30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 23, 2025
Utama Blog Laman 160

Keluarga mengesahkan bekas isteri Donald Trump, Ivana meninggal dunia

0

Ivana Trump, bekas isteri pertama Donald Trump disahkan meninggal dunia oleh keluarganya. Ibu kepada tiga anak pertama Trump itu meninggal dunia pada Khamis, 14 Julai 2022 ketika berusia 73 tahun.

“Ibu kami adalah seorang wanita yang luar biasa – penggerak perniagaan, seorang atlet bertaraf dunia, seorang yang cantik berseri dan seorang ibu dan kawan yang penyayang,” kata ahli keluarga Trump dalam satu kenyataan mengenai kematian Ivana.

“Ivana Trump adalah seorang pemandiri. Dia berhijrah daripada komunisme dan mengharumkan nama negara ini,” tambah mereka. Ivana Trump dilahirkan di bekas Czechoslovakia, sebuah negara Pakatan Warsaw yang dikawal oleh Kesatuan Soviet sehingga pembubaranya pada awal 1990-an.

Dia merupakan ibu kepada Donald Trump Jr., Ivanka Trump dan Eric Trump. Dua orang anak Trump yang lain ialah Barron dan Tiffany Trump.

Menurut keluarga Trump, Ivana mengajar anak-anaknya tentang ketabahan dan ketangguhan, belas kasihan dan keazaman,” tambah keluarga Trump. “Dia akan sangat dirindui oleh ibunya, tiga anaknya dan sepuluh cucu.”

Di Truth Social, bekas ketua komander itu memuji Ivana sebagai “wanita yang hebat, cantik, dan menakjubkan yang menjalani kehidupan yang hebat dan memberi inspirasi… berehatlah dengan tenang, Ivana!”

“Saya berasa sangat sedih untuk memaklumkan semua orang yang menyayanginya, yang mana begitu ramai, bahawa Ivana Trump telah meninggal dunia di rumahnya di Bandar New York,” tulis bekas Presiden Trump.

Selepas meninggalkan Czechoslovakia, Ivana berkahwin dengan Donald Trump pada tahun 1977. Namun, jodoh mereka tidak panjang dan mereka bercerai pada tahun 1992.

Selepas penceraian mereka, Ivana Trump telah membina kehidupannya dengan membangunkan perniagaan yang melibatkan pakaian, barang kemas dan produknya sendiri. Dia juga telah mengarang beberapa buku, termasuk satu yang bertajuk “Membesarkan Trump,” serta beberapa potongan nasihat.

Bercakap kepada New York Post, Ivana Trump mengimbas kembali satu kisah di mana Trump menerima surat pada penghujung tahun 1980 yang mengatakan kepadanya bahawa dia patut bertanding jawatan Presiden.

“Mungkin lima tahun sebelum penceraian kami, Reagan atau seseorang telah membawakan surat untuknya dan berkata, ‘Awak patut bertanding jawatan presiden,'” kata Ivana kepada surat khabar pada tahun 2016.

Katanya lagi, “Jadi, dia memikirkan tentang perkara tersebut. Namun kemudian…terdapat penceraian, skandal, dan wanita Amerika sayangkan saya dan bencikan dia…jadi tiada cara untuk dia terlibat dalam bidang politik pada ketika itu. Namun, dia sentiasa menggunakan idea tersebut.”

Bekas suami Ivana yang terkini, Rossano Rubicondi, meninggal dunia pada tahun 2021. Dia kemudiannya mengesahkan kepada majalah People pada masa itu bahawa dia ‘hancur’ dengan pemergiannya.

Punca kematian Ivana tidak didedahkan oleh keluarga.

Pihak berkuasa berkata bahawa polis di Bandar New York menjawab panggilan seseorang yang mengalami serangan jantung di East 64th Street di Upper East Side pada 12.40 tengah hari. ET. Menurut ABC7, orang itu dikenal pasti sebagai Ivana Trump.

Kematian Ivana tidak dianggap mencurigakan. Pegawai memberitahu ABC7 bahawa dia nampaknya meninggal dunia atas sebab semula jadi.

Maklumat tambahan tidak disediakan oleh keluarga atau pegawai.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Balai bomba tertinggi di dunia bakal dibina di Gunung Kinabalu

0

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mencipta sejarah apabila akan membina balai bomba di Gunung Kinabalu, menjadikannya lokasi tertinggi di dunia untuk balai bomba.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, proses mewujudkan balai bomba pada ketinggian lebih 3,382 meter dari paras laut di Gunting Lagadan Hut, Gunung Kinabalu sedang dalam peringkat dokumentasi.

Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

“Lokasi berkenaan merupakan kawasan warisan dunia dan terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum pembinaan dijalankan. Saya difahamkan peruntukan untuk melaksanakan projek ini sudah ada,” katanya kepada BERNAMA.

Tambahnya, balai bomba itu akan menjadi pusat operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar).

Gambar Hiasan / Pixabay

“Apabila siap kelak, ia akan memudahkan pasukan Mosar yang kini berpangkalan di Balai Bomba Ranau menjalankan operasi sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini di Gunung Kinabalu,” jelasnya.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut berkongsi kerajaan negeri menghargai komitmen JBPM meletakkan penempatan dan kesiapsiagaan Mosar di Gunung Kinabalu.

Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

“Mosar merupakan anggota bomba yang mempunyai kepakaran khusus dan kompeten bagi melaksanakan tugas menyelamat di kawasan pergunungan. Berdasarkan statistik menyelamat yang dihadiri Mosar, bermula Januari hingga Jun tahun lalu, sebanyak 26 kes menyelamat telah dijalankan oleh pasukan ini,” kata Datuk Seri Hajiji.

Mosar ditubuhkan pada 2015 susulan gempa bumi yang berlaku di Gunung Kinabalu, Sabah pada 5 Jun 2015.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Lelaki maut tercekik ketulan daging ketika menjamah sup tulang buat pertama kali

0

Seorang lelaki berusia 28 tahun dari Terengganu maut kerana tercekik ketulan daging ketika sedang makan sup tulang di rumahnya di Kampung Alor Selising, Jerteh pada 13 Julai.

Kerani kedai perkakasan, Wan Azlan Wan Ishak baru pulang dari kerja pada jam 5.15 petang dan sedang mencari sesuatu untuk dimakan sebelum insiden berlaku, lapor Harian Metro.

Ibu bapa dan kakak mangsa berada di rumah ketika kejadian.

Sekadar Gambar Hiasan / Twitter

Wan Azlan tidak pernah makan hidangan tulang lembu sebelum ini, kata kakak mangsa, Wan Suria Wan Ishak, 32 tahun.

“Apabila sampai di rumah, Lan terus ke dapur untuk memanaskan sup tulang sebelum memakannya,” katanya.

“Dia tidak pernah makan apa-apa sup daging lembu sebelum ini. Lauk kegemarannya ialah ayam dan dia juga tidak makan ikan kerana trauma pernah tercekik tulang ikan sebelum ini,” jelas Wan Suria.

Mangsa tercekik ketulan daging semasa sedang membersihkan dapur.

“Mungkin disebabkan sangat lapar selepas baru balik kerja, jadi dia terus menelan daging itu walaupun ia sedikit liat susah sikit hendak hancur,” tambahnya.

Malangnya, walaupun Wan Suria telah cuba memberi bantuan kecemasan namun tidak berjaya, mangsa tidak sedarkan diri dan meninggal dunia.

Wan Suria berkata arwah pada mulanya menjerit meminta tolong daripada ibu mereka memberi isyarat yang dia tercekik dan mengalami sesak nafas.

“Saya cuba membantunya tetapi tidak berjaya, jadi saya sempat meminta arwah mengucap kalimah syahadah sebelum dia tidak sedarkan diri,” katanya.

Sekadar Gambar Hiasan / World Orgs

Mangsa kemudian dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Besut dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.50 petang.

Menurut Wan Suria, arwah adiknya sangat rapat dengan ahli keluarga mereka dan amat disenangi semua kenalannya.

Allahyarham Wan Azlan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Landak pada kira-kira jam 12.00 tengah malam.

Berikut adalah panduan yang boleh anda lakukan sekiranya terdapat seseorang mengalami situasi kecemasan tercekik dengan serius:

1. Arahkan seseorang untuk memanggil ambulans dengan secepat mungkin.

2. Teliti dahulu sebelum melakukan teknik ‘Heimlich Maneuver’ iaitu teknik keselamatan universal yang digunakan seluruh dunia untuk menyelamatkan mangsa yang mengalami masalah kesukaran tercekik sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.

  • Mangsa terbatuk-batuk dan tidak bercakap.
  • Mangsa berada dalam keadaan sedar.
  • Mangsa berumur lebih dari satu tahun.
Public Health Malaysia / Facebook

Cara-cara melakukan teknik ‘Heimlich Maneuver’:

1. Berdiri di belakang mangsa.

2. Genggam tangan dan letakkan bahagian ibu jari genggaman anda sedikit di atas pusat mangsa.

3. Eratkan tangan yang satu lagi ke genggaman tangan anda.

4. Dengan pantas, tekan ke dalam dan ke atas badan mangsa dengan genggaman anda.

5. Ulangi tekanan sehingga objek yang tersekat itu terkeluar.

6. Sekiranya anda melakukan langkah kepada kanak-kanak, berlutut ke arah mangsa dan letakkan kepala anda di sisinya.

7. Sekiranya tidak berjaya atau mangsa pengsan, lakukan CPR kepada mangsa sehingga bantuan pasukan paramedik tiba.

Anda boleh cuba melakukan teknik ‘Heimlich Maneuver’ dengan cara yang betul demi usaha menyelamatkan nyawa seseorang.

Balai Seni Negara dibuka semula selepas 2 tahun, masuk percuma untuk khalayak ramai

0

Selepas 2 tahun pandemik COVID-19 melanda, Balai Seni Negara akhirnya dibuka semula sejak 2 minggu yang lalu pada 21 Jun 2022 dengan penampilan wajah baharu.

Disamping perlu ditutup bagi kerja-kerja naik taraf galeri serta pengubahsuaian bumbung, Balai Seni Negara kini secara rasmi dan aktif mengalu-alukan khalayak awam untuk berkunjung bagi menghayati keindahan karya seni tempatan dan luar negara.

Balai Seni Negara yang terletak di Titiwangsa, Kuala Lumpur mula dibuka semula pada setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. 

Balai Seni Negara / Facebook

Buat masa ini, pengunjung tidak perlu membuat temu janji dan hanya boleh ‘walk in’, melainkan untuk menyertai acara seni tertentu.

Balai Seni Negara dalam bangunan setinggi 3 tingkat ini menampilkan pelbagai karya seni yang indah, yang kini mempamerkan NUSA sebagai pembuka tirai, sebuah pameran koleksi tetap negara di Galeri Reka, Tun Razak, 2A, 2B dan 3B.

466 buah karya tetap dipamerkan yang mengangkat koleksi merangkumi pelbagai aspek seperti sosial tempatan, persoalan identiti, sejarah dan sejarawan, kepelbagaian mitologi dan intelektual masyarakat tempatan besar atau kecil, yang sesuai buat pencinta seni dan inspirasi artis tempatan, lapor Dewan Budaya.

“Pemilihan karya NUSA merangkumi karya agung yang menyentuh tema dan konsep ‘Tenggara’ yang melangkaui zaman dan era. Antara karya yang dipamerkan, ‘Kampung Nelayan’ karya terkenal Chung Chen Sun yang dikategorikan sebagai Khazanah Warisan Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan koleksi kontemporari seperti ‘Enrique de Malacca Project’ oleh Ahmad Fuad Osman yang dilancarkan sejak 2016 hingga kini,” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Nancy Shukri ketika ucapan perasmian.

Balai Seni Negara / Facebook

Apa yang menjadikan perjalanan ke Balai Seni Negara kini lebih menarik ialah ia menawarkan tempat letak kereta percuma dan kemasukan percuma setiap hari.

Selain pameran tetap, para pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai karya menarik, iaitu Pameran Diplomasi Budaya sebagai sebuah kerjasama rakan strategik serantau. Karya yang meraikan cerita rakyat Australia, ‘Walking Through a Songline’ dipamerkan di Galeri 3A bermula Jun hingga September.

Pameran yang menampilkan karya artis kontemporari ditampilkan di ruangan lobi galeri Ruangan Hanya Satu-Single, seperti ‘Anti Panic Buying’ oleh Shafiq Nordin sehingga 4 September. Dua karyawan muda lain yang mempamerkan karya seni mereka di sini pada tahun ini ialah Red Hong Yi dan Saiful Razman.

Balai Seni Negara / Facebook

Disamping, Pameran Fotoseni menampilkan koleksi Seni Visual Negara yang dihimpun sejak tahun 1963 sehingga 2021, yang mula dipamerkan pada 21 Jun 2022 sehingga Februari 2023.

Jika anda seorang yang berjiwa seni, apa kata luangkan masa menikmati dan menghayati pelbagai karya seni anak tempatan yang menarik di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.

Kunjungi laman Facebook, Twitter dan Instagram rasmi Balai Seni Negara untuk maklumat lanjut.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

‘Supermoon’, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena ini pada jam 5.09 petang nanti

0

Pada 13 Julai 2022 jam 5.09 petang (waktu Malaysia), rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan sendiri ‘Supermoon’ iaitu fenomena bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) bagi tahun 2022 dengan jarak posisi perigee adalah 357,263 km. Ini kerana, fenomena ini hanya kelihatan dibeberapa tempat di Eropah, Afrika, Amerika dan Asia dimana Malaysia adalah salah satu lokasi tersebut. Perkara ini disahkan dan dikongsi oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melalui hantaran rasmi mereka.

AGENSI ANGKASA MALAYSIA

Apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) ia dikenali sebagai ‘Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon’. Manakala apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) ia dikenali sebagai ‘Micromoon, Minimoon, Mini Full Moon atau Mini New Moon’. Oleh itu, semasa ‘Supermoon’ berlaku, Bulan Penuh boleh kelihatan sehingga 7% lebih besar daripada Bulan Penuh biasa dan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah daripada ‘Micromoon’.

TIME AND DATE

Bulan beredar mengelilingi Bumi dalam orbit berbentuk elips (satu sisi bulan lebih dekat dengan Bumi daripada yang lain) dengan purata nilai keeksentrikan 0.0549. Oleh itu, purata jarak Bulan dari Bumi (pusat-ke-pusat) adalah berbeza-beza pada setiap masa dengan jarak purata paling dekat (disebut perigee) adalah 363,396 km dan jarak purata paling jauh (disebut apogee) adalah 405,504 km. Pada petang ini, jarak posisi perigee adalah 357,263 km.

Jarak sebenar Bulan di apogee dan perigee boleh berbeza-beza beberapa peratus disebabkan oleh gangguan graviti Matahari pada orbit sipi Bulan. Sepanjang tempoh 5,000 tahun dari 1999 hingga 3000 (2000 BCE hingga 3000 CE), jarak perigee Bulan berbeza-beza dari 356,355 hingga 370,399 km (julat 14,044 km), manakala apogee Bulan berbeza dari 404,042 hingga 406,725 km (julat 2,683 km). Oleh sebab itu, jarak pengehadan untuk ‘Supermoon’ bergantung pada jarak tepat apogee dan perigee dalam orbit tertentu.

ASTROPIXELS

‘Supermoon’ walau bagaimanapun, bukanlah istilah astronomi rasmi. Ia pertama kali dicipta oleh ahli astrologi, Richard Nolle, pada tahun 1979. Beliau mentakrifkannya sebagai ‘Bulan Baru’ atau ‘Bulan Penuh’ yang berlaku apabila Bulan berada pada kedudukan paling dekat (dalam 90%) dengan Bumi pada orbitnya. Namun, tidak jelas mengapa dia memilih potongan 90% dalam definisinya itu.

Selain fenomena ‘Supermoon’, terdapat fenomena lain yang telah dan dijangka berlaku pada bulan Julai ini. Antaranya ialah Bulan Suku Pertama pada jam 10.14 pagi, 07 Julai lalu. Diikuti, fenomena Bulan Penuh atau Bulan Purnama dimana Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 02.37 pagi, 14 Julai 2022. Bulan Penuh Perigee, adalah bulan purnama yang berada paling dekat dengan Bumi, kelihatan terbesar dan tercerah untuk tahun 2022 yang juga dikenali sebagai ‘Supermoon’. Selepas itu, fenomena Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada jam 10.18 malam, 20 Julai dan pada jam 01.54 pagi 29 Julai, Bulan akan memasuki fasa Bulan Baru. Berikut adalah kalendar astronomi bulan Julai untuk makluman anda.

AGENSI ANGKASA MALAYSIA

Walaupun penjajaran Matahari dan Bulan menyebabkan peningkatan kecil dalam aktiviti tektonik (berhubung dengan struktur batuan dan featur topografi yang terhasil dari canggaan kerak bumi; gempa bumi yang bukan disebabkan oleh tindakan volkano, gelongsoran tanah, atau runtuhan gegua), kesan ‘Supermoon’ di Bumi adalah kecil. Ramai saintis telah menjalankan kajian, dan mereka tidak menjumpai apa-apa perkara penting yang boleh mengaitkan ‘Supermoon’ dengan bencana alam.

Menurut NASA, gabungan bulan berada pada kedudukan paling hampir pada Bulan Penuh, tidak seharusnya menjejaskan keseimbangan tenaga dalaman Bumi kerana terdapat pasang surut bulan setiap hari.

Penguin paling muka, memerang ludah semula, antara gelagat haiwan di akuarium Jepun apabila diberikan ikan berharga murah

0

Pekerja di sebuah akuarium di Jepun berhadapan dengan cabaran yang cukup getir apabila penguin dan memerang enggan makan ikan yang diberikan. Akuarium tersebut terpaksa menukar kepada ikan yang lebih murah untuk diberikan kepada beberapa jenis hidupan laut di sana. Tindakan tersebut adalah susulan kadar inflasi yang meningkat yang menyebabkan pihak akuarium terpaksa memotong kos makanan haiwan-haiwan tersebut. Antara haiwan yang terkesan ialah penguin dan memerang.

Akuarium Hakone-en yang terletak di tengah-tengah Kanagawa, Jepun memberi menu baharu kepada penguin dan memerang yang terdapat di sana. Seorang pekerja akuarium tersebut direkodkan sedang dikerumuni sekumpulan penguin yang tidak bermaya semasa waktu makan. Walapun terdapat sebaldi ikan di hadapannya, penguin-penguin tersebut kelihatan tidak teruja dan tiada seekor pun yang menghampiri pekerja akuarium tersebut.

Pekerja wanita tersebut menyuakan seekor ikan ke mulut Raja penguin. Penguin tersebut langsung tidak terfikir untuk memakannya, malah menutup paruhnya dan memalingkan mukanya daripada ikan tersebut. Wanita tersebut mencuba untuk menyuakan ikan itu semula beberapa kali, tetapi penguin itu tetap menolaknya.

Hal yang sama terjadi apabila pekerja akuarium tersebut hendak memberi makan kepada memerang. Pada mulanya memerang kelihatan begitu teruja apabila pekerja akuarium datang dengan membawa sebaldi makanan berupa kepingan ikan yang dipotong dadu.

Namun, sebaik sahaja memerang itu menggigit makanan yang diberikan, ia meludahkan makanan tersebut. Melihatkan kelakuan memerang itu, memerang-memerang lain turut meninggalkan makanan tersebut.

Pihak akuarium telah membuat keputusan untuk menukarkan makanan haiwan daripada ikan tenggiri kuda Jepun (aji) kepada tenggiri (saba). Hal ini kerana harga tenggiri kuda meningkat kira-kira 20 ke 30 peratus berbanding tahun lepas dan sebahagiannya disebabkan tangkapan yang rendah.

Akuarium itu masih membeli beberapa tenggiri kuda untuk diberikan kepada haiwan di sana tetapi tidak bercadang untuk kembali sepenuhnya sehingga harga jatuh. Menurut CNN, memerang dan penguin lebih rela makan tenggiri yang lebih murah apabila dicampur dengan tenggiri kuda.

Selain menukar jenis ikan, akuarium itu juga menggunakan langkah penjimatan kos lain seperti mengurangkan bilangan pam edaran daripada dua kepada satu. Dengan itu, ia telah mengurangkan separuh bil elektriknya.

“Kami tidak akan memaksa mana-mana haiwan untuk makan apa yang mereka tidak mahu,” kata Shimamoto, sambil menambah bahawa akuarium itu tidak bercadang untuk menaikkan harga kemasukannya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Aiskrim tidak cair selepas dicucuh api menjadi tanda tanya pelanggan

0

Baru-baru ini tular video aiskrim tidak cair malah bentuknya masih kekal selepas dicucuh dengan api daripada pemetik api. Video itu tersebar diserata China menyebabkan syarikat pengeluar aiskrim tersebut dikecam hebat. Masing-masing menuntut keterangan daripada syarikat terbabit mengenai bahan yang digunakan dalam pembuatan aiskrim tersebut dan mempersoalkan sekiranya aiskrim tersebut selamat untuk dimakan. “Dengan api tidak boleh cair”, “Aiskrim berharga tinggi China Zhong Xuegao”, “letak satu jam tanpa kimia” adalah antara topik yang menjadi perbualan hangat dilaman sesawang Weibo.

Video yang tular itu menunjukkan sebatang aiskrim terbakar (dengan kesan hitam) tetapi tidak cair selepas dicucuh api daripada pemetik api. Netizen mempersoalkan: “ini aiskrim atau gam salji?”, “siapa yang berani makan aiskrim yang tidak cair?”

Syarikat Zhong Xuegao memberi maklum balas pada 2 Julai lalu bahawasanya aiskrim Zhong Xuegao mengandungi kandungan pepejal yang tinggi dan kurang air, jadi ia tidak cair. Kemudian, pada 6 Julai, Zhong Xuegao mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa karaginan (rujukan PRPM: kumpulan hidrokoloid semula jadi yang terdiri daripada polisakarida yang mempunyai berat molekul yang tinggi, lelurus dan tersulfat. Karaginan diekstrak daripada beberapa spesies rumpai laut merah dan digunakan dengan meluas dalam industri makanan sebagai agen penstabil, pemekat dan pengegel. Contohnya dalam pembuatan daging tin, puding dan aiskrim) telah ditambahkan ke dalam aiskrim. Jumlah karaginan yang ditambahkan ke dalam aiskrim adalah mengikut piawaian kebangsaan dan ia sesuai untuk membuatkan aiskrim kekal stabil. Tambah mereka lagi, “Kami tidak fikir ia adalah saintifik untuk menilai kualiti aiskrim dengan membakar, mengeringkan aiskrim atau memanaskan aiskrim.”

Walau bagaimanapun, netizen tidak percaya dengan kenyataan tersebut malah mengejek: “hanya menambah sejumlah karaginan yang betul untuk meningkatkan rasa, penebat kalis api dan kalis air bahan baharu akan datang!” “Oh, tiada jongkong emas di dalamnya, tetapi mengapa saya perlu membelanjakan lebih daripada 20 sen untuk karaginan?”

Zhong Xuegao digelar aiskrim ‘mewah’, berharga berpuluh-puluh yuan dan orang ramai mengejeknya sebagai ‘pembunuh aiskrim’ kerana ia dicampur dengan aiskrim murah dan dijual, dan pengguna telah mengambilnya secara tidak sengaja.

Selain itu, Zhong Xuegao mengiklankan bahawa harga aiskrimnya mahal kerana bahan mentah yang istimewa. Pada masa kini, aiskrim Zhong Xuegao telah terdedah sebagai ‘suhu tinggi tidak cair’ dan ‘tidak boleh terbakar’, dan netizen mengejek: “Jadi sebab mengapa anda mahal adalah bahan tambahan?” “bukan harga aiskrim naik, tapi harga gam naik.” “Ia telah menguasai teknologi hitam tiada siapa sebelum atau selepas orang dahulu.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

5 individu ditahan bantu siasatan penipuan haji babit RM2.37 juta yang sebabkan 380 jemaah terkandas

0

Polis menahan lima individu warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan pakej haji yang memperdaya kira-kira 380 bakal jemaah haji.

Suspek termasuk pemilik agensi pelancongan, seorang ejen, dan dua pekerja agensi swasta terbabit. Antara yang ditahan ialah dua wanita, seorang daripadanya dikaitkan dengan beberapa kes dakwaan penipuan melibatkan pakej haji.

Facebook

Tangkapan dibuat selepas 57 laporan polis diterima berhubung dakwaan penipuan pakej haji, dengan para mangsa mendakwa kerugian lebih RM2.37 juta, lapor Bernama pada 9 Julai.

Daripada 57 laporan polis itu, 25 mangsa di Selangor mendakwa kerugian RM620,000, 23 mangsa di Kuala Lumpur kerugian RM766,500, dan empat laporan polis di Pahang dengan kerugian RM874,000.

Twitter

Masing-masing satu laporan polis dengan mangsa di Pulau Pinang melaporkan kerugian berjumlah RM32,000, RM25,000 di Perak, RM16,000 di Negeri Sembilan, dan RM38,000 di Terengganu manakala pengadu di Johor belum melaporkan sebarang kerugian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

Sementara itu, seorang ejen pelancongan berusia 29 tahun mendakwa dia dan ejen lain sepertinya, yang pernah menggunakan agensi pelancongan terbabit, turut menjadi mangsa.

Twitter

Ejen pelancongan yang dikenali sebagai Nas berkata, kebanyakan rakan sejawat yang mendaftarkan pelanggan mereka dengan agensi pelancongan itu ditipu dengan janji dan harapan palsu, lapor Free Malaysia Today.

Menurut Nas, syarikat pelancongan itu menggunakan “nama besar” untuk mendapatkan kepercayaan dan menjual pakej haji.

“Kami hanya ejen pelancongan untuk kumpulan jemaah yang mendaftar pakej haji dengan kami. Syarikat pelancongan yang kami berurusan biasanya mengendalikan pengurusan tiket dan permohonan visa. Mereka yang tidak biasa dengan proses itu mungkin menyalahkan ejen pelancongan tetapi realitinya adalah kami juga telah ditipu,” dakwanya.

Facebook

Difahamkan kira-kira 380 bakal jemaah haji yang terkandas di KLIA pada 7 Julai lalu dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui saluran menggunakan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Visa furada adalah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota jemaah haji Malaysia ditetapkan Arab Saudi yang diperolehi Tabung Haji.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tembakan rambang Highland Park AS: Suspek hadapi 7 pertuduhan membunuh

0

Lelaki didakwa melepaskan tembakan rambang menggunakan raifal terhadap orang ramai yang sedang menyaksikan perarakan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) pada 4 Julai di Highland Park berhampiran Chicago, didakwa atas tujuh pertuduhan membunuh dengan niat pada 5 Julai.

Jika sabit kesalahan, suspek Robert E Crimo III, berdepan hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan dibebaskan, kata pendakwa raya Illinois, Eric Reinhard, ketika mengumumkan pertuduhan itu pada sidang media.

Tambah beliau, ia akan disusuli dengan beberapa pertuduhan tambahan sebelum siasatan selesai, selain pendakwa raya akan memohon Crimo terus ditahan tanpa jaminan.

Suspek tembakan rambang Highland Park, Robert E Crimo III. (Gambar Illinois Department of Motor Vehicles)

Crimo merancang serangan itu sejak beberapa minggu lalu, dan mula mendapat perhatian pihak berkuasa sekurang-kurangnya dua kali selepas laporan mengatakan suspek mengugut membunuh diri atau mencederakan orang lain, lapor media tempatan.

Menurut pihak berkuasa, Crimo melepaskan lebih 70 tembakan secara rambang dari atas bumbung sebuah bangunan ke arah orang ramai yang sedang menonton perarakan Hari Kemerdekaan di Highland Park, Illinois pada 4 Julai.

Suspek kemudian menukar pakaian untuk menyamar sebagai wanita dalam kalangan orang ramai yang sedang panik.

Pihak berkuasa berkata, selain tujuh mangsa yang maut, lebih 36 yang lain cedera dan perlu mendapatkan rawatan bagi kesan tembakan dan kecederaan lain.

Pasukan polis berkawal di lokasi kejadian tembakan rambang perarakan Hari Kemerdekaan 4 Julai di Highland Park, Illinois. (Gambar oleh Youngrae Kim/AFP/Getty Images)

Sebelum ini pada April 2019, pihak berkuasa menerima laporan menerusi panggilan 911 bahawa Crimo cuba membunuh diri, disusuli perbuatan mengancam anggota keluarganya pada Disember tahun yang sama.

Ketika siasatan kes kedua, pihak polis merampas sejumlah 16 pisau dan sebilah pedang milik Crimo di rumahnya, namun dia tidak ditahan kerana tiada sebab munasabah dan tiada aduan dibuat.

Suspek menggunakan raifal berkuasa tinggi dalam serangan itu, mirip kepada model AR-15, yang ditinggalkan di lokasi serangan.

Ketika ditahan dengan memandu kereta ibunya, suspek mempunyai sepucuk lagi raifal jenis sama dan dipercayai memiliki banyak lagi senjata api, kesemuanya dibeli secara sah di Illinois termasuk pistol dan raifal.

Sementara itu, bapa saudara Robert Crimo yang dikategorikan pihak berkuasa sebagai “orang berkepentingan” semasa tembakan rambang beramai-ramai perarakan 4 Julai itu, berkata tiada apa-apa yang mencurigakan tentang anak saudaranya.

Robert Crimo tinggal bersama bapanya, yang dilaporkan memiliki deli dan bertanding jawatan datuk bandar Highland Park beberapa tahun lalu, dan kadang kala tinggal dengan bapa saudara di rumah datuknya, tetapi bapa saudaranya berkata dia secara umumnya mempunyai sedikit sahaja interaksi dengannya. 

Paul Crimo, bapa saudara suspek tembakan rambang Highland Park, Robert Crimo III. (Gambar oleh Max Herman/AFP/Getty Images)

Bapa saudaranya itu, Paul Crimo, memberitahu media tempatan bahawa tiada tanda-tanda anak saudaranya akan melakukan tembakan rambang secara besar-besaran itu.

“Tidak ada kebimbangan yang saya lihat,” kata Paul Crimo kepada stesen Fox tempatan. “Tiada tanda-tanda masalah. Saya tidak nampak tanda-tanda masalah. Dan jika saya melihat tanda-tanda, saya akan mengatakan sesuatu.”

Paul Crimo berkata dia tinggal di rumah yang sama dengan Robert Crimo, memberitahu lelaki berusia 22 tahun itu kadang-kadang akan membantunya ‘di sekitar rumah’. Walau bagaimanapun, Robert sering bersendirian di pangsapurinya sendiri di belakang rumah, dengan mengatakan dia seorang penyanyi rap yang bercita-cita tinggi.

Robert E Crimo III, tambahnya, telah menganggur sejak beberapa tahun yang lalu.

“Saya sangat sedih, dan saya akan patah hati sepanjang hayat saya,” kata Paul Crimo kepada stesen Fox. “Melihat apa yang berlaku membuatkan hati saya hancur. Saya hanya ingin memberitahu semua orang yang saya amat bersimpati, dari lubuk hati saya, dan saya benar-benar kesal kerana perkara ini berlaku.”

“Dia seorang anak yang pendiam,” tambah Paul Crimo kepada CNN mengenai suspek, sambil mengatakan dia tidak tahu tentang sebarang pandangan politik yang dipegang oleh anak saudaranya. “Dia selalunya menyendiri. Dia seorang yang sunyi dan pendiam. Dia menyimpan segala-galanya untuk dirinya sendiri.”

“Saya ada berhubungan dengannya, tetapi saya tidak begitu suka bergaul dengannya. Saya berkata hai dan kemudian apabila saya pergi sambil saya mengucapkan selamat tinggal. Itu sahaja,” tambah Paul Crimo.

Robert Crimo semasa zaman remaja sering muncul secara aktif dalam talian, dengan kerap menyiarkan video muzik ke YouTube dan lagunya di Spotify.

Suspek Robert Crimo III menyamar sebagai wanita ketika meninggalkan lokasi kejadian yang kucar-kacir selepas melepaskan tembakan rambang di Highland Park pada 4 Julai 2022. (Gambar ihsan Lake County Sheriff’s Office)

Datuk Bandar Highland Park Nancy Rotering, yang menandatangani ordinan (pdf) untuk mengharamkan pelbagai jenis raifal di Highland Park pada 2013, memberitahu rancangan ‘Today’ pada Selasa yang beliau mengenali Crimo semasa dia menjadi Cub Scout dan semasa itu beliau menyandang jawatan ketua.

“Saya mengenalinya sebagai seorang yang pernah menjadi Cub Scout semasa saya menjadi ketua Cub Scout … Dia masih budak kecil ketika itu,” katanya dalam ‘Today’.

“Dan ia adalah salah satu perkara di mana anda berundur dan anda berkata, ‘Apa yang sedang berlaku? Bagaimana seseorang menjadi sebegini marah dan benci, sehingga melemparkannya kepada orang yang tidak bersalah yang hanya berkumpul untuk meraikan hari keluarga?’.” soalnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Keanu Reeves secara sukarela gembira jawab semua soalan peminat remaja di lapangan terbang, siap boleh tanya balik

0

“Momen kecil boleh membuat perubahan dalam kehidupan orang lain,” itu yang disaksikan sendiri oleh penerbit televisyen Andrew Kimmel apabila melihat aktor tersohor Hollywood Keanu Reeves melayan peminatnya dengan sifat merendah diri.

Keanu Reeves digambarkan penerbit itu sebagai ‘lakonan berkelas’ selepas aktor ini menjawab beberapa soalan daripada peminat remaja di lapangan terbang ketika menunggu bagasinya selepas pulang dari penerbangan antarabangsa.

Pertemuan idola ikonik bersama peminat muda itu didokumentasikan oleh Andrew Kimmel yang memuji Keanu dengan berkata “momen kecil seperti ini boleh membuat perubahan dalam kehidupan ramai orang lain.”

Twitter

Selepas penerbangan dari London ke New York, seorang remaja lelaki terserempak dengan Keanu Reeves yang meminta tanda tangannya sambil bertanya beberapa “siri soalan pantas”.

Andrew Kimmel dalam ciapan di Twitter menulis bintang The Matrix dan John Wick itu “dengan gembira menjawab satu demi satu..”

Dalam pertukaran soalan jawapan yang menghangatkan hati sehingga menjadi tular di Twitter, pelakon berusia 57 tahun itu memberitahu remaja berkenaan, beliau berada di London untuk penggambaran dokumentari.

Keanu juga berbual tentang menghadiri Grand Prix Formula 1 di Silverstone pada hujung minggu.

Kemudian aktor itu memberitahunya yang beliau berada di New York selama lima hari untuk menonton persembahan broadway.

Twitter

Andrew Kimmel berkongsi transkrip ringkas perbualan mereka:

Remaja: Kenapa anda berada di London?

Keanu: Penggambaran dokumentari.

Remaja: Saya melihat dalam talian anda berada di Grand Prix.

Keanu: Ya, Grand Prix (dalam loghat Perancis, tanpa membetulkannya). F1! Kereta lumba!

Remaja: Anda memandu ke?

Keanu: Bukan F1, tapi saya suka menunggang motosikal.

Remaja: Anda tinggal di NY (New York)?

Keanu: Saya tinggal di LA (Los Angeles).

Remaja: Berapa lama anda akan berada di New York?

Keanu: Empat hari! Tidak… lima. Lima hari!

Remaja: Kenapa anda berada di NY?

Keanu: Hendak menonton persembahan broadway!

Remaja: Persembahan broadway apa?

Keanu: American Buffalo! Mamet!

Remaja: Di mana anda tinggal di NY?

Keanu: Midtown!”

Andrew Kimmel kemudian menulis, “Pada masa ini remaja itu kehabisan soalan, jadi Keanu pula yang bertalu-talu bertanya balik. Mengapa anda berada di Eropah? Galeri apa yang anda lawat di Paris? Apa yang jadi kegemaran anda?”

Dan tambahnya, “Lelaki ini tidak mungkin lebih baik, terutamanya selepas mengharungi penerbangan antarabangsa.”

Twitter

“Saya fikir saya akan berkongsi momen ini kerana lelaki itu memperlihatkan ‘lakonan berkelas’ dan detik-detik kecil seperti ini boleh membuat perubahan besar dalam kehidupan ramai orang lain. Kami memerlukan lebih ramai Keanu Reeves!”

Keanu Reeves sebelum ini digelar “lelaki paling baik di Hollywood” kerana amat terkenal dengan cara beliau berinteraksi dengan para peminatnya tanpa memilih siapa dan sentiasa bersikap merendah diri.

Bintang Hollywood itu berada di British Grand Prix di Silverstone ketika persediaan untuk projek dan peranannya dalam dokumentari F1.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: