman dalam apa jua bentuk, oleh sesiapa sahaja atau berlaku di mana sahaja,” kata kedutaan itu. “Kami juga menekankan video itu dirakam pada tahun 2020. Pada tahun-tahun lalu, China telah membanteras tindakan dalam talian yang menyalahi undang-undang dan mencapai hasil yang ketara. Kami akan bekerjasama dengan pihak Malawi dan memastikan isu ini ditangani dengan cara yang betul.”

Video itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak di Malawi.

Tangkap Skrin / YouTube

Nancy Tembo, Menteri Luar Malawi, memberi kenyataan mengenai video yang telah tersebar di media sosial sejak beberapa minggu lalu, sambil menambah, “Kami berasa jijik, tidak dihormati dan sangat sedih.”

“Ia telah menyinggung perasaan kami sebagai kerajaan – untuk orang yang duduk dan merancang untuk menghina dan tidak menghormati kami sebagai sebuah negara,” katanya.

Siasatan “Africa Eye” oleh BBC yang dilaporkan wartawan Runako Celina dan Henry Mhango mengesan lokasi rakaman video itu di Njewa, sebuah daerah di ibu negara Lilongwe.

Hasil penyiasatan BBC mendapati seorang lelaki berbangsa Cina dikenali Lu Ke yang sedang membuat penggambaran ratusan video itu untuk sekumpulan kanak-kanak, dan penduduk tempatan memanggilnya “pak cik”.

Tangkap Skrin / YouTube

Celina dan Mhango juga berjaya menemui seorang budak lelaki yang sering muncul dalam video yang dipanggil “Little Gula” tanpa nama. Budak lelaki itu yang baru berusia 6 tahun bernama Bright. Semasa interaksi bersama bapa saudaranya, Bright berkata, “Apabila kami melakukan sesuatu yang salah, dia mencubit kami, apabila kami melakukan sesuatu yang salah, dia memukul kami dengan kayu dan tidak akan melepaskan kami.” 

Ibu Bright pula menambah, “Apabila anak saya melakukan sesuatu yang salah, dia memukul dengan kayu. Anak saya dibawa pergi, orang itu akan datang dan mengambilnya kembali, saya berasa sangat tertekan.”

Tangkap Skrin / YouTube

Polis Malawi sejak itu telah melancarkan siasatan. Timbalan jurucakap Polis Negara Harry Namwaza berkata polis telah mencatat isu eksploitasi kanak-kanak dalam video itu dan sedang menyiasat lebih lanjut.

“Kami mengikuti semua proses undang-undang. Sebagai polis, kami sepatutnya menyiasat di mana kami merasakan jenayah telah dilakukan. Terdapat begitu banyak isu dalam video itu dan kami akan menggunakan kandungan itu dalam siasatan kes kami,” katanya.

Seorang saintis politik dari Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, Barry Sautman berkata kepada SCMP, “Sebarang pembikinan video yang melibatkan orang yang dibayar untuk mengatakan sesuatu yang mereka tidak faham boleh dikatakan … menimbulkan bahaya moral, yang mungkin termasuk hasutan kepada diskriminasi kaum.”

Tangkap Skrin / YouTube

Sautman berkata terdapat peruntukan dalam Kanun Jenayah China bagi hukuman kerana menghasut diskriminasi kaum, dalam ucapan atau penerbitan. Ia telah digunakan untuk kes melibatkan warga China Han yang telah melakukan perbuatan diskriminasi etnik terhadap minoriti yang membawa hukuman penjara, katanya.

Beliau berkata setiap negara bertanggungjawab melarang perbuatan sedemikian di bawah Konvensyen PBB bagi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum.

“Kebanyakan negara dan wilayah telah mewujudkan undang-undang domestik untuk jenayah hasutan kepada diskriminasi kaum, walaupun Amerika Syarikat adalah pengecualian yang ketara,” kata Sautman.

Beliau berkata undang-undang antarabangsa untuk membenarkan dakwaan terhadap beberapa kesalahan jenayah tertakluk kepada bidang kuasa luar wilayah dan, dalam contoh video Malawi, terdapat asas yang jelas untuk bidang kuasa tersebut, kerana syarikat itu dan pelanggan berkemungkinan berpangkalan di China.

“Kita akan lihat sama ada China akan mendakwa dalam kes ini, tetapi pandangan saya ialah kerajaan China perlu berbuat demikian dalam kes ini dan setiap perkara, tidak kira di mana aktiviti itu muncul, mereka perlu mengumumkan pendakwaan sedemikian,” kata Sautman.

Tangkap Skrin / YouTube

Sautman berkata industri yang mencipta kandungan video memaparkan orang Afrika yang mula dijual di China itu tidak besar.

“Sebahagian besar, ia tidak melibatkan perkauman, seperti yang biasa kita bayangkan. Video itu biasanya melibatkan seseorang yang dibayar syarikat untuk membayar kanak-kanak Afrika untuk membuat ucapan hari lahir atau ucapan lain dalam bahasa Cina, yang dihantar kepada seseorang di China,” katanya.

“Video perkauman yang dibuat di Malawi adalah yang pertama seperti yang saya dengar, tetapi mungkin ada yang lain, memandangkan populasi China yang ramai dan industri videografi yang berkembang maju,” komennya.

Sementara itu, Stephen Chan, profesor politik dan hubungan antarabangsa di School of Oriental and African Studies di London, berkata “sifat kesat sepenuhnya dalam video ini mengejutkan pihak berkuasa China”.

Beliau berkata video perkauman seperti ini belum lagi menjadi industri besar; tetapi “nampaknya terdapat pasaran khusus di China, kerana negara itu telah sekian lama terputus hubungan dari seluruh dunia, mempunyai sikap perkauman – percaya atau tidak – walaupun terhadap orang kulit putih”.

Tangkap Skrin / YouTube

“Bagaimanapun, saya tidak akan terkejut jika polis dan mahkamah China tidak cuba membuat contoh dan pengajaran daripada pembuat video tertentu seperti ini.”

Heidi Haugen, profesor pengajian China di jabatan pengajian budaya dan bahasa Oriental di Universiti Oslo, berkata kerajaan China tidak melakukan tindakan yang cukup untuk membanteras video itu sejak alat penapisan China mengetahuinya selama bertahun-tahun. Mereka telah menerima tekanan dan ditindas pada masa lalu dalam beberapa platform, hanya untuk muncul dalam platform yang lain pula.

“Jika keazaman politik itu ada, kandungan yang menyinggung perasaan dialih keluar daripada semua platform, secara kekal. Akaun Weibo dengan video ini ditumpukan semata-mata untuk jenaka perkauman, ia mudah dikenal pasti,” kata Haugen. “Tetapi membanteras video yang menyinggung perasaan sebegitu bukanlah satu keutamaan.”

Tangkap Skrin / YouTube

Haugen berkata Kementerian Luar China terpaksa bijak memandang serius perkara ini sekarang sementara ia menjejaskan imej China di luar negara.

“Kebanyakan orang Cina tidak mempunyai interaksi peribadi dengan orang kulit hitam. Ini menjadikannya lebih sukar untuk mengenal pasti dan menolak representasi yang tidak berperikemanusiaan seperti video ini. Perwakilan perkauman juga membahayakan orang Cina dengan rakan kulit hitam, rakan kongsi perniagaan atau ahli keluarga,” katanya.

“Kandungan penindasan tidak cukup untuk mengubah imej orang ramai tentang Afrika. Perwakilan awam Afrika dikuasai oleh kemiskinan dan hidupan liar. Ramai orang China tidak melihat orang Afrika sebagai arkitek, saintis atau pengurus. Kisah-kisah ini perlu diberitahu, jika tidak orang mengekalkan sikap yang sangat berat sebelah. Imej Afrika hanya untuk orang Afrika. Dengan sumber yang sesuai dan jujur, terdapat ramai wartawan dan penulis China yang boleh menceritakan kisah ini dengan baik,” Haugen berpendapat.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Wanita itu pakai anting-anting syiling Dinasti Qing,” selebriti ini ditahan ‘penyelamat’ tidak dikenali semasa mahu terjun ke hadapan tren

0

Layke Anderson dikenali ramai sebagai penggiat filem British, tetapi ramai yang tidak mengetahui dia pernah mengalami masa paling gelap sehingga pada suatu hari terdetik mahu menamatkan nyawanya.

Baru-baru ini, Layke menghantar ciapan di Twitter tentang dirinya bertemu dengan ‘penyelamat’ yang bertindak menahannya daripada melakukan perbuatan yang sia-sia.

Layke Anderson/Twitter

“Suatu hari pada tahun 2018, saya berdiri di atas platform kereta api bawah tanah dan mahu menamatkan hidup saya. Seorang wanita perasan dan dia terus menghalang saya.”

“Wanita ini yang saya ingat, dia memakai sepasang anting-anting yang kelihatan seperti syiling tembaga Dinasti Qing. Yang lain, sejujurnya saya tidak ingat sama sekali, dan saya tidak pernah memberitahu sesiapa mengenainya.”

“Pada satu petang setahun kemudian, ketika saya dan kawan baik sedang minum di Southbank, tiba-tiba saya rasa macam ada seseorang memerhati. Saya tidak memakai cermin mata ketika itu, tetapi apabila saya menolehkan kepala, saya segera mengenalinya, yang duduk kira-kira 100 kaki dari saya.”

“Walaupun saya tidak pernah menceritakan kisah ini kepada sesiapa, pada ketika itu saya memutuskan untuk memberitahu segala-galanya kepada rakan saya.”

“Sukar untuk memberitahu perasaan masa lampau gelap saya itu, tetapi nasib baik rakan saya adalah seorang yang sangat baik.”

“Dia juga kemudian berpaling untuk melihat, tetapi ketika itu, dia dan saya sudah sama-sama berdiri.”

“Tidak ingat apa-apa yang kami katakan… masa itu kami hanya berpelukan.”

“Saya masih ingat dapat merasakan degupan jantungnya dan, sudah tentu, anting-antingnya… Dia juga memakai anting-anting sama yang kelihatan seperti syiling Dinasti Qing pada hari itu.”

Layke Anderson/Twitter

Layke mengadaikan wanita itu warga Australia dan bekerja di United Kingdom berdasarkan loghat Inggerisnya.

Dia sedang duduk bersama wanita lain yang baru dikenali, dan baru sahaja bercerita tentang kisah pagi itu.

Mereka bercakap mengenai Layke… dan menggambarkan perasaan dirinya ketika itu dan tiba-tiba Layke muncul lalu duduk di hadapan mereka.

Bagai tidak percaya, tetapi pada masa yang sama, terdapat satu rasa dengan jangkaan.

“Pada masa itu, saya akhirnya mendapat peluang untuk menatap mata wanita itu dan berterima kasih kepadanya kerana menyelamatkan nyawa saya.”

“Dia menyelamatkan saya bukan sahaja di platform pada hari itu, tetapi pada setiap kali detik itu menggamit fikiran.”

“Saya tidak pernah bertemu dengannya lagi, dan saya tidak tahu namanya, tetapi saya banyak kali memikirkannya, dan saya berharap dia mengetahui betapa dia telah banyak membantu saya dalam dua pertemuan itu..”

“Dia seorang yang datang dari Australia berambut gelap dengan seorang anak lelaki dewasa yang memasuki ke stesen Tube Vauxhall London…”

“Dalam dunia pilihan, kita mempunyai lebih banyak pilihan dalam hidup, tetapi kita masih tidak boleh memilih malaikat penjaga kita..”

“Tetapi jika kita bernasib baik, seperti saya, mereka akan mencari kita apabila kita memerlukannya. Mereka memerhatikan kita, jadi izinkan saya menjaga satu sama lain.”

“Sekadar ingin berkongsi kisah ini dengan rasa penuh kasih sayang..”

Layke Anderson/Twitter

Di ruangan komen, beberapa netizen bertanyakan apa yang dikatakan wanita itu kepadanya ketika detik gelap dan Layke menjawab:

“Ia bukan kata-kata yang diucapkan, sekurang-kurangnya tidak dalam ingatan saya. Tetapi pada masa itu, dia mengatakan semua yang saya perlukan, matanya mengatakan kesemuanya…”

Selepas ciapan ini dimuat naik, tanpa disangka-sangka ia menyentuh hati ramai dan mendapat perhatian ratusan ribu netizen.

Dua hari kemudian, Layke menerima mesej peribadi dan wanita penyelamat kehidupan itu telah ditemui!

“Terima kasih kepada semua yang menghubungi saya, tidak sangka kisah saya menjadi tular!”

“Tetapi sekurang-kurangnya… saya telah jumpa dia! Salah saya – dia bukan warga Australia tetapi New Zealand (Maori). Saya membaca mesej itu dengan teruja, dan sekarang saya tahu namanya… Tania,” Layke memaklumkan di Twitter.

“Layke, ciapan anda telah sampai kepada kami,” Ali, adik ipar kepada Tania menulis.

Pada mulanya, rakan sekerja yang membaca kisah Layke telah menghantar mesej kepada Tania.

Kata Ali dalam mesej itu, “Pada malam itu ketika bertemu anda beberapa tahun yang lalu, dia menangis ketika menelefon kami di New Zealand dengan memberitahu apa yang berlaku pada hari itu. Dia sangat bimbang kerana tidak dapat membawa anda ke destinasi yang selamat. Kakak ipar saya adalah seorang yang sangat kuat kata hatinya dan sungguh hebat.”

“Dia memikirkan anda sejak dua hari lepas. Saya baru sahaja selesai membaca ciapan anda kepadanya dan dia menangis. Saya sangat gembira anda masih hidup. Kami semua sangat gembira untuk anda. Saya sendiri mengalami masalah kesihatan mental, jadi kisah ini menyentuh hati saya,” tulis Ali.

“Saya ingin berkongsi lebih banyak cerita tentang dia bersama anda. Saya akan datang ke London bulan depan dan jika tidak pelik saya ingin minum kopi bersama anda. Kami semua berasa seolah-olah telah lama mengenali anda,” tambah Ali.

Layke Anderson/Instagram

Di ruangan komen, Layke Anderson mendapati bukan dia seorang sahaja yang pernah bertemu “penyelamat” mereka.

“Beberapa tahun yang lalu, saya masuk ke stesen kereta api bawah tanah Toronto dan ingin melompat masuk. Seorang penghibur jalanan sedang memainkan lagu di bawah (“Knockin’ On Heaven’s Door” oleh Avril Lavigne) untuk menghentikan niat buruk saya..”

“Suatu hari pada tahun 2016, saya berjalan melintasi kampus untuk cuba menamatkan hidup saya pada malam itu. Seorang yang tidak dikenali datang dan menghulurkan nota kepada saya. Sebelum saya melihatnya, dia telah pergi. Dia menyelamatkan nyawa saya dan saya tidak pernah berpeluang mengucapkan terima kasih kepadanya…”

“Saya mengalami PTSD dan kemurungan sejak saya berumur 11 tahun, tetapi tahun ini sangat teruk, dan saya mahu menamatkannya beberapa kali sejak dua bulan lalu. Saya tidak bekerja lagi, saya tidak keluar rumah dan saya tidak menjaga diri saya. Saya telah kehilangan keinginan untuk hidup. Pada satu ketika, dorongan itu sangat kuat sehingga saya rasa diri akan hancur.”

“Saya masih ingat melihat talian di Internet, jadi saya mendailnya. Seorang nenek tua menjawab telefon saya. Dia memahami saya lebih baik daripada doktor saya atau keluarga saya, kami berbual selama sejam dan saya tidak pernah berasa santai seperti malam itu. Selepas seminggu, saya memutuskan untuk mencuba kehidupan semula. Kadang-kadang kita hanya memerlukan seseorang yang cukup baik untuk mendengar dan membantu kita melalui masa yang paling sukar. Ia bukan penawar kekal, tetapi ia banyak membantu, saya doakan yang terbaik untuknya, saya rasa dia ‘penyelamat’ saya.”

“Pada suatu hari, saya hendak keluar apabila rakan saya mengetuk pintu kira-kira jam 10 malam dan katanya dia mempunyai perasaan pelik jadi perlu datang berjumpa saya. Dia mengganggu saya dan membawa saya bersiar-siar menaiki keretanya. Hidup ini kadang-kadang menyeronokkan, ia memberi apa yang anda perlukan pada masa yang sangat tepat. Dia tidak tahu tentang rancangan saya, dan saya tidak pernah menyebutnya. Tetapi pemikiran seseorang yang sanggup memandu lebih dari 40 minit untuk berjumpa saya hanya kerana perasaan yang pelik, dan dia sangat mengambil berat tentang saya, menarik saya terus keluar dari jurang, dan saya melihat sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.”

Membaca kisah-kisah ini, ‘pelindung’ dan ‘penjaga’ itu sentiasa ada di sekeliling kita dalam pelbagai ‘bentuk’ dengan ketentuanNya, dan kehidupan perlu diteruskan walau bagaimana perit ia melanda anda.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Adibah Noor meninggal dunia

0

Penyanyi, pelakon dan penghibur serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu, 18 Jun di sebuah hospital swasta di ibu negara, akibat kanser ovari pada usia 51 tahun.

Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenalan artis iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida.

“Allahuakbar sedihnya, terkejut dapat berita ini. Sahabat kita yang versatile Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia,” katanya dalam muat naik sekitar jam 8 malam.

Pada minggu lalu, Allahyarhamah dengan nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar kembali menjadi tajuk utama portal hiburan setelah tersebar gambar terbarunya yang kelihatan jelas mengalami pengurangan berat badan.

Namun, Allahyarham Adibah hanya memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat sejak bulan Ramadan lalu.

Rakan seperjuangan Allahyarham dalam program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim kelapan, Ani Mayuni memaklumkan terpaksa menghormati permintaan arwah untuk tidak mendedahkan keadaan kesihatannya. Menurut Ani, selepas selesai GV8, Allahyarham mula kerap sakit.

Twitter

“Apabila saya bertanya secara peribadi, barulah arwah beritahu mempunyai kanser ovari dan dan baru selesai menjalani pembedahan,” kata Ani Mayuni dipetik Berita Harian.

Kemunculan awal Allahyarham di layar perak bermula pada tahun 2005 filem seperti Sepet, Gubra dan Mukhsin karya sutradara Yasmin Ahmad, dan sejak itu membuat kemunculan dalam puluhan drama televisyen dan filem tempatan serta iklan.

Dalam dunia nyanyian, Allahyarham sempat merakamkan dua buah album studio iaitu Terlalu Istimewa (2005) dan Teman (2010), selain turut merakamkan banyak single khas, termasuk duet bersama penyanyi lain.

Sepanjang hayatnya, Adibah dikenali sebagai individu dan selebriti yang senang didampingi oleh peminatnya menerusi platform media sosial. Allahyarham antara lain diingati sebagai figura umum yang suka mendidik berkaitan penguasaan Bahasa Inggeris, selain berkongsi cerita seni persembahan dan kesedaran menjaga alam sekitar serta haiwan terutamanya kucing.

Facebook

Jenazah Allahyarhamah Adibah Noor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai pada kira-kira jam 11.55 pagi, 19 Jun.

Sebelum ini, jenazah Allahyarhamah Adibah Noor tiba di Masjid Al Ansar, Keramat pada jam 9 pagi untuk dimandi dan dikafankan seterusnya disolatkan.

Selain ahli keluarganya, beberapa tokoh pemimpin dan ramai rakan selebriti turut hadir di masjid tersebut bagi memberi penghormatan terakhir.

Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Adibah Noor.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Remaja UK hampir maut terkena alahan dalam penerbangan apabila seorang penumpang membuka peket kacang dan enggan berhenti makan

0

Dikatakan dalam kebanyakan hidangan penerbangan, selain makanan dan hidangan utama, kacang sentiasa disertakan sebagai makanan ringan.

Namun, sesuatu yang tidak disangkakan terjadi apabila seorang remaja perempuan hampir maut di dalam penerbangan baru-baru ini kerana alahan terhadap kekacang dalam situasi tahap teruk.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

Semuanya bermula apabila seorang wanita berusia 39 tahun, Joanna Jones dari Tooting di London, United Kingdom mengambil peluang pembukaan sempadan negara untuk membawa ibu dan dua anaknya pergi melancong ke luar negara menikmati percutian.

Destinasi pelancongan yang dipilih oleh keluarga mereka ialah Antigua dan Barbuda, sebuah negara yang terletak di Kepulauan Caribbean.

Selepas beberapa hari berseronok di sana, tiba masanya buat mereka untuk pulang dan menurut tiket penerbangan yang telah ditempah, keluarga itu akan terbang pulang dengan mendarat di Lapangan Terbang Gatwick di UK dari Antigua dan Barbuda.

Tetapi untuk Poppy, anak perempuan Joanna yang berusia 14 tahun, menaiki penerbangan adalah perkara yang sangat berbahaya.

Gambar oleh Daily Mail

Kerana Poppy mengalami alahan terhadap kekacang yang teruk, walaupun seseorang makan kacang dalam kapal terbang dari jauh, kesan alergen di udara boleh menyebabkan gejala alahannya meningkat!

Jadi ketika menaiki pesawat pada hari itu, Joanna menjelaskan situasi istimewa anak perempuannya kepada pramugari terlebih dahulu, dan meminta mereka memberitahu penumpang lain supaya tidak memakan kacang di dalam pesawat.

Kemudian pramugari itu mengumumkan dalam pra-penerbangan, dengan menyatakan sebanyak dua kali berturut-turut tentang amaran itu, meminta para penumpang untuk tidak makan kacang langsung di dalam pesawat.

Bagaimanapun, kemalangan yang boleh dielakkan sepenuhnya ini berlaku juga akhirnya dengan malang.

Sekadar Gambar Hiasan

Tidak lama selepas pesawat itu berlepas, Joanna tiba-tiba mendapati kira-kira sepuluh baris di hadapan tempat duduk mereka, seorang penumpang lelaki membuka peket kacang dan memakannya dengan berselera.

Joanna tidak dapat menahan rasa gugup, dan segera meminta pramugari jika mereka boleh menukar tempat duduk untuk cuba menjauhkan diri daripada penumpang yang makan kacang itu.

Malangnya, seluruh tempat duduk penerbangan penuh pada masa itu, dan tiada siapa yang sanggup bertukar tempat duduk dengan ibu dan anak ini.

Jadi pramugari terpaksa pergi ke penumpang lelaki itu untuk berunding, dengan memberitahu salah seorang penumpang dalam pesawat alah kepada kekacang dan berharap dia akan berhenti memakannya.

Tetapi lelaki ini naik berang dan dia tidak mengendahkan amaran itu lalu  berkeras untuk terus makan kacang.

Gambar oleh Daily Mail

Ketika ini, pesawat telah berlepas dan Joanna mula bimbang Poppy akan mengalami alahan itu.

Hanya tiga jam sebelum tiba di destinasi, Poppy mengalami reaksi alahan yang teruk secara tiba-tiba, dan semua penumpang di dalam pesawat itu diselubungi ketakutan.

Pada masa itu, keadaan nafas Poppy mula tidak stabil kerana mengalami ‘anaphylaxis’, malahan mula tidak sedarkan diri dalam situasi yang mengejutkan.

Melihat situasi semakin cemas, Joanna segera mengeluarkan adrenalin ‘Epi-Pen’ yang dibawanya dan memberi Poppy dua suntikan berturut-turut, yang diharap dapat mengekalkan rentak nadinya buat sementara waktu.

Selepas mendengar panggilan pramugari meminta pertolongan, seorang penumpang yang merupakan jururawat di dalam pesawat itu turut bergegas membantu memberikan pertolongan cemas dengan arahan doktor yang dihubungi dari Arizona.

Poppy telah diberikan bantuan oksigen dalam kit perubatan kecemasan pesawat, dan pada masa yang sama menggunakan monitor untuk memantau tekanan darahnya, tetapi mendapati keadaannya sangat tidak stabil, dengan degupan jantung mungkin berhenti pada bila-bila masa.

Situasi cemas itu telah menyebabkan kapten juruterbang menghubungi menara kawalan trafik udara terdekat pada masa itu untuk melakukan pendaratan kecemasan dan mengatur supaya Poppy dan ibunya dapat turun dari pesawat untuk digegaskan ke hospital bagi menjalani rawatan lanjut.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Namun, akhirnya penerbangan itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Gatwick dan ambulans sudah pun menunggu di landasan untuk membawa Poppy ke hospital dengan segera.

Syukurlah, selepas seharian dimasukkan ke hospital dan diletakkan dalam pemerhatian, keadaan Poppy beransur pulih, dan dia akhirnya dibenarkan keluar dari wad.

Walaupun Poppy bernasib baik apabila nyawanya dapat diselamatkan, Joanna masih berasa kecewa dan terkilan ketika memikirkan pengalaman anak perempuannya menaiki penerbangan.

Sekiranya gejala alahan Poppy lebih teruk pada masa itu, mungkin ibu dan anak ini akan benar-benar dipisahkan buat selama-lamanya. Joanna tidak akan dapat melihat anak perempuan kesayangannya Poppy sekali lagi.

Gambar oleh Daily Mail

“Ia mimpi ngeri buat kami sekeluarga dan kebanyakan penumpang dalam penerbangan apabila lelaki itu terus makan kacang walaupun pengumuman, amaran dan nasihat daripada pramugari telah diberikan,” kata Joanna.

“Saya ingat anak perempuan saya akan meninggal dunia dalam pesawat, dan saya tidak akan berani membawanya menaiki penerbangan sekali lagi, kerana saya tidak boleh mengambil risiko itu..” kata Joanna.

Ia adalah pengalaman yang mengerikan buat ahli keluarga seseorang yang mengalami alahan dan jika lelaki itu mengikut nasihat untuk tidak makan kacang di dalam pesawat, semua ini boleh dielakkan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kajian: Perkembangan otak kanak-kanak “menjadi pintar” berlaku 3 kali dalam hidup

0

Memiliki anak yang pintar, cergas dan cerdas adalah impian setiap ibu bapa. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan perkembangan otak anak mereka berfungsi dengan baik. Ada yang memberikan makanan tambahan yang boleh merangsang perkembangan otak, ada juga yang menggunakan pelbagai teknik pembelajaran semata-mata untuk memastikan otak anak-anak mereka bekerja dengan baik.

Namun di sebalik semua itu, ada yang mengatakan bahawa kepintaran seseorang anak adalah bergantung kepada ibu bapa atau keturunan. Jadi, sejauh manakah kenyataan tersebut benar?

  1. Perkembangan otak kanak-kanak mempunyai tempoh puncak

Menurut Richard, seorang pakar yang mengkaji tingkah laku di Universiti Harvard, telah meneliti selama bertahun-tahun dan mendapati bahawa dalam seumur hidup kanak-kanak, mereka memiliki tempoh puncak perkembangan otak untuk menjadi pintar sebanyak tiga kali.

Berikut adalah tempoh perkembangan otak anak yang perlu diketahui oleh ibu bapa:

0-3 tahun, tempoh keemasan pertama perkembangan otak

Sebelum umur 3 tahun, otak kanak-kanak berada dalam tempoh perkembangan fisiologi yang pesat. Menurut kajian saintis otak, isipadu otak bayi baru lahir hanyalah 25% daripada orang dewasa, dan pada usia 3 tahun, isipadu otak akan berkembang kepada 85% otak orang dewasa.

Selain itu, pada masa ini, neuron dalam otak kanak-kanak berhubung pada 700-1000 neuron sesaat, dengan kelajuan untuk berhubung adalah sekitar 700 hingga 1000 bergantung sepenuhnya pada rangsangan luar.

Lebih banyak neuron dalam otak kanak-kanak disambungkan, lebih kuat keupayaan kanak-kanak untuk bertindak balas, berfikir, dan menumpukan perhatian.

Jadi, ketika fasa ini adalah penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak kecil mereka mendapat rangsangan dari luar supaya otak mereka lebih berkembang.

3-6 tahun, tempoh puncak kedua perkembangan otak

Pada masa ini, synapse (tempat pertemuan antara dua saraf atau suatu saraf dengan suatu tisu) otak kanak-kanak akan meningkat dan jika tidak digunakan ia akan beransur-ansur merosot. Ketika fasa ini karakter kanak-kanak juga mula berkembang secara beransur-ansur. Selain itu, kebolehan tumpuan dan pemerhatian mereka juga mula berkembang pesat.

Sekiranya ibu bapa boleh menggunakan kaedah yang betul untuk merangsang kebolehan anak-anak mereka, ia akan menjadi sangat bermanfaat untuk perkembangan otak anak-anak mereka.

Menurut kajian, kanak-kanak yang memiliki penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang baik mempunyai otak 20% lebih ‘padat’ daripada kanak-kanak biasa. Dengan kata lain, mereka lebih banyak pendedahan dalam melihat, mendengar dan menyentuh dan hal ini adalah sangat baik untuk perkembangan otak.

Ibu Mingming menyarankan pada peringkat ini, kanak-kanak perlu dibimbing secara sistematik untuk menerima pelbagai latihan contohnya buku permainan yang direka khas untuk merangsang perkembangan otak kanak-kanak.

7-10 tahun, adalah puncak terakhir pembangunan

Pakar psikologi, Piaget memanggil puncak terakhir perkembangan otak sebagai “peringkat operasi konkrit” di mana pada fasa ini adalah penting untuk memupuk logik kanak-kanak serta keupayaan pemikiran kritis.

Para saintis otak melalui penyelidikan mendapati bahawa neuron dalam otak kanak-kanak yang berkaitan dengan penglihatan, pendengaran, bahasa dan kognisi lanjutan pada dasarnya siap sebelum umur 7 tahun. Selepas umur 12 tahun, ia mula berkurang.

Kumpulan umur ini juga merupakan tempoh keemasan untuk memupuk ekspresi bahasa kanak-kanak, pemerhatian kognitif, imaginasi dan penciptaan, ingatan dan tumpuan. Ibu bapa dinasihatkan merebut peluang mengembangkan otak anak-anak ketika fasa ini.

  1. Jika ibu bapa merebut peluang ini, perkembangan otak anak-anak akan menjadi lebih baik.

Menurut American Academy of Pediatrics, usia kanak-kanak 3-6 tahun, adalah “1000 hari kritikal perkembangan otak”.

Pada peringkat ini, selain memberikan nutrisi yang kaya kepada anak, ibu bapa juga boleh memberi lebih “stimulasi” kepada anak untuk membantu perkembangan otak anak dengan lebih baik.

Setiap penerokaan kanak-kanak sebelum umur 6 tahun merangsang hubungan neuron di otak, dan hubungan ini akan merangsang perkembangan keupayaan kognitif, tumpuan dan imaginasi kanak-kanak.

Bagi ibu bapa yang tidak tahu bagaimana caranya untuk merangsang perkembangan otak anak-anak mereka, mereka disarankan untuk melakukan beberapa aktiviti bersama seperti menemani anak-anak membaca buku tentang buku pendidikan dan bermain pelbagai permainan.

Profesor Harvard telah mengkaji tempoh puncak perkembangan otak kanak-kanak, dan sangat berharap setiap ibu bapa dapat merebut peluang keemasan ini bagi merangsang perkembangan otak anak seterusya membolehkan mereka mempunyai tahap IQ yang tinggi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Filem ‘Lightyear’ tidak dilulus tayangan kerana adegan LGBT

0

Berita mengenai pengharaman filem Disney ‘Lightyear’ pastinya mengecewakan peminat di Malaysia yang tidak sabar menunggu filem itu ditayangkan di pawagam. ‘Lightyear’ tidak dibenarkan untuk ditayang di 14 buah negara Timur Tengah dan Asia berikutan terdapat babak LGBT. 

Negara yang tidak membenarkan tayangan filem itu termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Mesir, Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Syria, Indonesia dan Malaysia.

YouTube

Media melaporkan Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) menjelaskan filem ‘Lightyear’ telah diluluskan dengan arahan pengubahan yang sewajarnya, namun pengedar filem iaitu The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan, jadi LPF memutuskan untuk membatalkan tayangan filem tersebut.

LPF memaklumkan telah menonton tapis filem ‘Lightyear’ dan memberikan keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) berserta klasifikasi P13 pada 30 Mei lalu, yang sepatutnya memulakan tayangan pada 17 Jun.

Gambar oleh Disney/Pixar

Pihak mereka telah mengarahkan supaya dibuat pengubahan iaitu potongan bagi adegan dan disenyapkan dialog yang didapati mengandungi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), yang dilaporkan mengandungi babak bercumbu antara sesama wanita.

Ini telah melanggar aspek utama di dalam Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010, jadi LPF berkata mereka tidak akan berkompromi dengan kandungan filem yang mempromosi atau cuba menormalisasi unsur-unsur LGBT yang bertentangan dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf gaya hidup LGBT.

Jadi “to infinity and begone” lah untuk peminat filem ‘Lightyear’ di Malaysia.

YouTube

Walau bagaimanapun, penonton di Malaysia mungkin masih dapat menonton filem ini yang memaparkan renjer legenda angkasa lepas Buzz Lightyear, juga merupakan prekuel francais ‘Toy Story’ di platform penstriman Disney+ Hotstar dalam beberapa bulan akan datang.

Rakyat Malaysia memberikan reaksi bercampur-campur mereka dengan larangan tayangan di pawagam itu menerusi Facebook dan Twitter.

Sesetengah khalayak menekankan keperluan untuk melarang terus filem itu apabila perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar mungkin merancang untuk menayangkan filem itu dalam masa terdekat, yang juga termasuk ketersediaan muat turun dan platform penstriman menyalahi undang-undang pada hari ini.

YouTube

Dalam pada itu, khalayak lain berpendapat Disney telah membuat langkah buruk untuk memasukkan unsur-unsur gay dan lesbian dalam filem animasi yang disasarkan kepada kanak-kanak.

Ramai beranggapan ia bukan tindakan bijak untuk memasukkan elemen LGBT dalam filem ‘Lightyear’ sambil turut menyatakan pendirian mereka yang bersetuju dan berpuas hati apabila filem itu diharamkan tayangannya di Malaysia.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Seorang lelaki di Pahang terima ‘kejutan beruk’ apabila bil airnya menunjukkan ia berjumlah RM144,623

0

Anda rasa boleh bertenang atau terkejut apabila melihat jumlah air yang dinyatakan dalam bil boleh mengisi kira-kira 52 kolam renang bersaiz standard, memandangkan anda hanyalah seorang pengguna biasa.

Seorang lelaki dari Raub, Pahang berkongsi di Facebook dengan mengatakan yang dia terkejut apabila menerima bil air berjumlah RM144,623 untuk bulan ini.

Gambar Hiasan / Pixabay

Berdasarkan gambar bil air yang dimuat naik lelaki itu dalam kumpulan Facebook awam, dia nampaknya telah menggunakan 99,740m³ air dari 16 Mei hingga 6 Jun tahun ini.

Bil airnya sebelum ini hanya mencecah RM71.05 untuk bulan Mei.

Kapsyen lelaki itu berbunyi, “Tengok jumlah itu… Bolehkah saya memfailkan kebankrapan?”

Facebook

Dalam hantaran di Facebook, lelaki itu tidak menyatakan mengapa dia menerima bil air yang begitu mahal dan tidak menyatakan sama ada dia telah bertanyakan mengenainya dengan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

Mengikut pengiraan yang dibuat oleh Sin Chew Daily, kolam renang dengan panjang 50m, lebar 21m, dan kedalaman air 1.8m memerlukan isipadu 1,890m³ air untuk diisi.

Ini bermakna jumlah air yang dinyatakan dalam bil air akan dapat mengisi kira-kira 52.8 kolam renang bersaiz standard.

Bil air yang mahal itu mendapat komen warganet yang menganggap situasi itu agak lucu bila difikirkan.

Gambar Hiasan / Pixabay

Jumlah air ini boleh digunakan untuk membuka akuarium.”

“Tidak hairanlah rumah kita tiada air yang datang..” 

“Rupa-rupanya semua air telah dibawa ke rumah anda..” 

Seorang lagi memberi komen, “Jika sebuah keluarga kecil menggunakan RM20 sebulan, menjadikan RM240 setahun, ia akan mengambil masa 600 tahun untuk menggunakan air berjumlah RM144,000. Menjelang 600 tahun, cucu generasi ke-18 saya masih boleh menggunakan air itu. Anda mengeringkan 600 tahun air dalam satu bulan, saya sangat kagum.”

Beberapa warganet telah mencadangkan jumlah bil mungkin disebabkan oleh masalah tersalah pengiraan di pihak PAIP dan menasihatkan lelaki itu untuk melapor dan menjelaskannya kepada pihak berkuasa.

Gambar Hiasan / Pixabay

Hanya sebagai panduan, berikut adalah cara-cara yang mudah bagi anda cuba menjimatkan air serta mengurangkan bil air:

  • Baiki paip yang menitis secara perlahan. Pembaziran sebanyak 90 liter sehari disebabkan oleh paip seperti ini.
  • Jangan biarkan air mengalir ketika anda menggosok gigi. Sebanyak 5 liter air dibazirkan setiap minit jika paip dibiarkan mengalir.
  • Periksa kecekapan penggunaan air bagi peralatan baru seperti mesin basuh sebelum membelinya.
  • Gunakan alat pancuran untuk menggantikan penakungan air apabila ingin mandi kerana ia boleh menggunakan hanya 30 peratus air yang diperlukan.
  • Kurangkan penggunaan hos atau pemercik air yang menggunakan sehingga 1000 liter air sejam. Gantikan dengan amalan menuai air hujan untuk kegunaan di laman.
Gambar Hiasan / Unsplash

Peralatan penjimatan air yang boleh membantu:

  • Peralatan penjimatan seperti isikan air di dalam botol yang ditempatkan di dalam tangki air dapat menjimatkan 3 liter bagi setiap penjirusan.
  • Gunakan alat pengawal bagi kepala hos untuk mengawal aliran air. 
  • Pemasangan peralatan pengawal aliran pada paip serta basin air yang sedia ada dapat mengurangkan pembaziran sebanyak 70 peratus sambil memberi aliran yang normal.
  • Peralatan penjimatan bagi perenjis air dapat mengurangkan 70 peratus pembaziran (hanya menggunakan 6 ½ liter air seminit berbanding 18-20 liter bagi perenjis biasa).
  • Dapatkan tangki pengumpulan air hujan (ada yang disertakan dengan alat pengelak limpahan) bagi pengairan tanaman serta untuk mencuci kawasan laman.

Berikut adalah cara untuk memahami kadar penggunaan air kediaman anda:

Juga jangan lupa laporkan segera apabila terdapat kebocoran, kerosakan paip dan kegiatan mencuri air.

Info Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia dan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Kami pernah rancang untuk berkahwin,” Veteran Perang Korea tanpa putus asa mencari cinta pertamanya, bertemu kembali 70 tahun kemudian

0

Tiada yang terlambat buat seorang veteran perang yang berusia 91 tahun untuk bertemu semula dengan cinta sejatinya yang pertama dari Jepun, dan dia mahu menjelaskan kepadanya, “Saya tidak pernah meninggalkan kamu sama sekali..”

Di musim luruh tahun 1950, seorang pemuda berusia 19 tahun Duane Mann dan rakan sekelasnya menyahut panggilan menyertai Tentera Laut Amerika Syarikat. Mereka mengikuti latihan di Pusat Latihan Tentera Laut The Great Lakes di Chicago Utara, Illinois. Selepas 14 minggu menjalani latihan, anak muda ini ditugaskan ke Stesen Udara Tentera Laut di Alameda California. Duane ditempatkan di sana dari 1 Januari 1951 hingga 23 Disember 1952, yang kemudian dipindahkan ke Fleet Pacific Far East di Yokosuka, Jepun.

Duane E Mann / Facebook

Sebagai Penjaga Stor Penerbangan Kelas 3, tugasnya adalah membekalkan Sayap Udara Marin Pertama di Korea dengan apa sahaja yang diperlukan untuk memastikan pesawat mereka terus terbang. Sembilan bulan pertama pada tahun 1953, Duane kekal di Pangkalan Tentera Laut Yokosuka. Kemudian pada Oktober 1953, dia meminta untuk dipindahkan ke Pangkalan Udara Haneda (Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo), yang juga merupakan rumah Skuadron Pengangkutan Udara 1503 Tentera Udara Amerika Syarikat.

Setelah dinaikkan pangkat ke Kelas 2 pada usia 23 tahun, Duane layak menjadi ahli Kelab Pegawai Tidak Bertauliah. Pengurus Kelab, Sarjan Teknikal Dickens memerhatikan Duane cenderung secara mekanikal dan menawarkannya dengan pekerjaan bergaji AS$90 sebulan termasuk makan dan minum. Duane Mann bekerja di situ sebagai mekanik mesin slot dan berpangkat sarjan semasa bertugas.

Di sinilah Duane Mann bertemu Peggy Yamaguchi..

Duane E Mann / Facebook

Peggy Yamaguchi bekerja sebagai ‘Hat Check Girl’ dan ‘Greeter’ di Kelab NCO. Gadis ini peramah dan suka berkawan, bercakap Bahasa Inggeris sangat baik daripada kebanyakan orang, dan suka bertandang dengan keluarga tentera. Bekerja di kelab itu adalah seperti bekerja dengan keluarga sendiri. Kesemua mereka sangat mesra. 

Duane berkawan dengan ramai kakitangan dan tentera. Peggy dan Duane mula berkawan sebaik sahaja mereka bertemu, menghabiskan masa berjam-jam dengan mendengar dan menikmati kumpulan muzik sambil minum soda. Tetapi sebaik sahaja mereka memulakan tarian pertama dan Duane kagum menerima kejutan, “Oh! Dia sangat pandai menari..” dan sejak itu segalanya berubah.

Duane E Mann / Facebook

Tidak lama kemudian, persahabatan Duane dan Peggy beralih ke hubungan cinta dan mereka menghabiskan kebanyakan masa lapang bersama. Duane seronok mendengar Peggy bermain piano dan menyanyi. Duane tidak lagi pergi ke Chow Hall untuk bersarapan, kecuali ketika bertugas, supaya dia dan Peggy dapat meluangkan lebih banyak masa bersama.

Tidak lama kemudian, Duane Mann menyedari telah jatuh cinta dengan Peggy Yamaguchi dan gadis ini juga merasakan perkara yang sama. Mereka telah saling jatuh cinta.

Duane E Mann / Facebook

Pada pertengahan Jun 1954, Duane dan Peggy serius bercakap mengenai perkahwinan. Mereka tahu ia adalah prosedur yang rumit apabila gadis Jepun berkahwin dengan askar Amerika, dan ia menjadi lebih rumit kerana Peggy sedang hamil. Tempoh berkhidmat 4 tahun Duane akan tamat pada 27 September 1954 dan dia akan kembali ke Amerika pada masa itu. Mereka menyedari masa itu semakin suntuk.

Kemudian Duane menerima berita buruk.

Duane E Mann / Facebook

Perang Korea telah berakhir dengan gencatan senjata dan tentera yang terlalu ramai selepas keadaan kembali aman menyebabkan Jabatan Perang memutuskan untuk memendekkan perkhidmatan dan mengarahkan ramai tentera diberhentikan awal. Duane mempunyai satu minggu untuk mendaftar keluar dari Pangkalan Tentera Udara Haneda dan kembali ke stesen asal di Yokosuka. Peggy dan Duane sama-sama luluh hati dan kecewa.

Duane mempunyai wang yang cukup dalam simpanan dan berjanji kepada Peggy akan mengirimkan kepadanya. Selepas pulang ke Iowa, Duane dan Peggy saling berhubungan melepas rindu dengan berutus surat dan berjanji untuk menghantar sejumlah wang untuk membawanya ke Amerika.

Duane E Mann / Facebook

Duane pulang ke rumah ibu bapanya dan bertanya mengenai wang yang dia simpan selama 3 tahun dan dimaklumkan oleh ibunya yang menangis, “Bapa kamu terkena serangan jantung semasa kamu berada di Tentera Laut dan kami perlu membesarkan adik-adik kamu yang masih kecil, jadi dia terpaksa menggunakan semua wang simpanan kamu.”

Nama bapa Duane juga dinamakan dalam akaun simpanannya sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia terkorban dalam peperangan, yang mana di zaman dahulu adalah amalan biasa yang bukan bijak.

Duane terpaksa kembali mendapatkan pekerjaan, bersungguh-sungguh dengan pekerjaan yang bagus dan mengumpul wang secepat mungkin demi Peggy. Jerih dia bekerja dengan Syarikat Pembinaan Lebuhraya yang memerlukan masa kerja keras yang panjang di seluruh Midwest. Surat-surat daripada Peggy sampai ke rumah ibu bapanya di luar bandar dan agak lama sebelum Duane boleh mencapai dan membacanya.

Duane E Mann / Facebook

Sukar menghadapi masa perpisahan dan kelewatan yang tidak pasti dan masa depan tidak menentu serta pelbagai masalah lain yang perlu diatasi dan diselesaikan sebelum Duane dan Peggy dapat bersatu semula.

Selepas sebulan lebih, surat-surat Peggy telah berhenti dikirim. Duane terkejut, keliru dan tidak dapat memahami apa yang sedang berlaku. “Sebaliknya, saya berharap akan berusaha lebih keras untuk mengetahui apa yang sedang berlaku kerana ia masih menghantui saya,” katanya.

Hanya selepas Hari Kesyukuran, kakak Duane memberinya surat daripada Peggy. Dalam surat itu Peggy memberitahu yang dia telah berkahwin dengan seorang lelaki dari Tentera Udara dan akan berpindah ke Wisconsin.

Duane E Mann / Facebook

Juga, Peggy memaklumkan kepada Duane yang dia telah kehilangan bayi mereka.

Duane kemudian mengetahui surat-surat Peggy tidak berhenti sama sekali, tetapi ibunya telah membakar hampir kesemuanya. Ibu Duane tidak mahu anak lelakinya berkahwin dengan gadis Jepun. Sikap ibunya terhadap orang berketurunan Jepun dan Jerman adalah perkara biasa semasa zaman selepas Perang Dunia Kedua. 

Perkara yang sama berlaku selepas Perang Dunia Pertama. Walaupun Duane tidak pernah bercakap keras untuk melawan dengan ibu atau bapanya, dia melepaskan kekecewaan putus cinta dengan merobek pintu skrin melalui engselnya.

Duane telah dikalahkan dengan sempurna angkara peperangan. Semuanya telah berakhir..

Tangkap Skrin / KEYC News

Selepas mengetahui Peggy telah berkahwin, Duane meneruskan kehidupan dan mempunyai kehidupan yang baik. Walaupun perkahwinan pertamanya berakhir dengan perceraian, dia telah dianugerahkan hak penjagaan 4 orang anaknya (dua perempuan dan dua lelaki). Dalam masa dua tahun, Duane bertemu isteri kedua dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Isteri keduanya Janice sangat baik kerana membesarkan 4 anak tiri tanpa sebarang keraguan dan dia seorang ibu yang baik. Duane mempunyai keluarga besar dengan 6 orang anak yang kesemuanya telah berjaya dan berkeluarga. Tetapi dia juga tertanya-tanya sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya seorang lagi.

Duane E Mann / Facebook

Sejak hari-hari yang mengecewakan itu, Duane telah berusaha dan terus berusaha mencari Peggy atas dua sebab. Pertama, Duane mahu memberitahu Peggy yang dia tidak pernah meninggalkannya. Kedua, Duane ingin tahu dengan pasti apa yang berlaku kepada bayi mereka.

Pada ketika itu di usia semakin uzur 88 tahun, selepas bertahun-tahun, peluang Duane semakin tipis, tetapi dia masih terus menaruh harapan agar dapat bertemu Peggy dan menceritakan kisah cinta pertamanya di Facebook untuk mendapatkan bantuan.

Hanya baru-baru ini, hasrat veteran perang berusia 91 tahun Duane Mann yang telah cuba mencari kekasih hatinya Peggy Yamaguchi selama 70 tahun akhirnya termakbul, untuk dia berpeluang menjelaskan segala-galanya.

YouTube

Kisah cinta Duane Mann tersebar ke seluruh dunia sehingga sampai ke Jepun. Dan ramai yang cuba memberikan bantuan dan maklumat. Selepas 70 tahun berlalu dengan hasil bantuan seorang wanita dari Vancouver, Kanada yang mengenali Peggy, anak-anak mereka merangka rancangan untuk Duane dan Peggy bertemu semula. 

Duane, sudah tentu mahu menjelaskan keseluruhan cerita sebenar kepada Peggy.

Akhirnya mereka bertemu semula di sebuah resort di Escanaba dan mengenang kembali kisah cinta mereka berpuluh tahun lalu semasa berada di Jepun.

YouTube

“Saya di sini sudah terlalu lambat, tetapi satu perkara saya mahu memberitahu kamu yang saya tidak pernah meninggalkan kamu. Saya hanya tidak dapat mencari kamu,” kata Duane sambil memegang erat tangan Peggy dengan rasa lega.

Duane juga menunjukkan semua gambar Peggy yang disimpannya dalam dompet selama lebih 70 tahun. “Terima kasih kerana mengingati dan kumpulkan semua gambar ini. Kamu mesti benar-benar mencintai saya,” kata Peggy.

YouTube

Dalam pertemuan semula itu, Peggy turut mendedahkan dia menamakan anaknya Mike Sedenquist dengan nama tengah ‘DUANE’. 

“Baru saya faham bagaimana saya mendapat nama itu. Ia tidak berlaku secara kebetulan, ia sekarang masuk akal,” kata anak lelaki Peggy sambil menahan air matanya daripada mengalir.

Kisah pasangan era Perang Korea itu kini bertukar menjadi kisah cinta yang dikagumi dan menyentuh hati semua.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tidak tahu cara isi angin tayar dengan betul? Jom belajar langkah-langkah yang perlu dilakukan

0

Antara perkara yang penting sebelum memulakan pemanduan ialah untuk memastikan keadaan kereta dalam keadaan baik. Ada antara kita yang hanya memeriksa enjing kereta, atau mungkin hanya memastikan minyak cukup untuk ke destinasi tetapi ada yang lupa bahawa angin kereta adalah antara hal yang sangat penting sebelum memandu.

Sebenarnya tidak kira destinasi- dekat atau jauh semua pemandu harus memastikan angin kereta mereka mencukupi supaya kenderaan selamat untuk digunakan. Tidak hanya itu, angin tayar yang mencukupi penting supaya kereta selesa dipandu di samping dapat menjimatkan wang apabila penggunaan minyak juga dapat dikurangkan.

Sekarang kita sudah tahu betapa pentingnya angin tayar kereta, tetapi hakikatnya masih ramai pengguna tidak tahu cara yang betul untuk mengisi angin tayar. Ya, ramai yang tahu untuk mengepam tayar tetapi ramai yang tidak tentang kandungan angin yang sesuai untuk kereta masing-masing. Bunyinya seperti pelik, tetapi itulah yang terjadi.

Buat anda yang masih tidak tahu cara mengisi angin tayar kereta dengan betul, jangan risau lagi kerana anda boleh ikuti panduan yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @aiyootan. Dia telah berkongsi bagaimana cara mengisi angin tayar dengan betul di laman sosial itu.

Berikut adalah langkah-langkah yang betul untuk mengisi angin tayar kereta:

Apa yang penting ialah anda disarankan untuk memastikan tekanan angin tayar kereta berada dalam keadaan yang sesuai supaya pemanduan lebih lancar dan selamat.

  • Lihat isipadu angin yang sesuai pada tayar anda di bahagian pintu sebelah pemandu.
  • Pastikan ikut bacaan yang tertera pada “Tire-Loading Information” untuk tayar hadapan dan belakang.
  • Set pam angin dengan jumlah yang sesuai untuk tayar kereta anda.
  • Isi angin sehingga mesin pam angin mengeluarkan bunyi “pip pip”

Mudaha sahaja bukan? Kereta setiap pemandu memang berbeza tetapi jangan risau kerana panduan jumlah angin ada disediakan pada kereta masing-masing. Apa yang perlu dilakukan hanya rujuk pada panduan tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengetahui tekanan angin yang diperlukan tayar kereta anda. Selamat mencuba!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Rumah keluarga ini habis retak dan hampir musnah, dakwa jiran sebelah ubah suai rumah ada unsur rasuah

0

Ubah suai rumah teres tidak salah jika tuan rumah itu bertimbang rasa dan tidak mengganggu jirannya dengan membuat ubah suai yang tidak mendapat kelulusan pihak majlis perbandaran.

Hati siapa yang tidak sakit apabila rumah yang dibeli dengan hasil kerja keras semakin musnah angkara pihak tidak bertanggungjawab dengan sesuka hati membuat pengubahsuaian yang mengganggu struktur rumah jiran.

Twitter

Telah banyak kita mendengar baru-baru ini apabila terdapat jiran yang membuat ubah suai rumah dengan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keselamatan dan sensitiviti jiran sebelah-menyebelah.

Lebih menyedihkan apabila ubah suai yang dilakukan itu telah menyebabkan kerosakan yang teruk kepada rumah jiran sebelah sehingga mengubah status rumah itu kepada tidak selamat untuk diduduki.

Twitter

Seperti yang berlaku kepada sebuah keluarga yang mendiami rumah teres di Taman Klang Jaya, Klang ini yang mendakwa mereka menanggung derita selepas ubah suai yang dilakukan oleh jirannya telah menyebabkan keseluruhan rumahnya retak dan hampir musnah.

Menerusi video berdurasi 7 minit di TikTok yang tular di Facebook dan Twitter daripada seorang pengguna @rakeshbathumalai, kelihatan pemilik rumah itu menunjukkan rumah teres satu tingkat jirannya yang diubah suai menjadi dua tingkat dengan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Twitter

Rakaman video itu dengan tajuknya ‘MPK Rasuah, hancurkan rumah saya’ kemudian memaparkan seorang lelaki menunjukkan rumahnya mengalami kerosakan yang teruk akibat pengubahsuaian rumah jirannya itu.

Sambil berjalan dengan perasaan marah dan kecewa, video itu menunjukkan rumahnya yang berusia hampir 40 tahun mengalami keretakan teruk, lelaki ini mendakwa terdapat unsur rasuah ketika memberi kelulusan dalam pengubahsuaian rumah jirannya itu. 

Twitter

Katanya, dia mahukan tindakan segera diambil pihak MPK atau pihak berwajib lain bagi menyelesaikan perkara itu yang telah lama berlarutan, walaupun dakwanya sudah tiga kali membuat laporan dengan tiada apa-apa hasil tindakan segera diambil.

Sementara itu Bernama melaporkan, Pengarah Komunikasi Korporat MPK Norfiza Mahfiz berkata susulan dakwaan rasuah tersebut yang kini menjadi tular, pihaknya mengalu-alukan individu berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut ke atas mana-mana kakitangan disyaki.

Twitter

“MPK tidak akan berkompromi dalam isu yang melibatkan rasuah dan salah guna kuasa,” tegasnya.

Mengulas lanjut dengan dakwaan itu, Norfiza berkata permit ubah suai dan pelan lulus didapati telah dikeluarkan oleh perunding pada 2012 dan ubah suai tersebut telah mendapat persetujuan jiran.

Twitter

Katanya aduan yang dikemukakan oleh pengadu selepas kelulusan diberi juga telah diambil tindakan oleh pihak MPK.

“Sebelum ini perunding juga telah dilantik bagi mengenal pasti punca keretakan dan perakuan kekukuhan struktur tambahan rumah tersebut,” katanya.

Twitter

Disamping Norfiza menambah, MPK tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap pengurusan tertinggi dan pegawai serta kakitangan terutama tuduhan yang dikaitkan dengan rasuah atau salah laku moral orang lain.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: