Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sudah diumumkan pada 16 Jun 2022 lalu.
Ramai yang berkongsi keputusan cemerlang mereka di media sosial dan meraikan detik gembira itu bersama keluarga tersayang.
Walau bagaimanapun, seorang pendakwah bebas dan juga selebriti tanah air, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menarik perhatian apabila beliau ingin menawarkan ganjaran RM700 kepada para pelajar SPM 2021 yang memperoleh keputusan cemerlang 7A dan ke atas.

Menerusi hantaran yang dimuat naiknya di Instagram, PU Riz berkata, pelajar yang mempunyai kisah inspirasi dalam pelajaran juga boleh menghubunginya kerana bukan hanya tertakluk kepada keputusan 7A ke atas sahaja.
“Assalamualaikum.. tahniah kepada semua yang telah memperoleh keputusan SPM. Tak kira apa pun keputusan, syukur Alhamdulillah.
“Tapi kepada pelajar yang memperoleh 7A ke atas atau mempunyai cerita hendak dikongsi betapa susahnya nak mencapai sesuatu keputusan, boleh hantar mesej peribadi (DM) di Instagram…

“…atau nombor WhatsApp disediakan untuk kita berikan sedikit sebanyak lebih kurang RM700 kepada yang terpilih,” katanya.
Bagaimanapun, menurut suami kepada selebriti popular Neelofa itu, beliau lebih mengutamakan pelajar yang memerlukan seperti daripada golongan B40 dan orang kelainan upaya (OKU) terlebih dahulu.

“Saya lebih mencari golongan seperti B40 dan OKU. Kalau berminat, boleh hantar cerita dan kami akan pilih secepat mungkin,” ujarnya.
Sebagai rekod, PU Riz pernah menawarkan ganjaran sama kepada pelajar yang mendapat 5A ke atas dalam SPM 2020 dengan memberikan RM300 setiap seorang.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: